|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
Syair Imam Asy-Syafi'e..
Apa-apa yg Engkau kehendaki terjadilah walaupun aku tidak menghendakinya..
Sedang apa-apa yg aku kehendaki jika tidak Engkau kehendaki pastilah tidak terjadi..
Telah ...
baghal Post at 29-3-2010 13:47
humaira nak balas lar syair baghal..hehe
Janganlah engkau tertipu,
Seorang kekasih punya tanda,
Punya hadiah untuk kekasihnya,
Pahit bala-Nya dirasa nikmat,
Diterima gembira apapun yang Dia perbuat,
Tidak diberi pun tidak mengapa,
Kefakiran dianggap penghormatan saja,
Kau lihat mukanya berseri,
Hanya si Dia yang ada di hati,
Di taat segala ucapan-Nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
menyediakan makanan,
menyalakan lampu dan lain2 lagi yang menjanjikan 'berkumpul dengan para anbia diakhirat kelak .
Ok.
kita tunggu penjelasan dari diorg...
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Betapa para sahabt meratapi dengan penuh kesedihan bahawa Nabi pergi buat selamanya.Tapi bg sahabat jua Nabi bukan meninggal tapi hidup disamping kekasihNya Allah swt.Sebab itu Umar memberi amaran bahawa siapa yg mengatakan Nabi itu meninggal maka Umar akan memenggal kepala orang itu.Dan ada lagi beberapa point penting untuk direnungkan.
ummi_humaira Post at 29-3-2010 20:45
Kehidupan selepas mati adalah kehidupan di alam barzah.. tidak sama dengan kehidupan didunia ini dan ingatlah ucapan Abu Bakar dan ayat Al-Qur'an yang dibacakannya untuk menenangkan perasaan para sahabat dan balasan Umar.. "seolah2 aku tidak pernah mendengar ayat itu" selepas mendengar penjelasan Abu Bakar.
Ini bukan garis panduan ahli sufi menyambut MAULID ya nazrul tetapi realiti pada masa itu.Kejadian yang berlaku pada masa itu.Jangan kamu sempitkan pemikiran kamu hanya kerana secangkir ilmu.Nabi saw itu kekasih Allah maka berhati hatilah dengan kata kata mu wahai sahabat.
Saya tak pernah mengulas tentang video itu dan tak tulis apa2 berkenaan video itu.
Secangkir ilmu yang bertepatan dengan aqidah tauhid sepertimana yang diajarkan oleh Rasul s.a.w lebih bermakna dari segunung ilmu yang berpunca dari bid'ah yang diada-adakan oleh tok-tok sufi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jelas itu hanyalah ucapan seorang sufi yang memperkatakan sesuatu perkara ghaib (dihari akhirat) tanpa berdalilkan Al-Quran dan Sunnah dan penganut sufi mengambilnya berdasarkan 'sikap berprasangk ...
Nazrulism Post at 28-3-2010 14:52
kan aku dah jawab bior aku jawab sekali lagi :
Sabda Nabi:
Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)
Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi). |
|
|
|
|
|
|
|
Semuanya tidak lari dari pemahaman Ahlul Sunnah;
Nazrulism Post at 29-3-2010 18:03
Bilamasa pulak puak Qadariah ni sebahagian dr ASWJ? Sesat sorang2 dah la, xyah ajak orang...
Pendapat Imam Malik Tentang Qadar
Qadhi 'Iyadh berkata: "Imam Malik pernah ditanya tentang kelompok Qadariyah, siapakah mereka itu? Beliau menjawab: 'Mereka itu adalah orang-orang yang mengatakan bahwa Allah itu tidak menciptakan maksiat'. Beliau ditanya pula tentang Qadariyah. Jawab beliau: 'Mereka adalah orang-orang yang berpendapat bahwa manusia itu mempunyai kemampuan. Apabila mereka mau, mereka dapat menjadi orang-orang taat atau menjadi orang-orang yang durhaka'. Ibn Abi 'Ashim meriwayatkan dari Sa'ad bin 'Abd al-Jabbar, katanya: Saya mendengar Imam Malik bin Anas berkata: "endapat saya tentang kelompok qadariyah adalah, mereka itu disuruh bertaubat. Apabila tidak mau, mereka harus dihukum mati".:@:@:@
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”.
Adakah kasih kepada Allah dan RasulNya dengan berbuat seperti yang disuruh oleh tok sufi seperti;
mempersiapkan makanan, mengumpulkan teman- teman, menyalakan lampu, mengenakan pakaian baru, memakai farfum dan menghias dirinya untuk membaca dan mengagungkan maulid Rasul.
lebih utama dari solat, puasa dan bersedekah untuk menunjukkan kecintaan pada Allah dan RasulNya ?
Bukankah Hadith itu menyatakan dengan mencintai Allah dan Rasulnya, walaupun kekurangan amal solat. puasa dan sedekah diberi kedudukan bersama yang dikasihinya? |
|
|
|
|
|
|
|
1329# Nazrulism
haramnya bermusafir utk menziarahi maqam/kubur untuk beribadat Post Last Edit by Nazrulism at 13-3-2010 01:09 (1106 #)
lihat yang nih plak.....
Aku tak katapun ziarah kubur haromm... aku kata ziarahlah... tiada siapa melarang!
cuma jangan beribadat pada kubur. Nazrulism Post at 15-3-2010 17:51 (1122 #)
mike tolong jelehkan bab ziarah kubur ni?ngape ucapan mike ni berbelit2...mcm org tgh sembelit.mintak penjelasan dari mike tentang 2 penyataan mike ni |
|
|
|
|
|
|
|
1343# Nazrulism
Kehidupan selepas mati adalah kehidupan di alam barzah.. tidak sama dengan kehidupan didunia ini dan ingatlah ucapan Abu Bakar dan ayat Al-Qur'an yang dibacakannya untuk menenangkan perasaan para sahabat dan balasan Umar.. "seolah2 aku tidak pernah mendengar ayat itu" selepas mendengar penjelasan Abu Bakar.
Alah..xyah la tunjuk betapa butanya hati Tuan, Syeikh dalam video tu dah jawab dgn jelas...
Saya tak pernah mengulas tentang video itu dan tak tulis apa2 berkenaan video itu.
Memang la taknak komen, dah taik lembu tepat jatuh atas muka...{:1_126:}{:1_126:}
Adakah kasih kepada Allah dan RasulNya dengan berbuat seperti yang disuruh oleh tok sufi seperti;
mempersiapkan makanan, mengumpulkan teman- teman, menyalakan lampu, mengenakan pakaian baru, memakai farfum dan menghias dirinya untuk membaca dan mengagungkan maulid Rasul.
lebih utama dari solat, puasa dan bersedekah untuk menunjukkan kecintaan pada Allah dan RasulNya ?
Bukankah Hadith itu menyatakan dengan mencintai Allah dan Rasulnya, walaupun kekurangan amal solat. puasa dan sedekah diberi kedudukan bersama yang dikasihinya?
Hai... Nabi aku punya kata2 pun hang nak komplen? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 31-3-2010 11:13
Pengukuhan wahdatul-wujud dan hulul dikalangan kaum sufi.
Yang paling berani dari kalangan sufi yang berterus-terang meluahkan ilmu kebatinan ini ialah al-Hallaj. Sesetengah golongan sufi telah menyanjung Hallaj sebegitu tinggi sehingga mereka pernah menamakannya “Al-Husain bin Mansur ‘Alim Rabbani” seperti yang disebut oleh Muahammad bin Khafif (Thabaqat as-Sufiyyah).
Di dalam Akhbaru al-Hallaj ada disebutkan bahawa pada suatu ketika Hallaj memasuki sebuah masjid di kota Baghdad dan mendapati Junaid sedang berkhutbah di atas mimbar. Junaid ialah penghulu golongan sufi pada masa itu tetapi Hallaj telah menegurnya: “Wahai Abu al-Qasim! Sesungguhnya Allah tidak meredhai ilmu orang alim sehinggalah ia menemuinya di dalam ilmunya itu. Andainya engkau berilmu, maka berdirilah di tempatmu itu. Jika tidak, turunlah dari situ!” Junaid lantas turun tanpa mengucapkan sepatah kata pun, dan telah membisu selama sebulan!
Teguran Hallaj itu merupakan suatu tamparan kepada Junaid dan suatu cabaran supaya melahirkan kepada umum akidah kebatinan yang dipegangnya itu.Halaj mengecamnya kerana memaparkan ilmu-ilmu syariat kepada umum yang bertentangan dengan akidah tasawwuf yang telah diketahui Junaid. Kerana itulah selepas peristiwa tersebut Junaid telah menyembunyikan diri dari orang ramai dan tidak bercakap-cakap dengan mereka selama satu bulan. Junaid tidak melahirkan kepada umum apa yang telah dilahirkan oleh Hallaj, kerana dia menyedari akan akibatnya yang buruk kelak.
Abu Abdurrahman as-Salimi di dalam bukunya “Thabaqat as-Sufiyyah” telah menyebut kata-kata Junaid kepada Syibli: “Jika engkau pulangkan perkaramu kepada Allah nescaya engkau merasa lega.” Jawab Syibli; “Wahai Abu al-Qasim, andainya Allah pulangkan kepadamu perkaramu nescaya engkau merasa lega.” Junaid pun berkata: “Mata pedang Syibli mengalirkan darah.” (Thabaqat as-Sufiyyah)
Maksud kata-kata Junaid ialah jika Syibli menyerah bulat kepada Allah tanpa berikhtiar dan berusaha, nescaya Syibli akan merasa lega dan tenteram. Sementara maksud ungkapan balas Syibli pula adalah lebih jelas dari ungkapan Junaid, kerana itulah Junaid menjawab “mata pedang Syibli mengalir darah” -maksudnya, dengan berterus terang tentang akidah kepercayaan itu bakal mendedahkan dirinya kepada hukuman bunuh!!
ketika Hallaj diheret untuk dibunuh dan disalibkan, orang-orang bertasawwuf telah dihimpunkan dan dipaksa menyumpah dan menyeranahnya. Di antara yang dibawa ke perhimpunan itu ialah Syibli. Syibli pun menyuruh seorang wanita yang bertasawwuf supaya berkata kepada Hallaj, “Sesungguhnya Allah telah mengamanahkan kepadamu (pada fahaman sufi) satu daripada rahsia-rahsiaNya. Tetapi engkau telah menyebarkannya. Oleh itu rasalah akibat perbuatanmu itu!!” (Akhbar al-Hallaj).
Abu Yazid al-Bistami, salah seorang pemimpin dan pemuka golonggan sufi abad ketiga hijrah telah menyebutkan mengenai dirinya dengan berkata: “Pada suatu kali Dia mengangkatku dan meletakkan daku di tempat-Nya sambil berkata kepadaku: “Wahai Abu Yazid! Sesungguhnya makhluk-Ku suka melihatmu. Akupun berkata: Hiasilah aku dengan keesaan-Mu! Pakaikan daku keegoan-Mu! Angkatkan daku kepada ketunggalan-Mu, sehingga apabila makhluk-Mu melihatku mereka akan berkata: Kami telah melihat-Mu. Engkau menjadi Dia! Dan aku bukan yang berada di sini!” (Al-Luma’, halaman 461).
Penghulu gerakan tasawwuf pada waktu itu, iaitu al-Junaid pula, telah mengulas ucapan rakannya Abu Yazid al-Bistami di atas dengan berkata: “Ini ialah ucapan orang yang tidak diselubungi hakikat kesatuan tafrid di dalam kesempurnaan hak ketauhidan. Dengan demikian ia tidak memerlukan kepada apa yang menyelubunginya tentang kejadian apa yang dimintanya. Permintaannya itu menunjukkan ia mendekati apa yang ada di sana. Orang yang mendekati sesuatu tempat tidak berada di tempat itu. Katanya: Pakaikan aku, dan hiasilah aku serta angkatkan daku, menunjukkan kepada hakikat yang diperolehinya sekadar yang ada padanya saja. Dan ia tidak mendapat bahagian kecuali mengikut apa yang diminta terangkan saja.” (Al-Luma’, halaman 461).
al-Junaid mensifatkan Abu Yazid sebagai seorang yang tidak diselubungi Allah dengan hakikat-hakikat kesatuan tafrid, iaitu Abu Yazid belum lagi tiba di peringkat tidak melihat selain Allah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hallaj. Kerana itu jugalah al-Junaid mengatakan, jika Abu Yazid melihat tafrid itu dengan sebenarnya, nescaya ia tidak mengemukakan permohonan-permohonannya itu. Abu Yazid al-Bistami telah memohon kepada tuhan supaya memakaikan keegoan-Nya dan mengangkatnya kepada ketunggalan-Nya! Andainya ia menyakini konsep Wahdatul Wujud (kesatuan wujud), nescaya ia tidak memohon demikian dan tidak memintanya, kerana dia tau dengan sepenuh keyakinan bahawa dialah Allah!! Kerana itulah al-Junaid menganggapnya, dengan permohonannya itu, sebagai orang yang menghampiri hakikat tasawwuf yang terakhir, tetapi belum lagi tiba kepadanya!! Al-Junaid berkata: “Permintaannya itu menunjukkan ia mendekati apa yang ada di sana.” Kemudian al-Junaid menghuraikan ulasannya ini dengan menegaskan kata-katanya: “Pakaikan daku! Hiasilah aku dan angkatkan daku”, menunjukkan hakikat yang diperolehi sekadar yang padanya sahaja. Dan ia tidak mendapat bahagian selain mengikut kadar yang dipohonnya saja.” Ini bererti, menurut Al-Junaid setakat itu sahajalah kedudukan Abu Yazid al-Bistami di dalam memahami hakikat tasawwuf, dan ia belum lagi tiba kepada fahaman yang sebenar, iaitu konsep wahdatul-wujud dan hulul.
Penyusun buku “Al-Luma’“ telah merakamkan peristiwa berikut diceritakan dari as-Syibli rahmatullah bahawa dia ditanya mengenai Abu Yazid al-Bastami rahmatullah serta didedahkan kepadanya cerita mengenai itu, lalu as-Syibli rahmatullah pun menjawab: “Andainya Abu Yazid rahmatullah berada di sini nescaya ia akan memeluk agama Islam di depan beberapa kanak-kanak kami kemudian beliau berkata lagi: “Andainya seseorang itu faham apa yang aku kata nescaya aku ikatkan pinggang.” (al-Luma’, halaman 741).
Ternyata al-Syibli menganggapkan Abu Yazid al-Bistami tidak layak menjadi muridnya, bahkan andainya Abu Yazid ada bersama-samanya ketika itu sudah tentu ia memeluk agama Islam di depan anak-anak murid as-Syibli. Ditegaskan di sini bahawa maksudnya dengan memeluk atau menganut agama Islam itu ialah mengajarnya bahawa tiada wujud di alam semesta selain Allah kerana itu as-Syibli berkata kemudiannya: “Andainya seseorang itu faham apa yang aku kata nescaya aku ikatkan pinggang.” Erti ikatkan pinggang ialah memakai pakaian ahli az-Zimmah dari kalangan orang-orang Yahudi, Nasrani dan Majusi, kerana beliau percaya tiada siapa dari kalangan yang sezaman dengannya memahami apa yang dibayangkan dengan kata-kata itu. Ini memang benar kerana golongan sufi sering mengelirukan orang ramai di dalam seruan mereka ke arah kebaikan dan ketaqwaan serta cintakan Allah dan rasul-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
1330# Nazrulism
haramnya bermusafir utk menziarahi maqam/kubur untuk beribadat Post Last Edit by Nazrulism at 13-3-2010 01:09 (1106 #)
lihat yang nih plak.....
Aku tak katapun ziarah kubur haromm... aku kata ziarahlah... tiada siapa melarang!
cuma jangan beribadat pada kubur. Nazrulism Post at 15-3-2010 17:51 (1122 #)
mane ni...?mike xjawab soalan teman lagi ni?teman sunyi ni....respond le sikit'.....teman bkn ape confuse lagi ni..pase...xjawab lagi ni...sibuk sngat ke....?org lain punye mike jawab...teman punye mike tak sior jawab plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 31-3-2010 17:25
1330# Nazrulism
lihat yang nih plak.....
mane ni...?mike xjawab soalan teman lagi ni?teman sunyi ni....respond le sikit'.....teman bkn ape confuse lagi ni..pase...xjawab lagi ni...sibuk ...
fathan Post at 31-3-2010 16:56
Apa soalan kamu ?
Tak apa.. saya agak kamu tak faham dengan post aku kot..gitu?
haramnya bermusafir utk menziarahi
maqam/kubur untuk beribadat Post Last Edit by Nazrulism at 13-3-2010 01:09 (1106 #)
Haramnya bermusafir untuk menziarahi kubur UNTUK BERIBADAT pada kubur itu.
Aku tak katapun ziarah kubur haromm... aku kata ziarahlah... tiada siapa melarang!
cuma jangan beribadat pada kubur. Nazrulism Post at 15-3-2010 17:51 (1122 #)
Tiada yg larang ziarah kubur untuk ziarah,
Dilarang/haromm ziarah kubur untuk beribadat pada kubur itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
1354# Nazrulism
Beriman dengan benar terhadap takdir bukan berarti meniadakan kehendak dan kemampuan manusia untuk berbuat. Hal ini karena dalil syariat dan realita yang ada menunjukkan bahwa manusia masih memiliki kehendak untuk melakukan sesuatu.
Bahawa kehendak Allah meliputi segala sesuatu, baik yang terjadi maupun yang tidak terjadi, baik perkara besar maupun kecil, baik yang tampak maupun yang tersembunyi, baik yang terjadi di langit maupun di bumi. Semuanya terjadi atas kehendak Allah Ta’ala, baik itu perbuatan Allah sendiri maupun perbuatan pilihan makhluknya.
Pendapat Imam Malik Tentang Qadar
Qadhi 'Iyadh berkata: "Imam Malik pernah ditanya tentang kelompok Qadariyah, siapakah mereka itu? Beliau menjawab: 'Mereka itu adalah orang-orang yang mengatakan bahwa Allah itu tidak menciptakan maksiat'. Beliau ditanya pula tentang Qadariyah. Jawab beliau: 'Mereka adalah orang-orang yang berpendapat bahwa manusia itu mempunyai kemampuan. Apabila mereka mau, mereka dapat menjadi orang-orang taat atau menjadi orang-orang yang durhaka'. Ibn Abi 'Ashim meriwayatkan dari Sa'ad bin 'Abd al-Jabbar, katanya: Saya mendengar Imam Malik bin Anas berkata: "pendapat saya tentang kelompok qadariyah adalah, mereka itu disuruh bertaubat. Apabila tidak mau, mereka harus dihukum mati"
Tak tahu lak pulak kalu Imam Malik nih jabariah...nak tuduh jugak ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|