dauswq posted on 17-11-2013 06:28 PM
tgk cerita "new heart" & "protect the boss"
Protect the boss memg best giler..
lawak gaya rambut oppa nih..
iols suka oppa dlm Swallow The Sun...
lagi satu yg buat iols melting, suara dia mantoppp
Ok..aku baru layan citer ni ari sabtu baru2 ni, 2 hari berjaya khatam sampai ep 14....giler la...tak boleh nak berhenti tu....habih satu ep nak kena sambung ep seterusnya....mcmna aku boleh terlambat tgk citer ni??
lg 2 ep nak abihkan ari ni....
Aku lega cerita ni berakhir dengan gembira. Kalau tengok pada poster cerita ini selalunya ending mesti sedih dan tragic.
1. Cerita (8/10)
Berkisarkan seorang perempuan yg bernama Yoo Jung yang terlalu setia pada cintanya sehingga sanggup berbuat apa saja untuk kekasih dia Do Hoon tapi mcm biasala kan drama korea part cliche Bf dia betray dia.
Seorang lelaki lain iaitu Hero, Min Hyuk anak orang kaya yg hidupnya di kawal oleh bapa di sehinggakan dia tak bole kawin dgn GF dia sb bapa dia rasa GF dia tak sekufu dgn dia. min hyuk di minta berkahwin dgn anak politician se yeon yg dah lama memendam perasaan kat min hyuk tp tak disedari langsung oleh min hyuk.
Ceritanya bermula dengan kematian GF min hyuk sb dilanggar oleh Do Hoon tp yoo jung yg satu kereta dgn doo hoon masa tu tak perasan pun sbnrnya doo hoon dia dh langgar org dan dia blah drpd crime scene. Bila police siasat kereta tu atas nama yoo jung dan yoo jung dgn rela hati menyerah diri kat police sb tak nk menggelapkan masa depan do hoon.
Min hyuk yg salah sangka yoo jung jd pembunuh GF dia duk jd stalker follow kehidupan Yoo Jung drpd dalam penjara sampai la dh keluar drpd penjara.
Pendapat aku untuk flow cerita ini agak menggagumkan daripada part Yoo jung cuba merahsiakan hal ni dan Do hoon yg rasa terancam dgn rahsia yg dipegang oleh yoo jung dan juga min hyuk yg gila mencari kebenaran di sebalik kematian GF dia di garap dgn rapi oleh penulis skrip dan pengarah cerita ni. Jalan cerita tak terlalu perlahan dan tak terlalu pantas semuanya ikut phase yg betul. Ada part yg betul - betul sedih yang aku rasa tersentuh dalam perhubungan semua character.
1. Antara Yoo Jung dgn min hyuk bila Yoo jung nk terima cinta min hyuk. dia minta izin kt GF min hyuk yg dah mati sb dia rs bersalah dia pun antr penyebab kematian GF min hyuk.
2. Hubungan antara Se yeon dgn Min Hyuk bila se yeon biarkan diri dia dipergunakan olen min hyeok sdgkan dia tau dia takkan dapat cinta min hyuk tu. Masa dia ckp kt min hyuk knp min hyuk tak bole terima dia sdgkan dia yg selalu berada kat sisi min hyuk setiap perkaraka buruk yg terjadi masa mak min hyuk lari, masa GF dia mati , masa bapa min hyuk halau dia kluar dr umah. min hyuk mesti lari kat se yeon.
3. hubungan do hoon dgn yoo jung bila do hoon rs terancam dgn yoo jung bila dia rs dia tak bole percaya kat yoo jung sampai dia musnahkan semua org kat sisi yoo jung.
4. Hubungan do hoon dan se yeon dua org yg kekurangan kasih sayang dan cuba bermacam cara untuk menarik perhatian dr org lain supaya nmpk akan kewujudan diorg.
2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Ji Sung as Jo Min Hyuk
Ji sung bawa watak ni dgn baik. Bila dia perlu jd psycho mmg betul dia mcm psycho, bila dia rasa sakit korg akan rasa kesakitan dia, bila part dia jd kelakar mmg kelakar la kan interaction dia dgn kwang soo mmg the best.
Hwang Jung Eum as Kang Yoo Jung
walaupun dia bermuka comel tp aku tak pernah doubt credibility dia sbg pelakon. Dalam cite ni aku mmg bole feel kesetiaan dia yg tak berbelah bg dekat do hoon dan kesakitan yg do hoon bg kat dia lps betray cinta dia mmg tough la utk yo jung ni tp dia bangkit balik dan tak benarkan orang pijak2 dia. Dia berlakon mmg bagus.
Bae Soo Bin as Ahn Do Hoon
Another good actor tak kisah pun mcm mana buruk pun muka dia masa nangis tp dia buat yg terbaik. Lakonan dia sbg BF yg pentingkan diri sendiri mmg menjadi.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Teknik pengarahan dia bagus. Flow cerita dia smooth dan tak byk gangguan. Aku rasa pengarah dan script writer drama ni bekerjasama dengan baik untuk merealisasikan drama ni.
Sinematografi dia cantik, pemilihan scenery antara yg terbaik.
4. Skor muzik (3/5)
Lagu - lagu dia mmg best. Kalau korg tgk lirik untuk OST drama ni korg nmpk semuanya saling berkaitan dgn karakter dan hubungan diorg.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (1/5)
aku suka part kwang soo dgn min hyuk masa kat dalam restaurant masa bday min hyuk itu mmg the best. jadi nk tgk byk kali tak la kot.
@dauswq aku calonkan Bae Soo Bin , ji sung dgn hwang jung eum sbg pelakon terbaik semua org buat watak diorg dgn bagus sekali.
baca kat mana ntah. 3 jam rupanya dorang shoot scene MH tarik YJ turun dr bas then peluk dpd belakang. yg masa lepas dorang balik dr visit kubur ex-gf MH. nampak simple je kan. tp shoot sampai 3 jam..