CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
Post time 21-1-2023 10:40 AM | Show all posts
Kisah 3

Mendapat hidayah ketika dirinya hidup bergelandangan.

Itu permulaan yang mengubah hidup penganut Kristian, Muhammad Alfie Ng, 44, sehingga mengabdikan dirinya sebagai pendakwah.

Menurut Alfie, dia menjadi gelandangan selepas ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan pada 2008.

"Saya rasa hidup macam tak bermakna dan putus harapan kerana tiada sesiapa lagi. Tiga bulan selepas bergelandangan, saya diselamatkan dan dihantar berlindung di sebuah surau di ibu negara.

"Selama lapan bulan saya menetap di situ (surau) tiada diskriminasi kafir, malah saya dilayan baik walaupun mereka tak kenal saya," katanya.

Katanya, lama-kelamaan persepsi negatif terhadap Islam semakin berubah.

"Mereka tak paksa solat, tetapi diajar dan diajak sekali kerana mereka tak mahu nampak saya macam terasing. Sejak itu, saya tahu macam mana hendak pakai kain pelekat dan makan guna tangan.

"Pada 29 Oktober 2012 akhirnya hati saya terbuka memeluk Islam," katanya.

Alfie berkata, dia turut aktif berdakwah sehingga dilantik sebagai Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor dan mengislamkan 70 mualaf.

"Kebanyakan yang datang adalah kawan dan kenalan yang meminta bantuan hendak belajar tentang Islam.

"Bukan riak, tetapi saya bersyukur kerana jalan yang dipilih memberi manfaat kepada orang lain, malah saya sangat gembira Islam diterima ramai dan ia perkembangan baik apabila ada orang hendak kenal Islam," katanya.

Menurutnya, dia mengamalkan cara tersendiri apabila memilih berdakwah di luar masjid atau surau bagi menarik minat orang ramai.

"Saya gemar bercakap (ceramah) di luar masjid supaya orang tak kenal Islam mudah memahami Islam.

"Kebiasaannya saya tidak berkongsi perkara rumit sebaliknya sebagai permulaan cukup sekadar satu perkataan mudah seperti Alhamdulillah dan biar mereka faham apa itu erti mensyukuri," katanya.

Selain berdakwah, dia juga aktif turun padang menyantuni golongan kurang bernasib baik.

"Setiap Ahad, saya dan isteri masak banyak dan turun padang beri makanan kepada golongan miskin di padang Rimbayu, Kuala Langat.

"Kalau tengok anjing terbiar, kita juga beri makan kerana setiap nyawa ada nilainya jadi tiada istilah diskriminasi apatah lagi Islam itu mudah… kita boleh pakai sarung tangan atau kalau kulit tersentuh, samak saja," katanya.




Disiarkan pada: Januari 21, 2023 @ 8:01am


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2023 10:46 AM | Show all posts
lagi 34 page
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2023 10:47 AM | Show all posts
Bahana nikah sindiket

Ruwaida Md Zain



GAMBAR hiasan

Shah Alam: Umat Islam wajib mengambil pengajaran daripada perkahwinan luar negara tanpa kebenaran atau pernikahan sindiket.

Demikian antara intipati dalam khutbah Jumaat bertajuk 'Bahana Nikah Sindiket' yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.

Dalam khutbah itu, umat Islam diingatkan agar melaksanakan pernikahan mengikut hukum syarak dan segala peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah demi sebuah kehidupan keluarga yang mawaddah, wa rahmah, sakinah dan sentiasa mendapat keredaan Allah SWT.

"Pernikahan yang dilaksanakan dengan tidak mengikut peraturan akan membawa pelbagai masalah dan akan merugikan banyak pihak terutama suami isteri kerana tidak mempunyai Surat Perakuan Nikah yang diiktiraf.

"Undang-undang yang dibuat bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, bahkan tujuan utama Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dikuatkuasakan bagi menjaga kebajikan isteri dan anak-anak pada masa depan," katanya.

Menurut khutbah itu, antara bahana nikah luar negara tanpa kebenaran atau pernikahan secara sindiket adalah proses pendaftaran pernikahan memakan masa panjang.

"Ia membabitkan prosiding dan dokumentasi untuk didaftarkan semula memandangkan ia membabitkan pengesahan dari mahkamah.

"Ia akan bertambah rumit sekiranya dokumen dikemukakan tidak mencukupi atau palsu," katanya.

Menurut khutbah itu, jika tidak didaftarkan, Surat Perakuan Nikah yang sangat penting dalam kehidupan sebagai suami isteri tidak akan diperoleh.

"Tanpanya kita tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak seperti biasa lalu mengakibatkan status pengesahtarafan dan warganegara juga tidak dapat dipastikan.

"Urusan perubatan, rawatan dan pendidikan anak juga akan bermasalah jika tidak mendapat status warganegara," katanya.

Selain itu katanya, individu terbabit akan menghadapi masalah dalam urusan penyambungan visa untuk terus berada dalam negara ini yang akhirnya terpaksa berulang alik ke luar negara yang memerlukan kos kewangan tinggi.

"Ia juga memberi kesan kepada pengurusan harta pusaka kerana pihak berkaitan gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang diiktiraf.

"Pelbagai tuntutan di mahkamah seperti, tuntutan perceraian, pengesahtarafan anak, tuntutan nafkah, tuntutan hadhanah, tuntutan keadilan berpoligami antara isteri-isteri, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya tidak dapat diuruskan," katanya.

Lebih memeritkan sekiranya mahkamah mendapati pernikahan yang dijalankan di luar negara tidak sah kerana tidak menepati hukum syarak, maka pernikahan yang berlaku akan difaraqkan atau dibubarkan.

Antara punca utama berlakunya pernikahan di luar negara atau nikah sindiket termasuk berpoligami tanpa kebenaran dan wali nasab sedia ada tidak bersetuju dengan perkahwinan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hana-nikah-sindiket

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2023 10:47 AM | Show all posts
kalau boleh dielakkan lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2023 10:52 AM | Show all posts
Korek KWSP lagi?



TIGA pengeluaran khas yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini memanfaatkan 7.34 juta ahli.

Kuala Lumpur: Bayangkan di tangan anda hanya ada RM42 untuk dibelanjakan setiap bulan selama 20 tahun selepas bersara kelak.

Itulah kemungkinan yang dihadapi oleh kira-kira 6.1 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah berikutan simpanan hari tua mereka hanya berbaki kurang daripada RM10,000 setakat Disember 2021.

Hakikat itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Mac tahun lalu, semasa mengulas kedudukan simpanan persaraan kira-kira 12.6 juta pencarum tabung berkenaan selepas tiga kali pengeluaran khas, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan yang terakhir i-Citra pada Februari 2022.

Jelas, kerajaan juga khuatir dengan hal itu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lepas, dilapor tegas menyatakan lebih baik kerajaan memikirkan bentuk bantuan lain daripada membenarkan pengeluaran khas KWSP sekali lagi seperti yang digesa oleh beberapa pihak.

Pakar ekonomi yang dihubungi Bernama bersetuju dengan kenyataan Anwar apabila masing-masing melihat pengeluaran KWSP bukan penyelesaian mampan terhadap masalah kewangan rakyat dalam mengharungi peningkatan kos sara hidup sekarang.

Meletakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sebagai antara penyumbang utama kesempitan hidup sebahagian masyarakat sekarang, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang membebani rakyat, kerajaan perlu mencari penyelesaian proaktif dan tuntas.

Ini termasuk memperkasa rantaian bekalan dan sekuriti makanan bagi memastikan harga barangan dapat diturunkan serta kekal terkawal, katanya kepada Bernama.

"Saya percaya jika masalah kos sara hidup dan isu berkaitan peningkatan harga barang ini dapat ditangani dengan baik, kebajikan rakyat akan terbela," tambah beliau, menokok inisiatif yang diambil juga harus dilaksanakan secara berterusan sehingga ekonomi benar-benar pulih.

Beliau tidak menolak ramai yang melihat simpanan KWSP sebagai 'penyelamat segera' mereka bagi mendapatkan tunai secara mudah demi kelangsungan hidup semasa.

"(Atas sebab itulah) kerajaan perlu cari penyelesaian menyeluruh kerana kita lihat isu kenaikan harga barang ini bukan isu lokal semata-mata sebaliknya adalah isu global yang turut didepani negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah.

"Sekiranya pencarum mahu keluarkan simpanan mereka atas alasan itu, kita juga khuatir cabaran yang akan kita hadapi pada masa akan datang. Mungkin keadaan ekonomi ketika itu lebih mencabar dan bagaimana pencarum nak survive pada waktu itu dengan tabungan (persaraan) yang sangat sedikit,'' tambah Mohamad Fazli.

Baru-baru ini Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) menggesa kerajaan menimbang pengeluaran caruman KWSP antara RM10,000 dan RM30,000 secara sekali gus yang mana menurut Presidennya, Khairul Anuar Othman bertujuan mengelak rakyat terputus perbelanjaan tunai.

Ini kerana, katanya, masih ada pencarum terkesan oleh tempias Covid-19 termasuk belum memperoleh pekerjaan baharu selepas diberhentikan ketika penularan pandemik itu memuncak, sedangkan mereka mempunyai komitmen kewangan yang tinggi seperti tunggakan bayaran balik pinjaman.

Kementerian Kewangan sebelum ini dilaporkan berkata pengeluaran khas, khususnya daripada Akaun 1 KWSP, memberi kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang agak ketara bagi mereka yang berkenaan.

Menurut kementerian itu lagi, tiga pengeluaran khas yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini memanfaatkan 7.34 juta ahli dengan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan sebanyak RM101 bilion.

Pengeluaran khas itu juga katanya menyebabkan penurunan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) daripada 36 peratus pada 2020 kepada 30 peratus pada akhir 2021.

Keadaan itu secara langsung menunjukkan 70 peratus atau lebih dua pertiga daripada ahli berumur 55 tahun dan ke bawah, berada dalam situasi serius apabila jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan.

"KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja empat dan enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan dikeluarkan semasa pandemik," kementerian itu dipetik berkata.

Mengulas lanjut, Mohamad Fazli berkata, bersandarkan kenyataan itu, pencarum berkemungkinan besar tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menikmati hari-hari tua sekiranya mereka sekali lagi dibenar mengeluarkan caruman KWSP.

"Pencarum harus berbalik kepada tujuan asal mengapa mereka mencarum di KWSP. Seperti yang kita tahu, KWSP merupakan tabung simpanan persaraan, tetapi jika selepas persaraan, pencarum tidak cukup wang simpanan, ia pastinya akan wujud masalah di sini, jadi bagaimana mereka mahu mengharapkan KWSP membantu mereka," ujarnya.

Mohamad Fazli juga berpandangan ada pelbagai pendekatan tidak bersandarkan bantuan tunai boleh diambil kerajaan termasuk bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi penawaran pekerjaan kepada yang terjejas.

"Pendedahan dalam bidang kemahiran dan teknikal serta berkaitan reskilling dan upskilling akan meningkatkan kebolehpasaran mereka seiring dengan trend industri semasa.

"Mereka yang minat berniaga atau perniagaan terjejas akibat Covid-19, mungkin boleh diberi bantuan oleh agensi berkaitan dari segi latihan dan peralatan selain modal," katanya.

Pandangan senada turut disuarakan Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan yang melihat ekonomi gig serta perusahaan kecil dan sederhana sebagai pendekatan tepat untuk menjana ekonomi rakyat.

Syor beliau, menerusi pendekatan itu, kerajaan memberikan insentif kepada syarikat yang bersedia menggaji mereka yang masih menganggur selepas diberhentikan kerja.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/927951/korek-kwsp-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2023 10:52 AM | Show all posts
sudah sudah lah keluarkan wang untuk simpanan hari tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2023 10:53 AM | Show all posts
nanti bila tua dah tak cukup duit untuk berbelanja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2023 10:56 AM | Show all posts


Misah Md Amin ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Jasin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2023 10:57 AM | Show all posts
nenek tua yang menjadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:02 AM | Show all posts
mattzzx replied at 21-1-2023 10:52 AM
sudah sudah lah keluarkan wang untuk simpanan hari tua

betul matt.
simpanlah duit epf tu utk kegunaan akan dtg.
risau tengok org yg keluar byk kali.
ya betul duit masing2 tp akan dtg nk gun juga duit epf tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:03 AM | Show all posts
3x govt dulu bg bwk keluar dh 30k.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:03 AM | Show all posts
adakah 30k tu dpt habis byr semua hutang tertunggak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:04 AM | Show all posts
tentu tidak. tp duit 30k tu gerenti guna utk kegunaan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:08 AM | Show all posts
Amaran ribut petir di 6 negeri, Wilayah Persekutuan


Januari 21, 2023 @ 11:01am



Foto hiasan.



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 9.45 pagi tadi memaklumkan negeri terbabit ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Di Negeri Sembilan pula, amaran meliputi Jelebu, Seremban dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – BERNAMA






Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:09 AM | Show all posts
kt sini tengah hujan tp tak lebat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2023 11:10 AM | Show all posts


PASUKAN penyelamat mencari mangsa insiden salji runtuh. FOTO Sun Fei/Xinhua via AP)

Istanbul: Seramai 20 orang disahkan terbunuh manakala lapan lagi masih hilang dalam kejadian runtuhan salji di wilayah Tibet selatan China, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2023 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:20 AM | Show all posts
Lelaki cedera kereta terbalik




KERETA terbabas di Jalan Parlimen. FOTO ihsan Bomba






Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 11:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.983981 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list