APA yang Joyah perhatikan, setiap kali artis buat bisnes akansentiasa ada saja masalah. Almaklumlah, bila bukan tahu sangat buatbisnes, macam-macam hal boleh jadi. Orang lain buat bisnes, awak punnak buat tetapi ilmu tendang terajang dunia bisnes belum cukup.Akhirnya sendiri lingkup! Banyak artis yang nak bisnes sebab nak ikut orang lain bisnes,walaupun mereka bukan pandai sangat berbisnes. Akhirnya belum cukup‘haul’ bisnes dah melingkup, sendiri kerugian.
Apa yang Joyah cakap ni bukan tentang Mila tau, tetapi banyak artislain yang Joyah perhatikan, buat bisnes sekadar hangat-hangat tahiayam. Okey, kita masuk bab Mila pula yang mengakui dia turut berhadapandengan masalah bisnes.
Kononnya kata Mila, syarikat bernama Mila LuvCorperation yang baruberusia setahun jagung itu telah difitnah sudah tutup dan tidak lagiberoperasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Yang sebenarnya tiada istilah tutup atau bankrap seperti yang dikhabarkan itu,” tegas Mila dengan setegas-tegasnya.
Tetapi apa yang buat Joyah tertanya-tanya bila Mila cakap dia cukupsakit hati dengan penyebar cerita buruk tentang syarikatnya itu.
Malah kata Mila, dia tahu dan kenal siapa orang yang bertanggungjawab memburukkan nama syarikatnya.
“Dia cuba menjatuhkan nama dan syarikat saya kerana dia adalah bekaspekerja saya sendiri,” kata Mila kepada wartawan pada satu sidang mediabaru-baru ini.
Wah, Mila pun sudah pandai marah ya. Begitulah artis bila adasesuatu perkara tak baik dicerita atau ditulis tentang mereka. Mudahsangat anggap orang lain cuba hendak jatuhkan merekalah, busukkan namamerekalah dan macam-macam lagi walaupun tanpa membuat penyiasatan yangrapi. Joyah harap Mila jangan sebarang tuduh, tak baik. Jangan jugaanggap semua orang ada niat jahat, kerana adalah lebih baik kalau kitamencari silap dalam diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jarimenyalahi orang lain.
Bukannya apa, besar sangat ke seseorang artis itu kalau sampai perluada orang hendak menjatuhkan mereka? Artis banyak yang kecundang atautewas dek kerana perbuatan mereka sendiri. Bukan orang lain.
Joyah harap Mila akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan.
P/S: Cerita lama tapi setengah paper baru nak lapor
Hope it's not too serious and a lesson learnt from this ....time to move on & concentrate on what's important in your career / life etc. Gud luck and rebuild your dream.
Malam cik wani..gambar ari ni x banyak lorr..byk amik video jer..seronok tgk interaksi antara Mila, Aril n Akim..report rasmi org wat esok sekali ngan video eyhh..tunggu..