|
[Dunia]
Konflik di Palestin, gencatan senjata dipersetujui #106#126. Kejadian di Al-aqsa
[Copy link]
|
|
Edited by stingerkiwi at 21-5-2021 11:31 AM
fox. replied at 21-5-2021 10:36 AM
Ini takbir raya?Seriously?
Tak mungkin...tak.mungkin...
Mana gema merintih mendayu merengek alunan tonasinya seperti hilang anak bini?mana?
Ah ini baru betul...
Sekali berkumandang boleh datang keinsafan ketawadukkan
[youtube]hWm8xQE4tHk[/youtube]
Cayang abahcow |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 21-5-2021 11:23 AM
for 11 days
ALHAMDULILLAH Ala kulli haal.
Kita welcome sebarang bentuk cease fire whatever the motives. Peluru habis... you think so? |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 21-5-2021 10:38 AM
Depa ada tunnel untuk bawa masuk senjata.. Drugs etc... Bukan 1 atau 2 tunnel tapi banyak.. Tunn ...
Means masuk ikut Egypt and lepas. Rasuah? |
|
|
|
|
|
|
|
dorang buat sendiri, guna bahan kitar semula dan terbuang....nak harap kan negara arab yang kaya raya keliling tu mmg tak la, banyak sumbangan dari iran , syria dan lubnan dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti israel takut dgn ancaman bomoh2 indon nak hantar santau/saka/puaka/bom ghaib |
|
|
|
|
|
|
|
Gencatan senjata Hamas-Israel: Sorakan kegembiraan bergema di GazaAstro Awani
Mei 21, 2021 09:06 MYT
Rakyat Palestin mengibarkan bendera Hamas dan bendera Palestin ketika meraikan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Kota Gaza, 21 Mei 2021. (Foto AP)
SORAKAN kegembiraan bergema di seluruh kota Gaza pada awal hari Jumaat susulan gencatan senjata antara pejuang Hamas dan Zionis Israel diumumkan malam sebelumnya.Kegembiraan itu memberi erti dan makna yang sangat mendalam kepada rakyat Palestin yang sentiasa berharap kekejaman dan pencerobohan ke bumi tercinta mereka berakhir.
Penduduk Palestin di sempadan Gaza turun ke jalanan meraikan penamatan 11 hari keganasan Zionis Israel sehinga menyebabkan ratusan rakyat Palestin maut.
|
|
|
|
|
|
|
|
israel bimbang tindakan balas yang lebih hebat daripada Hamas
Negara2 Islam mula salurkan bantuan termasuk ketenteraan
serangan balas dalam alam siber pun memang jatuhkan moral
mereka dengan teruk
ditambah lagi kakacauan dalam negara Israel sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 21-5-2021 12:25 PM
Gencatan senjata Hamas-Israel: Sorakan kegembiraan bergema di GazaAstro Awani
Mei 21, 2021 09 ...
Alhamdulillah !
Walaupun jauh lagi perjalanan utk #freepalestin
tapi its good for now |
|
|
|
|
|
|
|
Sujud Syukur, Palestin Baru Dapat Laung Takbir Raya
Rakyat Palestin melakukan sujud syukur di Masjid al-Aqsa dan gema takbir Aidilfitri bagi meraikan kata sepakat antara Israel dan Hamas pada Khamis yang secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.
Menurut portal berita France 24, kedua-dua pihak mula menamatkan pertempuran pada jam 2 pagi waktu tempatan pada Jumaat.
Kredit foto: Al Jazeera
Menerusi Twitter @JatIkhwan yang sering memuat naik perkembangan terkini di bumi Palestin berkongsi beberapa video menunjukkan rakyat Palestin berpusu-pusu ke Masjid al-Aqsa bagi meraikan gencatan senjata itu di samping percikan bunga api menerangi langit Palestin.
Penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin telah keluar ke jalanan bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang sejak 10 Mei.
Anak muda dilihat berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan gencatan senjata itu selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim Zionis.
Mereka juga melaungkan takbir sekali gus menunaikan solat subuh berjemaah secara besar-besaran.
Kelihatan juga seorang wanita memberi manisan istimewa Palestin untuk semua yang hadir ke Masjid al-Aqsa.
Orang awam, doktor dan polis turut meraikan genjatan senjata di seluruh Palestin.
Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet keselamatannya 'dengan sebulat suara' menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.
Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuat kuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).
Menurut Hamas, kekejaman Isarel telah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 orang adalah kanak-kanak, 39 orang wanita, 17 warga emas dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal.
Serangan roket dari Gaza pula mengorbankan 12 nyawa di Israel, termasuk dua kanak-kanak dan seorang askar Israel selain seorang warga India serta dua warga Thailand.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam gencatan senjata, tak boleh terlalu gembira. Tak boleh terlalu leka. Utk sehari dua ni tak apa la rakyat palestine nak gembira, beraya dulu..diorang pun berhak rasa tenang, aman, gembira. Palestinian pun tahu diorang akan serang lagi, dah tahu MO israel zionis ni.
Selagi masih ada polis israel berkawal di Masjidil Al-Aqsa, selagi elektrik dikawal 6-8jam sehari, selagi masih terkurung dalam negara sendiri, selagi remaja tidak berpeluang belajar ke luar negara, selagi ekonomi import eksport dikawal, Selagi Palestin masih tidak dibebaskan, selagi itu perjuangan belum selesai. Teruskan berdoa utk free palestin. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti dah elok aman..Hamas ni cari pasal balik tanpa fikir rakyat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cari pasal habah kau
yahudi yang mulakan gangguan
dibomnya penduduk Palestin yang sedang bersolat
dalam masjid
you ni buta ka bahlol
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 Forum akan lakukan gencatan mulut dan tangan juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
NataliaLuiz replied at 21-5-2021 04:23 PM
Dalam gencatan senjata, tak boleh terlalu gembira. Tak boleh terlalu leka. Utk sehari dua ni tak apa ...
Uols sendiri tak faham apa itu Gaza...apa itu West Bank...
Sila pergi mengkaji lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Thread cease fire dah ada tapi wartawan Cari acah2 buat tajuk takbir raya biar nampak ada kelainan. Ko ingat nanti acik forum nak bahas pasal takbir raya ka nyah
|
|
|
|
|
|
|
|
Beringatlah si munafik pasti mungkiri janji. |
|
|
|
|
|
|
| |
|