Post time 25-7-2020 02:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau malaysia is fazura and ctdk (circa 2004 gituh, esp masa separuh akhir muzik muzik badarsila perghhh)
kalau internesenel, iols xminat features muka org putih ni sume. korea jepun pun iols xminat. iols minat dekat je, thailand dgn pilipino sebelah ni je. urassaya dgn liza soberano. lawooo sgttt. urasaya tu combo lawa and cute, liza lawo tp yaya lawo lg
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 25-7-2020 02:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sixret replied at 25-7-2020 02:21 PM
Part mana Siti tak organik? Berhati2.
Tq for your concern...but I'm not accusing pun. Sebab tu I guna ayat 'dengarnya'. U google jerlah masa kes dia ngan kak pah dulu. Betul atau tidak is a question mark. Maybe just gossip liar. Well, celebrities orang expect derang utk nampak cantik sentiasa dan cantik means mesti macam tu dan bukan macam ni..... society juga yg letak high expectation tu.......now ramai org berebut nak putih....huhu
Post time 25-7-2020 02:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zmn skrg ni pelakon mmg cantik,tapi entahlah rasa mcm pelakon zmn dulu cantiknya buat kita tak jemu memandang.pelakon zmn skrg ni tengok sekali dua dah rasa boring. For me,iols pilih sarimah dgn roseyatimah. Memang lawa betul dua2 ni
Post time 25-7-2020 02:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MentariSenja replied at 25-7-2020 02:31 PM
Tq for your concern...but I'm not accusing pun. Sebab tu I guna ayat 'dengarnya'. U google jerla ...
Baik. Faham. Fyi, Boss tidak ubah apa - apa pada wajahnya ya. Jangan percaya apa - apa terutama pada satu kelompok iaitu Asmah and The Geng yang membenci teramat sangat tu. Fitnah tu biar Allah yang balas dalam hidup mereka di dunia lagi. Itu doa kami selalu. Serpihan Asmah and The Geng masih wujud. Kami memang mengetahui sekurang - kurangnya 2 orang geng tu aktif di forum cari dengan menggunakan pelbagai multinick.
$US25,000 UNTUK NORZIE NANI BERBOGEL
Oleh Bahyah Mahmood
Bukan kepalang gembiranya hati Norzie Nani bila dia ditawarkan berlakon disamping seniman Hollywood jutaan peminat yang Norzie sendiri pun meminatinya selama ini, Robert Redford.
"Mula Norzie sendiri macam tidak percaya... mustahil! Norzie dapat berlakon dengan Robert Redford?" ujarnya dengan wajah
berseri-seri.
"Tawaran ini lahir dari mulut Ibu Tuti dari Indonesia, produser Tuti Mutia Film dimana Norzie suatu ketika dulu pernah tinggal untuk beberapa bulan dirumahnya sepanjang penggambaran filem "Semalam Di Malaysia" keluaran bersama syarikat kepunyaan Ibu Tuti dengan Shaw Brothers.
Dalam "Semalam Di Malaysia" Norzie memegang peranan penting sebagai gadis Indonesia disamping aktor penyanyi terkenal Indonesia, Sham Bambo, pencipta lagu "Kisah Seorang Biduan", satu-satunya lagu yang dipopularkan penyanyi di negara kita,
Dhalan Zainuddin.
Norzie yang baru pulang dari Jepun, yang dibelum itu singgah di Manila dan kemudian terus ke Osaka, Kyoto, Tokyo dan ke Taiwan, dalam perjalanan pulang Norzie singgah seminggu di Hong Kong, dan secara kebetulan dia bertemu dengan Ibu Tuti, lantas mengajak menginap nersamanya di Holiday Inn.
"Disinilah Ibu Tuti menawarkan Norzie berlakon!"
Filem keluaran terbaru Ibu Tuti ini diusahakan bersama dengan syarikat filem di Amsterdam dan Jepun.
Tajuk filem belum ada, tapi tiga watak penting ialah Robert Redford, seorang aktres Jepun berperanan Geisha dan seorang aktres samada Indonesia atau Malaysia.
Memang pada mulanya terlonjak-lonjak bila Ibu Tuti menyatakan Norzie akan berlakon disamping Robert Redford.
"Tapi alangkah terkejutnya Norzie bila Ibu Tuti memberitahu yang Norzie dikehendaki berbogel dakam satu babak bersama Robert Reford dibilik tidur..."
"Entah bagaimana tak sedar Norzie terpekik mendengar kata-kata Ibu Tuti itu... Oh, Norzie tak sanggup!. Mati Norzie nanti!...
"Ibu Tuti jadi bingung melihat telatah Norzie itu. Okeylah, Ibu tidak memaksa, terpulang pada Norzie. Kata Ibu Tuti.
"Kalaulah tidak kerana babak bogel itu, Norzie tidak akan menolak pelaung berlakon dengan aktor handsome itu," kata Norzie dengan nada kesal.
Norzie memuji sikap Ibu Tuti yang begitu berterus-terang kerana katanya, filemnya itu mengisahkan tentang wanita-wanita lesbian yang saling cinta mencintai dan melakukan hubungan jenis
sesama wanita.
Kata Ibu Tuti lagi, sebelum Norzie, dia telah menawarkan pada aktres Indonesia yang sedang meningkat, Yati Octavia.
Yati diizinkan suaminya berlakon dengan syarat dia akan menemani Yati sepanjang penggambaran filem tersebut yang akan dilakukan di Amsterdam, Belanda dan sebahagiannya di Jepun.
Ibu Tuti agak keberatan menerima syarat-syarat yang dikemukakan suami Yati itu. "Masakan seorang suami boleh tahan hatinya bila melihat isterinya dibogelkan oleh lelaki lain didepan matanya
sendiri?", ujarnya.
Sebenarnya, Ibu Tuti bimbang suasana penggambaran akan jadi kelam-kelibut, mana tahu, suami Yati tiba-tiba mengamuk pula.
Jadi dalam mencari-cari siapa pengganti Yati, Ibu Tuti teringatkan Norzie yang pernah berlakon dalam filemnya dulu. Norzie tentunya tidak ada problem kerana dia masih single!...
Tapi Norzie menolak tawarannya itu.
Norzie sendiri pada mulanya tidak menganggap serius tawaran Ibu Tuti itu. "Mungkin dia main-main atau pelawa-pelawa ayam saja," kata Norzie lagi.
Tapi sepulangannya dari Hong Kong ,Norzie sedikit pun tidak menyangka Ibu Tuti datang ke Kuala Lumpur dan terus menelefon dari hotelnya meminta Norzie datang menemuinya.
Sekali lagi Ibu Tuti meminta Norzie memegang peranan tersebut, dan kali ini dia menyebut bayarannya $25,000 (dolar Amerika), kira-kira 63,000 ringgit Malaysia.
Ibu Tuti berjanji filem itu tidak akan ditayangkan di Malaysia atau pun Indonesia, hanya tayangannya untuk Eropah saja. Begitulah pengakuan Ibu Tuti.
Terus-terang Norzie menyatakan: "Adalah suatu perkara mustahil untuk saya menerima peranan lucah itu..."
"Tapi saya menolaknya bukanlah disebabkan saya memikirkan saya masih mempunyai ibu-bapa atau pun saya hendak menjaga nama keluarga saya...
"Saya menolak semata-mata kerana imej dan maruah saya tergadai kerana wang, biar pun seratus ribu dicampakkan didepan saya."
Terus-terang kata Norzie, ada diantara teman-temannya menganggap dia bodoh menolak tawaran paling mahal itu, atas alasan filem tersebut tidak sampai ke Malaysia dan Indonesia.
"Tapi," tambah Norzie: "bukankah ramai orang Malaysia di Eropah dan akan pergi ke sana. Apa akan jadi sekiranya mereka menonton filem itu nanti?"
"Selain itu, yang Norzie bimbangkan nanti ramai pula orang-orang kita yang buat penerbangan ke Eropah semata-mata kerana nak lihat Norzie berbogel..." katanya sambil melawak.
"Kalau Norzie terima alamatlah Norzie akan terus menghilangkan diri di Eropah, tak berani Norzie menjejakkan kaki ke bumi
Malaysia ni lagi."
Norzie masih ingat lagi, ketika dia menghantar Ibu Tuti ke lapangan-terbang Subang, dia mengusap kepala Norzie lantas berkata pada beberapa orang teman disitu: "Anak ini bodoh, tidak mahu wang!..."
Tapi Norzie menjawab sambil ketawa: "Okey, Six Million Dollar Woman!..." Ibu Tuti ketawa mendengarnya. Dia tahu Norzie
hanya melawak.
# Artikel ini telah disiarkan dalam URTV pada 15 November 1976.