Artikel untuk dikongsi bersama.. Tak kisah lah ko kerja gomeng atau swasta.... yang penting medikal kad untuk semua dan ia amat penting.. tak perlu lah saya membebel pepanjang, jom sesamer kiter bacaaa.. Enjoiiiceeeeeeeee
Staff Kerajaan Tak Perlu Medical Card?
Pada mulanya saya agak terkejut apabila diberitahu rakan saya, seorang pegawai tinggi angkatan tentera bergelar datuk juga terpaksa beratur mengikut giliran di institut jantung negara bagi mendapatkan rawatan “bypass”. Bukankah beliau pernah menjadi seorang hero negara? Namun kenapa masih tidak diberikan layanan yang lebih istimewa. Itu bukan satu cerita sahaja yang saya dapat. Masih banyak lagi yang merungut apabila terpaksa bersesak dengan orang ramai bagi mendapatkan rawatan perubatan dari hospital-hospital kerajaan yang bermutu tinggi. Walaupun mereka pegawai kerajaan, namun mereka tidak terkecuali dari situasi kesesakan giliran rawatan.
Ia satu realiti. Walaupun mereka pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan besar, ramai memilih untuk terus bersesak dengan rakyat bawahan yang tiada pendapatan semewah mereka. Saya tidak ingin menyinggung perasaan mana-mana pihak, namun sedih apabila melihat ramai keluarga kenalan saya yang tidak mempunyai wang yang banyak terpaksa bersesak dengan pegawai-pegawai kerajaan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Bukankah mereka yang menjawat jawatan awam patut diberikan kelonggaran dan rawatan yang lebih istimewa seperti di hospital-hospital swasta?
Apabila sakit menjengah, manusia sanggup berhabisan untuk merawat dan mendapat kembali kesihatannya. Pada saat tersebut, wang tidak akan menghalang keperluan mereka pada rawatan. Ada yang bergolok gadai harta warisan, ada juga yang terpaksa menjual segala aset pencarian, bahkan ada juga yang meminjam dan mengemis simpati orang ramai. Itu semua bukannya kesalahan. Orang yang sakit pada saat tersebut mungkin tidak akan menghadapi kesukaran ini. Mereka barangkali sedang berehat di atas katil menanti rawatan. Namun ‘sakit’ sebenar dihidapi oleh insan-insan yang mereka kasihi. Kesukaran yang saya sebutkan di atas ditanggung oleh isteri, suami, anak-anak, ibu bapa mereka.
Keadaan bertambah parah jika mereka yang sakit terus pergi meninggalkan dunia ini. Sudahlah bergolok gadai harta sehingga habis, insan-insan yang mereka tinggalkan ini akan menghadapi saat yang lebih sukar dari kematian. Mari kita bayangkan. Bagaimanakah keadaan anak -anak kita di saat semua harta telah habis dibelanjakan untuk perubatan kita? Bagaimana pula isteri kita berusaha membantng tulang mencari rezeki sesuap nasi setelah semua pendapatan yang pernah kita hulurkan dulu kini hilang buat selama-lamanya? Bagaimana pula keadaan ibu bapa kita yang semakin berusia terpaksa melupakan impian dipelihara anaknya sewaktu usia tua? Dan pelbagai lagi… Alangkah baiknya jika sewaktu kita sakit nanti, : - duit simpanan tidak diusik untuk rawatan perubatan
- mendapat rawatan perubatan istimewa dari hospital yang istimewa. Kos pula ditanggung pihak ketiga tanpa perlu menyusahkan keluarga
- jika rawatan gagal, dan kita mati. Insan yang kita tinggalkan tidak perlu bersusah hati mencari rezeki dalam tempoh 5 tahun mendatang
Segala-galanya boleh dicapai dengan tindakan kecil hari ini. Jika sebelumnya kita selalu menyimpan wang di bank, ayuh mulakan simpanan tambahan di takaful pula. Dengan amaun simpanan yang sama, kita sebenarnya memberikan nafas kelegaan kepada ahli keluarga kita kelak.
dipetik dari: http://naimrahim.com/blog/2011/10/31/staff-kerajaan-tak-perlu-medical-card/ |