|
haaaiii kemurungan akak baca cite mcmni..akak pun ada anak kecik lg...jilake btl laa sape yg buat prangai setan nih..
sbb tu akak prefer hntr taska yg bdaftar dgn jkm..so far ok..baby akak yg kecik tu the only boy..nk suruh mak mertua bela sian dia sbb dia pon dah 60 lebih..tp cergas lg...tp yg bestnyer setiap hari akak balik keje amik anak kat nursery,nenek dia yg buat spotcheck sana sini smpi nyamuk gigit pon dia tau bekas gigitan baru ke lama...kelas kan???
kita ni sanggup laa cuti kecemasan kalau pagi2 tgk anak x sihat..ni mak dia rileks2 hntr kat pengasuh..maybe mak dia x syg anak dia sbb tu anak luar nikah?most of cases mmg camtuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa masalah mak besarnya. Macam mana kau boleh nak hidup dengan lelaki bukan suami perangai macam syaitan nirrojim nih. Macam yang baby kena hampas tu, mak dia pun kaki kitai jugak. Lain kali kes2 BF dera anak ni boleh tak sumbat mak-mak setan ni sekali? Sejenis kaki membiak tapi tak sayang anak. |
|
|
|
|
|
|
|
copy pasta from fb
Rania Ixuna, 3, meninggal dunia secara tragik dan penuh sengsara akibat didera. Seluruh badannya lebam akibat dihentak objek keras selain kesan koyakan pada kemaluan sehingga menyebabkan kematiannya. Dia menemui ajal pada hari penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak – Hentikan!! yang bersidang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah jenayah seksual terhadap kanakkanak, lapor Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Norizuan Shamsudin.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesengsaraan dan kesakitan dialami Rania Ixuna, 3, apabila seluruh badannya lebam dipercayai dihentak dengan objek keras dan kemaluannya juga koyak.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesengsaraan dan kesakitan dialami Rania Ixuna, 3, apabila seluruh badannya lebam dipercayai dihentak dengan objek keras dan kemaluannya juga koyak.
Kanak-kanak comel, aktif dan bijak itu menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 5.40 petang kelmarin, kira-kira empat jam selepas dihantar ibunya dalam keadaan lemah.
Sangat menyedihkan apabila kematian kanak-kanak terbabit berlaku pada hari penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak – Hentikan!! yang bersidang selama dua hari bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak.
Kronologi:
Rania dihantar ibunya berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya ke rumah pengasuh di Apartmen Impian Baiduri, Seksyen 15A, di sini, jam 1 petang kelmarin.
Bagaimanapun, pengasuh menghubungi ibu mangsa dan memaklumkan kanak-kanak itu muntah dan lemah sejam kemudian.
Dalam dua jam, si ibu mengambil anaknya yang sudah tidak sedarkan diri dan terus ke PPUM untuk rawatan. Namun, Rania meninggal sejam kemudian.
Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nazira, 30, ketika ditemui di Unit Forensik PPUM semalam melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian itu.
“Kali terakhir saya bertemu Rania bulan lalu dan adik ipar meminta saya menjaganya selama sehari,” katanya.
Pada waktu itu, menurutnya, tiada tanda kesan penderaan atau lebam, malah Rania seperti biasa saja, aktif dan nakal seperti kanak-kanak seumurnya.
Pada waktu itu, menurutnya, tiada tanda kesan penderaan atau lebam, malah Rania seperti biasa saja, aktif dan nakal seperti kanak-kanak seusianya.
“Semalam, apabila berjumpa adik ipar saya di hospital, dia beritahu ada terlihat kesan lebam pada badan anaknya hujung minggu lalu, tetapi dia tidak mengesyaki apa-apa.
“Dia kata mungkin disebabkan Rania terjatuh ketika bermain kerana dia sangat aktif,” katanya.
Nazira berkata, kali terakhir Rania dibawa pulang ke kampung mereka di Bachok, Kelantan, untuk berjumpa datuk dan nenek, April tahun lalu.
“Adik lelaki saya memaklumkan kepada keluarga bahawa dia dan ibu Rania berkahwin tiga tahun lalu di kampung halaman wanita itu. Bagaimanapun, adik saya tidak banyak bercerita mengenai rumah tangganya kerana dia pendiam,” katanya.
Sebagai ibu saudara, Nazira sukar menerima kenyataan yang menimpa anak saudaranya, apa lagi apabila diberitahu ada kesan koyak pada kemaluan.
“Kami serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Hasil siasatan awal polis mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di perut akibat hentaman objek tumpul dan ada kesan koyak pada kemaluan.
Susulan kejadian, polis menahan empat individu berusia 20-an terdiri daripada si ibu, teman lelakinya dan pasangan suami isteri pengasuh.
Tiga daripada mereka direman tujuh hari untuk siasatan lanjut kecuali pengasuh yang direman tiga hari.
“Siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal-pasti individu yang terbabit mendera mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
satu komen terbaca
Norfazzila Saidan Just info tiada istilah nikah deme.nih..ni pakwe makwe n da bersedudukan lama..arwah ni.anak luar nikah deme..
|
|
|
|
|
|
|
|
this lady kenal dengan pasangan ni kot..
lagi satu komen beliau:
Norfazzila Saidan Ayat yg kuar dr.mulut si.jantan xguna.tu anak die ni hyperaktif..suke masuk kan mcm3 kat kemaluan??bangang punya.ayat..
so macam betul je speku forumer yang bf maknya yang punya angkara..
sialan.. |
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia replied at 16-3-2017 07:39 AM
ooo... tu pasal la pengasuh tak hantar baby tu pi klinik or hospital yer..
tapi kalau dah darur ...
biasa kalau darurat mcm kes teruk klinik lepas kot.masa ni kat hospital. mmg dia nak mak pak budak tu..mmg mcm baby tu aku kena marah.doc periksa,utk bagi tindakkan selanjutnya dia nak waris bayi sendiri ada. |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 16-3-2017 08:42 AM
Baby lembik boleh buat dak ja maknya..
Gila ka apa..tak normal la budak lesu, lembik ni...
Mmg t ...
mmg seram. sbb aku mmg xnak anak lagi. tu sggup terima sbb comel sgt baby tu mcm babydoll. teringat masa mandikan tu dia mcm terkulai lemah. bawah mata dia mmg mcm bengkak merah. lupanya anak dia dh jangkitan kuman kat paru2.sbb batuk, selsema dibio je. |
|
|
|
|
|
|
|
tolong la buat petition lindungi kanak-kanak bwh umur mcm ni... its about time la
hukuman berat kene implementkan....
then educate masyarakat bahawa NYAWA MANUSIA bukan mainan, ko rogol, bunuh thats it... plg tidak kene penjare... dlm penjare nnt leh berdoa supaya terhapus dosa, kuar penjare hidup baru plak...
while victim plak? dh mati.... esk luse org lupe...
sedih tgk tahap mentaliti org kita yang makin merundum seolah-olah nyawa manusia ni tiada nilainya dan berita ni mmg sgt sedih for poor 2 years old child/baby yang tidak tahu berbuat ape-ape or even mempertahankan diri....
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya ade 3 org yg da kene tgkp...xde update ke... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon dikembirikan pada pesalah paedophile..
about time to castrate the insane ppl...
aku rasa mmg mamat gila dadah tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kes neh tak silap bulan April ke, akan disebut semula.
btw, i ada kat balai semalam.
pastu sempat menelinga polis neh dok cerita pasal kes neh.
sbb waris baby tu datang nak tuntut.
carik parents budak neh. nak carik surat banak bagai laa.
dah selesai post mortem
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama dia Rania Ixuna? Macam mana nak sebut tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya, kalau nak ada anak tolong lah cari parents yg bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
kena tunggu siasatan polis dulu .. tapi nampak nya lebih cenderung pelaku nya ibu mangsa tu sendiri dan pasangan dia ( boipren ) sebab ada terbaca :
Hari ini, polis forensik pergi ke rumah mangsa sekali lagi untuk mencari lebih banyak petunjuk untuk merungkai kes pembunuhan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
4 suspek tu :
1. ibu mangsa (perempuan)
2. pengasuh (perempuan)
3. bf a.k.a teman lelaki ibu mangsa (lelaki)
4. suami pengasuh (lelaki)
mengapa ibu mangsa pula jadi suspek?
- dalam semua jenayah yang d laporkan .. tak ada sesiapa yang boleh lepas dari menjadi suspek sehingga penjenayah sebenar d temui
ibu mangsa tak d ketahui status diri .. samada janda atau tak pernah kawin tapi ada baby tapi yang pasti semasa kejadian dia cuma ada teman lelaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
kira nya ..
tu anak pasangan tu sendiri lah yer ..
cuma tak menikah ..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau la sis.. tu komen kat fb..
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 la cpt selesai kes ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah .. tu la .. cari juga tadi berdasarkan posting sis ..
baca baca .. pengomen tu dari komen komen dia ..macam kenal ja kan pasangan tu
tapi dari artikel .. kakak si lelaki tu kata .. ibu mangsa ( ipar dia ) .. macam dah kawin ja
mungkin kawin kat kampung ja .. kot .. tak d daftar ..
ikut logik saja ..
harap cepat lah d ketahui siapa sebab kesian kat satu lagi pasangan yang turut tertuduh
|
|
|
|
|
|
|
|
uishh cmne dia tau mcm2 citer ni.. yg ni pon patut disoal siasat.. dr awal dah tau ade kes penderaan... tp wat senyap je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|