CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton

 Close [Copy link]
Post time 20-2-2010 09:17 PM | Show all posts
1357# kayla  

x nampak ada paku pon..
mgkin tahap prebet..
bnyk sgt warga cina menang gold kat olimpik kot..
miyoma Post at 20-2-2010 01:53


prebet lindan ...kekekeke
tapi betul takde paku, jalur n bende2 seumpamanye ...

li yongbo pangkat apa agaknye ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2010 09:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by kayla at 20-2-2010 21:29
Piala Thomas jadi taruhan BAM

Oleh Lukman Salleh
[email protected]

Jurulatih hilang jawatan jika gagal raih juara atau sekurang-kurangnya mara ke final

AMARAN awal buat barisan jurulat ...
Killa92 Post at 20-2-2010 13:15


start dah ....

draw belum kuar .... even pusingan kelayakan pun baru nak start isnin ni .... dorang dah start buat bising ...
awal2 dah nak letak all the blame kat coaches .... rexy la sasarannye  ...
camne kalau draw nanti malaysia jumpa china kat semi?
bukan la aku kata kita confirm kalah lawan china tapi statistiknye camtu ...
so adala alasan dorang nak pecat rexy ...

misbun ? berani dorang nak usik misbun??? takdenye
chongwei ngamuk kang ..susah lak nak pujuk ...


so conclusionnye ... datuk nadzmi tu mmg nak bagi sign kat rexy ...
kalau kedua2 doubles tak berfungsi masa TC nanti ...bye bye


menteri sukan yg latest ni mulut tak bising kan ....
tak mcm bapak dafi dulu yg sibuk threatened2 cam datuk nadzmi ni ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 04:34 PM | Show all posts
Herm... tp apa la faedahnye diorg nak buang Rexy tu kan? lgpun Rexy dah jd coach yg baik

Killa rasa. Die pun dah ade MyKad x silap kire dah jd rakyat MY la. & Kalau buang Rexy

kalaula tetibe die blk jd coach Indon sape jgk yg rugi kan? so hopefully MD & WD dpt wat t

yg terbaik la nanti & hopefully Rexy kekal lam team my. Uish psl Misbun herm setuju dgn

Kak Kay jgn la berani usik die kang manjuk LCW kang susah nak pujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:13 AM | Show all posts
ko tak leh imagine KKK nari?
aku rasa aku boleh imagine dia clubbing ... kekekekke
kayla Post at 19-2-2010 23:07

hish kau ni kay...... terus aku ter'imagine' tau......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:14 AM | Show all posts
x nampak ada paku pon..
mgkin tahap prebet..
bnyk sgt warga cina menang gold kat olimpik kot..
miyoma Post at 20-2-2010 01:53

setuju sgt..... PREBET LIN DAN..... wahhhhh cantik title tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:18 AM | Show all posts
prebet lindan ...kekekeke
tapi betul takde paku, jalur n bende2 seumpamanye ...

li yongbo pangkat apa agaknye ...
kayla Post at 20-2-2010 21:17

dia pangkat penasihat merangkum perancang (planner) kot........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2010 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by wawaKKK at 22-2-2010 09:30

1362# kayla
betol kate kau kay...... datuk nadzmi ni tak nmpk ke ape yg dah rexy buat utk pair2 kite selama dia kerja kat BAM..... takkan pasal tak dpt bawak balik Thomas Cup tu (mmglah benda yg susah), dia nak terus pecat rexy...... jgn cakap pasal KKK/TBH la..... kite tgk aje Pei Tty/Eei Hui..... mase ber'coach'kan rexy lah diaorg leh menang title super series..... malah sempat gak dpt world no1 tu walaupun sekejap..... itu semua BAM tak fikir ke??? ...... walaupun rexy tu bukan org malaysia, tp kite dpt tgk yg dia betul2 ikhlas nak train pemain2 malaysia sampai berjaya...... KKK, Zakry & Pei Tty sah2 dah cakap yg diaorg nak rexy terus jadi coach diaorg...... aku rase dah tiba masenye players lain bersuara pasal bende ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 12:10 AM | Show all posts
1357# kayla

diva jadi prebet aje gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 12:10 AM | Show all posts


hip hop pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 03:59 PM | Show all posts
1369# ambok
lin dan ni buat muke baik camane pon aku tetap nyampah tgk dia.......
tp aku masih ngaku dia mmg pemain badminton yg hebat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 04:18 PM | Show all posts
gmbr2 semasa lawatan menteri belia dan sukan ke stadium juara bukit kiara semalam....


    




korang perasan tak KKK makan lauk aje..... tak nmpk nasik pon......
chong wei mkn agak byk jugak kan..... apiz pulak mcm control aje mkn sblh menteri.....

semalam kat berita semua cenel ade cite ni..... nyampah pulak aku tgk atok g****a escort datuk menteri ni melawat pemain2 kite berlatih..... kipas jgn tak kipas.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 04:55 PM | Show all posts
draw utk all england 2010 dah kuar

http://www.internationalbadminto ... 4&calendarid=73

comment please!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 05:28 PM | Show all posts
gmbr2 semasa lawatan menteri belia dan sukan ke stadium juara bukit kiara semalam....


  http://www.utusan.com.my/pix/2010/0 ...
wawaKKK Post at 23-2-2010 16:18
Thx for posting. Hee control jgn x control tp tgk Choong Wei slamba je mkn x de la control2 sgt ok la tu. Btw mana TBH? xde eaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 10:47 PM | Show all posts
Thx for posting. Hee control jgn x control tp tgk Choong Wei slamba je mkn x de la control2 sgt ok la tu. Btw mana TBH? xde eaa?
Killa92 Post at 23-2-2010 17:28


sama2 datuk..tu tak kontrol..
lain la apis yoyo katakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 09:04 AM | Show all posts
Thx for posting. Hee control jgn x control tp tgk Choong Wei slamba je mkn x de la control2 sgt ok la tu. Btw mana TBH? xde eaa?
Killa92 Post at 23-2-2010 17:28

u're welcome killa...... chong wei mmg selambe kan??
TBH ade nuuunnnn kat belakang tu..... yg pakai t-shirt oren..... nampak tak??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 02:51 PM | Show all posts
u're welcome killa...... chong wei mmg selambe kan??
TBH ade nuuunnnn kat belakang tu..... yg pakai t-shirt oren..... nampak tak??
wawaKKK Post at 24-2-2010 09:04
Haa nampak dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2010 02:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 24-2-2010 14:59

Malaysia dalam undian maut

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
[email protected]


KUALA LUMPUR - Malaysia berdepan laluan getir dalam usaha merangkul kejuaraan pada ulang tahun ke-100 Kejohanan Badminton Seluruh England bulan depan apabila undian maut menanti pemain-pemain utamanya.

Bermula dari dua jagoan No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, hinggalah kepada Muhammad Hafiz Hashim dan Wong Mew Choo, semuanya tidak dapat mengelak daripada berdepan bintang dunia seawal saingan bermula.

Chong Wei, yang mengidamkan kejuaraan Seluruh England pertama dalam kariernya dijangka berdepan pemain yang telah dua kali mengecewakannya pada Kejohanan Dunia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia di pusingan kedua.

Jika layak ke suku akhir, dijangka menanti pula adalah jaguh muda Denmark, Jan O Jorgensen, pemain yang telah menyingkirkannya pada pusingan kedua Terbuka China, tahun lalu.

Pada separuh akhir, ada Peter Hoeg Gade dari Denmark atau bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia menanti. Chong Wei akan memulakan kempen dengan bertemu pemain India, Chetan Anand.

Sementara itu, keadaan lebih buruk buat Hafiz apabila bakal memulakan aksi dengan menentang pemain yang telah mengejutkannya di Terbuka Malaysia, Januari lalu, Hsieh Yu Hsing dari Taiwan.

Belum pun sempat menarik nafas, juara Olimpik, juara dunia dan juara Seluruh England tiga kali, Lin Dan dari China bakal menanti di pusingan kedua.

Dua lagi jaguh China, Bao Chunlai dan Chen Jin menunggu di suku dan separuh akhir andai Hafiz berjaya meneruskan kemaraan.

Jaguh veteran negara, Wong Choong Hann, yang mendapat tempat dalam senarai awal skuad Piala Thomas memulakan kempen dengan menentang jaguh Indonesia, Simon Santoso. Chong Wei Feng pula akan beraksi dari pusingan kelayakan.

"Chong Wei harus berwaspada dengan Sony kerana pemain itu telah mengalahkannya dua kali pada Kejohanan Dunia, sudah tentu dia memiliki tahap keyakinan yang tinggi.

"Bagi Hafiz, saya tidak rasa Yu Hsing satu masalah besar walaupun pemain itu menewaskannya pada Terbuka Malaysia. Jika dia berada pada prestasi terbaik dia patut boleh menang. Menentang Lin Dan, saya harap dia boleh memberi tentangan terbaik,'' kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.

Cabaran beregu lelaki tidak kurang getirnya apabila juara 2007, Kien Keat-Boon Heong memulakan kempen dengan berdepan beregu berpengalaman Denmark, Lars Paaske-Jonas Rasmussen.

Dalam suku akhir, pasangan Indonesia Alvent Yulianto-Hendra Aprida Gunawan atau beregu China, Chai Biao-Zhang Nan mampu menjadi lawan dan di separuh akhir, juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan lawan yang bakal menunggu.

"Saya rasa Koo dan Tan sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke suku akhir, di mana saya menjangkakan mereka akan bertemu Chai Biao-Zhang Nan.

"Ujian utama mereka adalah Chai dan Zhang. Kalau berjaya melepasi halangan pasangan China itu, maka keyakinan untuk berdepan Markis dan Hendra tentu tinggi,'' kata ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky.

Cabaran beregu lelaki negara turut dipikul dua pemain profesional, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

Dalam perseorangan wanita, Mew Choo nyata tidak bernasib baik apabila terpaksa menentang jaguh No. 3 dunia dan juara Terbuka China, Jiang Yanjiao seawal pusingan pembukaan.

Yanjiao menang mudah 21-16, 21-11 ke atas Mew Choo dalam pertemuan terakhir kedua-dua pemain di Kejohanan China Masters, September lalu.

Dua lagi perseorangan wanita negara, Lydia Cheah dan Anita Raj Kaur memulakan aksi dari pusingan kelayakan.

Saingan beregu wanita menyaksikan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berjaya mengelak bertemu pasangan China di pusingan awal tetapi akan menentang beregu Indonesia, Greysia Polii-Meiliana Jauhari pada pusingan pertama.

Edisi ke-100 Seluruh England akan diadakan di Arena Tertutup Birmingham dari 9-14 Mac ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 04:24 PM | Show all posts
1377# Killa92
berpeluh aku bile tgk draw all england ni......
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 08:22 PM | Show all posts
bab hafiz tu ak tak leh blah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 09:33 AM | Show all posts
bab hafiz tu ak tak leh blah
miyoma Post at 24-2-2010 20:22

nyampah betol ko dgn apiz tu ye mi......

psssttttt.... best ke cite korea tu????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.144972 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list