|
Mangsa Samun Koma & Tangan Dipotong, Makcik Bawang Selamba Kata 'Peringatan
[Copy link]
|
|
Astaghfirullah..tak sangka tayar moto boleh buat gitu kat tangan kita.Aku rasa keluarga dia amuk nanti ni.
Mintak hunt pesalah ni senyap2
|
|
|
|
|
|
|
|
Y dgn RS. Sedap moto2 depa ni. Ke saling kenal? Lahanat plak ko buat azizah (klasik lg sedap nama nih) cmtu. Ada dendam ke deq?
Plus baru tau ad cod smp lewat mlm cmni. Siannya.. bkn sbb meronggeng pun. Buat keje cari income jd plak cmni. Smg bjodohan till jannah. Smg ad jutawan sedekah superbike plus sponsor bisnes depa tros cukup modal bole la kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga hanat berdua itu menerima pembalasan yg maha dasyat dan tersiksa hingga mati |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 27-8-2021 01:33 PM
Kena potong tangan. Harap pakwe jgn pulak tinggalkan dia. Mcm pakwe mawar dulu. Eksiden muka mawar ...
Mawar mana ni |
|
|
|
|
|
|
|
sfrnna replied at 28-8-2021 03:28 PM
Ya Allah, seksanya meols baca. Curi motor sampai macam ni skali. Ke orang yg dikenali buat? Sampai d ...
Kes dendam ke apa sb libas dan langgar.... |
|
|
|
|
|
|
|
klu xde benda baik nk tulis patut jgnlah komen apa2, hanya sbb bujang terus empathy hilang dlm diri, bdk tu ditimpa musibah tetiba komen camtu, hanat sgt perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 28-8-2021 04:34 PM
Mawar mana ni
Mawar gst chuols.
Nak tempek gambar xlekat lak.
https://images.app.goo.gl/nGikCCqyom5vfzyh6 |
|
|
|
|
|
|
|
aku dahakata pompuan ni mmg kebanyakan mulut hati busuk , acah2 bagus, konon2 mndoakan kan orng puuiiimak..dlm forum ni pun byk makcik bawang lahanàt, jiran2 betinz aku pun ada mcm, nasib baik laki dia kita berkawan |
|
|
|
|
|
|
|
OK kenal, tq. Nah bunga mawar
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat mangsa...semoga tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 28-8-2021 10:12 PM
OK kenal, tq. Nah bunga mawar
Thankiu. Mwaaaahhhh. Stay safe chuols. |
|
|
|
|
|
|
|
bini aku ada girl datang dekat2 masa tengah singgah gerai tepi jalan.. tanya jalan..
rupa2nya tangan ligat dok seluk handbag curi handphone.
aku cakap, kira selamat la phone tu.
dia buang simcard, pegi reset, jual.
dia bengang gila sbb byk contact clients dan wasap chat dgn prospects dan clients dalam tu..
juga gambar2..
nasib aku dah settings backup semua foto dan data sync kt google. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu org tua jgn main fb ig twiter
Dok dendiam dah |
|
|
|
|
|
|
|
putribatrisya replied at 28-8-2021 03:34 PM
Yg lelaki tu siang keje jnt. Then ada buat online bundle jugak. Yg ppuan pun sama buat online bisnes ...
Allahuakbar kesiannya
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sorang makcik nasi lemak yang aku selalu beli, boleh kata dalam sebulan, dua, mesti kena seluk mcmni.. kesian aku dgr... depa acah2 beli nasi lemak, buat friendly, pastu tya mcm mcm, makcik tu dok la kusyuk menjawab sorang lagi curi duit dia dalam bekas duit.. bila dia sorok duit dalam beg sling dia, pencuri ni main ugut ugut guna pisau lak.. dah la meniaga sorang2 nak tambah income.. kesian aku tgk.. la ni ramai yang terdesak, lagi la mcm mcm taktik.. hati hati semua..
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 27-8-2021 09:33 PM
Kena potong tangan. Harap pakwe jgn pulak tinggalkan dia. Mcm pakwe mawar dulu. Eksiden muka mawar ...
berpisah akhirnya..
'Kenapa buat saya macam ini'
Amir Abd Hamid dan Natrah Laili Abdul Aziz
[email protected]
Kuala Lumpur: "Mesej untuk penyamun jika dia lihat berita ini, saya nak tanya apa salah saya? Kenapa buat saya macam ini? Tolong serah diri, munculkan diri," kata Siti Nur Azizah Syafriadi, 18, ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Beringin, Jinjang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.10 malam 26 Ogos tahun lalu, tangan kanan Siti Nur Azizah dipotong hingga paras bahu susulan kecederaan selepas motosikal Yamaha Y15ZR dinaiki bersama teman lelaki ditendang penyamun di Jalan Kuching di sini.
Selepas mereka terjatuh di jalan raya, penyamun terbabit melarikan motosikal berkenaan.
Siti Nur Azizah berkata, akibat kejadian itu, sehingga kini dia masih terasa seperti penjahat mengekorinya jika membonceng motosikal ibunya untuk ke mana-mana seperti ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
"Saya maafkan (penyamun), tetapi berat juga. Reda, tak pernah menangis tentang kejadian itu. Kadangkala menangis kerana tangan terasa sakit," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan terkini kesnya, Siti Nur Azizah berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD) masih membuka kertas siasatan namun belum ada petunjuk baru berkaitan penyamun terbabit.
Katanya, sebagai anak sulung daripada lima beradik, dia perlu meneruskan hidup dengan fokus membantu ibu, Roslinawati Ya, 39.
Bapanya, Syafriadi Sudirman meninggal dunia dalam usia 38 pada 2018 akibat tekanan darah tinggi dan Siti Nur Azizah perlu membantu ibunya menanggung empat adik yang masih menuntut di sekolah menengah dan rendah.
"Saya menjual jersi secara dalam talian. Kadangkala saya ada buat live di media sosial. Bolehlah untuk meraih pendapatan.
"Sebenarnya saya teringin membuka kedai peralatan solek kerana itu minat saya.
"Dalam waktu terdekat, saya hendak ambil lesen memandu kereta," katanya.
Mengenai rawatan susulan, Siti Nur Azizah berkata, dia bersyukur ada beberapa pihak menaja tangan palsu untuknya walaupun buat masa ini ia kosmetik dan bukan berfungsi seperti memegang sebarang objek.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dia tidak lagi mempunyai ramai rakan termasuk sudah berpisah dengan teman lelakinya.
"Selepas apa yang terjadi tahun lalu, kawan mula berkurang. Banyak juga perkara yang saya lupa. Keluarga yang benar-benar ada di sisi menyokong saya.
"Aidilfitri ini saya ada beraya di rumah kawan rapat. Perasaan sedih saya hilang apabila bergembira bersama kawan-kawan," katanya.
Sementara itu, Roslinawati tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas perasaan menunggu anaknya yang koma sejurus tragedi itu.
"Saya hanya doakan Siti Nur Azizah hidup. Saya rasa tidak dapat menanggung beban kehilangan lagi.
"Suami saya meninggal dunia selepas koma tiga hari, masa saya menunggu dia koma di Hospital Kuala Lumpur, saya jadi sangat takut sebab situasinya sama.
"Saya minta kepada Allah SWT supaya izinkan dia hidup walau apa pun keadaannya.
"Doktor pada ketika itu beritahu keadaan Siti Nur Azizah kritikal dan tangan kanan perlu dipotong untuk mengelak kuman merebak yang mengancam nyawa," katanya.
Disiarkan pada: Mei 8, 2022 @ 12:00pm |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke yang defend kapel tu, macam tak logik jerk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|