|
BUAT julung-julung kalinya sebuah konsert khas bagimeraikan kaum wanita akan dianjurkan oleh produk penjagaan dankebersihan wanita, ****x, yang akan berlangsung di Danga Bay, Johorpada 1 Disember depan.
'Konsert ****x Untukmu. Wanita, PenyeriHidup Kami' merupakan sebuah projek khas dengan kerjasama syarikatrakaman Warner Music yang akan menampilkan penglibatan empat artispopular tanahair iaitu Mawi, Adam, kumpulan Sofaz dan Ahli Fiqir.
"Matlamat utama ****x menganjurkan konsert ini adalah untuk meraikan pengguna kami dan sebagai penghargaan kepada kaum wanita.
"Sebelumini, kami hanya ke sekolah-sekolah untuk bertemu dengan pengguna kamidan sebab itu kami terfikir bagaimana kita boleh kumpulkan ramai wanitasekaligus untuk diraikan bersama.
"Selepas perbincangan, kami akhirnya putuskan untuk adakan konsert seperti ini.
Rosnah bersama antara barisan artis yang akan menjayakan konsert tersebut "Malah,kita sengaja memilih majoritnya artis-artis lelaki untuk menjayakankonsert ini bertujuan bagi mengajak masyarakat dan kaum lelaki turutsama menghargai wanita yang banyak memainkan peranan penting di dalamkehidupan mereka," ujar Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia danSingapura, Rosnah Ramly.
Menurut Rosnah lagi, walaupun konserttersebut diadakan di luar dari Kuala Lumpur, dia yakin konsert percumaitu mampu menarik perhatian ramai memandangkan barisan artis yang bakalditampilkan di dalam konsert itu semuanya mempunyai penyokong-penyokongkuat tersendiri.
Ditambah pula dengan objektif utama konsert ituyang bertujuan untuk menghargai wanita, kata Rosnah, dia positif misi****x mewujudkan konsert yang jarang sekali dilakukan oleh mana-manapihak itu akan meraih sokongan ramai.
| Mawi turut akan memeriahkan konsert khas untuk wanita itu | "Kitasudah banyak jalankan aktiviti di sekitar Lembah Klang dan bagi kamisudah sampai masanya untuk kami buat kelainan dan adakan konsert ini diluar Kuala Lumpur pula."Kita tidak mahu mereka yang berada di luar KL akan rasa 'tersisih' atau sebagainya.
"Insyaallah,jika sambutan konsert sulung ini memberangsangkan, kita akan buat dualagi konsert seperti ini pada tahun depan dengan lokasinya juga di luarKL," kata Rosnah.
Bersempena dengan konsert itu juga, ****x akan turut mengadakan road show yang pertama bertempat di Carrefour, Johor Bahru pada 17 dan 18 November.
Road show tersebut akan dimeriahkan dengan persembahan oleh Ahli Fiqir selain beberapa aktiviti lain yang telah diaturkan.
Dalampada itu, sebanyak 10,000 tiket percuma disediakan di mana orang ramaihanya perlu menghantar dua pembungkus produk jenama itu untuk menebussatu tiket ke alamat: Konsert ****x Untukmu - Danga Bay, PO Box 8615,Pejabat Pos Kelana Jaya, 46793 Petaling Jaya, Selangor sebelum ataupada 15 November ini.
Orang ramai juga boleh berbuat demikian dikaunter khas pada siri road show itu nanti dan juga pada malamberlangsungnya konsert tersebut.
[ Last edited by fauzana7 at 30-11-2007 12:34 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|