CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: green_lantern

"Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa, Kan Dah Catu Makanan!"

[Copy link]
Post time 20-1-2020 01:06 PM | Show all posts
ketua keluarga(suami,Lelaki+kudrat) kena usaha lebih bila ada mulut dan perut hendak dinafkahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
fish replied at 20-1-2020 09:18 AM
ya betul tu, mmg ada spesis mcmni
aku pernah jumpa kat kk, dia pregnat anak yg ke10 kalau tak sil ...

Ni laki selfish lah confirm confirm tu anak semua bini sorng handle kalau dia tolong memang xsmpai 10 lah 3 pun dah tak larat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 02:00 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 20-1-2020 02:33 PM
seri_mawr replied at 20-1-2020 11:31 AM
x nak tolong sudah diam2...
ko nak berbeza fahaman and penerimaan itu hak kau....

lahhh ko dah kenapa..takde sape pun sengaja mengata anak ramai jadi miskin.masyarakat kecam parent yg malas usaha anak yg sedia ada terbiar tapi boleh tambah lagi berduyuuuunnnnn. mengharap duit bantuan mcm kan pencen dpt sampai mati. diorang bukan takat miskin poket, miskin minda, miskin kudrat...bantuan tu patutnya dpt dlm tempoh yg tertentu tapi diorang expect mcm pencen, banyak cantik!
sbb tu dalam Islam ada konsep kaya dan miskin...
yang kaya kena bantu golongan miskin....
Allah yang bagi rezeki mreka dlm bentuk anak... knp nak pertikai...



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 02:06 PM | Show all posts
miss_beku replied at 18-1-2020 11:58 PM
Setuju sangattttt. Pernah dlu masa preggy dok wad sebelah katil kakak baru beranak. Triplet. Kite  ...

kesian anak2
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 02:47 PM | Show all posts
Bukan had jumlah anak
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
[email protected]
“BANYAK pasangan muda tergamam seketika apabila saya tanya mahu berapa orang anak atau berapa tahun jarak antara kehamilan yang menunjukkan aspek perancangan keluarga tidak termasuk dalam agenda hidup mereka,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Berdasarkan pemerhatiannya, isu perancangan keluarga masih menjadi topik janggal dalam masyarakat kerana ramai tidak pernah terfikir mengenainya apabila mendirikan rumah tangga.

Biasanya perbincangan sebelum kahwin lebih berkisar pada persiapan pengantin dan majlis perkahwinan tetapi jarang yang mengambil kira soal saiz keluarga atau bila mahu mempunyai anak.

Sedihnya ada pasangan yang bukan saja tidak pernah terfikir malah tidak mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan untuk merancang keluarga.
Kebanyakannya berpendapat anak adalah rezeki dari Allah dan menerima berapa saja yang dikurniakan kepada mereka.


“Merancang keluarga bukan untuk mengehadkan jumlah anak. Tidak. Kita masih boleh mempunyai anak ramai sehingga lima orang, asalkan setiap kehamilan itu dirancang, direncana dan dikehendaki.

“Dirancang maknanya kehamilan itu dirancang jaraknya dengan kehamilan terdahulu atau seterusnya supaya anak tidak terlalu rapat. Ini kerana jika anak terlalu rapat, kemungkinan ada anak kurang mendapat perhatian sangat tinggi.

“Kehamilan direncana bermakna kita ada perancangan untuk anak yang bakal lahir khususnya jika ibu bekerja. Ini termasuklah persediaan si ibu sendiri sepanjang tempoh kehamilan kerana dia perlu menjalani pemeriksaan selepas lapan minggu hamil, siapa yang akan menjaganya ketika pantang dan mencari penjaga anak apabila si ibu kembali bekerja. Itu belum masuk soal kewangan bagi membiayai persekolahan anak.

“Setiap kehamilan mestilah dikehendaki. Memang ramai yang saya temui mengakui mempunyai anak ‘accident’ - maksudnya kehamilan yang tidak dirancang dalam keadaan pasangan tidak bersedia yang biasanya membabitkan anak kedua.

“Bayangkan apa perasaan anak jika mereka tahu mereka adalah ‘anak accident’,” katanya sempena Hari Kontraseptif Sedunia yang disambut pada 26 September setiap tahun.

Kesan daripada kehamilan yang tidak dirancang ini sangat besar terutama pada perkembangan emosi dan sosial anak berkenaan.

Lebih teruk jika ada ibu bapa yang bersikap pilih kasih kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap anak. Walaupun masih kecil tetapi anak-anak boleh tahu sama ada ibu bapa bersikap acuh tidak acuh, mereka disayangi atau tidak.

“Kesannya hanya akan nampak apabila anak-anak ini meningkat remaja. Pada masa inilah ramai yang terbabit dalam pelbagai perbuatan berisiko tinggi seperti aktiviti tidak bermoral, merempit atau melakukan jenayah.

“Soal selidik dilakukan ke atas ibu pelajar pesalah juvana mendapati anak-anak yang terbabit dalam jenayah adalah kurang mendapat perhatian ibu bapa.

“Ibu bapa menyifatkan mereka anak yang degil tetapi sebenarnya sikap ibu bapa yang kurang mengendahkan anak membuatkan si anak ‘memberontak’ dengan caranya sendiri.

“Itu insiden yang berlaku jika kehamilan itu dalam ikatan perkahwinan. Jika kehamilan luar nikah, maka bersedialah mendengar berita pembuangan bayi atau remaja melahirkan anak di asrama atau dalam tandas,” katanya.

Menurutnya, sikap acuh tidak acuh ibu dan ayah mengenai perkara ini perlu diperbaiki.

Katanya, orang dulu-dulu memang mahu mempunyai anak yang ramai apabila berkahwin tetapi keadaan kini berubah kerana wanita mempunyai kerjaya. Jadi ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum atau sejurus memasuki gerbang perkahwinan.

Mengapa isu perancangan keluarga penting?

Mungkin ramai pasangan tidak sedar perancangan keluarga perkara asas dalam hidup berumah tangga. Sekali lagi ditegaskan ia bukan bertujuan mengehadkan jumlah anak atau menolak anugerah dari Allah tetapi apa yang dikehendaki ialah kehadiran setiap anak itu memang sangat dinanti dan diharapkan.

Hanya dengan cara ini barulah anak itu akan mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Bagaimanapun kata Dr Harlina, isu ini tidak terhenti di situ kerana walaupun anak menjadi penyeri hidup dan pengikat kasih sayang ibu dan bapa tetapi kehadirannya juga boleh menyebabkan berlakunya pergolakan rumah tangga.

Kehidupan wanita moden sangat sibuk. Tidak cukup dengan kesibukan di tempat kerja dan rumah, mereka masih mahu menyumbang kepada masyarakat.

Kehamilan yang tidak dirancang memberi tekanan kepada emosi, fizikal dan kewangan.

“Untuk mendapat hidup yang bahagia kita perlukan lima elemen iaitu ketenangan emosi, kesihatan fizikal, keupayaan ekonomi, kelapangan masa (untuk anak-anak, suami dan diri sendiri) serta sokongan sosial (daripada segi penjagaan anak khususnya).

Jika aspek ini terganggu, maka kita akan mudah terhumban dalam konflik rumah tangga yang akhirnya membawa kepada perceraian.

“Kebanyakan perceraian berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, namun kadar lebih tinggi dicatatkan bagi lima tahun pertama kerana pada masa pasangan mula mendapat anak.

Jika tanpa perancangan, dalam tempoh lima tahun anda boleh memperoleh tiga orang anak.

“Namun jika aspek perancangan keluarga sudah dimasukkan atau dibincangkan dari awal, konflik rumah tangga membabitkan anak boleh ditangani dengan baik dan dapat menyelamatkan rumah tangga.

“Sebab itulah pentingnya kesedaran untuk menyusun atur keluarga supaya bukan anak-anak saja yang dapat manfaat tetapi ibu bapa juga boleh membentuk kehidupan berumah tangga yang bahagia,” katanya.

Malah melalui strategi menyusun atur keluarga, ibu dan bapa akan lebih bertanggungjawab dan prihatin pada anak-anak.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dan mempertikaikan bahawa anak adalah anugerah Allah untuk ‘disusun atur’ tetapi kata Dr Harlina, Allah juga memberi kita akal untuk berfikir membuat perencanaan hidup demi kebaikan semua pihak.

Bahkan tidak keterlaluan juga jika dikatakan perancangan keluarga dapat mengelakkan berlakunya sikap pilih kasih.

Bila pasangan sepatutnya berbincang mengenai perancangan keluarga?



Menurut Dr Harlina, isu ini boleh dibincangkan pada bila-bila masa apabila mereka sudah bersedia untuk berumah tangga.

Antara persoalan perlu dimasukkan dalam perbincangan itu ialah bila mereka mahukan anak, berapa anak yang diingini dan berapa tahun jarak antara dua anak.

Jarak kehamilan yang paling ideal antara 2.5 hingga tiga tahun iaitu anak pertama berusia 2.5 tahun atau tiga tahun ketika kelahiran anak kedua. Pada jarak ini, ibu bapa dapat memberikan perhatian sewajarnya kepada setiap anak.

Islam tidak menghalang penggunaan kaedah perancangan keluarga bagi memastikan setiap kehamilan dan kelahiran adalah dikehendaki, disayangi dan dialu-alukan.

Malah, ia bukan saja membolehkan ibu bapa bersedia mental, fizikal dan kewangan, tetapi perancangan kehamilan penting untuk kesihatan wanita sendiri.

“Jika wanita berkahwin pada usia 23 hingga 25 tahun, dia boleh menetapkan had umur 35 tahun sebagai tahun terakhir mengandung tetapi dinasihatkan supaya tidak mengandung selepas umur 40 tahun kerana ada banyak risiko.

“Dalam tempoh 10 tahun, dia boleh mempunyai tiga atau empat orang anak jumlah yang sudah dikira mencukupi bagi sesebuah keluarga moden. Jadi dia bolehlah ‘bersara’ awal daripada mengandung.

“Bagaimanapun bagi yang berkahwin lewat contohnya pertengahan 30-an, perlu ada sasaran realistik, jumlah anak mungkin terhad kepada dua orang saja,” katanya.

Di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga dan antara yang popular ialah:
·  Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan.
·  Kaedah halangan seperti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah, mudah dan dapat mengelak jangkitan penyakit seksual.
·  Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita atau lelaki.
·  Pil perancang (wanita).
·  Alat intrauterin (IUD).
·  Sistem intrauterin (IUS).
·  Implan.
·  Suntikan.
·  Tampalan (ditampal di atas kulit badan).
·  Cincin hormon (dimasukkan ke dalam vagina).




Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya.

Kebimbangan timbul akibat salah faham mengenai kaedah perancangan keluarga, malah sesetengahnya percaya kepada pendapat tidak berasas.

Kajian ke atas wanita barat berumur 20 hingga 45 tahun mendapati rata-rata mahukan dua anak saja. Hampir 86 peratus tempoh perkahwinan digunakan untuk mencegah kehamilan (menggunakan pelbagai kaedah perancangan keluarga ketika bersama suami).

Ini bererti wanita di seluruh dunia mahu perlindungan atau pencegahan kehamilan jangka panjang yang selamat dan tidak menjejaskan kesuburan, bagi mengelak kehamilan tidak dikehendaki.

Inilah juga sebabnya semua doktor sakit puan termasuk di PPUKM digalakkan bertanya kepada pesakit tiga soalan penting iaitu:
·  Bila mahu mengandung?
·  Berapa besar saiz keluarga yang dirancang (atau jumlah anak yang diinginkan)?
·  Berapa tahun jarak antara dua kehamilan?


Jadi, jika anda ditanya soalan sebegini, janganlah ada yang terasa hati kerana ia bertujuan baik untuk mendidik kita kepentingan perancangan keluarga.

Perlukah persetujuan suami?

Oleh kerana ia membabitkan saiz keluarga, sebaiknya perkara itu dibincangkan, bukan untuk mendapatkan persetujuan suami tetapi bagi mendapat maklum balas di samping menyalurkan ilmu.

Biasanya kebanyakan suami tidak membantah jika isteri mahu menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi kebaikan bersama.

Namun jika suami anda adalah jenis lelaki yang tidak boleh dibawa berbincang, maka tidak salah jika isteri mengambil keputusan sendiri kerana ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak.

Jika maklumat perancangan keluarga disebarkan, tidakkah akan timbul isu penyalahgunaan terutama di kalangan golongan muda beragama Islam?

Jika dilihat daripada perspektif agama, memang semua orang tahu bahawa seks sebelum berkahwin adalah zina dan haram.

Bagaimanapun kata Dr Harlina, kita perlu menerima hakikat golongan muda termasuk ramai remaja Islam di negara kita terbabit dengan atau seks luar nikah.

Pada pandangannya sebagai seorang doktor, semua orang perlu dibekalkan dengan ilmu mengenai pencegahan kehamilan baik bagi yang sudah berkahwin atau masih bujang.

Sekiranya mereka memilih untuk berzina (walaupun tahu ia adalah haram dan berdosa besar), maka si perempuan perlu tahu dua perkara iaitu risiko daripada hubungan seks dan cara mengelakkan kehamilan. Bahkan mereka juga perlu ada akses atau laluan untuk mendapatkannya.

“Dalam hal ini, lebih baik jika mereka tahu mengenai kaedah pencegahan kehamilan supaya tidak berlaku jenayah pengguguran kandungan atau pembuangan anak.

“Namun marilah kita sama-sama berdoa moga ramai anak gadis kita yang tahu menjaga kehormatan diri dan tidak menyalahgunakan ilmu yang mereka ada.

“Ketika bercinta tidak rugi lebih menyayangi diri sendiri daripada menyesal di kem
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 03:16 PM | Show all posts
Malaysia boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2020 03:17 PM | Show all posts
Malaysia boleh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 03:25 PM | Show all posts
mmg aku x phm golongan manusia mcm ni
sama jek specis
asal miskin ...anak besepah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
i ada sorang kawnan macam ni. bini gaji rm,3k tapi dia sendiri buat grab. ni nak masuk anak ke 2. i jadi geram tu pasal i penjamin kereta dia. tapi kereta nama bini dia. bini dia tu kalau x kahwin sah sah ada rumah sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 17-1-2020 07:55 AM
I know someone keje gaji 1k. Gaji bersih laki dia askar prebet 1500.

Total 2500 combine gaji lak ...

jangan dah lobos suami pasang cari lain. kalau keje kerajaam ni senang2 dapat kalau tak indonesia petik jari dapt thailand
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 17-1-2020 04:26 PM
Nak buat gimana. Parents di kg pon kasihan kan dia. Tp tak nasihat kan psl $ & fmly planning .

...

Sebaya Haku nie uuu.. Haku ank 3 org, pun kdg2 sesak nafas coz laki ke sorg cmne la die handle nie uuu...pengsan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by emma.giggs at 21-1-2020 08:14 AM

Aku selalu tertanya2 knp org miskin mesti akn beranak ramai. Dlm byk2 yg komen kt twitter ni yg secara tak langsung bg jwpn pd persoalan aku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 09:52 AM | Show all posts
i memang x boleh kalau tengok isu macam ni,,,terlalu bertuankan anak itu rezeki,,sampai lupa part anak itu amanah..

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 10:41 AM | Show all posts
emma.giggs replied at 21-1-2020 07:33 AM
Aku selalu tertanya2 knp org miskin mesti akn beranak ramai. Dlm byk2 yg komen kt twitter ni yg seca ...

Aku setuju komen ni




Dah tiba masa badan2 berwajib ambil satu langkah ke depan utk beri bantuan. Bukan setakat bantu kewangan....tp bantuan utk kurangkan golongan2 yg ada masalah kognitif ni. Didikan utama pada ketua keluarga tu, bila ketua keluarga terdidik, bari dia tau mcm man nk didik ahli2 keluarga dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-1-2020 11:58 AM
harap anak2 ni bila dah besar dan berjaya, jangan dilupakan budi mak ayah.. jagalah mak ayah nanti.. ...

Camne dik nk membesar dan berjaya kalau makbapak tak mampu nk memberi didikan pd anak2? Makan pun tak cukup, lg la nk bayar tuisyen anak.

Aku kenal je family anak ramai, lagi-lagi kalau yg sulung tu anak perempuan, terpaksa berkorban tak sambung blaja, habis spm je keje sbb nk tolong makbapak tanggung adik2 yg lain.

Kalau makbapak pun harapkan bantuan, anak2 pun ikut gak perangai makbapak watpe keje kalau org nk hulur duit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 17-1-2020 12:07 PM
mungkin ade betulnya keluarga yg kurang mampu kene rancang keluarga. Doctor boleh nasihatkan golonga ...

Mak i salah sorg yg amek pil perancang. Mmg mak i yg taknak anak lg lepas trauma lahirkan adik i yg songsang. And i akui dulu i dibesarkan dlm keluarga sederhana kt kg, sbb tu makbapak i fikir byk kali perlu ke nk tmbh anak lg. Tp mcm biasa la org2 sekeliling, sekat rezeki Tuhan nk kasi la, berdosa la ape la. Tp mak i pekakkan telinga je sbb bknnye yg mengata tu yg nk tanggung kitorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 17-1-2020 04:46 PM
Biasa yang miskin macam ni, ayah diorang takdelah ikat perut pun. Masjid ada makanan. Pagi2 kawan2 a ...

Duit zakat smpi je kt asnaf. Tp duit zakat ni takkan la ko nak kasi smpi rm1k sebulan? Takkan la org miskin ni nk harapkan zakat je? Zakat tu sekadar duit bantuan je, bukannya pendptan.

Duit sedekah masjid bkn zakat ye. Tu sedekah. Zakat ni ada pengiraan die, ada akad die, ada asnaf2 die. Org melayu islam ni pun ramai confused antara zakat n sedekah. Zakat tu wajib mmg rukun islam ke5. Jgn anggap sedekah beribu2 kt masjid ke kt org miskin ke tu dikira zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 11:51 PM | Show all posts
orang sekeliling hanya pentingkan kuantiti, bagi mereka biar anak2 bersusun mcm tangga, tapi nak bagi berkualitinya semua ( i mean bagi pendidikan, nafkah yg secukupnya) amat la payah. bagi i biar lah 2-3 orang, asal anak2 dapat nafkah yg cukup, sebab kat akhirat nanti akan disoal / dituntut adakah kita telah menjaga amanah yg diberi? nak2 pulak zaman sekarang ni semua nak guna duit nak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:24 PM | Show all posts
iols terpaksa agree. anak2 tu amanah, kalau dah sampai rasa tak mampu sediakan keperluan asas (makanan, minuman and tmpt tggl) sampai makan pun kena catu, kawal lah pengeluaran kuah banjir (bak kata DR SAY, iols geli sbnrnye tp dah pakcik tu sebut mcm tu kan).

kesian anak2 kena hidup daif. tak mewah sgt takpe, tp jgn sampai daif. kesian diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
emma.giggs replied at 21-1-2020 07:33 AM
Aku selalu tertanya2 knp org miskin mesti akn beranak ramai. Dlm byk2 yg komen kt twitter ni yg seca ...

Yelah boleh jadi ...
Ak perati yang susah selalu anak ramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.334056 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list