CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

Fazura akhirnya bebas tuduhan langgar kontrak

[Copy link]
Post time 18-6-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama produk pon pprt
Ntah ape2 jer

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan terbabit selepas mendapati kontrak perjanjian bersama syarikat Maydan Trading selaku plaintif terbatal selepas mendapati produk ini gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Saya didakwa plaintif yang mengatakan saya melanggar perjanjian kontrak. Namun, mahkamah sudah membuktikan bahawa kontrak itu tidak sah," katanya yang ditemani suami yang juga pelakon popular, Fattah Amin dan pengurusnya, Iman Tang Abdullah.


"Saya sebenarya tak sedar langsung yang produk ini tak sah. Begitu juga dengan kontraknya yang juga tak sah," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
gadget replied at 18-6-2020 05:29 PM
aku rasa, base on kes ni, fazura mmg langgar kontrak, tp nasib dia baik sbb produk tu takde KKM, s ...

Haters ni
Katanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
hanipinky replied at 18-6-2020 11:18 PM
Selepas baca komen-komen kat sini, then now I faham kenapa Faz cakap kes ni telah mencalarkan reputa ...

I think more to article yg ditempek TT pun tak jelaskan detail penghakiman, itu sbb ramai buat conclusion sendiri.

Article ni lebih jelas:

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak saman difailkan pemilik syarikat Maydan Trading terhadap Fazura dan Universal Music Sdn Bhd, atas dakwaan melanggar perjanjian syarikat, selepas pelakon yang juga penyanyi itu melancarkan produk kesihatan dan kecantikan 'Trudolly' dalam tempoh perjanjian.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas mendapati tidak terdapat sebarang pelanggaran kontrak antara plaintif, Narhamdan Abd Malek dengan Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin, selaku defendan pertama.

"Kontrak dalam kes ini hanya membabitkan plaintif dengan defendan kedua, iaitu Universal Music. Tindakan plaintif menyatakan terdapat pelanggaran kontrak adalah tidak tepat, kerana kontrak berkenaan telah ditamatkan oleh plaintif sendiri," katanya.

Mohd Firuz berkata, keterangan daripada saksi plaintif jelas menunjukkan bahawa Nur Fazura, yang dilantik sebagai duta produk 'Q Tab' telah menjalankan tugasnya, untuk mempromosikan produk berkenaan.

"Keterangan daripada seorang lagi saksi plaintif, yang juga pegawai di bahagian farmaseutikal turut menyatakan bahawa produk yang dipasarkan oleh plaintif menyalahi undang-undang, kerana mengandungi bahan terlarang. Ini bermakna plaintif telah memasarkan produk yang salah dan mengakibatkan kontrak itu juga adalah tidak sah.

"Oleh kerana sesuatu kontrak itu ditakrifkan tidak sah, maka kerugian yang dialami oleh plaintif dikira sebagai belanja hangus. Oleh itu, tuntutan plaintif ditolak dengan kos," katanya yang membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada tiga saksi plaintif dan empat saksi defendan, termasuk Nur Fazura.

Hakim Mohd Firuz turut memerintahkan plaintif membayar kos masing-masing RM40,000 untuk setiap defendan.

Narhamdan Abd Malek, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu 'candy' yang boleh dikunyah dikenali sebagai 'Q Tab' untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku, memfailkan saman pada 16 Disember 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 37, dan Universal Music, sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music, supaya Nur Fazura memasarkan produk 'Q Tab' dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram pelakon itu, selain Nur Fazura perlu mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk berkenaan.

Plantif mendakwa selepas beliau menandatangani perjanjian pada 10 Ogos 2017 untuk perkhidmatan defendan pertama (Nur Fazura), plaintif telah membayar RM100,000 kepada defendan kedua (Universal Music) dan wang RM56,000 turut dibayar pada 24 Ogos tahun sama, mengikut syarat perjanjian dipersetujui.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada akhir September 2017, Nur Fazura telah melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'Trudolly' 'TruBeauty' oleh Fazura, sepanjang tempoh perjanjian berkenaan.

Dakwa Narhamdan, akibat pelanggaran yang berlaku dalam pemasaran Trudolly oleh Fazura dan Universal Music dalam persaingan dengan produk 'Q Tab', plaintif mengalami kerugian apabila pemasaran produknya telah diabaikan dan memihak kepada Trudolly, selain mendakwa penjualan produk 'Q Tab' telah berkurangan.

Oleh itu, plaintif antara lain menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif.


Sementara itu, Nur Fazura, yang ditemani suaminya Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, menzahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah hari ini yang memihak kepadanya.

"Kes ini berlanjutan lebih dua tahun dan dalam tempoh itu saya dituduh melanggar perjanjian kontrak. Ternyata mahkamah telah membuktikan kontrak itu adalah tidak sah dan dinyatakan juga bahawa produk itu adalah haram dan apa yang didakwa oleh plaintif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Saya bersyukur semuanya telah selesai dan keadilan akhirnya memihak kepada saya. Saya akan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Produk 'Trudolly' juga tiada kena mengena dengan kes ini," katanya yang turut menganggap keputusan hari ini adalah rezeki anak yang bakal dilahirkan pada Oktober ini.

Dalam prosiding hari ini, Nur Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Universal Music diwakili peguam Wilson Lim serta Narhamdan pula diwakili peguam Dzaki Ezwan Baharin. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya produk lebatkn rambut tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudungpink replied at 18-6-2020 09:36 PM
Baca balik btoi2 la kalau kata peminat...hahaha..dia xde langgar or salah ape2 pun dengan kontrak  ...

Itulah pasal. Kita plk penat baca netz tak habis2 meratib faz menang sebab nasib. Tak tau apa punca plaintif saman fazura. Main sedap mulut je memasing ckp faz menang sebab nasib. Adoyaiiii. Rajin2 lah baca.  Ni court case. Ada fakta yg ditulis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah rezeki baby tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2020 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
shoyuna replied at 18-6-2020 11:06 PM
Dah kenape masih tak puas hati kemenangan pada pihak faz? Chuols baca tak artikel, interview semua n ...

Kalau baca pon.. pastu paham, pastu ckp ooooo. Pastu ckp, ahhh tak kira, sape suruh itu..knp tak ini...takkan lah tak itu ini...

Faz ptt mintak 50k.court ttp kan 40k. Cmnelah faz nak demand 100k haha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia ada promote ke product maydan tu. Yang untuk rambut ke ape tu? Kira promote jugakla product kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 18-6-2020 06:28 PM
Ayooo ... nak tolong company Melayu yg jual produk tak sah under KKM

Patutnya artis level se ...

Faz memang baik. Tengokla IG story dia penuh dengan review seller bagi dia makanan etc selain hadiah2 lain. Kalau artis lain, berkira feeling dipaksa haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... tahniah fazura
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudungpink replied at 18-6-2020 05:58 PM
Bengongnyer la maydan produk ko xde kkm pastu ko nak lawan sampai naik court..saksi pun sebelahkan f ...

Tulah die nak kenakan fazura...sekali diri sendiri terciduk
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mademoisellee replied at 18-6-2020 06:58 PM
I dah baca dah kat news pasal ni tapi masih ada lagi yang membabi buta kata Fazura menang nasib ke ...

Biaselah sis...haters Kan malas membaca...janji dapat kecam
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogerpuyol replied at 18-6-2020 08:26 PM
Ko ni main tibai je komen, ko tgk x bicara tu jalan mcm mne, judge punye finding ape, kn dah kat ...

Ramai lg yg komen yg mmg nmpk x baca pn keteragan kes tu terus main nk komen..so layankan jelaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
shoyuna replied at 18-6-2020 11:06 PM
Dah kenape masih tak puas hati kemenangan pada pihak faz? Chuols baca tak artikel, interview semua n ...

Kan? Bila hati tu dah benci, keluar lah banyak mana artikel pun, penjelasan pun tetappp cari kesalahan yang lain.
"menang nasib sebab produk takde KKM" wahai haters, even kalau product tu ada KKM, kemenangan tetap berpihak kpd pajura sebab dia dah jalan kan tanggungjawab dia as duta, benda tu dah terbukti and siap ada saksi lagi. Chuols ni lagak mengalahkan hakim dan lagak mcm chuols berada kat mahkamah ya Sedangkan chuols hanya buat ASSUMPTION berdasarkan kehendak hati chuols yang busuk dan dengki atas kemenangan pajura. Terima lah kenyataan artis kebencian chuols tu dah menang pffttt yg sakit hati sangat tu pasaipa chuols
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
bvsf06 replied at 18-6-2020 11:41 PM
I think more to article yg ditempek TT pun tak jelaskan detail penghakiman, itu sbb ramai buat con ...

Sia sia je la usaha chuols ni tempek artikel sebenar. Kalau dah nama haters tu, tetap haters chuols, takkan maunya terima kenyataan pajura menang kes ni. Tetap dorang akan kona sana kona sini mcm orang bodoh taknak terima FACT. Rela nampak bodoh janji pajura dicerca gittew
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tempek transkrip makamah sekali pun kat sini, haters tetap kata “nasibbbbb fazura baik sebab produk haram”
bertahun tahun kes jalan tu, keputusan adalah “nasib” semata mata? jadi haters tu boleh. jangan jadi bodo.
fazura cantik woo lagi-lagi dengan abam. macam tengok shooting filem tapi realiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2020 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
gold_teeth replied at 18-6-2020 10:30 PM
Ada x org inform dlm ni produk apa yg dia kena saman. baca few pages xjmpa lg.. nak tau dia jd duta  ...

Produk sihatkan / lebatkan rambut
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
shoyuna replied at 18-6-2020 11:06 PM
Dah kenape masih tak puas hati kemenangan pada pihak faz? Chuols baca tak artikel, interview semua n ...

Mungkin kalau ada kaitan dengan faz je hati tak boleh senang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik menang..kl kalah mesti keluar bangkit semua mn dr kuburan meraikan sakit hati lama yg terpendam..hakim pun tak btl pd diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
maydan tu bukan laki dia patah ke duta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.092635 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list