|
Post Last Edit by mimiey at 29-3-2010 16:56
Apa sebenarnya tak kena Liyana?
2010/03/29
SS faham, setiap tahun, memang ramai artis kita yang 'offer' diri untuk menyanyi dalam acara besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Maklumlah, ia acara yang sangat gah dan ditonton jutaan peminat, jadi peluang menonjolkan bakat dan mempromosikan diri tidak harus dilepaskan.
Malah ada artis yang SS dengar sampai merajuk dengan pihak penganjur sebab tak dapat peluang menyanyi. Biasalah, memang kita susah hendak puaskan hati semua orang kerana waktu yang terbatas dengan hanya beberapa slot saja disediakan. Namun, apabila penganjur sudah beri peluang, ada pula artis yang tidak berani menyahut cabaran macam si Liyana Jasmay. SS difahamkan, pada awalnya, penganjur mahu gandingkan Liyana dengan barisan pelakon dan penyanyi muda untuk segmen tribute kepada KRU dan Feminin.
Antara artis lain yang diundang ialah Diana Danielle, Ainul Aishah, Hafiz, Akim dan Aril. Alasan yang diberikan Liyana, segmen itu menggunakan 'minus one', bukan 'live' dan lagu itu bukan 'key' yang sesuai untuknya. Kata Liyana, dia biasanya menyanyi dengan 'live band'. Amboi, kelas dik.
Bagi SSlah, alasan Liyana itu melambangkan sesuatu yang kurang cerdik, selama ini bukannya ABPBH tidak pernah menyelitkan segmen minus-one dan ia akan dilakukan sekiranya ia membabitkan lagu dance dan rap.
Apatah minus-one itu akan diadun semula mengikut kesesuaian segmen, apa yang Liyana nak risaukan? Lagipun segmen itu dinyanyikan secara beramai-ramai, bukannya Liyana kena nyanyi lagu solo Whitney Houston atau Jennifer Hudson! Sayang pula, kalau Diana Danielle, Ainul Aishah dan penyanyi yang lebih dulu top macam Adam, Akim serta Aril boleh menjayakan segmen tribute itu, kenapa Liyana perlu takut atau khuatir sangat.
Setahu SS, setiap tahun, ABPBH akan mewujudkan beberapa segmen tribute kepada artis lama. Dalam majlis yang dulu-dulu, SS pernah dengar juga ada artis tak mahu menyanyikan lagu orang lain. Mereka sebenarnya belum faham-faham, ABPBH bukanlah AIM atau AJL (Anugerah Juara Lagu) yang memerlukan peserta menyanyikan lagu sendiri. ABPBH lebih berkaitan soal populariti dan kenangan yang pernah berlaku dalam dunia hiburan kita.
Jadi apabila dah diberi peluang, janganlah menolak rezeki pula. Akhirnya tempat Liyana dengan besar hatinya digantikan penyanyi jelita dan seksi, Marsha Milan Londoh. Semalam juga, SS terbaca dalam Metro Ahad, ada penulis gosip iaitu CAK, mengomel ramai komen suara Liyana sumbang mambang walaupun menyanyikan lagu sendiri, Aku Tak Percaya Cinta dalam program Muzik Muzik, baru-baru ini. Hah, macam mana tu? Harap-harap, orang di sekeliling Liyana terutama, Aizat (Hanya Kau Yang Mampu) sebagai kawan rapat, rajin-rajinlah menasihati Liyana cara-cara menyanyi dengan betul sebab kita sayang Liyana Jasmay. Jangan sebab ada duit, sapa-sapa pun boleh masuk studio, buat album.
kredit to harian metro |
|