CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[Merged]All About Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

  [Copy link]
Post time 11-6-2009 10:38 PM | Show all posts

Reply #1319 seroja1's post

bukan ke area puchong pon glamer sbg tempat yg angker kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 11:26 AM | Show all posts
camana la puchong tu dpt nama yek? banyak pocong ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 01:45 PM | Show all posts

Balas #1359 JulietTheOrange\ catat

kemayan city tu kan tempat mat pet berkampung...5-6 thn lps ada mat pet mati dlm kompleks yg terbengkalai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by JulietTheOrange at 11-6-2009 00:35
kalu jalan kecik2, leh masukkan tak?

sape kat cni tau jln kat kemayan city, johor tu? (shopping complex terbengkalai).
citernye gini.. mak ngan ayah aku nk u-turn, so kene gune la jln kemayan ...


nk pesan dgn hubby jgn lalu kt situ.
seriaunye....
kadang2 hubby suke u-turn kt situ
kalau u-turn depan tun aminah tu jem
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 01:15 PM | Show all posts
uwaaa kemayan city ker???mmg laluan aku tu weiii...apa2 pun harap2 tak menggangu aku laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 12:37 AM | Show all posts
ni ocho baru dapat dlm email .. menda ni mayb dah lama . tapi seblum ni tadak pics, sharing is Caring

Hantu lebuh raya
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@ kosmo.com. my


MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.
Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.


GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.


Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.


Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.
Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ. 




Pemandu parah elak wanita berkebaya merah
Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@ kosmo.com.my

ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani
semalam.


SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.
"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.




'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut
Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@ kosmo.com. my

CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin.

SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.
"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.
Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2009 10:20 AM | Show all posts

Balas #1370 ocho\ catat

dh ader dlm thread kebaya merah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 12:30 PM | Show all posts

Balas #1371 ctsueraya\ catat

yea .. tapi ni pasal R&R and hiway ..
and sebelum ni tadak pic redkebaya tu.. kalau tak salah ocho la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 02:13 PM | Show all posts

Reply #1372 ocho's post

ada la ocho..yg pic red kebaya tu kan dh kua kat paper
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 02:17 PM | Show all posts

Reply #1370 ocho's post

eeeeeee seram nya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 06:24 PM | Show all posts

Balas #1373 pinky46\ catat

thanks .
kat paper dah kuar ..
tapi dah kuar kat MPS ke  bro ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:51 AM | Show all posts

Balas #1375 ocho\ catat

ader hrtue baca kat thread MPS
takperlah paste lagik sekali kot2 ader yang tak jguk thread lain tuh kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 10:11 AM | Show all posts
tak pe la..aku pun lom tengok gambar ni.kat thread kebaya merah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 01:55 AM | Show all posts
1357# kodoklawa

kasihan.. al-fatihah untuk mangsa yang terkorban.. uols kalau lalu area begitu, hadiahkan saja fatihah, niat dalam hati pada Allah, Al-Fatihah yang dibaca ini, jika ada pahalanya, kuhadiahkan kepada mereka yang terkorban dalam kemalangan tersebut... insya Allah, hadiah tersebut boleh menolong mereka..

ada kawan i, dia kan kalau lalu area perkuburan, dia tak benarkan buka radio atau lagu dalam kereta. dia minta kami semua baca fatihah dan hadiahkan pada ahli-ahli kubur tersebut... sebab dia ada gift, dia nampak ahli-ahli kubur merayau rayau dengan wajah sedih menunggu kiriman dari kita yang masih hidup...

just sharing my thought...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 12:02 PM | Show all posts
1379# darlingangel

satu amalan yg baik..lbh elok klu kita ajar anak2 kecil ttg ni..tingat ceramah datuk fadzillah Kamsah..katanya klu nampak kubor beri salam dan sedekahkan al fatihah ...bukan momokkan anak2 pasal hantu bila nampak kubur ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 05:19 PM | Show all posts
1380# kodoklawa

masa i kecik2 dulu pun, sama je.. nampak kubur takut hantu... gara gara orang orang tua la takutkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2009 08:18 AM | Show all posts
er..nak tanye
jalan mersing -- terengganu tu ade sesuatu ker?
aritu nek bas tganu kul 10.30 mlm
tibe jln tu dlm kul 11++mlm..
tibe je jln sunyi tuh, drebar bas tu pasang kekuat ayat quran
pastu dh tibe kat tmpt yg ok sket, baru die tutup
ade sesuatu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 09:45 AM | Show all posts
kene sakat la tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 09:48 AM | Show all posts
ha...
wa mau update satu stori...
kredit to nYum @ MBC

kejadian berlaku pada hari jumaat mlm sabtu atau lebih tepat 2pagi sabtu...

  Baru je balik dari melaka.cod helmet bersama mbcians hafizumi.borak2 xsedar jam sudah pukul 1.30 pagi.esok kerja.maka dgn mata terpisat2 macam nk pejam mengundurkan diri dari melaka.senyum sendiri poket berisi. ;)keseorangan menunggang motor menuju ke bangi.purata kelajuan dlm 80-100km disebabkan mengantuk.lebih berhati2..

  Dari kejauhan ternampak sebiji iswara putih sedan lembab je jalan.mungkin dia pun mengantuk sama.lingkungan 500meter dgn iswara putih tiba2 hidung bau seakan2 sesuatu.mengembangkan sdikit lubang hidung utk cam apa bau ini.rupanya...BAU BANGKAI!!.rasa seram mula slow nak masuk.mghilangkan rasa resah ahh..mungkin ada binatang mati tepi jalan.....membuntarkan mata takut trlanggar...

  Semakin dekat iswara putih semakin kuat bau dia.bacaan selawat mula meniti dibibir.semakin dekat...10,9,8,7,6,5,4,3,2....1 signal ke kanan lalu memotong iswara putih.selari dgn iswara tersebut ku sipikan mata utk menjeling kereta tersebut...ALLAHUAKBAR!!!enjin remuk hancur!!....throttle dipulas maximum....

*pelbagai persoalan timbul
-ikutkn total loss tapi kenapa bergerak??
-bau bangkai or mayat??

masuk hari nie genap 4hari kejadian tersebut.genap jugak 4 hari demam aku xkebah2....
hati-hati semua...
km230 melaka-bangi

-lama dah buat karangan.hancur Grin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 09:50 AM | Show all posts
tu 1st posting pada 22 july
kendian pada 5 ogos, posting ni plak

Tidak kusangka ianya ku temui kedua kalinya. Malangkah nasibku??ntahlahmungkin ianya sekadar menguji pertahanan imanku. Mungkin jugaujian/balasan Tuhan thadap hambanya ini yg selalu solatlopong2..astagfirullah...

   Kesempatan cuti hujung minggudigunakan utk balik kampung. Bergandingan dgn mbcians vendertta_hrckami pulg dari kl-jb. Bergerak seawal pukul 6ptg bagi mgelakkan melaluiKM230 diwaktu mlm. Melalui tmpt berkenaan ohh..dekat rnr pedas linggirupanya..siap senyum2 simpul dgn vendetta.segalanya brjalan lancar?

AHAD 5petang

   Msgditerima dari vendetta mgatakan dia tgu di rnr ayer keroh Melaka.Melepasi exit pagoh tiba2 tyar blkgku berjoget2. bocor plak dah(soriayong gua degil xdgr ckp lu suruh tukar tyar.haha..)..msg ko jalan dulukat vendetta alasan mto tbe2 xsihat kena parking jap(sori gua tipu luxnk susahkn lu.tp sbnrnya gua malu.haha..). call mbcians muar dot_nova.Pndek kn citer stgh jam muncul smbil bwk tyar tubeless(TQ mie.lu memgbaik) godek2 motor sekali 1skru arm jadi bulat. Sorong motor ke rumahdot_nova-grind skru-gnti tyar-SETEL..borak2 minum..(TQ mie byk2)

JAM1130mlm

   Bergegas mymbung prjalanan. Singgah rnr ayer keroh(km205). Beli mentos sour elak ngantuk.

JAM1215mlm

    Smbungpjalanan. Doa naik kenderaan 10x baca ulang2. Melepasi  rnr pedaslinggi(km222), exit tampin(km225)...tinggal 5km. hati mula berdebar.Melenyapkan debaran mulut terkumat kamit baca ayat kursi.angka KM230muncul dikiri jalan. Tenang memperlahankn throttle sambil menumpukanperhatian..lebih berhati-hati..KM231 muncul..masih lagi keseoranganride diatas 3 lorong kenderaan..KM232..aahhh selamat lepas..sedikitsenyuman mula terukir..bulu roma tidak lagi meremang. Thtrotle muladipulas maximum...

KM232.8
           Berdesup  sebiji kereta laju memotongku. Terkejut aku. Tbe2 dari kejauhan kereta 2 memperlahankan kelajuan. Dlmhati apahal plak nie main2. Semakin aku mendekatinya. Kurg 50metersuluhan lampuku menerangi pndagan belakang keretatersebut..ALLAHUAKBAR!!!ISWARA  PUTIH!!! Rasa nk gugur jantung. Tgnkaki mula mengeletar...


   Btul2 muncul dpnmata!!btul2 tak ku sangka!!rasa cemas,takut bcampur geram meyelubungidiri. Xcukup sekali ko dtg kali nie ko dtg lagi. Menrik nafas pnjg buatkputusan yg kurg bijak. Aku harus selesaikan mlm nie jugak. AKU NAKPOTONG KO,AKU NK TGOK KO SIAPA!!! Throttle dipulas semaximum mungkin.Cuba mengejar iswara tersebut. Sgguh c3laka  seakan dia faham akanniatku. Makin ku dekati makin dia menjauhi. Rasa takut diganti geram ygmenggila. Akhirnya aku pasrah...meraba tgn dlm poket beg mencapaikamera..hasilnya....





-bateri tiba2 habis padahal bru je cas full

   Agakjauh mengekori sehinggalah kurg 500meter lampu jalan muncul. Xsilapkwsan seremban...'dia' mula perlahan sbgai isyarat memberiku laluan.Aku memotongnya. Gerun jugak nk menoleh kearah pemandu. Melepasinya kupndg side mirror nmpk kereta ok enjin ok lampu saga??mungkin sagaconvert iswara kot. Dlm gelap seakan-akan nmpk xnmpk 2makhluk ngam2tinggi paras dashboard...

Persoalannya?

-siapa sebenarnya??
-tiada bau bangkai sepertimana mula2 dulu..
-enjin xhancur
-manusia or ....??

Singgahbangi jumpa janggot(sori kacau lu tido)-sampai ijok pukul 3pagi-msgdot_nova(lu xtido tgu gua smpai selamat.TQ bro!!)-paksa mata lelap esokkerja- bgn pagi badan panas demam 2hari..


p/s: tiada niatutk menakutkan sesiapa. Hanya berkongsi mudah2an kwn2 berhati2 dgnlaluan tersebut..wujud atau tidak,tidak dpt dipastikan..mungkin ianyakebetulan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.176106 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list