CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MsCinderella

Sembang Sukan :: Liga Juara2 : Liv/Che & Barca/M.Utd ::Ayuh Teka Jaringan!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-7-2007 12:43 PM | Show all posts
Anak buah Norizan langkah kiri


China aibkan kita di bumi sendiri







KEJUTAN demi kejutan dicatatkan tuan rumah bersama pada pusingan akhir Piala Asia kali ini tidak berpanjangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, apabila Malaysia membuka kempen dengan langkah kiri selepas kecundang 5-1 di tangan China, malam tadi.

Tatkala Vietnam, Indonesia dan Thailand berbesar hati dengan keputusan membanggakan dalam perlawanan pertama masing-masing, Malaysia berputih mata dan akur saingan Piala Asia bukan medan sebenar mereka dan kira-kira 20,000 penyokong pulang hampa menangisi kekalahan.

China, naib juara tiga tahun lalu di gelanggang sendiri, tidak begitu bersusah payah menghadapi tentangan hambar Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, yang turut disertai juara tiga kali Iran dan Uzbekistan.

"Kami perlu amat berdisiplin sejak minit pertama tetapi sebagai satu pasukan, kami gagal melaksanakannya dengan baik.

揚emain berjaya juga pada babak kedua tetapi gagal meletakkan bola di dalam jaring. Itulah yang membezakan China dengan kami kerana mereka mampu mencetak gol," kata ketua jurulatih negara, Norizan Bakar.

Taktik lambungan bola tinggi menjadi senjata pasukan Negara Tembok Besar itu merobek benteng pertahanan Malaysia, yang gagal mengekang asakan demi asakan hebat pasukan lawan sekali gus ketinggalan dua gol pada babak pertama.

Sekalipun pada awalnya, skuad negara mampu menyaingi kehebatan lawan, gol seawal minit ke-15 sumbangan penyerang tunggalnya, Han Peng mengubah suasana.

Kubu Malaysia termasuk penjaga gol Azizon Kadir terpinga-pinga dengan hantaran tinggi Wang Dong dari sebelah kanan ketika Han Peng kelihatan bersahaja melonjak tinggi dan mudah menanduk bola masuk ke penjuru atas sebelah kiri.

Serangan bertali arus China terus menekan tuan rumah yang cuba mempertahankan jurang gol tetapi kekalutan di bahagian pertahanan menghadirkan gol kedua lawan pada minit ke-36.

Sesudah Norhafiz Zamani Misbah tertewas di sebelah kiri, ketua pasukan China, Zheng Zhi merampas bola daripada kaki Kaironnisam Sahabudin Hussain sebelum melintangkan bola ke depan gol.

Ketika Azizon dan Rosdi Talib cuba menyelamatkan keadaan dengan mencabar Han Peng, pemain tengah Shao Jiayi, yang beraksi dengan kelab Bundesliga, Energie Cottbus, mudah menampan masuk ke penjuru kanan bagi mengukuhkan kedudukan pasukannya.

China terus bermaharajalela dengan Wang Dong menjaringkan gol ketiga berikutan kegagalan Rosdi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada minit ke-51 manakala Han Peng menambah gol keempat dan kedua peribadinya empat minit kemudian sesudah menampan masuk hantaran silang Jianqing dari sebelah kiri.

Kegagalan penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli berganding baik dengan Hairuddin Omar menyebabkan dia digantikan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-61 dan penyerang Pahang itu menyelamatkan sedikit air muka skuad negara dengan gol saguhati pada minit ke-73.

Bermula daripada gerakan Hardi dari sebelah kiri, lorongannya singgah di kaki Hairuddin yang pantas menolak kepada Indra sebelum rembatan leret kaki kanannya menerjah jaring penjuru kanan untuk menewaskan Leilei buat kali pertama.

Anak buah Norizan kelihatan seperti mendapat rentak selepas itu tetapi segala-galanya sudah terlambat ketika benteng China begitu utuh untuk dirobohkan malah lawan berjaya menambah satu gol lagi pada minit kecederaan menerusi tandukan Wang Dong.

MALAYSIA: Azizon Kadir; Fauzie Nan, Kaironnisam Sahabudin Hussain, Norhafiz Zamani Misbah, Rosdi Talib; Shahrulnizam Mustapa (Eddy Helmi Manan 46), Fadzli Saari (K Nanthakumar 58), Shukor Adan, Hardi Jaafar; Hairuddin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Indra Putra Mahayuddin 61).

CHINA: Li Leilei; Sun Jihai, Zhang Yaokun, Li Weifeng, Sun Xiang; Wang Dong, Zhou Haibin, Mao Jianqing (Zheng Bin 88), Zheng Zhi, Shao Jiayi (Li Tie 66); Han Peng (Dong Fangzhuo 72).

Pengadil: Muhsen Basma (Syria).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2007 12:45 PM | Show all posts
Malaysia kena belasah


Longgar... Tonggak China, Peng Han (kiri) mudah menanduk bola ke gawang Malaysia pada perlawanan Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 12:48 PM | Show all posts
Loss of shape proves costly for Malaysia
Jul 11, 2007
PA Sport







KUALA LUMPUR - Malaysia head coach Norizan Bakar has admitted that his side抯 5-1 loss to China at the Bukit Jalil National Stadium was far from ideal and can be attributed to the co-hosts
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 09:44 AM | Show all posts

Reply #1343 MsCinderella's post

Sumber Berita harian 12 Julai 2007

statement kat bawah ni terlalu mengaibkan PAsukan NEGARA.....
kekadang aku terpikiq juga apa yg Shahidan kat
PENGADIL KAMPUNG DIA LG BAIK...........
macam pemain negara.........
PEMAIN KAMPUNG AKU JAUH LEBIH BAIK DARI PEMAIN KEBANGSAAN

Kapten skuad Tembok Besar terkejut aksi anak buah Norizan TERLALU LEMAH

揝aya tidak pernah bermain menentang Malaysia tapi selepas perlawanan pertama, ia jelas menunjukkan tahap mereka lebih rendah daripada kami,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 10:59 AM | Show all posts
up skit....~
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 12:21 PM | Show all posts
malaysia 2 uzbek 4
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #1346 bayan_budiman's post

sure mesia kalah gak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 12:36 PM | Show all posts
conpem kalah....!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2007 12:42 PM | Show all posts

Reply #1348 bayan_budiman's post

hehe....ok...kita tgk petang ni..

Cin nak tgk bilangan penonton..ramai tak yg mai....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by MsCinderella at 14-7-2007 12:42 PM
hehe....ok...kita tgk petang ni..

Cin nak tgk bilangan penonton..ramai tak yg mai....


aku sokong ang cin....
ptg ni kita tgk sapa yang kena
apa plak strategi norizan.....
jgn nnt kena import PEMAIN KAMPUNG AKU PLAK
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 01:16 PM | Show all posts
malaysia leyh mnang ke?
cam xkonfiden je
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #1351 misz_sha's post

tak boleh menang...
kalah dah tentu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #1352 Hang's post

a'ah..
kalah tu mmg konfiden ler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 03:16 PM | Show all posts

Reply #1350 noret's post

wakaka...

mokata kalah gak...kita tgk la sapa yg brani nak letak jawatan..?hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 08:54 PM | Show all posts
Malaysia 0 - Uzbekistan - 5
any komen..?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 11:15 PM | Show all posts

Reply #1355 MsCinderella's post

Tak banyak yang dapat dikomen. Kalau komen pun setakat menaikkan kadar tekanan darah saja.

Memang jelas dan nyata, pasukan Malaysia bukanlah pesaing dalam Piala Asia kali ini. Kehadiran pasukan Malaysia hanyalah sekadar pelengkap atau sekadar teman 'sparring' pasukan lain yang bertanding.

Adakah strategi yang salah? Atau pemain kita yang tiada motivasi? Semuanya menjadi misteri.

Ahh, jari semakin malas untuk menaip bagi mengulas perlawanan petang/malam ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2007 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by MsCinderella at 14-7-2007 08:54 PM
Malaysia 0 - Uzbekistan - 5 any komen..?




komen xde nk kedit jerk hehehehe


alahai kalah jer msia main xde rezeki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 14-7-2007 11:15 PM
Tak banyak yang dapat dikomen. Kalau komen pun setakat menaikkan kadar tekanan darah saja.

Memang jelas dan nyata, pasukan Malaysia bukanlah pesaing dalam Piala Asia kali ini. Kehadiran pasuka ...





dah kene balun jer mcm xlayak jd teman sparring pon

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 12:00 PM | Show all posts
Lupakan kekalahan team bola malaysia...kita pokus lak bola copa america....



AKHIR COPA AMERICA
BRAZIL vs ARGENTINA
4.30 pg
Siaran Langsung, Channel 80




Meh kita teka score dan scorer..
50 kedit hanya utk teka score dan scorer
100 kedit utk forumer yang dapat teka dengan tepat !!!


[ Last edited by  MsCinderella at 15-7-2007 12:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by MsCinderella at 15-7-2007 12:00 PM
Lupakan kekalahan team bola malaysia...kita pokus lak bola copa america....



  AKHIR COPA AMERICA
BRAZIL vs ARGENTINA
4.30 pg
Siaran Langsung, Channel 80



   Meh kita teka score da ...


adeh cin....
2 team ni aku suka.........
BRAZIL kekdg pemainan depa xkonsisten
ARGENTINA kekdg pemainan depa fuyooo........ mantap 2JO
kalu menang pun xbnyk kot...
2 - 1 / 1 - 0
aku kalu nak 2 team ni MENANG....
sat g ampa kata tamak plak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.151459 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list