CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ianho

BINCANG MENGENAI SEMUA PERIHAL KOPERASI [merged wif tok^dalang]

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2008 04:59 PM | Show all posts
................sambungan ...........
Kejatuhan Bank Rakyat pada dekad 70-an merupakan titik tolak bermulanya kejatuhan gerakan koperasi di Malaysia. Peristiwa-peristiwa seperti kejatuhan Bank Pusat Kerjasama pada awal 80-an, kes pengambilan deposit pada awal 1990-an, dan kegawatan ekonomi pada akhir 1990-an telah menyebabkan banyak koperasi yang melabur mengalami kerugian. Bertolak daripada kejatuhan beberapa buah koperasi inilah tercetusnya idea untuk mewujudkan SKM, untuk memastikan kepentingan setiap ahlinya terjamin dan keuntungan dapat diagihkan secara adil. Pada 2003, cadangan penubuhan SKM telah dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia bagi membolehkan agensi itu memainkan peranan dalam membangunkan golongan Bumiputera di negara ini. Cadangan penubuhan ini diluluskan kabinet pada 2 Mac 2005 dan seterusnya oleh Parlimen pada 25 April 2005. Khaled berkata, SKM bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi kepada anggota tidak terganggu dan kepentingan anggota tidak tergugat. HALA TUJU SKM Menurut Khaled, SKM merupakan satu mekanisme untuk membawa gerakan koperasi di Malaysia kepada tahap yang boleh dibanggakan seperti di negara-negara maju di dunia. 揌ala tuju SKM adalah selaras dengan pencapaian matlamat Dasar Koperasi Negara dalam menjadikan koperasi sebagai sektor ketiga terpenting dalam pembangunan ekonomi negara, memainkan peranan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan serta memainkan peranan dalam pembangunan agenda nasional,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2008 05:01 PM | Show all posts
..................... sambungan ...............
Gerakan koperasi berupaya menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara melalui penggemblengan tenaga setiap ahlinya dalam membantu masyarakat luar bandar, menyumbang ke arah peningkatan pendapatan dan tabungan; membasmi kemiskinan dan juga mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan juga pekerjaan. Ini bertepatan dengan falsafah gerakan koperasi yang menjurus kepada dasar pemuafakatan untuk menjalankan aktiviti ekonomi dengan perkongsian keuntungan. 揔operasi berupaya menggerakkan seseorang untuk melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara, walaupun daripada golongan daif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 05:04 PM | Show all posts
Temuramah bersama Yang Berhormat Dato Mohad Khalid Nordin
Menteri Pebangunan Usahawan Dan koperasi

SEKTOR BARU MANTAPKAN KOPERASI

HARI ini, 1 Januari 2008 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan rasminya beroperasi menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia atau JPK. Sejak 30 November lalu sebanyak enam siri rencana diterbitkan berhubung penubuhan SKM dan latar belakang penubuhannya. Dalam siri yang terakhir ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sendiri menjelaskan mengapa gerakan koperasi di negara ini perlu dipacu oleh sebuah suruhanjaya. Ikuti wawancara penuh bersama beliau.

BAGAIMANA Datuk Seri melihat kedudukan pergerakan koperasi yang sudah mencecah usia lebih 85 tahun pada masa kini?

Walaupun sudah mencecah usia 85 tahun, saya melihat pergerakan koperasi di negara ini masih belum mencapai taraf yang boleh dibanggakan hingga ke peringkat global seperti gerakan koperasi di negara maju di dunia, contohnya United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Eropah, Belanda, Switzerland dan New Zealand.

Tiada satu pun koperasi di negara ini yang tersenarai dalam ranking Global 300 koperasi berjaya di dunia yang diadakan oleh International Co-Operative Alliance (ICA).

Justeru, gerakan koperasi di negara ini memerlukan suatu bentuk reformasi dalam menuju ke arah ini. Walaupun kita sudah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk membangunkan sektor koperasi, saya dapati masih banyak yang perlu diperbaiki.

Kita lihat hari ini koperasi sudah terbabit dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk perbankan, perumahan, pengangkutan, perladangan, pengguna, pembinaan dan juga bidang industri kecil dan sederhana. Kemajuan dicapai ini hasil usaha kerajaan yang merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pergerakan ini terus proaktif dalam pembangunan negara.  

Saya mahu melihat gerakan koperasi di negara ini melalui reformasi dengan berubah daripada aktiviti konvensional kepada pelbagai bidang ekonomi dan seboleh-bolehnya berusaha menembusi pasaran global.  

Bagaimana hala tuju gerakan koperasi di bawah SKM?  

Penubuhan SKM adalah satu mekanisme untuk membawa gerakan koperasi di negara ini daripada tahap sedia ada kepada suatu tahap yang boleh dibanggakan seperti negara maju di dunia.  

Oleh itu, hala tuju gerakan koperasi adalah selaras dengan pencapaian matlamat Dasar Koperasi Negara dalam menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ketiga terpenting dalam pembangunan ekonomi negara, peranan dalam RMK-9 dan memainkan peranan dalam agenda pembangunan nasional.

Salah satu objektif penubuhan SKM adalah untuk memberi lebih fokus kepada pembangunan koperasi. Oleh itu, hala tuju program pembangunan koperasi adalah ke arah:  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 05:05 PM | Show all posts
Apakah peranan MeCD dan perkara ini?

Bagi memastikan koperasi terus berperanan dalam membantu membasmi kemiskinan, kementerian bersama-sama SKM dan agensi lain berkaitan merancang beberapa program khususnya di luar bandar bagi menjamin dan memantapkan lagi peranan keusahawanan dalam koperasi. Program disusun dalam RMK-9 seperti pembudayaan keusahawanan koperasi dalam kursus, seminar dan latihan kemahiran, program pembangunan perniagaan koperasi dan program pemantapan seperti groom big, francais, R&D, pemasaran dan pembiayaan.

Dalam usaha mengembangkan industri pertanian, kerajaan juga menggalakkan penubuhan koperasi agro dan di samping itu memperkasakan koperasi agro sedia ada yang ditubuhkan di bawah rancangan Felda, Felcra, Risda dan Kada.

Bagi memastikan golongan miskin tidak ketinggalan dalam wilayah pembangunan koridor yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, perancangan dan kajian sedang diatur oleh SKM bagi memberi peluang golongan miskin turut merebut peluang perniagaan dalam program itu melalui koperasi.  

Dalam usaha membantu usahawan yang kurang modal daripada kalangan anggota koperasi, koperasi digalakkan menjalankan aktiviti microfinancing dengan memberi pinjaman kepada anggota untuk meningkatkan pengeluaran. dengan cara ini mereka tidak perlu mendapatkan pinjaman daripada pihak lain dan koperasi boleh mendapat balik pinjaman daripada anggota yang meminjam apabila anggota membekalkan produk yang diusahakan untuk dijual oleh koperasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 05:05 PM | Show all posts
Institusi koperasi akan ketinggalan jika masih beroperasi dengan cara lama. Apa komen Datuk Seri?

Perubahan perdagangan dunia menuntut koperasi mengubah perniagaan yang bersifat konvensional kepada yang lebih berorientasikan global. Dalam situasi begini koperasi harus berani meneroka bidang baru dan merebut peluang perniagaan yang tercetus akibat daripada era globalisasi dan liberalisasi perdagangan itu. Bagi menggalakkan koperasi menceburi bidang baru ini, SKM akan mengadakan pelbagai program pembangunan supaya dapat mendedahkan mereka dengan peluang perniagaan baru dan mengubah minda mereka mengikut peredaran masa.

Koperasi juga digalakkan mencari rakan kongsi bagi menceburi bidang baru sama ada dari kalangan koperasi sendiri mahupun usahawan individu atau syarikat swasta. Cara demikian akan menjadikan koperasi lebih berdaya saing dan di samping itu boleh mempelajari cara pengurusan yang diamalkan pihak swasta itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 05:06 PM | Show all posts
Adakah peranan JPK pada masa ini tidak kondusif untuk menyokong kepada pembangunan sektor koperasi untuk lebih berjaya pada masa akan datang? Apakah yang mencetuskan kerajaan kepada penubuhan SKM ini?

JPK diwujudkan sejak 1992 dengan tanggungjawab utamanya menyelia dan membangunkan gerakan koperasi. Tanggungjawab ini dinyatakan di bawah perenggan 3(3)(C) Akta Koperasi 1993. Tugas dan peranan JPK lebih tertumpu kepada urusan kawal selia bagi memastikan peruntukan di bawah Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil dan Pekeliling Ketua Pendaftar dipatuhi. Tugas dan peranan JPK lebih berfokus kepada mendapatkan maklumat penting yang menjurus kepada kepatuhan perundangan dan kurang memberi penekanan kepada aktiviti pembangunan perniagaan koperasi. Penekanan pembangunan hanya tertumpu dari segi pemberian pinjaman, latihan dan seminar mengenai pengurusan serta prinsip dan amalan koperasi.

Pendekatan sebegitu berterusan dan JPK diletakkan di bawah beberapa kementerian yang kurang memberi fokus kepada gerakan koperasi sebagai usahawan. JPK berpindah daripada satu jabatan ke satu jabatan hingga diletakkan bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) pada 2004.

Sebaik diterajui MeCD, JPK turut memberi penekanan terhadap pembangunan keusahawanan koperasi selaras dengan peranan kementerian membangunkan usahawan khususnya Bumiputera di negara ini.

Dalam tempoh itu juga beberapa fiasco berlaku terhadap gerakan koperasi. ia bermula dengan peristiwa kejatuhan Bank Rakyat pada 70-an, Bank Pusat Kerjasama dan koperasi pengambil deposit dalam pertengahan 80-an dan kegawatan ekonomi dalam pertengahan 90-an menyebabkan koperasi terbabit mengalami kerugian dan mengikis keyakinan masyarakat terhadap keupayaan gerakan koperasi. Semua peristiwa tersebut adalah titik hitam dalam pergerakan koperasi di negara ini dan JPK dianggap sebagai 'toothless watch dog' oleh mahkamah dalam kes yang dibicarakan.

MTEN juga memberi teguran dan komen dalam kes pembabitan koperasi dalam pelaburan semasa kegawatan ekonomi 90-an supaya JPK meningkatkan dan memperkukuhkan pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan supaya kes sebegini tidak berulang di masa akan datang.

Justeru, SKM diwujudkan dengan pemberian kuasa di bawah SKM dan juta Akta Koperasi 1993 dipinda bagi memberi tumpuan kepada pembangunan sektor koperasi dan dalam waktu sama menekankan kepada penguatkuasaan perundangan bagi memastikan kepentingan anggota koperasi terus terpelihara. Tindakan ini adalah proses biasa penambahbaikan dan penjenamaan semula agensi kerajaan bagi menyesuaikan fungsi dengan keperluan semasa dan untuk terus relevan seperti organisasi lain dengan mentransformasi JPK kepada SKM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2008 05:07 PM | Show all posts
Bagaimana SKM dapat menangani kemelut yang tidak dapat diselesaikan oleh JPK masa kini?

SKM menggantikan JPK adalah bertujuan untuk melahirkan sebuah agensi yang lebih berwibawa, berkuasa, mempunyai bidang yang lebih luas, fleksibel, mampu membuat keputusan yang cekap dan pantas, mempunyai tenaga pengurusan yang lebih komited, mengkhusus dalam sesuatu bidang serta berkemahiran. Untuk itu, satu cadangan penstrukturan organisasi SKM dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memenuhi keperluan dan menjalankan fungsi berkenaan.

SKM juga mengambil kira kebajikan dan peluang yang perlu diberikan kepada kakitangan JPK, penstrukturan organisasi SKM memberi peluang kenaikan pangkat dan mewujudkan pengkhususan kerja yang lebih jelas dan tersusun.

SKM akan ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah untuk memastikan fungsi dan tanggungjawab SKM dijalankan secara lebih berkesan. Komposisi Lembaga Pengarah SKM terdiri daripada Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif, empat ahli wakil kerajaan dan enam ahli wakil dari sektor swasta di mana dua daripadanya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang koperasi.

SKM bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi kepada anggota tidak terganggu dan kepentingan anggota tidak tergugat.

Lazimnya, ketidakstabilan di dalam sektor koperasi timbul apabila koperasi mengalami masalah mudah tunai iaitu menyediakan kemudahan kepada koperasi yang memerlukan dengan mewujudkan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (CLF). Di bawah kaedah ini, koperasi tertentu seperti koperasi kredit dan koperasi bersaiz besar akan mencarum (bergantung kepada saiz liabiliti yang layak) ke dalam CLF. Koperasi yang mempunyai masalah kecairan boleh meminjam daripada CLF dengan syarat dan peraturan yang akan ditentukan oleh SKM. Risiko kredit bagi pinjaman mudah tunai ini akan ditanggung oleh SKM. SKM akan melantik ejen, termasuk koperasi tertentu, jika sesuai, yang berkebolehan untuk menguruskan dana ini bagi pihaknya.

SKM bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memudahkan koperasi memainkan peranan dengan lebih aktif, termasuk memperluaskan akses kepada pembiayaan oleh koperasi yang memerlukan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan dan aktiviti mereka, lebihan dana semua koperasi didepositkan kepada Akaun Deposit Koperasi yang akan diwujudkan - semua koperasi akan diwajibkan supaya mendeposit lebihan dana mereka yang tidak digunakan ke dalam Akaun Deposit Koperasi (Co-operative Deposit Account-CDA). Ia adalah satu kaedah di mana lebihan dana dalam sektor koperasi akan digembleng dan kemudian digunakan untuk membiayai pinjaman kepada koperasi yang memerlukan dana untuk mengembangkan aktiviti perniagaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 05:08 PM | Show all posts
Pada pendapat Datuk Seri bagaimana sektor koperasi boleh berjaya dan mencapai taraf global?  

SKM diharap boleh meletakkan gerakan koperasi untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dan mendominasi dalam sesuatu bidang atau sektor tertentu. Matlamat ini boleh dicapai dengan adanya pakatan strategik atau gabungan di kalangan koperasi supaya mereka boleh berniaga dalam skala besar dan mempunyai daya saing yang tinggi. Banyak contoh koperasi di dunia bergabung menjalankan sesuatu industri dan berjaya mempengaruhi pasaran domestik dan antarabangsa.  

Contohnya, The Co-operative Group Limited yang beroperasi di seluruh United Kingdom. ia adalah strategi perniagaan yang berasaskan permuafakatan dan gabungan koperasi terdiri daripada tujuh koperasi.  

Fontera Co-operative Group di New Zealand yang mempunyai 12,000 anggota menjalankan industri tenusu. Ia adalah perusahaan kelima terbesar di dunia dan paling berpengaruh dalam menentukan pasaran dagangan tenusu antarabangsa.  

Koperasi di Malaysia perlu mencontohi koperasi yang berjaya ini. Walaupun sesetengahnya masih baru tetapi telah berusaha melakukan perubahan dan lonjakan dalam industri serta perusahaan yang diceburi.  

Saya percaya dengan kesepakatan dan gabungan secara strategik, koperasi di negara ini mampu menjadi entiti perniagaan yang berjaya di masa hadapan dan mampu tersenarai dalam ranking global 300 atau mana-mana global ranking yang dibuat oleh ICA.  

Dalam hubungan ini, di bawah SKM nanti kita akan memperkenalkan Indeks 100 Koperasi Terbaik dengan kriteria tersendiri sebagai satu kaedah penanda aras dalam sektor koperasi seperti yang dilakukan ICA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2008 03:35 PM | Show all posts
SKM Wujudkan Koperasi Berwibawa, Berdaya Maju

USAHA kerajaan menaik taraf Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), baru-baru ini dilihat sebagai langkah tepat ke arah melahirkan gerakan koperasi berwibawa dan tidak menyimpang daripada objektif asal penubuhan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam taklimat mengenai SKM baru-baru ini menjelaskan, suruhanjaya itu diberi kuasa memantau operasi semua syarikat koperasi termasuk mewajibkan semua pemindahan dana, modal atau aset dilaporkan kepada suruhanjaya itu.Khaled juga berkata, penubuhan SKM akan menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat menyertai koperasi sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengembangkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).Dengan tertubuhkan SKM akan mewujudkan kestabilan dan keseimbangan dalam sektor berkenaan sejajar dengan dasar pembangunan keusahawanan koperasi yang meletakkan sektor ini sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara.Disamping itu, kerajaan berkeyakinan matlamat untuk menjadikan koperasi sebagai satu entiti keusahawanan yang mampu menjana ekonomi negara dan merealisasikan pembangunan sosail akan tercapai.

Sejak awal kemunculannya, gerakan koperasi di Malaysia menghadapi bayak cabaran yang membantutkan proses perkembangannya. Antara isu yang melanda ialah kekurangan modal, keanggotaan yang tidak aktif, pengurusan lemah, penubuhan yang menyimpang daripada tujuan asal, kelemahan jaringan , perhubungan dan intergrasi.Pengawalseliaan gerakan koperasi juga berpindah dari satu kementerian ke kementerian lain sehingga jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) pada Mac 2004.Kejatuhan Bank Rakyat pada dekad 70-an adalah titik tolak bermulanya kejatuhan Gerakan Koperasi di Malayisa. Peristiwa seperti kejatuhan Bank Pusat Kerjasama pada awal 1980-an, kes pengambilan deposit pada 1990-an, dan kegawatan ekonom pada akhir 1990-an menyebabkan banyak koperasi mengalami kerugian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2008 03:37 PM | Show all posts
Sambungan ----------------------
Bertolak daripada kejatuhan berberapa koperasi inilah tercetusnya idea untuk mewujudkan SKM bagi memastikan kepentingan setiap ahlinya terjamin dan keuntungan dapat diagihkan secara adil. Pada 2003, cadangan penubuhan SKM dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia bagi membolehkan agensi itu memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat Bumiputera di negara ini. Cadangan penubuhan ini diluluskan Kabinet pada 2 Mac 2005 dan seterusnya Parlimen pada 25 April 2005.

Khaled berkata, SKM bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sektor koperasi untuk memastikan perkhidmatan disediakan koperasi kepada anggota tidak terganggu dan kepentingan anggota tidak tergugat. Menurut Khaled, SKM adalah satu mekanisme untuk membawa gerakan koperasi di Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan seperti di negawa maju.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 08:05 PM | Show all posts
skrg sudah wujud skim skim cepat kaya menggunakan lesen KOPERASI....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2008 08:19 PM | Show all posts

Reply #131 sinar_inspirasi's post

dah dikenalpasti beberapa buah koperai yang menjalankan aktiviti tersebut
malangnya bahagian penguatkuasa je yang sukar bertindak oleh hambatan di luar bidang kuasa
serupa gak macam polis n bpr dll
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 08:35 PM | Show all posts

Reply #132 ianho's post

so... hati2 dengan tawaran % tertinggi dalam masa singkat... aku ada jumpa beberapa AJK koop tersebut... depa mengaku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2008 03:33 PM | Show all posts

Reply #133 sinar_inspirasi's post

kalau depa mau mengaku terlibat dalam ks memang mudah utk diselesaikan
tp banyak lebih suka memutarbelitkan fakta yang sukar dibuktikan ..... itu yang susah
dalam kebanyakan kes penyiasat (JPK) menyatakan mereka yang terlibat tak mau mengaku
nak wat cam mana  . . .  musang berbulu aym ni
elok ler kalau sinar_inspirasi boleh nasihatkan mereka  
carilah rezeki yang halal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2008 09:51 PM | Show all posts
urusan pendaftaran koperasi masih tertangguh sehingga dimaklumkan kemuudian dan mungkin mac 2008
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 08:26 AM | Show all posts
Koperasi tangani isu rakyat
Oleh NOR ZAINAH NORDIN (Yang mengikuti delegasi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Tokyo, Jepun)
PELBAGAI perubahan besar dihadapi rakyat Malaysia berikutan kenaikan harga minyak dunia. Kos sara hidup semakin meningkat apabila harga barang keperluan naik mendadak. Harga beras, gula dan tepung dikawal kerajaan dan tidak boleh naik sesuka hati peniaga. Bagaimana pula dengan ikan dan sayur-sayuran yang menjadi hidangan seharian. Harganya tidak tetap, ada naik turunnya setiap hari. Begitu juga dengan makanan bermasak, nasi campur, tomyam, kuih-muih; makanan segera yang seolah-olah menjadi makanan asas golongan bekerja. Harganya pula ikut selera penjual.
Lalu, persoalan yang nyata ialah bagaimana mahu menangani kenaikan yang tidak dapat disekat ini? Jawapannya sudah tentu pelbagai. Bagi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin, jawapannya ialah melalui koperasi. Ketika ditemui dalam rangka lawatan lima hari beliau untuk meninjau kejayaan sektor koperasi di Jepun, minggu lalu, beliau berkata, koperasi adalah cara terbaik untuk menangani cabaran kenaikan harga barang.
Khaled berkata, tujuan utama kewujudan koperasi ialah menjalin kerjasama bagi memberi manfaat dan kemudahan kepada anggotanya. Katanya, sekiranya prinsip berkoperasi dihayati dan semua koperasi bergerak secara seiringan serta tidak berasingan, sudah tentu cabaran yang dihadapi anggotanya dapat ditangani. Beliau memberi contoh kejayaan sektor koperasi di Jepun yang menguasai aspek pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang pengguna dan pertanian.
Kejayaan sektor koperasi dalam menjana ekonomi Jepun tidak dapat disangkal. Dalam laporan Global 300, Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) menyatakan, dua koperasi dari Jepun mengekalkan kedudukan di tempat pertama dan kedua sebagai koperasi termaju di dunia, dua tahun berturut-turut.
Zen-Noh, atau Persekutuan Koperasi Pertanian Kebangsaan berada di tempat pertama dengan jumlah dagangan bernilai AS$63.44 bilion, diikuti dengan Zenkyoren, Persekutuan Kebangsaan Insurans Kerjasama dengan jumlah dagangan bernilai AS$46.8 bilion.
Lawatan delegasi Malaysia ke Koperasi Konsumer Tokyo atau Co-op Tokyo misalnya, mendapati bahawa koperasi itu berjaya mengaut pendapatan lebih RM5 bilion setiap tahun melalui pasar raya koperasinya. Ketua Pegawai Eksekutif Co-op Tokyo, Masahiro Vehara berkata, koperasi itu adalah yang ketiga terbesar di Jepun yang menjalankan perniagaan melibatkan 1.1 juta anggota. Jualan tahunan koperasi itu melalui 78 pasar raya koperasinya ialah sebanyak RM5 bilion atau Yen166 bilion. 揥alaupun persaingannya sengit namun kami mencatatkan pertumbuhan jualan berterusan selama 10 tahun, khususnya melalui khidmat penghantaran barang ke rumah pada kadar 10 peratus setiap tahun,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2008 08:28 AM | Show all posts
---------------------------------sambungan--------------------------

Membantu
揔operasi berpotensi digerakkan untuk melihat isu-isu sosioekonomi masyarakat; bagaimana untuk terlibat menyediakan kemudahan yang membantu meringankan masalah rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 03:07 PM | Show all posts

TAWARAN JAWATAN DALAM SKM

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 3 Mac 2008
Iklan Mingguan Malaysia 17 Februari 2008

JAWATAN

1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2. Pegawai Teknologi Maklumat  Gred F41
3. Pegawai Undang-Undang Gred L41
4. Pegawai Tadbir Gred N41
5. Juruaudit Gred W41
6. Akauntan Gred W41
7. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
8. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
9. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
10. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
11. Penolong Juruaudit Gred W27
12. Penolong Akauntan Gred W27
13. Pereka Gred B17
14. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
15. Juruteknik Komputer Gred FT 17
16. Juruteknik Gred J17
17. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
18. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
19. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
20. Juruaudio Visual N17
21. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
22. Pembantu Juruaudit W17


Untuk mendapatkan borang boleh copy and paste link ini

[ format pdf] http://www.fileden.com/files/2008/2/21/1772974/Borang%20SKM.pdf

[format doc] http://www.fileden.com/files/2008/2/21/1772974/BorangPermohonanSKM.doc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 11:54 AM | Show all posts
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (sebelum dijadikan badan berkanun adalah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia) sedang membuat pengambilan pekerja bagi mengisi jawatan yang sedang kosong bagi kesemua negeri dan daerah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2008 08:57 PM | Show all posts
PASARAYA KOPERASI MEDIUM ATASI KOS SARA HIDUP
Daripada Sharifah Nur Shahrizad Syed Sharer
TOKYO, 4 Feb (Bernama) -- Pasaraya Koperasi yang bakal diwujudkan di Malaysia tidak lama lagi dipercayai mampu menjadi medium untuk mengatasi masalah kepenggunaan sekaligus memberi saingan kepada pasaraya-pasaraya besar dalam negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penubuhan pasaraya yang akan menekankan kepentingan penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga berpatutan itu menjadi agenda utama kementerian dalam membantu mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi di Malaysia.
"Pasaraya Koperasi ini berpotensi jika dapat digerakkan untuk melihat isu-isu sosio ekonomi masyarakat, antaranya bagaimana mereka (koperasi) boleh membantu meringankan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya dalam aspek kenaikan kos barang-barang," katanya kepada pemberita selepas melawat Koperasi Tokyo cawangan Wakabadai, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Khaled kini dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Tokyo, yang antara lain bertujuan melihat kejayaan dan pencapaian institusi koperasi di Jepun dalam membantu mengatasi masalah kos sara hidup masyarakat.
Katanya dengan mengambil contoh kejayaan koperasi di negara matahari terbit itu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan dan diberi masa tiga bulan untuk mengkaji perkara tersebut dan mengemukakan kertas kerja mengenai penubuhan pasaraya itu.
Jawatankuasa itu terdiri daripada wakil kementerian, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sebagai badan penaung, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Rakyat.
Khaled berkata sebagai langkah permulaan, Pasaraya Koperasi itu dirancang untuk ditubuhkan di semua 17 buah institut pengajian tinggi awam di seluruh negara.
Menurutnya kejayaan Pasaraya Koperasi itu bagaimanapun bergantung kepada sokongan masyarakat terutamanya anggotanya serta keupayaan peneraju sektor koperasi untuk merealisasikan agenda itu.
Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 5,000 koperasi di seluruh negara dengan keangggotaan mencecah lima juta orang.
Koperasi Tokyo merupakan koperasi pengguna yang ketiga terbesar di Jepun, di mana kira-kira 1.1 juta isi rumah menjadi pelanggannya dengan perolehan tahunan mencecah RM5 billion.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088397 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list