Pengukuhan wahdatul-wujud dan hulul dikalangan kaum sufi.
Yang paling berani dari kalangan sufi yang berterus-terang meluahkan ilmu kebatinan ini ...
Nazrulism Post at 31-3-2010 01:51
Bila puak muktazilah dan qadariah cuba menghurai permasalahan tasawuf....umpama pomen kereta nak mengubat pesakit mental..samada pesakit tu atau pomen tu yg ada masalah mental...
Beliau ditanya pula tentang Qadariyah. Jawab beliau: 'Mereka adalah orang-orang yang berpendapat bahwa manusia itu mempunyai kemampuan.Apabila mereka mau, mereka dapat menjadi orang-orang taat atau menjadi orang-orang yang durhaka'.baghal Post at 31-3-2010 17:20
Imam Malik ditanya tentang Qadariyah, beliau menjawab tentang "manusia itu mempunyai kemampuan" pada fahaman Qadariyah. Pada aku sendiri - Semuanya terjadi atas kehendak Allah Ta’ala, baik itu perbuatan Allah sendiri maupun perbuatan pilihan makhluknya.
Tak tahu lak pulak kalu Imam Malik nih jabariah...nak tuduh jugak ka?
Saya percaya Imam Malik juga berpegang kepada Dalil dari syariat,
Allah Ta’ala telah berfirman tentang kehendak makhluk,
“Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.” (QS. An Nabaa’:39)
Adapun tentang kemampuan makhluk Allah menjelaskan,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….”(QS. Al Baqoroh:286)
Tak mungkin Imam Malik nih Jabariah.. Beliau bukan penganut sufi !
Dimana bukti untuk menyokong tuduhan tok sufi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu lalai dari mengingati Allah?
Malah Allah telah mengingatkan Rasulullah "maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu. "
(ragu dengan kisah-kisah umat yang silam)
Untuk kamu ...
وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Bila puak muktazilah dan qadariah cuba menghurai permasalahan tasawuf....umpama pomen kereta nak mengubat pesakit mental..samada pesakit tu atau pomen tu yg ada masalah mental...
baghal Post at 31-3-2010 17:30
Muktazilah, Qadariyah ni lebih kurang dengan Jabariah yg jadi fahaman sufi... sama2 sakit mental
... Al Junaid pun sama dengan pegangan al Halaj.. perbezaannya, yang berani.. menzahirkan, yang takut.. menyembunyikan aqidah sufi mereka.
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami". AL- HASYR 59:10.
رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابِ.
"Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab." IBRAHIM, 14:41.
“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur di kalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati dan sebahagian sahabat berpendapat sampai pahala bacaan kepada si Mati”.
Walaupun di dalam kitab Raudhah at-Tolibin hlm. 657 Imam Nawawi menukil:
“Dan telah ditanya Kadi Abu Tayyib berkenaan membaca al-Quran di perkuburan, maka dia menjawab: Pahala adalah untuk pembaca dan si Mati seperti orang yang hadir. Maka disunnahkan membaca al-Quran di kuburan dengan pengertian ini”.
Dan di dalam kitab “Syarah as-Sudur” (شرح الصدور) hlm. 311 oleh Imam Suyuti. Berkata an-Nawawi:
[size=85%]Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia
Persoalan mengenai bid’ah sebenarnya telah diselesaikan oleh ulamak lama dahulu dan sekarang ini telah ditimbulkan semula oleh golongan yang tidak memahami khilaf ijtihad ulamak yang kemudiannya mengatakan bahawa ia adalah bid’ah sesat walaupun sudah ada dalil dan hujjah dari al Quran dan hadith.
Sekiranya ada yang mengatakan bacaan al Quran dan doa ia tidak sampai kepada simayyit maka tidak perlu mengatakan ia sebagai bid’ah, kerana ijtihad yang memngatakan ia boleh adalah hasil dari penyelidikan ulamak dari al Quran dan hadith sebelum mengeluarkan hukum bahawa sampainya pahala kepada si mayyit. Ulamak terdahulu apabila berbeza pendapat mereka tidak akan membid’ahkan pendapat ulamak yang membolehkan.
Menurut Prof Dr Wahbah az Zuhaili Mazhab Imam Ahmad dan Jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi’iyah yang kemudian berpendapat sampai pahala amalan tersebut. Imam Abu Hanifah berpendapat : “Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : “Bacalah ayat Kursi tiga kali’ dan “qul huwaLLahu Ahad” dan katakanlah : “Ya ALlah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.”
Dalil dari Al Quran
Asy Sya’ani juga menyebutkan dalil pendapat kedua dari KitabuLLah, sunnah dan ijmak serta kaedah syariat. Iaitu mereka yang mengatakan bahawa mayat mendapat manfaat atas apa yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuknya. Adapun dalil dari Al Quran adalah firman aLLah s.w.t yang bererti :
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman………..” (Al Hasyr : 10)
Maka ALLah s.w.t memuji mereka atas istighfar mereka kepada kaum Mukminin sebelum mereka. Maka hal itu menunjukkan bahawa mayat mendapat manfaat daripada doa adalah kesepakatan umat atas doa terhadap mereka dalam solat jenazah.
Juga telah ijmak bahawa membayar hutang orang yang sudah meninggal adalah boleh sama ada oleh kerabat atau bukan. Dan juga jika orang yang masih hidup memiliki hak pada orang yang sudah meninggal, lalu ia menggugurkan haknya dan mengikhlaskannya, maka hal itu boleh dan dapat membebaskan orang yang sudah meninggal.
Dalil Dari Hadith :
Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :
“Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat Kursi diturunkan dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”
(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)
Pendapat dari Imam An Nawawi :
Imam Nawawi berkata “Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)
Imam al Nawawi, al majmu’ syarh al muhazzab jilid V h 286.
Pendapat Imam Ahmad :
Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al Baqarah di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya ‘Al Mughni (2/567) di dalam masalah: Ziarah Kubur. Berdoalah kepada ALLah agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mayyit kerana ALlah sendiri telah berfirman yang bererti :
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” Al-Mukmin:60
Antara ulamak terkini lain yang mengatakan sampainya pahala seperti : Profesor Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Almaliki Al Hasani, Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, dan ramai lagi.
ketika Rasulullah menziarahi dan mendoakan jenazah Abu Salamah r.a
Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah Al-Baihaqi:
Maksudnya: Apabila kamu menghadiri (ziarah) orang sakit atau orang mati maka ucapkan ucapan yang baik kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kamu ucapkan.
Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menziarahi jenazah Abu Salamah RA melalui doa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud:
Maksudnya: Ya Allah berilah keampunan untuk Abu Salamah, angkatlah darjatnya di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, kurniakanlah gantinya untuk orang yang ditinggalkannya, berilah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur untuknya serta penuhilah cahaya didalamnya.
mempertahankan amalan berkumpul di rumah si Mati atau dimana sahaja untuk yasinan, tahlilan dan kenduri arwah (dengan niat menghadiahkan pahala bacaan kepada orang mati) kerana beralasan dengan hadis yang mungkar, iaitu hadis: “Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya". Hadis ini batil, palsu dan tidak ada asal usulnya. Dalam sanadnya ada si 'Amar pemalsu hadis, banyak meriwayatkan hadis batil. Daraqutni berkata: "Amar adalah seorang pemalsu hadis". Lihat: Kitab Al-Maudu’at, Juz 3 hlm. 239. Lihat: I’anatu at-Talibin. Juz 2. Hlm. 146. ( Naz post 1164#)
Apa salahnya dengan maksud hadis tu?
Sedangkan doa seorang anak memang sampai kpd kedua org tuanya..
Sampainya pahala setiap amalan kebajikan anak kepada kepada kedua-dua ibubapanya berdasarkan kepada "anak merupakan hasil dari usaha ibubapa". Sabda Nabi SAW tentang perkara ini di dalam hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari (di dalam kitabnya At-Tarikh Al-Kabir), Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah:
إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ
Maksudnya: Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak adalah dari hasil usahanya.
Menghadiahkan Fatihah, atau Yaasiin, atau dzikir, Tahlil, atau shadaqah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Mayat. Dalil Shahih Muslim hadits no.1149,
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”, dan ada pula riwayat
Sahih Bukhari dan Muslim bahwa “seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”, dan Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat Idul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, “Wahai Allah terimalah sembelihan
ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Sahih Muslim hadits no.1967).
"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak shaleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Dimana bukti untuk menyokong tuduhan tok sufi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu lalai dari mengingati Allah?
Malah Allah telah mengingatkan Rasulullah "maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golo ...
Nazrulism Post at 31-3-2010 23:03
Tuan buktikanlah yang Rasulullah SAW juga berdosa kerana itu Baginda bertaubat 70 hingga 100 kali sehari..
Berhati-hatilah dalam berbicara tentang Ulama yg Tuan sendiri tak kenal, sesungguhnya Allah kenal mereka dan mereka kenal akan Allah...
Cuba perhatikan sikap ulama sebenar yg mengambil pengetahuan dari orang ahli dalam babnya..
Firman Allah;
Ertinya:"Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.(Surah Yunus : 94)
Nampaknya kali ni Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ibnu Ma'in pun dah dipertikai...na'uzubillah min zalik
Imam Malik ditanya tentang Qadariyah, beliau menjawab tentang "manusia itu mempunyai kemampuan" pada fahaman Qadariyah. Pada aku sendiri - Semuanya terjadi atas kehendak Allah Ta’ala, baik itu perbuatan Allah sendiri maupun perbuatan pilihan makhluknya.
Ye ke?
Beriman dengan benar terhadap takdir bukan berarti meniadakan kehendak dan kemampuan manusia untuk berbuat. Hal ini karena dalil syariat dan realita yang ada menunjukkan bahwa manusia masih memiliki kehendak untuk melakukan sesuatu.
Habis tu yg kat atas tu sapa yg tulis...
Ngaku je lah qadariah...
Saya percaya Imam Malik juga berpegang kepada Dalil dari syariat,
Allah Ta’ala telah berfirman tentang kehendak makhluk,
Saya lagiii la percaya pendapat Imam Malik...
Pendapat Imam Malik Tentang Qadar
Qadhi 'Iyadh berkata: "Imam Malik pernah ditanya tentang kelompok Qadariyah, siapakah mereka itu? Beliau menjawab: 'Mereka itu adalah orang-orang yang mengatakan bahwa Allah itu tidak menciptakan maksiat'. Beliau ditanya pula tentang Qadariyah. Jawab beliau: 'Mereka adalah orang-orang yang berpendapat bahwa manusia itu mempunyai kemampuan.Apabila mereka mau, mereka dapat menjadi orang-orang taat atau menjadi orang-orang yang durhaka'. Ibn Abi 'Ashim meriwayatkan dari Sa'ad bin 'Abd al-Jabbar, katanya: Saya mendengar Imam Malik bin Anas berkata: "pendapat saya tentang kelompok qadariyah adalah, mereka itu disuruh bertaubat. Apabila tidak mau, mereka harus dihukum mati"
Firman Allah:
Ertinya:"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (Surah Al-Hadiid :22 & 23 )
Muktazilah, Qadariyah ni lebih kurang dengan Jabariah yg jadi fahaman sufi... sama2 sakit mental
... Al Junaid pun sama dengan pegangan al Halaj.. perbezaannya, yang berani.. menzahirkan, yang takut.. menyembunyikan aqidah sufi mereka.
Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya bersandarkan firman Allah:
وَالَّذِينَ جاء& ...
fathan Post at 31-3-2010 23:50
Saya tiada masalah dengan 'mendoakan si mati' kerana Nabi s.a.w juga berdoa untuk simati!
Aisyah berkata: “Bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah keluar ke Baqi’ (tempat pemakaman kaum Muslimin), lalu beliau mendo’akan mereka.” Kemudian ‘Aisyah bertanya tentang hal itu, beliau menjawab: “Sesungguhnya aku diperintah untuk mendo’akan mereka.”
[Hadits SHAHIH riwayat Ahmad]
Yang jadi masalah .. berdoa dan meminta berkat dari simati seperti amalan kaum sufi menziarahi kuburan yg dipercayai oleh mereka sebagai keramat dan wali.
SUNNAH-SUNNAH NABI s.a.w KETIKA BERZIARAH KE PEMAKAMAN KAUM MUSLIMIN
Mengucapkan salam kepada mereka dan berdoa.
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah apakah yang harus aku ucapkan kepada mereka (kaum Muslimin, bila aku menziarahi mereka)?” Beliau men-jawab: “Katakanlah:
Semoga dicurahkan kesejahteraan atas kalian wahai ahli kubur dari kaum Mukminin dan Muslimin. Dan mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan kepada orang yang masih hidup dari antara kami dan insya Allah kami akan menyu-sul kalian.’”
[Hadits SHAHIH riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nasa'i, dan lafazh ini milik Muslim]
Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia
Persoalan mengenai bid’ah sebenarny ...
fathan Post at 1-4-2010 00:02
Aisyah ketika bertanya kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam apa yang harus diucapkan (dibaca) ketika ziarah kubur? Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam hanya mengajar-kan salam dan do’a. Beliau tidak mengajarkan baca al-Fatihah, baca Yaasiin, baca surat al-Ikhlash dan lainnya. Seandainya baca al-Qur'an disyari’atkan, pasti Rasulullah Shallallahu s.a.w tidak menyembunyikannya.
Yang jadi masalah .. berdoa dan meminta berkat dari simati seperti amalan kaum sufi menziarahi kuburan yg dipercayai oleh mereka sebagai keramat dan wali.
Bukan masalah MAKSUD hadis itu.. tapi hadith itu sendiri adalah palsu!
“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya". Hadis ini batil, palsu dan tidak ada asal usulnya. Dalam sanadnya ada si 'Amar pemalsu hadis, banyak meriwayatkan hadis batil. Daraqutni berkata: "Amar adalah seorang pemalsu hadis". Lihat: Kitab Al-Maudu’at, Juz 3 hlm. 239. Lihat: I’anatu at-Talibin. Juz 2. Hlm. 146.
Janganlah engkau tertipu,
Seorang kekasih punya tanda,
Punya hadiah untuk kekasihnya,
Pahit bala-Nya dirasa nikmat,
Diterima gembira apapun yang ...
ummi_humaira Post at 29-3-2010 20:49
Maaf lambat reply...
Janganlah kau seksa diriku yang lemah Sedangkan kau sedar semua ini Bukanlah satu permintaanku
Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu Dalam naik turun nafas menjunjung namamu Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu Tiap saat ketika kudambakan jiwamu
Janganlah kau seksa lagi Diriku yang lemah dan hina ini Sedangkan kau sedar semua ini Bukanlah pilihanku
Aku sanggup cabar sesiapa saja Yang sempat memandang cahaya kau itu Dan tidak tergoda (wajahmu) Tersungkur jatuh (kasihmu) Menuntut kasih Ya Latif (jiwamu)
Pendapat Imam Malik T ...
baghal Post at 1-4-2010 09:58
Memang saya yabg tulis.. tapi bahagian mana yg kamu kata Qadariah ?
ini post penuh aku;
Sila amati (dah 3 kali post)
Bahawa kehendak Allah meliputi segala sesuatu, baik yang terjadi maupun yang tidak terjadi, baik perkara besar maupun kecil, baik yang tampak maupun yang tersembunyi, baik yang terjadi di langit maupun di bumi. Semuanya terjadi atas kehendak Allah Ta’ala, baik itu perbuatan Allah sendiri maupun perbuatan pilihan makhluknya.
Beriman dengan benar terhadap takdir bukan berarti meniadakan kehendak dan kemampuan manusia untuk berbuat. Hal ini karena dalil syariat dan realiti yang ada menunjukkan bahwa manusia masih memiliki kehendak untuk melakukan sesuatu.
Dalil dari syariat, Allah Ta’ala telah berfirman tentang kehendak makhluk,
“Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.” (QS. An Nabaa’:39)
Adapun tentang kemampuan makhluk Allah menjelaskan,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….”(QS. Al Baqoroh:286)
Takkan kerana nak mempertahankan faham Jabariah ... puak sufi sampai nak melanggar firman Allah s.w.t. Nazrulism Post at 31-3-2010 02:16
Seseorang datang kepada Imam Abu Hanifah dan mendebat beliau tentang masalah qadar.
Kata beliau: "Tahukah Anda, bahwa orang yang melihat masalah matahari dengan matanya, semakin lama ia melihat, ia semakin bingung." [Qalaid Uqud Al-Aqyan ]
Beliau berkata lagi: "Semua perbuatan hamba, baik yang bergerak ataupun diam, merupakan usahanya, dan Allah yang menciptakannya. Semua perbuatan itu berdasarkan kehendak, pengetahuan, penetapan dan qadar Allah.
Beliau juga berkata: "Semua perbuatan hamba, baik yang bergerak maupun yang diam, adalah betul-betul upaya mereka, dan Allah menciptakannya. Semua perbuatan itu berdasarkan kehendak, ilmu, penetapan, dan qadar Allah. Semua ketaatan adalah wajib berdasarkan peritah Allah, dan hal itu disukai, diridhai, diketahui dikehendaki, ditetapkan dan ditaqdirkan Allah. Sedangkan maksiat semuanya diketahui, ditetapkan, ditakdirkan dan dikehendaki oleh Allah, tetapi Allah tidak menyukai dan tidak meridhai hal itu,bahkan Allah juga tidak memerintahkannya." [Ibid]
Ini ada soalan pada post terdahulu yg kamu buat2 tak nampak;
Al-Junaid meninggal pada tahun 910.(297H)
Al-Halaj dihukum pada tahun 921(309H)
...Ada jarak masa 11 tahun...Bagaimana Al-Junaid menghukum Al-Halaj? (jika sedara maksudkan 'dihukum' dengan hukuman bunuh itu).
Al-Junaid hanya menghukumkan kesalahan ' menzahirkan akidah sufi ' oleh Halaj kerana lain2 tok sufi menyembunyikan akidah mereka, sedangkan akidah antara mereka adalah sama seperti Halaj (lihat kisah tok-tok sufi yg aku postkan aritu).
ini bukan bidang Tuan, Tuan bicara bab habitat pun tak lulus, mcmana nak bicara bab hakikat...
Saya tak perlukan kelulusan mengikut fahaman sedara !
Tuan buktikanlah yang Rasulullah SAW juga berdosa kerana itu Baginda bertaubat 70 hingga 100 kali sehari..
Berhati-hatilah dalam berbicara tentang Ulama yg Tuan sendiri tak kenal, sesungguhnya ...
baghal Post at 1-4-2010 09:23
Kenapa saya pulak kena bagi bukti .. Bukan saya yang kata 'bertaubat' itu sebagai hukuman kerana dosa.
Baginda s.a.w bertaubat bukan kerana dosa.. Rasul itu maksum!
Sila terangkan tentang sujud sahwi yang Nabi s.a.w buat itu sebagai HUKUMAN kerana lalai mengingati Allah.
Cuba perhatikan sikap ulama sebenar yg mengambil pengetahuan dari orang ahli dalam babnya..
owhh.. kamu maksudkan tok2 sufi ini sebagai "orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu." dalam Yunus:94
"orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu" dalam ayat tu adalah pendeta Yahudi dan Nasrani.
Nampaknya kali ni Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ibnu Ma'in pun dah dipertikai...na'uzubillah min zalik
Tiba2 pula kaitkan Imam Ahmad.. Tapi kalau bab baca Al-Quran di kubur, ini yg diberitahu oleh Imam Abu Daud tentang pendapat Imam Ahmad;
Imam Abu Dawud berkata dalam kitab Masaa-il Imam Ahmad hal. 158:
“Aku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya tentang baca al-Qur-an di pemakaman?
Beliau menjawab: “Tidak boleh.”
p/s Tentang ayat yg kamu pastekan itu.. sila rujuk tafsiran, kemudian terangkan apa yg kamu faham. lepas tu baru boleh bincang tentang kefahaman kamu itu.
Memang saya yabg tulis.. tapi bahagian mana yg kamu kata Qadariah ? ini post penuh aku;
Sila amati (dah 3 kali post)
Bahawa kehendak Allah meliputi segala sesuatu, baik yang terjadi maupun yang tidak terjadi, baik perkara besar maupun kecil, baik yang tampak maupun yang tersembunyi, baik yang terjadi di langit maupun di bumi. Semuanya terjadi atas kehendak Allah Ta’ala, baik itu perbuatan Allah sendiri maupun perbuatan pilihan makhluknya.
Beriman dengan benar terhadap takdir bukan berarti meniadakan kehendak dan kemampuan manusia untuk berbuat. Hal ini karena dalil syariat dan realiti yang ada menunjukkan bahwa manusia masih memiliki kehendak untuk melakukan sesuatu. Dalil dari syariat, Allah Ta’ala telah berfirman tentang kehendak makhluk,
“Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.” (QS. An Nabaa’:39)
Adapun tentang kemampuan makhluk Allah menjelaskan,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….”(QS. Al Baqoroh:286)
Takkan kerana nak mempertahankan faham Jabariah ... puak sufi sampai nak melanggar firman Allah s.w.t. Nazrulism Post at 31-3-2010 02:16
Cuba tengok mcmana Ulama mentafsir tentang kehendak dan kemampuan Allah berbanding kehendak dan kemampuan makhlukNya..
1. Pendapat Imam Malik - Qadhi 'Iyadh berkata: "Imam Malik pernah ditanya tentang kelompok Qadariyah, siapakah mereka itu? Beliau menjawab: 'Mereka itu adalah orang-orang yang mengatakan bahwa Allah itu tidak menciptakan maksiat'. Beliau ditanya pula tentang Qadariyah. Jawab beliau: 'Mereka adalah orang-orang yang berpendapat bahwa manusia itu mempunyai kemampuan. Apabila mereka mau, mereka dapat menjadi orang-orang taat atau menjadi orang-orang yang durhaka'.
2. Pendapat Imam Syafi'e - Manusia tidaklah menciptakan amal perbuatannya sendiri. Amal perbuatan mereka adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya takdir baik dan takdir buruk semuanya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Seseorang datang kepada Imam Abu Hanifah dan mendebat beliau tentang masalah qadar.
Kata beliau: "Tahukah Anda, bahwa orang yang melihat masalah matahari dengan matanya, semakin lama ia melihat, ia semakin bingung." [Qalaid Uqud Al-Aqyan ]
Beliau berkata lagi: "Semua perbuatan hamba, baik yang bergerak ataupun diam, merupakan usahanya, dan Allah yang menciptakannya. Semua perbuatan itu berdasarkan kehendak, pengetahuan, penetapan dan qadar Allah.
Beliau juga berkata: "Semua perbuatan hamba, baik yang bergerak maupun yang diam, adalah betul-betul upaya mereka, dan Allah menciptakannya. Semua perbuatan itu berdasarkan kehendak, ilmu, penetapan, dan qadar Allah. Semua ketaatan adalah wajib berdasarkan peritah Allah, dan hal itu disukai, diridhai, diketahui dikehendaki, ditetapkan dan ditaqdirkan Allah. Sedangkan maksiat semuanya diketahui, ditetapkan, ditakdirkan dan dikehendaki oleh Allah, tetapi Allah tidak menyukai dan tidak meridhai hal itu,bahkan Allah juga tidak memerintahkannya."
Terima kasih krn post pendapat Imam Abu Hanifah yg sehaluan dgn saya, yg menyandarkan semua perbuatan dan kehendak makhluk kpd perbuatan dan kehendak Allah. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Tidak ada satu pun perkataan di atas merujuk kpd makhluk telah ditakdirkan bebas memilih.
Cuba baca pendapat Tuan sebelum ni...
kerana manusia tidak ditakdirkan kesyurga atau neraka (tak perlu elak pun.. cuma perlu memilih- guna akal) melainkan melalui pilihan manusia itu sendiri (memilih yang benar atau salah/terpesong).. sebab itulah ianya sesuai dengan "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "
Takdir yang bersangkutan dengan pilihan manusia (Ditakdirkan Tuhan, manusia diberi kebebasan memilih)
TAPI Allah menghendaki manusia memilih untuk mendapat hidayat petunjuk atau sebaliknya.
Adakah saudara maksudkan Allah tidak boleh mengubah apa-apa yang tertulis di Luh-Mahfuz?
(ketentuan, peraturan, undang2, hukum, sebab-akibat yang berlaku atas sesuatu)
.manusia yang terpaksa melakukan apa sahaja kerana tidak mempunyai kehendak sendiri kemudian dihukum atas perbuatan yang menjadi kehendaknya sendiri.
Yg jadi masalah bila manusia kata segala perbuatan baik/buruknya adalah perbuatan Tuhan keatas dirinya
Jadi apa masalahnya jika Allah(hak Allah melakukan sekehendaknya) memberi kebebasan memilih dan berkehendak kepada manusia, dengan itu dipertanggung-jawabkan kepada manusia apa yang menjadi pilihan/kehendak mereka (dosa/pahala), mendapat balasan diakhirat (syurga/neraka).
TAPI.. Allah berkehendakkan manusia itu beriman dengan pilihan mereka sendiri (dan tentunya ada balasan atas pilihan mereka itu)
Saya tetap dengan fahaman.. "manusia berkeupayaan memilih/ kebebasan memilih"
Al-Qada’ dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:
Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].
Maksudnya: “ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.” [Maryam: 21].
Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada’ dalam ayat ini dan sekaligus menolak bidaah Muktazilah Moden (Hizb-ut-Tahrir) yang mengatakan al-Qada’ tidak warid dalam naqal.
Adapun berkenaan Qadar adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: “Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].
Beriman kepada al-Qada dan al-Qadar membawa makna seseorang muslim itu hendaklah yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini sama ada yang baik atau buruk, Iman atau Kufur, Sunnah atau Bidaah, semuanya adalah berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t dan Allah s.w.t jua yang menjadikannya.
Maksudnya : “dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”. [al-Tarmizi, Ahmad]
Maksudnya: “dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.
Dalam surah Hud ayat 34 Allah s.w.t berfirman menceritakan perkataan RasulNya yang pertama, Nuh a.s.:
Maksudnya: “dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika Aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadanya kamu akan kembali”.
Ayat ini menunjukkan dengan jelas, baik dan buruk, Iman dan Kufur seseorang, semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t.
*Perlu diberi perhatian juga bahawa Iradah dan Masyiah Allah itu terdapat dua jenis:
1- Iradah Kauniah: Iaitulah kehendak Allah s.w.t berkenaan kejadian alam ini seperti adanya baik dan jahat, iman dan kufur, tauhid dan syirik, dan sunnah dan bidaah. Iradah Kauniah mesti terjadi jika Allah s.w.t mengkehendakinya terjadi walaupun tidak semuanya diredai Allah s.w.t seperti kufur, Allah s.w.t mengkehendaki kufur tetapi tidak meredainya.
2- Iradah Syar’iyyah: Kehendak Allah yang berkaitan urusan syariat seperti kehendak Allah s.w.t supaya hamba-Nya beriman dan mentauhidkanNya. Kehendak ini tidak semestinya berlaku kepada semua makhluk tetapi semua kehendak jenis ini diredai Allah s.w.t.
Ini ada soalan pada post terdahulu yg kamu buat2 tak nampak;
Al-Junaid meninggal pada tahun 910.(297H)
Al-Halaj dihukum pada tahun 921(309H)
...Ada jarak masa 11 tahun...Bagaimana Al-Junaid menghukum Al-Halaj? (jika sedara maksudkan 'dihukum' dengan hukuman bunuh itu).
Al-Junaid hanya menghukumkan kesalahan ' menzahirkan akidah sufi ' oleh Halaj kerana lain2 tok sufi menyembunyikan akidah mereka, sedangkan akidah antara mereka adalah sama seperti Halaj (lihat kisah tok-tok sufi yg aku postkan aritu).
Sebelum tulis saya nak gelak dulu... ingat saya rasa bersalah sangat ke ngan sumber google tu?
Buka mata luas2, jgn sampe terkeluar udah...
Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya dan ia kembali meneriakkan "Ana Al-Haq". Dan begitulah ia terus, sering tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun tetap tidak memberi kesan. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya "Ana Al-Haq" pada waktu-waktu istirehat. Lalu bangkitlah kaum Ulama' syariat melawan Al-Hallaj dengan mendapat dukungan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan "Fatwa Kufur", menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.
Ketika keadaan yang sebenarnya itu akhirnya diajukan untuk mendapat persetujuan Khalifah Muqtadir-Billah, beliau menolak memberikan persetujuannya. Kecuali, kalau Fatwa itu ditandatangani oleh Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Fatwa itu kemudiannya enam kali dikirim kepada Syeikh Junaid, tetapi kembali tanpa tandatangannya. Khalifah, untuk ke tujuh kalinya mengirimkan Fatwa itu disertai permintaan khusus agar ia menjawab "ya" atau "tidak". Menghadapi hal itu, guru yang besar itu menulis pada surat jawabannya :
"Menurut hukum syariat, Al-Hallaj dapat dijatuhi hukuman mati; tetapi menurut ajaran-ajaran rahsia kebenaran, Tuhan adalah maha tahu!".
“ dia yang sedang Tasawwuf tanpa mempelajari fikih rusak keimanannya , sementara dia yang belajar fikih tanpa mengamalkan Tasawwuf rusaklah dia . hanya dia siapa memadukan keduanya terjamin benar . “
Tapi harus direnung juga kata - kata Al-Hallaj semasa beliau di hukum...
Diceritakan bahawa Al-Hallaj sebelum disalib, beliau bersembahyang (solat) dan berdoa dengan berkata :
"Mereka adalah hamba yang berhimpun, sangat dahaga untuk membunuh ku kerana agama Kau, dan untuk mendapatkan keredaan Kau, maka ampunkan mereka wahai Tuhan ku, dan memberi rahmat kepada mereka, kerana jika Kau membuka kepada mereka seperti Kau membuka kepada ku, mereka tidak akan melakukan seperti yang mereka sedang lakukan sekarang, dan jika Kau tutup pada ku seperti Kau tutup pada mereka, aku tidak akan menghadapi malapetaka ini, baiklah apa yang Kau lakukan dan baiklah apa yang Kau mahukan."