Novel Adam & Hawa sepatutnya mengisi slot Akasia ini yang sekarang 'meletup' dengan Nora Elena. Untuk makluman Anon dan lain-lain peminat Adam & Hawa, pada mulanya memang saya lah yang dilantik secara rasmi oleh TV3 untuk kerja adaptasi Adam & Hawa.
Malangnya setelah tamat membacanya, novel itu rupa-rupanya sudah dibeli hakcipta adaptasinya oleh syarikat produksi lain untuk siaran di Astro. Dan TV3 telah terlepas pandang dalam soal ini.
Jadi, TV3 yang agak 'menggelabah' ketika itu, disebabkan tarikh tayangan kian hampir, terus mencari pangganti novel Adam & Hawa untuk slot Akasia ini.
Justeru, mereka menemui novel KASIH YANG SUCI yang dikatakan mirip Adam & Hawa. Saya dipanggil kembali untuk kerja adaptasi ini.
Pada mulanya, saya tidak berminat kerana mempunyai banyak kerja lain untuk diselesaikan. Namun, demi menjaga nama dan reputasi dengan TV3, saya setuju sahaja dengan tugas yang diberi ini.
Tentang Adam & Hawa, saya yakin adaptasi novel itu juga akan berjaya kerana penulis skripnya merupakan seorang yang lebih berpengalaman dan lebih baik dari saya. Karya beliau lebih banyak dan lebih menonjol dari karya saya. Akan tetapi saya enggan mendedahkan siapa namanya. Tunggu sahaja di depan Astro nanti, ok.
Terima kasih daun keladi..
dan baca entry2 beliau yg lain terutamanya berkaitan NE buatkan aku tersenyum sendiri...tak tau nak terasa ke atau apa