CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 9

   Close [Copy link]
 Author| Post time 12-4-2012 08:23 AM | Show all posts
Reply  wawaKKK

akak bila lak??erkkkk!!!!
miyoma Post at 11-4-2012 21:23

soalan cepumas... jeng jeng jeng... akak biarkan adik dulu la ekk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2012 08:51 AM | Show all posts
Piala Thomas: Malaysia pilihan keenam





Tiga negara belum pernah rangkul Piala Thomas  pilihan lebih baik


SKUAD badminton negara sekadar diletakkan sebagai pilihan keenam pada pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, 20 hingga 27 Mei depan dengan tuan rumah yang juga juara bertahan China seperti diduga disenaraikan sebagai pilihan pertama.


  Dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, tiga negara yang belum pernah memenangi piala keagungan badminton dunia itu – Korea Selatan, gergasi Eropah, Denmark dan Jepun – melengkapkan empat pasukan pilihan utama dalam kejohanan yang bakal diadakan di Pusat Gimnasium Sukan Wuhan itu.
  
Juara 13 kali, Indonesia pula diletakkan selaku pilihan kelima, Jerman (7), Russia (8), England (9), Amerika Syarikat (10), New Zealand (11) dan Afrika Selatan (12) yang dikira berdasarkan kedudukan ranking dunia lima pemain utama setiap negara pada 1 Mac 2012.

  Kedudukan selaku pilihan keenam itu bakal menyaksikan skuad negara yang diterajui jaguh perseorangan, Lee Chong Wei akan diundi sekumpulan dengan China, Korea Selatan, Denmark atau Jepun serta antara empat pasukan pilihan 9 hingga 12 dalam majlis undian yang akan diadakan di Wuhan, Ahad ini.

  Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun menegaskan kedudukan itu tidak penting, sebaliknya menyifatkan gambaran sebenar mengenai peluang skuad negara pada pusingan akhir itu bergantung kepada undian yang akan diketahui Ahad ini.

  “Sebenarnya, kita sudah menjangka kedudukan itu berdasarkan ranking pemain kita berbanding pemain empat pasukan pilihan itu yang jauh lebih rendah kecuali Chong Wei. Namun, gambaran sebenar mengenai peluang kita akan diketahui lebih jelas ketika undian nanti,” katanya.   


INFO

Pasukan Pilihan Piala Thomas


1 China (412178.2241 mata); 2 Korea Selatan (309621.2428); 3 Denmark (289680.4436); 4 Jepun (273224.0979); 5 Indonesia (267732.8234); 6 MALAYSIA (258287.7243); 7 Jerman (163785.1548); 8 Russia (136120.6995); 9 England (125259.7054)); 10 Amerika Syarikat (96529.5642); 11 New Zealand (48501.0975); 12 Afrika Selatan (4634.1095)

Pasukan Pilihan Piala Uber

1 China (450467.3605); 2 Jepun (276232.521); 3 Korea Selatan (255859.1); 4 Taiwan (229885.5603); 5 Thailand (207836.98); 6 Denmark (207302.849); 7 Indonesia (189326.1973); 8 Jerman (189326.1973); 9 Belanda (140219.8334); 10 Amerika Syarikat (125598.3749); 11 Australia (68865.105); 12 Afrika Selatan (62926.8067)



CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 06:16 PM | Show all posts
Rexy sudah letak jawatan.. good luck kat filipina.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 07:51 PM | Show all posts
Reply 1301# wawaKKK

no komennnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 08:45 PM | Show all posts
Reply  wawaKKK

no komennnnnnnnnnnn
miyoma Post at 12-4-2012 19:51


wahhhh... jawapan mcm artis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 10:01 PM | Show all posts

bye2 rexy... thanks for everything...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2012 08:33 AM | Show all posts
Shuttlers won’t stay at Games Village during the Olympics                                                                                                                                                                                                                
                                                 
KUALA LUMPUR: The national shuttlers will not stay at the Games Village during the Olympic Games in London.

This was decided after a joint Badminton Association of Malaysia (BAM) and National Sports Council (NSC) working committee meeting in Bukit Jalil yesterday.

The badminton competition will be held at the Wembley Arena from July 28-Aug 5.

The Games Village is an hour away in London and the BAM decided that it would be inconvenient to travel daily to the tournament venue.

BAM secretary Ng Chin Chai said: “The players will report at the Games Village first to facilitate the accreditation of athletes. Then, they will move their base to Wembley.”

The Olympic-bound shuttlers – Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying and Chin Eei Hui-Wong Pei Tty – will also leave earlier (probably two weeks before the Games) for Bath University as part of their preparation.

Chin Chai also said yesterday that they planned to hold a motivation camp in China prior to the Thomas Cup Finals, which will be held in Wuhan from May 20-27.

All decisions will be finalised at the BAM exco meeting on April 27.

Meanwhile, it was confirmed yesterday that Chong Wei will compete in the India Open from April 24-29 to test his condition. The world No. 1 injured his shoulder during the All-England last month and is 90% fit. The Open is the last tournament that offers qualifying points for the London Games.                                       


CREDITS TO THE STAR ONLINE



harap2 berbaloi la semua ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 08:50 AM | Show all posts
BAM, Rexy berpisah

REXY (kanan) bersalaman dengan Chin Chai selepas  sidang akhbar di Bukit Jalil, semalam.




SETELAH hampir tujuh tahun, ‘jodoh’ ketua jurulatih beregu wanita, Rexy Mainaky dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berakhir.

Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan bahawa Rexy telah meletak jawatan sebagai jurulatih badan induk sukan badminton negara itu.

Chin Chai berkata, Rexy telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pertengahan bulan lalu dan barisan Exco BAM sebulat suara menerima keputusan tersebut.

“Dengan keputusan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rexy sepanjang khidmatnya bersama BAM.

“Beliau telah melaksanakan tugasnya dengan baik terutama ketika membawa beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) bergelar pasangan No. 1 dunia sebelum ini.

“Namun, Rexy akan terus melaksanakan tugas sebagai jurulatih sehingga hujung bulan ini. Siapa yang akan menggantikan Rexy hanya akan diputuskan selepas mesyuarat C&T (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM) hujung bulan ini,”  kata Chin Chai.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah Cawangan Atlet MSN, Ariffin Mohd. Ghani, anggota Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj, Kolonel (B) Wong Ah Jit, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dan Rexy sendiri.

Sementara itu, Rexy yang diminta mengulas mengenai keputusan peletakan jawatannya menjelaskan bahawa beliau mahu sesuatu yang baharu dan mencabar bagi meneruskan kariernya sebagai jurulatih.

Jelasnya, beliau telah pun menerima tawaran daripada Persatuan Badminton Filipina sebagai Pengarah Kejurulatihan badan induk sukan badminton negara tersebut.

“Saya ingin tegaskan bahawa keputusan saya ini hanya disebabkan mahu mencari sesuatu yang lebih mencabar dan tidak ada sebab lain.

“Dengan Filipina yang hanya memiliki 20 pemain setakat ini, saya diberi tanggungjawab untuk mencari pemain-pemain yang berbakat daripada seluruh pelosok negara tersebut bagi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Selain itu, saya juga diberi tugas untuk merangka program latihan buat pemain-pemain mereka. Tugas saya bersama Filipina akan bermula pada 1 Mei ini,” jelas Rexy yang turut menerima tawaran untuk membimbing skuad badminton Indonesia, England dan Rusia.

Untuk rekod, Rexy mula bersama BAM pada 7 Julai 2005 sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara.

Kejayaan pertama yang dilakar jurulatih kelahiran Indonesia itu bersama skuad negara adalah ketika membawa Kien Keat-Boon Heong memenangi pingat emas pada temasya Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Setahun kemudian, di bawah sentuhan Rexy juga, Kien Keat-Boon Heong bergelar juara pada Kejohanan Badminton Seluruh England 2007 selain memegang status beregu No. 1 dunia pada 2010.

Bagaimanapun, selepas pasangan tersebut bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam saingan tahun lalu, Rexy telah ditukar menjadi ketua jurulatih beregu wanita.

Kini, jurulatih berusia 44 tahun itu telah meletakkan beregu utama wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berada pada landasan yang tepat untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan.

Sepanjang kariernya sebagai pemain, Rexy telah merangkul pelbagai kejayaan termasuk pingat emas Sukan Olimpik 1996 di Atlanta dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya, Ricky Subagja.

CREDITS TO KOSMO ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 03:12 PM | Show all posts
seorang demi seorang jurulatih berkaliber tinggalkan BAM.....misbun, tat meng dan akhirnya rexy....

disaat negara lain berebut nak tambah jurulatih baru, kita pulak biarlah jurulatih pergi meninggalkan kita....

yg hairannya, sponsor maybank 6,7 juta setahun tu BAM buat aper ? dulu proton bayar 2.5 juta sahaja tapi boleh kekalkan jurulatih....skrg bila duit banyak,lepas sorang,sorang blah....apa yg tak kena ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 03:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 13-4-2012 15:27

kita boleh tengok si zulfadli ada bakat, ada skil....tapi perlu diasah banyak lagi terutamanya dalam aspek kekuatan fizikal & mental...dan aku percaya dia mampu masuk top 10 ranking dunia dalam masa 2 tahun akan datang, tapi syarat  dia perlukan  sentuhan/didikan orang ini....misbun sidek

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 09:26 PM | Show all posts
soalan cepumas... jeng jeng jeng... akak biarkan adik dulu la ekk...
wawaKKK Post at 12-4-2012 08:23


budak tecit tu asyik kenakan ko je wawa .... nanti ko jumpa dia sila la ketuk pala dia tuk aku sekali ok hehehehe ...

sedihla arini .... tetiba lak rexy resign ...apasal tak tunggu lepas olimpik ..tak tunggu lepas thomas cup ....
sbb dah terang2 'org' tak perlukan dia ke .... sbb tu senang je lepaskan dia ....
aku lak yg sedihhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 09:33 PM | Show all posts
budak tecit tu asyik kenakan ko je wawa .... nanti ko jumpa dia sila la ketuk pala dia tuk aku s ...
kayla Post at 13-4-2012 21:26

dah tak kecik pon... mmg layak pale dia kena ketok pon... aku mintak scaling gigi free pon sampai skrg pon, hampeh takdak...

mmg sedih la rexy dah takde... sampai skrg mcm tak caye aje... ini semua salah BAM...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 09:42 PM | Show all posts
seorang demi seorang jurulatih berkaliber tinggalkan BAM.....misbun, tat meng dan akhirnya rexy....
...
ambok Post at 13-4-2012 15:12


agaknye tak lama lagi hendrawan lak ..... apa nak jadi ....
tak de org nak jadi coach kat malaysia ni ke ... ada ke sbb terlalu banyak campur tangan ...mmg pening kalau jadi coach tapi segala bende tak leh nak buat keputusan ....  
ada betul gak apa yg ong ewe hock cakap kat paper 2/3 ari lepas ...

utk rexy ... terima kasih banyak2 selama jadi coach bergu kat malaysia .... walaupun ada org tak kenang jasa rexy, tapi kitaorg kat sini akan sentiasa ingat rexy sebagai sifu yg telah mengangkat kkk/tbh ... terima kasih

good luck kat filipina .... mesti ambik masa lama tuk cari bakat baru kat filipina ni tapi at least kepala tak pening ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 09:49 PM | Show all posts
dah tak kecik pon... mmg layak pale dia kena ketok pon... aku mintak scaling gigi free pon sampai  ...
wawaKKK Post at 13-4-2012 21:33


ehh dia dah abis belajar ke .... posting kat mana? KL ke ?

kat gambar tu rexy nampak happy je ....
nampaknye dia mmg dah happy nak menerima cabaran baru kat filipina ....
apa guna stay kat tempat yg org dah tak appreciate kan ... elokla move on ...
ingat lagi pernah baca yg rexy suka tinggal kat sini sbb dekat ngan indonesia ..dia kata senang nak tengok mak dia ...
agaknye tu one of the reason gak dia pilih filipina ... russia & england jauh sgt ...

kat bcdf ada gossip pasal kenapa dia tak jadi coach kkk/tbh ...tapi tak leh nak caya 100% gossip tu sbb yg bawak cite tu pun org yg senegara ngan rexy ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 09:51 PM | Show all posts
kita boleh tengok si zulfadli ada bakat, ada skil....tapi perlu diasah banyak lagi terutamanya dalam ...
ambok Post at 13-4-2012 15:17


setuju ..... bagi misbun lak latih dia ...kenapa klrc tak nak ambik misbun ekkk ... atau misbun yg tak nak ....
zulfadli pun baru 18 tahun .... baya2 chongwei masa memula berguru ngan misbun ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 10:01 PM | Show all posts
ehh dia dah abis belajar ke .... posting kat mana? KL ke ?

kat gambar tu rexy nampak happy j ...
kayla Post at 13-4-2012 21:49

belom lagi... tapi bagus ape buat pratikal byk2... aku sanggop jadi model...

dah lama giler aku tak masuk BCDF... nantilah aku masuk tgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 11:44 PM | Show all posts
misbun lebih selesa dengan nusa mahsuri buat masa sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 12:23 AM | Show all posts
sedihnye rexy resign..walaupun indon offer dia jadi coach dorang,filipina jugak dia pilih...

aza really appreciate apa yg dia da bagi kat team m'sia selama 7 thn..thank u rexy..satu cabaran utk team m'sia sbb thn ni ada Thomas cup & OG..

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 01:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 14-4-2012 01:01
agaknye tak lama lagi hendrawan lak ..... apa nak jadi ....
tak de org nak jadi coach kat mala ...
kayla Post at 13-4-2012 21:42


a'ah, masa persediaan ke piala axiata baru2 ni, ada dengar gak hendrawan kata dia tak boleh buat sebarang keputusan...

BAM nih kuku besi cam FAM juga kot?

lagi satu, rexy ditukar dari coach regu lelaki kepada regu wanita ...ini boleh ditafsir sbg "turun pangkat" ...mungkin rexy rasa terhina....

lagi satu faktor mungkin kerana wang....tapi kalau tak salah BAM bayar rexy dah tinggi, kira2 RM30k sebulan.....takkan filipina sanggup bayar lebih daripada jumlah itu???

kalau betul, mereka serius membangunkan sukan badminton mereka...

seperti jepun ambik park joo bong, pemain lagenda MD korea....paling banyak menang gold World Championship, 5 kali....diva pun baru 4 kali.... akhirnya kita tengok team jepun rankingnya lebih tinggi berbanding raking kita dan ranking indon ...padahal dahulu orang tak pandang sebelah mata pun kat negara jepun dalam sukan badminton

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 01:09 AM | Show all posts
setuju ..... bagi misbun lak latih dia ...kenapa klrc tak nak ambik misbun ekkk ... atau misbun  ...
kayla Post at 13-4-2012 21:51


kalau misbun latih si nabil ni pun okey....dalam piala axiata baru2 nih, semangat juang dia sgt tinggi...keinginan dia utk menang sgt kuat....kagum gak tengok dia main, bersungguh-sungguh....cuma speed kaki dia yg agak perlahan, yg lain nampak dah ok...boleh digilap lagi dia nih...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 2.356264 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list