|
Tareqat Yang Sesat Lagi Kufur
Tiada jalan untuk mendapatkan petunjuk Allah melainkan menerusi Islam. Tiada jalan memahami Islam melainkan memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kaedah-kaedahnya yang sahih. Malangnya masih ada di kalangan yang mendakwa diri mereka muslim lebih suka kepada tafsiran-tafsiran Islam yang tidak berteraskan kefahaman yang betul terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Di kalangan mereka ada pula yang begitu berinat jika memiliki aliran atau tafsiran agama yang tersendiri dan menyimpang dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya dengan menyertai atau menganut ajaran sebahagian tareqat atau aliran kerohanian yang membuat beberapa tafsiran agama yang sangat bahaya pada penilaian aqidah Islamiyyah.
Golongan seperti ini menganggap diri, guru dan aliran yang mereka ikuti adalah istimewa dan mulia. Mereka bangga dengan tafsiran-tafsiran pelik yang menyimpang jauh dari jalan petunjuk yang sebenar. Mereka mendakwa mereka telah menemui ilmu kerohanian dan makrifat. Justeru itu, mereka tidak lagi bergantung kepada hukum zahir atau kepada syariat yang dipegang golongan zahir atau awam. Mereka mendakwa kononnya mereka adalah golongan batin atau hakikat yang mempunyai ilmu ladunni (ilmu secara langsung dari Allah), kasyaf (singkapan hijab) yang tidak lagi memerlukan lagi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
Sebenarnya, tareqat atau aliran kesufian yang seperti ini sangat merbahaya kerana menatijahkan kerosakan aqidah dan tulisan ini akan cuba membahaskannya dengan ringkas.
Kepentingan Aqidah
Terlebih dahulu hendaklah seseorang sedar bahawa persoalan aqidah adalah teras kepada ad-din. Tanpa aqidah yang sahih iaitu yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah maka seluruh amalan adalah sia-sia belaka, sekalipun nampak pada zahirnya hebat.
Firman Allah:
"Sisiapa yang beramal dengan amalan yang solih samada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia mukmin,mereka itu memasuki syurga dan mereka tidak dizalimi walaupun sedikit". (Surah an-Nisa' : 24).
Dalam ayat di atas dengan jelas mensyaratkan seseorang yang ingin melakukan amal solih itu hendaklah mukmin iaitu beriman kepada Allah dalam ertikata iman yang sebenar dan pastinya tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkannya. Dengan itu sesiapa yang akidahnya rosak maka amalannya sama sekali tidak diterima walaupun kelihatan banyak dan hebat. Ini kerana setiap amalan dalam Islam dibina di atas asas aqidah.
Iktikad Yang Merosakkan
Iktikad yang ada pada sebahagian golongan tareqat yang menganggap bahawa sesiapa yang sudah sampai kepada peringkat tertentu dalam amalan atau tareqat yang mereka ikuti maka dia tidak lagi bergantung kepada syariat seperti tidak perlu lagi solat, puasa, jihad dan sebagainya. Mereka beranggapan kononnya yang perlu beramal ialah golongan awam sedangkan mereka adalah golongan khusus atau ahli hakikat atau makrifat.
Sebenarnya hendaklah diketahui bahawa fahaman ini termasuk dalam aliran kufur dan sesat yang telah lama dibahaskan dan ditentang oleh para ulamak Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah. Mereka perlu jelas bahawa kesimpulan perbahasan berkenaan menyatakan kepercayaan atau pegangan tersebut boleh mengeluarkan mereka dari Iman dan Islam. Dalam kata lain ianya boleh membatalkan syahadah mereka dan menjadikan mereka kafir. Para ulama aqidah memasukkan kepercayaan seperti itu dalam senarai perkara kufur. Disebut dalam "Taisir dhi al-Jalal wa al-Ikram bi Syarh Nawaqid al-Iman" seperti berikut: "Sesiapa yang beriktikad bahawa sebahagian manusia dibolehkan keluar dari syariat Muhammad s.a.w. maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah:
":Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi" (Surah Ali'Imran : 85)
Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-'Azim, menafsir ayat dalam Surah Ali 'Imran di atas menyatakan: "Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyariatkan Allah maka sama sekali ianya tidak diterima" (jld 2 m.s. 378).
Guru-guru ajaran sesat yang seperti ini biasanya akan mengemukakan kepada para pengikutnya yang jahil dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah berbagai-bagai tafsiran palsu, bohong lagi menyesatkan. Para pengikut yang tidak begitu jelas kefahaman terhadap Islam akan menerima dan menganggap mereka memiliki hujah dan dalil yang kuat terhadap apa yang mereka percaya. Antara apa yang dihuraikan oleh golongan ini untuk menghalalkan tindakan mereka yang enggan mengikut syariat dan menganggap mereka telah sampai kepada suatu makam yang istimewa ialah:
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
iklan.... cuba cari buku bidayatul hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan imam ghazali...kitab yang terbaik yg pernah aku baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 miftahuljamilah's post
Saya pun macam kamu juga, saya tidak berada dalam mana2 tarekat. Kenal tasauf pun melalui pembacaan saja.
[ Last edited by Bruxelle at 22-1-2008 06:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 22-1-2008 12:31 AM
Saya hanya menyatakan tidak ada bukti dan dalil dari hadis-hadissahih Rasulullah saw. Saya hanya membantah apa yang ditulis yang tidakdisertakan dalil dan fakta. Tidak ada satu perkataan "sesat" dalamtulisan saya di atas. Harap maklum...
Originally posted by mnm77 at 22-1-2008 01:30 AM
cuma kalau ada sesiapa yang menzahirkan kesesatan samada secara kiasanataupun dengan jelas perkataan 'sesat' secara borong kepada semuatarikat dan pengamal sufi, ataupun borong kepada wahhabi/salafi,padahnya akan tempias kepada hampir seluruh umat Islam......
ini bergantung kepada tafsiran masing2, nak berhujjah? tentu tak akan selesai.... tak percaya? teruskan lah.....
Originally posted by kupia at 22-1-2008 06:00 PM
Tareqat Yang Sesat Lagi Kufur
dah keluar dah perkataan sesat.... seperti kat atas TUHH
tak percaya lagi...???
teruskan lah.... nanti akan bertambah SESAT-MENYESATKAN
dan saya akan keluar dari sini |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 22-1-2008 04:28 PM
ImamAs-Syafie rh. berkata "Kutinggalkan baghdad, karena didalamnya kujumpaiorang-orang yang berzikir sambil bernyanyi-nyanyi". Dan beliaujugaberkata: "Orang yang masuk di pagi harinya untuk belajar tasawuf,makadia akan keluar di siang harinya dalam keadaan DUNGU". Karenamemangajaran - ajaran suufi ini bukan berasal dari Islam, dantidakberdasarkan Quran wassunnah. Tapi sebagian besar dari ajaranfilsafatyang bertentangan dengan Islam
kamu ambil sebahagian kata Imam Shafi'i kemudian tinggalkan sebahagian yang lain
Tahukah kamu Imam Shafi'i juga pernah dipenjara kerana dituduh penganut Syi'ah?
Imam Shafi'i juga berpesan jadi lah sufi dan faqih, bukan jadi salah sorang saja
Sufi yang sesat tu memang lah menjadi fitnah kepada sufi yang haqq |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 22-1-2008 06:43 PM
dah keluar dah perkataan sesat.... seperti kat atas TUHH
tak percaya lagi...???
teruskan lah.... nanti akan bertambah SESAT-MENYESATKAN
dan saya akan keluar dari sini
Janganlah macam tu, nanti kita semua kehilangan salah seorang yang paling aktif dan banyak menyumbang buah fikiran, baca dulu siapa yang dikatakan sesat dalam tulisan tu, rasanya tak banyak individu dalam ni yang terkena tembakan tu. Saya terpaksa menyudahkan tulisan itu dengan tujuan untuk mendedahkan dan tulisan itu terbuka untuk dikritik dan dipertikaikan...
Saya tau kamu salah seorang antara yang memihak membantu memeprtahankan sebahagian gerakan tareqat, jangan kerana saya menentang dengan keras lantas mau terus meninggalkan gelanggang ini, ada banyak nanti urusan lain yang kita mempunya pandangan dan pendirian yang selari... Tentang yang bertentangan itu ada kalanya pahit dan pedih untuk menerima kenyataan....
Nothing personel ok...
[ Last edited by kupia at 22-1-2008 07:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 22-1-2008 06:00 PM
Tareqat Yang Sesat Lagi Kufur
Tiada jalan untuk mendapatkan petunjuk Allah melainkan menerusi Islam. Tiada jalan memahami Islam melainkan memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kaedah-kaedahn ...
sambungan:...
Penyelewengan Huraian Maksud al-Yaqin
Mereka berhujjah dengan firman Allah dalam Surah al-Hijrayat 99:
"Beribadatlahkepada tuhanmu sehingga datangnya kepadamu al-yaqin"
Dengan membuat tafsiran salah mereka menyatakan bahawa ayatini bermaksud "beribadatlah kepada tuhanmu sehingga engkau memperolehiilmu dan makrifat, setelah engkau telah memperolehinya maka gugurlah kewajipanibadat".
Di sanaada lagi beberapa tafsiran lain yang mereka cipta bagi membolehkan merekamenganggap perkataan al-yaqin dalam ayat di atas adalah bermaksud makamsufi.
Apabila mereka menganggap dirimereka telah memperolehinya maka tanggungjawab ibadat atau mengikut syariatsudah tidak diperlukan lagi kerana ayat tersebut menyatakan sehingga datangnya yakinmaka apabila yakin yang ditafsirkan oleh mereka telah diperolehi maka syariatpun gugur.
Tafsiran Sebenar
Sebenarnya perkataan al-yaqin di dalam ayat di atas telahditafsirkan oleh semua mufassirin yang muktabar sebagi al-maut ialaukematian.
Dengan ini ayat tersebutbermaksud:
"Beribadatlah kepadatuhanmu sehingga datangnya kepadamu kematian".
Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-'Arabi di dalam kitabnya yangmasyhur iaitu Ahkam al-Quran menjelaskan maksud ayat ini:
"Perkataan al-yaqin bermaksud al-maut(kematian), Allah memerintahnya agar terus menerus dalam ibadat selama-lamanya,iaitu sepanjang hayat".
SetuerusnyaAl-Qadi Abu Bakr Ibn al-'Arabi mengemukakan alasan mengapakah perkataanal-yaqin di dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai al-maut.
Iaitu berdasrkan kepada hadith yangdiriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, apabila Rasulullah menziarah jenazahUthman bin Madh'un, Baginda bersabda:
"Adapaun diatelah datang kepadanya al-yaqin.
DemiAllah aku mengharapkan untuk kebaikan匸/i]"
(jld. 3 m.s. 116).
Daripada hadith riwayat al-Imam al-Bukhari (hadith ke 1243)yang dikemukakan oleh al-Qadi Abu Bakr Ibn al-'Arabi dengan jelas menunjukkanRasullullah s.a.w. mengucapkan kepada jenazah Uthman bin Madh'un yang tlehmeninggal, baginda menggunakan perkataan al-yaqin dengan dimaksudkan al-mautiaitu kematian.
Dengan jelas sunnah atauhadith sendiri telah menafikan maksud ayat tersebut.
Maka ini yang kukuh kerana
tafsiran yag paling kuat terhadap sesuatuayat al-Quran ialah samada di tafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain ataudengan as-Sunnah.
Setelah datangnyatfsiran yang ma'thur (daripada Rasulullah saw) maka tidak bleh wujud lagisebarang tafsiran aqli yang menyanggah tafsiran Nabi saw.
Daripada ucapanan Nabi saw yang jelas itu maka ayat terseutbermaksud setiap mukmin diwajibkan terus beribadat sehingga tibanyakematian.
Justeru itu ternyata, ayattersebut bukanlah hujah yang menyokong kesesatan golongan berkenaan sebaikianya adalah dalil yang menentang pendapt mereka yang menyeleweng yng hanyamenghadkan ibadat sehingga ke tahap tertentu sahaja.
Al-Imam Ibn Kathir dalam menafsir ayat daripada surahal-Hijr tersebut, menyebut alasan tambahan yang membuktikan kesesatan tafsirangolongan tareqat atau sufi tersebut, katanya:
"Sesungguhnya ibadat seertisolat dan seumpamanya adalah wajib bagi setiap insan selagi akalnya masihberfungsi, maka hendaklah mengerjakan solat mengikut keadaannya.
Ini seperti yang sabit di dalam Sahihal-Bukhari daripada 'Imran bin Husoin r.a. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:"Solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu maka dalam keadaan dudukdan jika tidak mampu maka di atas lambung".
Berdalilkan ini menunjukkan kesalahanpendapat golongan mulhid yang berpendapat maksud al-yaqin ialah makrifat danapabila telah seseorang di kalangan mereka telah memperoleh makrifat maka gugurdaripadanya tuntutan agama.
Ini adalahiktikad yang kufur, sesat dan jahil.
Sesungguhnya para anbiya a.s. dan sahabah mereka adalah golongan yangpaling mengetahui tentang Allah, paling mengenali tuntutan-tuntutanNya,sifat-sifatNya dan apa yang paling layak untuk mengagungkanNya, namun begitumereka adalah golongan yang paling kuat dan banyak ibadat serta terus menerusmelakukan amalan kebaikan sehingga menemui kematian.
Dengan itu maksud al-yaqin di sini adalahal-maut (kematian). (jld. 2, m.s. 581)
Cubalihat dalam petikan di atas al-Imam Ibn Kathir dengan jelas menghukum golonganini sebagai mulhid (tidak percayakan agama), kafir, sesat dan jahil. Ini menunjukkan betapa bahayanya kepercayaanseperti ini terhadap aqidah dan wajibnya golongan ini ditentang.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
MenyelewengkanTafsiran Kisah Musa a.s. dan Khidir a.a.
Selain itu golongan ini juga beralasan dengan peristiwa NabiMusa as. dan Khdir as. yang disebut di dalam al-Quran, di dalam Surahal-Kahf.
Jika kita merujuk kepada Surahal-Khaf (ayat 60-82) Allah menceritakan pengembaraan Nabi Musa as mencarikhidir as bagi menuntut ilmu daripadanya.
Semasa perjalanan Nabi Musa as. yang menyanggahi syariat yang diturunkankepadanya (Musa as) lalu baginda membantahnya.
Setelah tiga kali pertanyaan serta bantahan dibuat oleh Musa as terhadaptiga tindakan yang dilakukan oleh Khidir as, akhirnya Kidir as pun tidak lagimembenarkan Musa as mengikuti dan menceritakan rahsia segalatindakan-tindakannya yang dianggap oleh Nabi Musa as sebagi kesalahan.
Dengan menpergunakan kisah dalam Surah al-Kahf berkenaanmaka golongan sufi atau tareqat yang sesat beralasan bahawa para wai dibolehkantidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yangdianggap salah oleh golongan zahir tetapi hakikatnya betul di sisi ilmu hakikatatau ilmu "ladunni".
Inikononnya sama seperti tindakan Khidir yang tidak mengikut Nabi Musa as keranaKhidir as adalah wali Allah dia menilai dengan ilmu ladunni yang terus menerusdaripada Allah sedangkan Musa as adalah seorang nabi yang menilai dengan ilmusyariat semata.
Justeru itu golonganhakikat tidak sama dengan golongan syariat dan golongan hakikat tidak perlumengikut syariat seperti Khidir as tidak perlu mengikut Musa as.
Inilah dakwaan mereka yang sangat hajil bagi menilai apayang terkandung di dalam lafaz-lafaz atau bentuk-bentuk ayat (siyaq al-Ayat)yang membawa maksud bagi sesuatu tafsiran yang benar.
Golongan sufi yang menyeleweng dan tareqatyang sesat mempergunakan ayat 65 dari Surah al-Kahf yang menyebut:
擺i]Lalu mereka berdua(Musa dan Yusya' bin Nun) telah bertemu seorang hamba (Khidir) dari kalanganhamba-hamba Kami (Allah) yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisiKami dan Kami berikan kepaanya ilmu dari sisi Kami".
Oleh kerana ayat itu menyebut "min ladunna 'ilma" (ilmudari sisi Kami) maka muncul istilah ilmu ladunni.
Dengan istilah ini ada golongan sufi dantareqat yang sesat mengambil kesempatan untuk mengatakan mereka juga mempunyaiilmu ladunni seperti Khidir as oleh itu mereka tidak terikat atau bergantungdengan syariat zahir.
Oleh itu seorang tokoh mufassir semasa iaitu Solah 'Abdal-Fatah al-Khalidi dalam mengulas ayat ini dalam buku Ma'a Qasas as-Sabiqin Fial-Quran beliau menyebut "Para penafsir golongan sufi telah berbicaradengan perkataan-perkataan yang pelik mengenai ilmu ladunni dan memisahkanantara hakikat dan syariat yang zahir dan batin.
Mereka telah mencampur aduk dan merosakkandalam menafsirkan ayat-ayat ini dan juga selainnya" (jld. 2, m.s.186).
Beliau juga menukilkan beberapa ulasan para ulama mengenaiayat ini, antaranya ulasan al-Imam as-Syinqiti di dalam tafsirnya, Adwaal-Bayan iaitu: "Sesungguhnyarahmat dan ilmu ladunni yang dedua-duanya Allah kurniakan kepada kepada Khidirbermaksud kenabian dan wahyu.
Ini keranaKhidir berkata kepaa Musa:
"Aku tidak melakukannya dengan kehendakku". (Surahal-Kahf : 82).
Perintah Allah tidakdiketahui kecuali dengan jalan wahyu.
Tiada jalan kepadanya melainkan wahyu.
Allah telah menentukannya (pengetahuan mengenai perintahNya) hanyadengan jalan wahyu dengan firmanNya dalam Surah al-Anbiya ayat 45:
"Katakanlah(wahai Muhammad) Akuhanya memberikan peringatan dengan wahyu".
(ibid m.s. 190).
Setelah menghimpunkan ulasan dan tafsiran para ulama mengenaiilmu ladunni yang diisyaratkan oleh al-Quran, Solah al-Khalidi membuatkesimpulan seperti berikut, katanya: "Selepasmelihat perkataan-perkataan daripada para ulama kita maka kita dapat membuatsuatu keputusan yang putus iaitu:
Ilmuladunni yang diisyaratkan oleh ayat tersebut, yang telah Allah ajarkannyakepada Khidir as sebenar ialah nubuwwah (kenabian) dan wahyu.
Adapun pengakuan dan dakwaan golongan sufimengenai ilmu ladunni menurut kefahaman mereka itu, adalah batil, sesat,menyanggahi syariat Islam dan petunjuk al-Quran (m.s. 92).
Ini bererti seluruh tindakan Khidir adalah wahyu daripadaAllah.
Khidir adalah nabi.
Nabi Musa as diutuskan kepada Bani Iaraeltidak diutuskan kepada Khdir as.
Khidiras juga sebenarnya adalah Nabi yang menerima arahan langsung daripada Allahmelalui jalan wahyu.
Beliau tidakbergantung kepada syariat yang dikhususkan kepada Bani Israel.
Justeru itu, segala tindakan Khidir as adalahperintah Allah yang pasti melalui jalan wahyu dan tidak bergantung kepadaajaran Nabi Musa as yang diutuskan untuk Bani Israel.
Adapun Nabi Muhammad saw adalah utusan untuksekelian manusia tanpa kecuai dan tidak ada yang terlepas dari berada di bawahlembayung ajarannya.
Al- Imam al-Allamah Ibn Abi al-'Izz dalam kitab aqidah Syarhal-'Aqidah at-Tahawiyyah dengan jelas menyebut persoalan ini dengan katanya:"Adapun sesiapa yang berpegangdengan kisah Musa as bersama Khidir as bagi membolehkannya meninggalkan wahyukerana bergantung dengan ilmu ladunni, seperti yang didakwa oleh pihak yangtidak mendapat taufik, maka dia adalah mulhid (atheis) dan zindak(munfik).
Ini kerana Musa as bukanlahRasul yang diutuskan kepada Khidir as, Khidir as juga tidak diperintah untukmengikutnya.
Sebab itulah Khidir asbertanya Musa:
"Apakah engkauMusa dari Bani Israel?" Jawab Musa: "Ya"(Riwayat al-Bukhari).
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pun Muhammadsaw adalah diutuskan untuk seluruh manusia dan jin. Sekiranya Musa as dan 'Isa as masih hidupmaka mereka mesti menjadi pengikutnya. Apabila 'Isa as turun ke bumi (pada akhir zaman) dia hanya akan berhukumdengan syariat Muhammad saw. Oleh itusesiapa yang mendakwa bahawa kedudukan dia bersama Muhammad saw seperti Khidiras bersama Musa as atau membolehkan (mempercayai) ianya berlaku untuk sesiapadi kalangan umat maka hendaklah dia memperbaharui keislamannya, hendaklah diakembali bersyahadah dengan syahadah yang benar kerana dia telah terkeluar dariIslam keseluruhannya. Sama sekali diabukan dari kalangan wali-wali ar-Rahman sebaliknya dia adalah wali-walisyaitan. (m.s. 511).
Lihatlah betapa jelasya pendirian para ulama akidah terhadapgolongan sufi dan tareqat yang seperti ini. Nyata sekali, sesiapa yang mendakwa perkara seperti ini terhadap dirinyaatau orang lain seperti guru tareqat atau sheikhnya maka dia sama sekali adalahterkeluar daripada Islam. Di sampingitu, sesiapa yang mendakwa dirinya seperti Khidir as bererti dia mendakwadirinya diberikan wahyu seperti Khidir as atau dalam kata lain dia mendakwadiri menjadi nabi setelah datangnya penutup sekelian nabi. Ini adalah kekufuran di atasn kekufuran.
Al-Imam al-Qurtubi yang merupakan tokoh mufassir besar. Beliau juga tidak lupa membahaskan persoalanini dalam tafsirnya al-Jami' li Ahkam al-Quran. Beliau menukilkan ulasan gurunya al-Imam Abu al-'Abbas mengenai golongan ahli kebatinan yang dihukumsebagai zindiq iaitu katanya: "Merea itu berkata: "hukum-hakam syarakyang umum adalah untuk para nabi dan orang awam, adapun para wali dan goloongankhusus tidak memerlukan nas-nas (agama) sebaliknya mereka hanya dituntut denganapa yang terdapat dalam hati mereka. Mereka berhukum berdasarkan apa yang terlintas dalam fikiranmereka:. Golongan ini juga berkata:"Ini disebabkan kesucian hati mereka dari kekotoran dan keteguhannya makaterjelmalah kepada mereka ilmu-ilmu Ilahi, hakikat-hakikat ketuhanan, mereka mengikuti rahsia-rahsia alam, mereka mengetahui hukum-hakam yang detail makamereka tidak memerlukan hukum-hakam yang bersifat umum seperti yang berlakukepada Khidir as. Mencukupi baginya(Khidir as) ilmu-ilmu terserlah kepadanya dan tidak memerlukan apa yang adapada kefahaman Musa as". Golonganini juga menyebut: "Mintalah fatwadari hatimu sekalipun engkau telah diberikan fatwa oleh para pemfatwa". Seterusnya al-Qurtubi mengulasdakwaan-dakwaan ini dengan katanya: "Kata guru kami ra.: Ini adalah perkataan zindiq dan kufur,dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat,kerana dia telah engkar apa yang diketahui dari syariat. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jalanNyadan melaksanakan hikmahNya bahawa hukum hakamnya tidak diketahui melainkanmelalui perantaraan rasul-rasul yang menjadi para utusan antara Allah danmaklukNya. Mereka adalah penyampairisalah dan perkataanNya serta penghurai syariat dan hukum-hakam. Allah memilih mereka untuk itu danmengkhususkan urusan ini hanya untuk mereka. Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi: "Telah menjadi ijma' salafdan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetahui hukum-hakam Allah yang berhubungsuruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkan melalui para Rasul. Sesiapa berkata "Di sana ada cara lain untuk mengetahui suruhan danlarangan Allah tanpa melalui para rasul atau tidak memerlukan para rasul makadia adalah kafir, dihkum bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by kupia at 22-1-2008 11:22 PM
Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi: "Telah menjadiijma' salaf dan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetahui hukum-hakamAllah yang berhubungsuruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkanmelalui para Rasul. Sesiapa berkata "Di sana ada caralain untuk mengetahui suruhan dan larangan Allah tanpa melalui pararasul atau tidak memerlukan para rasul maka dia adalah kafir, dihkum bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 23-1-2008 12:05 AM
Sesiapa yang mengaku ikut salaf dan khalaf taknak pi bunuh ke mereka yang dikatakan SESAT tu?
Aku kena panggil Tobby untuk teruskan perbincangan ni....
Itu fatwa al-Qurtubi dan gurunya dalam kitab dia, sekadar menggambarkan betapa kerasnya tentangan ulama terhadap sufi. Tidak pernah pada mana-mana masa dan keadaan ulamak Malaysia melaksanakan fatwa al-Qurtubi ini. Untuk pengetahuan semua Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat banyak keputusan menyatakan 14 jenis tareqat di Malaysia (kebanyakannya dari aliran naqsyabandi) adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam. Saya tidak bercadang untuk mempamerkan semua keputusan fatwa itu di sini, setengahnya bertarikh dari awal tahun 80'an. Tidak ada fatwa menjatuhkan hukuman bunuh dari ulamak di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
nak tumpang sekaki
pasai dah panjang lebar sangat
jadi boleh dipendekkan cerita
sapa kata dia diatas kebenaran
sesungguhnya dia melakukan pembohongan yang besar
(betoiii ka lagu ni???)
sapa kata dia masih dalam kesesatan
semoga dia dipelihara dan di beri petunjuk..
(betoi ka lagu ni???)
jadi adakah BENAR
bahawa kita semua ini masih berada dalam KESESATAN???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
yup.. ada sebagian yg yg seerti saudara nyatakan... dan ada yg tidak..... dan ada yg lagi teruk apa yg saudara nyatakan.... setinggi mana ilmu yg dinyatakan padanya.. syariat tetap wajib dan tidak gugur...... dan ada yg umpamakan jalan ini umpama mendaki jalan yg tinggi lagi curam.... licin..... so ramai lah dr golongan mereka ini tergelincir..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain".
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di Dalam Islam - Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
|
|
|
|
|
|
|
|
pandangan saya mengenai tasauf/tasawwur,
salamualaikum,
wahai saudara/saudari tidak perlulah kita berbalah mengenai hal ini dengan lebih lanjut. Carilah titik kesamaan dan merendah dirilah. Perhatikan apa yang saya cuba sampaikan.
Carilah apa yang bermanfaat untuk mu (pembersihan hati/penyucian jiwa) dengan berpuasa sekadarnya dan berzikirlah (dengan mengucap subhanallah,walhamdulillah,laila ha il allah, allah huakbar) kerana tiada zikir yang lebih bernilai dari ini.
Dan tinggalkan segala yang dilarang spt kepercayaan membuta-tuli 100% kepada mana-mana pemimpin atau guru dan merasa bongkak (setelah sampai ke martabat/maqam kezuhudan maka merasakan sudah lengkap dan tidak akan melakukan dosa-dosa kecil), atau merasa bongkak dengan merasakan bahawa hati anda adalah hati yang suci hingga tidak perlukan kepada penyucian dan muhasabah.
Dan janganlah anda terlalu taksub dan hanya bergaul dengan orang-orang yang yang segolongan/sependapat dengan anda sahaja dan menjadikan Agama Islam ini sesuatu yang bersifat eksklusif hingga memecahkan kita kepada lebih banyak golongan hingga kita tidak dapat bersatu dalam perkara yang kecil sekalipun.
Adakalanya (masanya) kita perlu lebihkan amalan (sembahyang,zikir mulut dan hati, puasa, haji, zakat,sedekah)
Namun ada masa tertentu kita perlu lebihkan amalan yang lain (mencari ilmu dan rezeki, menolong orang ynag susah/kesempitan, menegakkan kebenaran dan berjihad)
Terpulanglah kepada anda untuk membahagikan masa anda seadilnya mengikut keadaan dan keperluan. Bersikap adillah dan bersederhanalah dalam setiap perkara. Inilah ciri-ciri manusia yang mengenali dirinya sendiri.
Jika saya memimpin suatu batalion (perkumpulan) askar atau tentera, saya akan pastikan mereka diberikan tarbiah dan belajar tentang penyucian hati mengikut keadaan dan keperluan bukannya sepanjang masa atau seumur hidup.
Oleh itu saudara/saudariku janganlah kita meneruskan pertikaian di thread ini atau ditempat-tenpat yang lain. Jika ada yang mahu berbalah, maka ambillah pandangan saya ini sebagai pedoman dalam menjawab kekusutan mereka.
Ada banyak lagi perkara penting yang telah saya ajukan di forum ini yang kita umat Islam boleh lakukan demi kesejahteraan seluruh alam. Jika anda mahu berjuang dan berbakti, silakan baca topik-topik atau thread yang saya telah kunjungi.
Moga-moga ALLAH merahmati usaha saya dan anda semua dan diberikan petunjuk ke jalan yang lurus.
Marilah kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
saya kalalah007 @ kalalah008 hanyalah hamba ALLAH yang lemah, hina lagi banyak melakukan dosa.
semoga ALLAH mengampuni dosa kita semua.Ameen.
salamualaikum. |
|
|
|
|
|
|
|
Tasauf atau sufi atau apa yang kau nak panggil , hanyalah satu nama , tidak lebih dari itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|