CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aryzana83

STACY FC XXVI:Saksikan Kemunculan Video Clip Jahat dikaca Tv anda 27 June ini

 Close [Copy link]
Post time 5-6-2010 09:21 PM | Show all posts
nak tepek gambar stacy yang paling comel sesangat bagi iolss









comel kan{:3_84:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2010 09:23 PM | Show all posts


iolss tepek gambar ni sbb suke tgk kasut stacy nak jugakkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 10:42 PM | Show all posts
bila VC jahat nak kuarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

tencen hokay lama sgt...tahap kesabaran da semakin nipis cam kuih lapis{:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 11:09 PM | Show all posts
semua suke skodeng je skang{:3_83:}


jah yang comel jugak suke menonjolkan diri sebab comellllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 11:50 PM | Show all posts
dengan bangganya saya jah yang tersangat comellllllll ingin menutup umah












umah ditutupppppppppppp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 12:30 PM | Show all posts
Stacy-Acha mahu berduet
Stacy-Acha mahu berduet
Oleh Zubir Mohd Yunus

2010/06/06


        







Stacy-Acha mahu berduet

Acha tegur sikap Agnes

SELEPAS gagal menemukan Stacy dan bintang Indonesia, Agnes Monica dalam satu fotografi baru-baru ini lantaran sikap ‘kekwat’ penyanyi berkenaan, kesempatan itu sebaliknya diisi rakan senegaranya apabila penyanyi dan aktres cantik filem Heart, Acha Septriasa yang pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi lagu duet bersama Irwansyah, My Heart, menampilkan sikap mesra serta rendah diri sepanjang pertemuan itu, malah dia yang menyapa Stacy lebih dulu, seterusnya menggelar bintang realiti itu sebagai Agnes Monica Malaysia!

  Di awal pertemuan, Acha, 21, tidak tahu menahu peristiwa pahit yang pernah berlaku antara Stacy, 20, dan Agnes, namun sebaik dimaklumkan ketika wawancara, dia terkejut bagaimana kejadian seumpama itu boleh berlaku lebih-lebih lagi sesama teman artis, malah dia berasakan pasti wujud salah faham bersama pihak pengurusan. Tegas Acha lagi, perkara berkenaan seharusnya ditangani dengan bijaksana bukannya dibaluti emosi keterlaluan.
      Bagi Acha, Agnes adalah satu nama besar, lebih-lebih lagi apabila peminatnya di Jakarta termasuk Malaysia menyanjung bakat nyanyian dan lakonannya. Acha turut menyifatkan Agnes sebagai seorang bintang yang ‘berkiblatkan’ artis Hollywood!  “Apabila dia (Agnes) beranggapan begitu, pastinya dia ingin privacy, tidak mahu diganggu. Justeru, mungkin karakter dirinya dipengaruhi artis Hollywood. Maka, kita tidak boleh menyalahkan Agnes 100 peratus mengenai kejadian itu seperti didakwa Stacy. Siapa tahu, mungkin Agnes diberi didikan begitu sejak kecil, pastinya dia beranggapan apa dilakukannya adalah wajar.

  “Seharusnya artis Jakarta yang cari peluang bekerja di Malaysia, perlu memelihara hubungan yang baik dengan karyawan seni di sini (Malaysia). Bagi saya, artis Indonesia ibarat menumpang di Malaysia. Sewajarnya apabila sama-sama cari rezeki, hubungan yang erat perlu dikekalkan termasuk bersama pihak media, maka kelangsungan sesuatu pekerjaan itu pasti bertambah mudah, peminat pun akan lebih sayang pada kita,” kata Acha yang ternyata bersikap neutral.

  Laporan B*Pop sebelum ini menyelar sikap Agnes apabila pelantun lagu Matahari itu dikatakan tidak ikhlas bergambar bersama Stacy apabila diminta pihak penganjur Minggu Setiausahanya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Stacy mengakui tersinggung dan kecewa dengan kejadian yang berlaku tempoh hari. Namun, dia sedia memaafkan Agnes apabila beranggapan sikap dingin itu mungkin berpunca daripada faktor keletihan.

  Pun begitu, mengatur temu janji bersama Acha amat mudah, penulis hanya berhubungan dengannya menerusi BBM (BlackBerry Messanger) saja dalam pertemuan yang dijadualkan kurang daripada dua minggu, malah dia sendiri yang mengesahkan kehadirannya sejak awal tanpa permintaan layanan bertaraf lima bintang! Acha juga tiada masalah sepanjang fotografi yang berlangsung hanya di tepi lampu isyarat sambil dikerumuni orang ramai yang mundar mandir!
  Kebetulan Acha dan Stacy sama-sama menuntut di Universiti Kreatif & Teknologi Lim Kok Wing, Cyberjaya, namun mereka berlainan kursus pengajian. Kata Acha yang lebih senior daripada Stacy, mereka tidak pernah bertemu di kampus, hanya menerusi fotografi yang diatur B*Pop menemukan mereka secara peribadi buat pertama kali! Sebelum ini kedua-duanya sekadar bertegur sapa ketika siri jelajah Era, tahun lalu.   

  Acha yang memilih label Limaduabelas Muzik milik penyanyi terkenal Indonesia, Rossa untuk bernaung dan menjadi artis syarikat rakaman berkenaan tidak melepaskan peluang menonton Konsert Melodi Cinta Rossa di Stadium Putra, Bukit Jalik, Kuala Lumpur minggu lalu sebelum berangkat pulang ke Jakarta keesokan pagi sebagai persediaan menjalani penggambaran filem terbarunya, Love Story mulai 18 Jun ini.

Berganding lagi dengan Irwansyah

  Menariknya menerusi Love Story, Acha mengakui dia bakal digandingkan semula bersama Irwansyah iaitu bekas teman lelakinya! Ketika berpacaran, Acha-Irwansyah pernah membintangi beberapa filem yang menempa kutipan box-office dan selepas putus cinta, kini Love Story  menjadi pertaruhan buat kedua-duanya sama ada cinta mereka akan berputik kembali!

  Apabila Acha mendapat tawaran daripada sutradara filem berkenaan, Hanny Saputra yang sebelum ini mengarahkan Heart dan Love Is Cinta, dia mengakui terkejut!

  “Betul ke? Saya khuatir penonton jadi bosan melihat kami. Tapi, apabila memikirkan Love Story adalah sebuah filem yang bertemakan cinta, kuat tarikan cintanya, malah saya dan Irwansyah adalah ikon cinta remaja di Jakarta dan Malaysia, saya harus profesional. Saya dan Irwansyah juga punya fan club, Ircha, peminat suka kami digandingkan.

  “Langsung saya terus telefon Irwansyah, apa salahnya kita bikin reunion, hadiah untuk peminat? Pasti peminat suka selepas tiga tahun saya dan Irwansyah tidak bertemu di dalam filem. Dia setuju! Walaupun kami sudah putus cinta, saya dan Irwansyah sudah seperti saudara. Kami masih berhubungan, contohnya seperti majlis ulang tahun, Hari Raya, Irwansyah tidak keberatan datang ke rumah saya.

  “Justeru, saya yakin, kami tidak akan bercinta lagi apabila sama-sama di dalam Love Story. Tambahan pula saya sudah dengar gosip, Irwansyah sudah ada cewek (teman wanita) baru! Tapi, dia sendiri belum pernah beritahu saya apa-apa lagi,” kata Acha yang tidak pernah putus menguntum senyuman.   

  Sebaik ditanya adakah Acha sendiri sudah punya pacar baru, dia tidak berselindung apabila mengakui sedang mengenali seseorang, tapi teman barunya itu bukan di kalangan artis mahupun selebriti, sebaliknya pelajar universiti Jakarta berusia awal 20-an. Sekadar memperkenalkan pemuda berkenaan sebagai ‘A’ saja, Acha mengakui sudah berkenalan dengan keluarga ‘A’, namun mereka belum ke tahap bercinta.

  “Saya dan Irwansyah masing-masing sudah ada pilihan sendiri, justeru mana mungkin cinta kami akan berputik. Dulu saya sama Irwansyah berteman, kemudian berpacaran, langsung putus cinta. Maka apa salahnya kita berkawan semula,” kata Acha, sekali gus menafikan dia pernah bercinta dengan Dafi AF5, namun mengakui amat senang berkawan dengan anak menteri itu kerana sikap rendah hatinya.

Stacy resah berat badan naik

STACY akui selepas melalui detik ‘sukar’ bersama Agnes Monica, kini apabila diberi kesempatan bekerja dengan Acha, situasi amat berbeza.

    Katanya lagi, ketika Acha melangkah masuk ke butik Calvin Thoo, dia terus memberi salam, sekali gus bersalaman dengan semua orang yang berada di sekelilingnya tanpa mengira status pihak berkenaan.

   “Acha juga sempat memperkenalkan saya kepada krew TV Indonesia yang turut serta dalam fotografi berkenaan. Menerusi temu bual bersama krew berkenaan, tak semena-mena Acha terus memperkenalkan saya sebagai Agnes Monica Malaysia. Apabila mendengar nama Agnes, saya tersentak, tapi itu tidak penting kerana lebih membanggakan, Acha menghargai bakat seni saya, mungkin dia mengikuti perkembangan muzik kita.

  “Apabila berpeluang mendekati Acha, ternyata dia seorang yang amat peramah, low profile dan nampak dia berminat mengenali artis Malaysia dengan lebih dekat. Acha sekalipun pernah mencipta fenomena di Malaysia, dia tak pernah anggap dirinya superstar.

  “Justeru, sikap seperti inilah yang harus dicontohi. Ikut resam padi, semakin berisi, semakin tunduk. Jika diberi peluang, saya memang teringin berkolaborasi dengan Acha, manalah tahu suatu hari nanti jika ada pihak yang berminat menggabungkan kami, pasti lebih meletup!,” kata Stacy yang begitu teruja dengan layanan mesra Acha dan mereka sempat bercanda sepanjang sesi fotografi.

  Namun, sepanjang menjayakan fotografi, Stacy turut diberi teguran kerana berat badannya kelihatan bertambah berbanding sebelum ini. Bertitik tolak daripada teguran itu, Stacy akur.

  “Saya kena work-out balik, perlu kurus sebab kalau badan berisi, cepat penat apabila menari. Saya tidak boleh berterusan menggunakan alasan sibuk belajar sehingga terpaksa mengabaikan latihan menari dan bersenam. Karier dan pelajaran sama penting, justeru saya harus bijak membahagikan masa sekalipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan,” katanya.

  Tidak lengkap perbualan bersama Stacy sekiranya gosip cintanya bersama Akim AF7 tidak disentuh, namun dia tetap menafikannya sekalipun heboh orang bercerita mereka pasangan bercinta, justeru timbul dakwaan, kononnya dia seorang lesbian apabila sering menolak cinta daripada lelaki yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini termasuklah Nubhan dan Syamsul Datuk Yusof Haslam!

  “Siapa kata saya lesbian! Nafsu dan naluri kewanitaan saya masih ‘lurus’! Jika ada perasaan cinta, pastinya pada lelaki. Saya tidak bermaksud menolak cinta lelaki, tapi bukan masa yang sesuai saya memikirkan soal cinta secara serius. Hubungan mesra saya dengan beberapa artis lelaki sebelum ini sering kali disalah tafsir termasuklah Akim.

  “Sejak bergelar juara AF6 sehingga hari ini, belum ada mana-mana lelaki yang melafazkan kata cinta terhadap saya, cuma apabila berkawan, saya kelihatan mesra dengan mereka. Saya akui, memang berkawan rapat dengan Akim, tapi perhubungan kami tidaklah sampai ke tahap bercinta. Akim pun tak pernah berbicara soal cinta dengan saya. Lagipun perjalanan seni kami masih jauh. Tak perlu terburu-buru menagih cinta,” kata Stacy yang kini sibuk mempromosi single terbarunya, Jahat ciptaan Edry KRU.     
         

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 05:11 PM | Show all posts
Stacy-Acha mahu berduet
Stacy-Acha mahu berduet
Oleh Zubir Mohd Yunus

2010/06/06


        
...
aryzana83 Post at 6-6-2010 12:30


thanks ary sbb tepek aah stacy cam da berisi takpe nanti senam lagi stacy mesti slim balik

pandai stacy cakap peribahasa resmi padi tu uolss
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 05:27 PM | Show all posts
making VC jahat kat channel 501 malam ni kul 10.30..jangan lupa tengok

tadi dah kuar kul 3.30 tapi tak dapat tgk sbb p kenduri sib baik ada ulangan terima kasih hanis21 dari stacyfrenz bagi info


tak sabar nak tgk walau the making je pun{:3_84:} mesti  tak lama lagi kuarla VC jahat budak jahattttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2010 06:12 PM | Show all posts
Salam & Selamat Petang Warga Stacy FC...Den tumpang lalu tuk post artikel...

Sumber Berita Harian 17 Mei 2010

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 06:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 06:12 PM | Show all posts



Sekian...Selamat Berforum Dengan Aman...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 06:33 PM | Show all posts
Sekian...Selamat Berforum Dengan Aman...
Anok_Tupa Post at 6-6-2010 18:12



    thanks a lot anok tupa
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 01:07 AM | Show all posts
dengan ini












umah ditutupppppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 10:35 AM | Show all posts
umah dibuka

sahdisnya jah yang tutup umah skang jah gak yang buka umah

murninggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:02 PM | Show all posts
salam!!! jah sengal..font besar gak..

sape smlm tgk galatv the making of vc jahat????? hohohoho!!!

meletup kannnnn???   best sgt!!! xsabar nak tgk!!!  
wlpun...

27/6 bru nak kuar noks....ni ujung bln jun bkn ujung bln mei..

vc ala2 geisha uolss! model pun encem gak...cam jopun..  mesti lawak gak vc tu...n tgk skit smlm..stacy sgt comell!   jahat bdak jahat!


mmg terlebey sudaa..media hustler + KRU + astro = meletoppp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 12:19 PM | Show all posts
godek2 fb jumpe ni...



credit to shena
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:29 PM | Show all posts
mnelah manusia2 yg lme xmsuk umah ni? hmmm....:cf:


hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:41 PM | Show all posts
ngantuks..away tdo jap..ekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:53 PM | Show all posts
sempat tkar avvy jap....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048642 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list