|
negeri pertemuan 3 laut? = johor?
thessailly Post at 11-2-2008 03:57 Bermuda kut. |
|
|
|
|
|
|
|
haah..pertemuan 3 lautan, bukan 3 laut..
*lautan = laut yang besar/laut2 utama |
|
|
|
|
|
|
|
Klu Nabi Isa turun nanti korang nak ikut syariat Nabi Isa ke???
Klu korang ikut meroyan le korang....... terutama org lelaki....... |
|
|
|
|
|
|
|
127# mjla
tu ah..aku pon konfuse gak..apa yang meroyannya?? |
|
|
|
|
|
|
|
nabi muhammad s.a.w. penutup segala nabi,so nabi isa a.s. kene ikut syariat muhammad lar,bukan syariat isa a.s. |
|
|
|
|
|
|
|
so kiranya bila Nabi Isa A.S turun, dia akan mengimamkan semua umat Nabi Muhammad S.A.W yg masih hidupkah? tetapi mengikut syariat Nabi Muhammad S.A.W ?
atau akan wujud imam dari kalangan umat Muhammad S.A.W sendiri spt Imam Mahdi A.S yg mana Nabi Isa A.S akan menjadi makmum kpdnya?
apa akan berlaku kpd org Kristian yewr? |
|
|
|
|
|
|
|
101# goldraja
manusia yg menolak seruan ini ibarat manusia yg berperwatakkan seperti babi, gelap hatinya, buruk perangainya, kuat nafsunya dan sering melakukan kerosakkan. mereka inilah yg akan diperangi oleh Isa bin Maryam.. jd inilah yg dimaksudkan dgn frasa "membunuh babi".
Kita dapat menerima bahagian 'membunuh babi' sebagai tamsilan sahaja... tapi kenapa bahagian yang lain seperti membunuh dajal, jadi makmum, mematahkan salib dan juga turunnya Isa dan Mahdi tidak sebagai tamsilan juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Sahih Muslim, Tamim a-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan berantai tangan dan kakinya. Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”
(Ringkasan daripada Sahih Muslim)
salambole tak para forum bijak pandai kat sini, tolongcarikn hadis tentang tasik ini sampai dapat.....iaitu keringnya TasikTibriyyah (Galilee) = Turunnya Nabi Isa,..sekian |
|
|
|
|
|
|
|
mana tempat tasik galilee ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tasik galilee ni located kat israel@palestin bersempadan Syria dgn Jordan... |
|
|
|
|
|
|
|
mana tempat tasik galilee ni?
Nape?Tak caye? Post at 26-9-2009 21:29
refer kat pic atas |
|
|
|
|
|
|
|
Keringnya Tasik Galilee
[quote]Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: 慘ekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Isa/Jesus a.s. diangkat Allah dan akan diturunkan sblm tiba hari kiamat. Dgn ini, berimanlah kpd hari kiamat. Dalami sedikit ilmu akhir zaman menurut al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. bg menyedarkan iman kita yg diselaputi fitnah dunia.
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal, Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari tempat tenggelamnya (barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, Ya'juj wa Ma'juj, tiga gempa, sekali di timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung arab dan api marak dari Yaman yg membawa mereka ke tempat berkumpul..." - Riwayat Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a
Nabi Isa/Jesus a.s. merupakan penyelamat/messiah/al-masih yg akan mensyariatkan semula agama Allah yg diutuskan kpd Nabi Muhammad s.a.w. (utk umat akhir zaman).
Sebelum Al-masih (Isa/Jesus a.s.) diturunkan, Allah menurunkan ujian terbesarNya kpd umat akhir zaman iaitu Dajjal (penyelamat palsu).
Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul; ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." Riwayat al-Nawwas bin Sam'an r.a |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah baca satu buku ttg ni, dan penulis terangkan dgn detail, dah lupa tajuk buku tu
tapi apa yg aku ingat penulis cuba menterjemahkan apa yg nabi kiaskan
contohnya 'air laut itu hanya separas buku lali dajal sahaja' maka penulis menerangkan maksud nabi dajal itu mempunyai kapal selam, cuma nabi tak boleh nak cakap dajal ada kapal selam kerana kalau nabi kata mcm tu umat pada masa tu susah nak bayangkan dan faham maksud nabi.
aku copy and paste dari laman gengcerita
KEMUNCULAN DAJJAL
1) Di antara fitnah Dajjal ialah bahwa ia akan membawa sorga dan neraka; adapun neraka Dajjal ialah sorga, dan sorga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia mohon pertolongan Allah sambil membaca permulaan surat al--Kahfi, maka neraka akan menjadi dingin dan damai"
KOMEN: Orang yang menyokong Dajjal akan hidup senang, orang yang menentangnya pula akan disiksa. Kita disuruh membaca permulaan surah Al-kahfi membawa ajaran Kahfi kerana Dajjal itu Kristian supaya ummat Islam dapat diKristiankan.
2) "Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah Dajjal di muka cepatnya perjalanan bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin"
KOMEN: Dajjal memiliki cepat teknologi termaju seperti kapalterbang, jet pejuang dan kapalterbang pengebom. Dajjal boleh menjalajah seluruh dunia menyerang dengan dan mana-mana negara yang memusuhinya.
3) "Ia akan meloncat-loncat di antara langit dan bumi"
KOMEN: Helikopter dan jet pejuang Dajjal boleh naik-turun dari bumi ke langit dengan mudah.
4) "Dajjal akan muncul dengan naik keledai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh yard"
KOMEN: Dajjal menaiki kapal terbang yang canggih.
5) "Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahwa Dajjal adalah kafir, tetapi kami ber- sahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya"
KOMEN: Ada ummat Islam yang tahu Dajjar itu Kafir, tapi kerana kurang iman, mereka percaya kepada janji-janji manis Dajjal yang membantu mereka supaya hidup senang. Mereka takut kepada Dajjal umpama takut kepada Allah.
6) "Dan ia (Dajjal) akan membawa gunung roti, dan sekalian manusia akan mengalami kesukaran, terkecuali orang yang mengikuti dia"
KOMEN: Dajjal membawa bantuan makanan yang banyak untuk manusia yang dikuasainya.
7) "Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata"
KOMEN: Kaum Yahudi memperalatkan Dajjal untuk memusnahkan ummat Islam. Para wanita dan rakyat jelata yang takut kepada Dajjal menerima cara hidup atau budaya Dajjal supaya cara hidup Islam dirusakkan.
8) "Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa"
KOMEN: Dajjal mengetuai bala tenteranya yang terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa, berkulit putih dan berkulit hitam. Tidak hairan Yahudi juga menyertai bala tentera Dajjal kerana Yahudi itu sendiri sebahagian daripada perancangan Dajjal.
9) "Dan tak sejengkal tanah pun di muka bumi ini yang tak dikuasai oleh Dajjal, terkecuali kota Makkah dan Madinah"
KOMEN: Seluruh dunia dikuasai oleh pengaruh Dajjal. Jika dua tempat di dunia ini terpelihara daripada pengaruh Dajjal, hanya Makkah dan Madinah kerana menjadi tempat suci yang merupakan benteng akidah Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhir zaman ni byk perkaitannya dgn bani Israel (lihat surah 17:al-Isra' (bani Israel), 18: al-Kahf & 19: Maryam di dlm al-Quran), yg menceritakan penolakan Nabi Isa a.s. sbg messiah (penyelamat) mereka dan Nabi Muhammad s.a.w. sbg pelengkap agama mereka.
http://www.surah.my/17, http://www.surah.my/18 & http://www.surah.my/19
Dajjal diturunkan Allah sbg balasan kpd umat bani Israel iaitu hukuman kpd mereka yg dimurkai Allah serta seluruh umat akhir zaman yg bersekutu/terikut² dgn perbuatan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila turunnya Nabi Isa/Jesus a.s. :
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Demi Dia yang menggenggam diriku, sesungguhnya bahawa putra Maryam (Isa a.s) akan turun di antara kalian. Ia akan menjadi hakim yang adil bagi manusia dengan berdasarkan AL-Quran dan akan mematahkan salib serta membunuh babi; ia akan menghapuskan jizyah, akan mendatangkan kemakmuran sedemikian rupa sehingga tidak akan ada orang yang mahu menerima sedekah.” - (Riwayat Imam Bukhari)
Dalam pemahaman saya (x perlu setuju/bangkang, cuma pandangan shj):
1. Hakim yg adil - baginda akan mensyariatkat Islam di dunia mengikut Al-Quran
(tiada lagi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen/liberal/komunid/etc.)
2. Mnjdi makmum dlm solat - mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
3. Mematahkan salib - menyeru kaum nasara/penganut kristian utk kembali ke jln benar, menukar semua gereja kpd masjid.
4. Membunuh babi - saya anggap simbolik kpd gelaran babi (pengkhianat Islam: yg memesongkan ajaran Islam, pemegang amanah yg belot, menggadaikan khilafah Islam, yg memecah-belahkn umat Islam kpd fahaman² berbeza, etc.) dan akan dihukum oleh Nabi Isa seadil²nya.
5. Menghapuskan jizyah - memansuhkan sempadan negara² dgn nilai matawang yg setara (skrg slps kolonialisme, kadar matawang negara penjajah lbh tggi drpd yg dijajah - penghambahaan moden). Nabi Isa a.s. bakal memerintah dunia dan memimpin umat seluruhnya.
6. Aman makmur shgga tiada seorang pn yg dpt menerima sedekah/zakat - kehidupan manusia berbalik kpd zaman primitif, di mana setiap keluarga mampu menghasilkan mknan/keperluan sendiri. Kekayaan dunia diagih dgn adil ke seluruh masyarakat/bgsa dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sha stuju... |
|
|
|
|
|
|
|
...yg psti, bila turunnya Nabi Isa/Jesus a.s., kemajuan sesuatu masyarakat tdk lg diukur dgn pembangunan materialistik (bangunan² tinggi, teknologi² canggih, berkehendakkan nafsu semata, etc.) ttp diukur melalui tahap ketaqwaan kpd Allah dan masyarakat saling mengingati antara satu dgn yg lain.
Walaubagaimanapun, setelah Nabi Isa/Jesus a.s. wafat, umat manusia semakin lupa kpd Allah dan kemungkaran berleluasa sehingga tiba hari kiamat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|