CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Normala17

Berkenaan Berkhatan. (merged: toaster, jurai77)

[Copy link]
Post time 25-11-2006 10:17 PM | Show all posts
sy tak perasan plak golongan Islam di Malaysia mengadu nafsu mereka kurang atau lelaki tak suka perempuan dikhatankan atau apa2 pun...

ok je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 11:06 PM | Show all posts
zaman2 nabi dulu ade tk contoh2 wanita berkhatan nih..?

cam isteri2 nabi ker....

rs cam takder...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 01:34 PM | Show all posts
sy tak perasan plak golongan Islam di Malaysia mengadu nafsu mereka kurang...

Orang Melayu malu nak bocakap atau mengadu pasal perkara 'remeh-temeh.' Harapnya mereka berubah lepas ni. Tiada malu dalam persoalan agama. Camana mereka nak tau nafsu mereka kurang ke tidak kalo time bayi lagi dah dicantas? Cam berlaku kat sepupu kembar aku.

...atau lelaki tak suka perempuan dikhatankan atau apa2 pun...

Sebelum ni memang jarang dijumpai lelaki yang mengaku tak suka wanita berhkhatan kerana khatan wanita sudah berkurun lamanya dianggap sebagai sesuatu yang 'Islamik' dan 'bagus.' Siapa berani mengaku menentang agama Islam di Malaysia? Tapi setelah tersebarnya pengisytiharan tentang khatan wanita di Malaysia kelmarin, saya yakin golongan anti-khatan wanita akan bertambah ramai setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 01:37 PM | Show all posts
baik tak pyh khatankan tros....

Bukan saja 'baik tak payah' tapi jangan lakukan terus. Ia dah diisytiharkan bercanggah dengan ajaran agama Islam dan mencabuli hak asasi wanita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2006 06:50 PM | Show all posts
yakinlah... yang batil pastikan tumpas.

Insya Allah.

:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:39 PM | Show all posts

You're outdated man...

Hadis awak tu saya dah jawab dengan panjang lebar dalam post #76. Kalau nak panjangkan lagi pun boleh.

Fatwa-fatwa dalam islamonline tu dah lapuk bang... Baru je 2 hari lepas persidangan yang dihadiri oleh ulama sedunia dah mengisytiharkan khatan wanita bercanggah dengan ajaran Islam. Bukan itu saja, malah mereka juga telah menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya meninggalkan tradisi hampeh ini. And of course, mereka semua tahu hadis yang anda baru cuba nak terjemahkan ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2006 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 26-11-2006 13:50
yakinlah... yang batil pastikan tumpas.

Insya Allah.

:pray:

Amen......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 11:38 AM | Show all posts
bebaru ni ada sorang ofis mate mengkhatankan anak dua kali sebab katanya khatan pertama tak sempurna. :stp:

Is there such a thing ? Kalau dah sekali khatan boleh dikatakan tak sempurna, maknanya sebelum khatan (dalam keadaan semulajadi) lagilah tak sempurna... :gila:

So, apa komen bijak pandai semua ? :hmm:

:tq:

p/s : saya tak argue dengan mamat tu sebab misai dia garang seh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 02:24 PM | Show all posts
Anak dia lelaki ke perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:32 PM | Show all posts
potong tak betul la tu... kerja khatan tu yg tak sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:39 PM | Show all posts
kuar umah bogel lah... wat per nak tutup?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by SPACE COP GABAN at 29-11-2006 02:24 PM
Anak dia lelaki ke perempuan?


oops lupa nak cakap, anak lelaki.

(kalau anak pompuan rasanya skrg nih non issue lah, doktor pun sunat tipu2 gitu. Orang kata buat syarat je... ahaks :nyorok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 29-11-2006 03:32 PM
potong tak betul la tu... kerja khatan tu yg tak sempurna


itu yang musykil tuh. ada spesifikasi ke ? Ajaran Islam ke nih... :gila:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 05:53 PM | Show all posts
yg pompuan aku tak tau... tapi utk lelaki... abg aku dolu dolu 3 kali weh ... sbb mudim silap jahit... tersepit lubang kencing... ada gak yg kurang teliti dlm jahitan... sampai terjuih kulit... bodo aa kalau nak biarkan?

ye.. ajaran islam...
bersih... tak de le selebet air jantan tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:46 AM | Show all posts

Mr. Victim

Mak ooi... Kalo dah sampai 3 kali bukan khatan lagi namanya. Khatan yang kali pertama tu je. yang kali ke-2 ke atas tu namanya  'baiki khatan yang tak menjadi.' Tapi sebab mr. Victim balik terkangkang-kangkang dari klinik, orang kata dia berkhatan, walaupun sebenarnya bukan.

Tapi kalo khatan tak menjadi tu memang lebih elok pergi baiki. Takkan nak idup camtu je... Perkara ni tak ada ada kaitan ngan mana-mana agama. Orang yang tak ada agama pun akan baiki.


P/S: Kalau saya pergi ke salun X untuk buat rawatan jerawat tapi muka saya bertambah teruk selepas itu, saya akan pergi ke hospital kerajaan untuk baiki muka saya. Lepas itu saya akan pulaukan salun X dan menghebohkannya kepada orang ramai supaya tak ada lagi orang yang senasib dengan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 29-11-2006 04:29 PM


oops lupa nak cakap, anak lelaki.

(kalau anak pompuan rasanya skrg nih non issue lah, doktor pun sunat tipu2 gitu. Orang kata buat syarat je... ahaks :nyorok

Kalau lelaki mmg la boleh nampak khatan sempurna ke tak. Tapi anak dia tu umur brp yeh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2006 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by SPACE COP GABAN at 30-11-2006 11:48 AM

Kalau lelaki mmg la boleh nampak khatan sempurna ke tak. Tapi anak dia tu umur brp yeh?


Tak tanyalah pula umur anak dia berapa sebab dengar tu pun dah kesian rasa macam ke naya kan budak jer. Terfikirlah pulak dapat pahala berganda ke kalau khatan dua kali ni. Since ia dikaitkan dengan agama, mesti ada hukum, mesti ada ganjaran, tul tak ?

Satu lagi, siapa yang tentukan khatan sempurna ke tak, ulamak ? doktor ? Bapak ? Macam ada sah tak sah pulak...

:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 09:44 AM | Show all posts
org yg bersunat pun tak bising...  lu pulak lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 10:02 AM | Show all posts
dari al ahkam

Hukum khitan adalah khilaf di kalangan fuqaha'. Muhaqqiq bermanhaj salafiyah spt alMuhaddith al-Albani (Tamam al Minnah/69) dan Muhammad Mukhtar alSyinqiti, ahkamul jirahah altibbiyah/168) menetapkan hukum khitan wajib kepada lelaki dan perempuan dan juga kepada mereka yg memeluk Islam walapun sudah dewasa.

Manakala Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradawi (Fiqh Taharah) memilih pendapat pertengahan yakni khitan adalah sunnah Syi'ariyyah (amalan yg membedzakan lelaki muslim dari non-muslim)

Dr Qardhawi menolak pendapat yg mengatakan wajib kerana dalil2 mereka semuanya tidak solid dan qat'iy (pemutus). Jika Nabi saw meneruskan syari'at Ibrahim, tidaklah didetailkan hingga kepada khitan kerana millah Ibrahim yg utama dan pertama ialah tawhid.
[Kita akan bahas dalilnya nanti dalam Syarah Fiqh Sunnah]

(thtl memilih tahqiq (analisa) alQardhawi dari tarjih yg lain)

Bagi penganut Kristian, amalan khitan ni bukanlah suatu yg asing kerana khitan adalah syari'at Ibrahim A.S (Abraham) yg amat dikenali oleh penganut Kristian dan Yahudi. Dalilnya, Firman ALlah SWT:
"Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): Ikutilah millah Ibrahim yang hanif." AQT anNahl: 123

Hukum: apakah mereka yg memeluk Islam mandatori (wajib) melakukan sunnah khitan?

Hukum wajib kepada saudara baru adalah terlalu keras dan tidak wajar kita memberitahu mereka demikian. Maka hendaklah dijelaskan ia bukanlah wajib cuma sunnah syi'ariyah sahaja. Dalam Fiqh Taharah, Qardhawi dalam kunjungannya ke Indonesia pada tahun 1970'an terkejut dengan amalan masyarakat Islam Indonesia yg mewajibkan rakyat peribumi yg memeluk Islam supaya berkhitan. Hukum yg keras ini menyebabkan ketua2 atau tok batin menjadi takut dan menyibarkan hukum wajib ini (kpd qaumnya), lalu mereka tidak jadi memeluk Islam. Maka alangkah ruginya!

Hukum saudara baru apakah mereka perlu khitan ini turut disentuh oleh Ibn Qayyim dalam Tuhfatul Maudud ( 120-121) , kata Ibn Qayyim, seorang yg masuk Islam ketika ia sudah dewasa, dia takut kebinasaan (dirinya) dengan khitan, maka hukum khitan gugur darinya.

Hari ini kebaikan khitan sudah dikenali oleh non-muslim dan semakin ramai orang Barat yg melakukannya. Kemudian zaman moden ini, ilmu perubatan telah menemui teknologi dan kaedah khitan yang amat canggih dan kesakitan telah dihapuskan seminima mungkin. Maka jika ia telah selesa dgn Islam, jika tiba suatu hari yg baik, elok juga dibisikkan kepadanya kebaikan khitan dan dia boleh berbincang dgn doktor bahawa teknik khitan tidaklah apa yg ditakutkan lagi spt di zaman dulu di mana kanak2 amat takut dgn sindrom Tok Mudim. itu semua sudah jadi sejarah.

sekian
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 11:42 AM | Show all posts
Aku rasa thread ni dah masuk peringkat "AKU YANG BETOI".  Sampai ada kutuk dan perli.  Kalau dah kutuk dan perli pun masuk, ambik lah korang kemenangan.  Aku ikut imam-imam mazhab punya pendapat.  Kalau korang rasa pendapata korang lagi betoi dari pendapat imam mazhab, go ahead.  Tapi ingat la sikit, imam mazhab tak pernah kutuk dan perli org bila bercakap.  Tu pasal imam-imam mazhab sampai sekarang ni masih hebat lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 1.297269 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list