CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Taknak baca QUNUT dalam solat SUBUH

[Copy link]
Post time 12-2-2008 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by madie at 12-2-2008 06:02 PM
dah tu dalam hadis nabi yg ko baca tu takde ke pasal qunut, adekan, sebab dah pikir le aku buat qunut, yang ko kalau tak nak buat apa dalilnya. aku tunggu jawapan engkau.

mat kupia tu kalau tak puas hati meh datang kat mahaad sofa katchengkau, meh jumpa ustad kat sana, ko orang ni dalam internet beranile, pastu copy paste aje.

kalau berani le, kalau tak duk diam2 aje le


ekau ni apo ni waghih, orang chongkau ko ni... laaa...  ado orang marah kau buek qunut subuh ko?...
Oghang Chongkau ni suruh bawak fatwa Imam Syafi'i pasal qunut subuh, nak marah marah pulak dio.  Kalau takdo ustad kau kek chongkau tu tak ado tompek lain nak cari ko?  Kalau tak tau katolah tak tau jangan nak marah marah kek orang pulak... melambak ado lam internet ni...

Cam mano kau baco qunut subuh?  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 12-2-2008 06:27 PM


ekau ni apo ni waghih, orang chongkau ko ni... laaa...  ado orang marah kau buek qunut subuh ko?...
Oghang Chongkau ni suruh bawak fatwa Imam Syafi'i pasal qunut subuh, nak marah marah pula ...


aik, bilo pulak din maghah, kalau din tahu ko tak tahu takdo masaalahnyo, janji ustad din kato ado, kalau ko nak ambil dlm internet ambik jo la yo, din minta maap jo la, kito ni oghang islam, kang gadoh2 kang nanti mati taksompet minta maap apola nasib kito ket kubor nanti yo.

dah lo yo, kita cerito bondo lain lagi bagus yo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 08:53 PM | Show all posts

Reply #122 madie's post

tolong rujuk post #78 . . . tak yah la kata lagu tu lahi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by madie at 12-2-2008 08:26 PM

aik, bilo pulak din maghah, kalau din tahu ko tak tahu takdo masaalahnyo, janji ustad din kato ado, kalau ko nak ambil dlm internet ambik jo la yo, din minta maap jo la, kito ni oghang islam, ...


yo lah waghih, eden gurau yo tu bukan gaduh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by madie at 12-2-2008 08:26 PM

dah lo yo, kita cerito bondo lain lagi bagus yo.


Ehh..eh nak poyi mano pulak tu?? Cito ni tak abih lagi jang. Ustad kau kan kato qunut tu boleh....keluarkanlah dalil supayo ramai yang boleh tahu.
Bab qunut tak boleh ni dah lamo dah den tahu dan dah ado jugak jawapannya dari ustad2 ahli sunnah. Dulu maso den mudo remajo belajar kat madrasah wahabi di Kolo Pilah tu...isu inilah jugo yang hangat sampai guru wahabi den sendiri suruh pulaukan poyi masjid sebab ado bidaah qunut yang imam baco. Itu dulu tapi sekarang ni madrasah tu pun dah jadi cam kandang kambing kono pulau kan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 10:29 AM | Show all posts
udah ler kau grave.  cuba kau pulak yang bagi dalil qunut sebelum ruku' tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2008 11:04 AM | Show all posts
Makna bacaan dalam solat
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


[ Last edited by  mama_dinie at 14-2-2008 11:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:16 AM | Show all posts
pada aku ler, pd dok berbahas pasal wahabi tk wahabi nih, eloklh kita fahami makna bacaan solat kita, tambahkn kekusyukan, bukan sibuk nk padam sana sini.
setiap kebaikan, i.allah ada ganjarannya, apa salahnya kita teruskn ajaran ulama' dulu2,.
kalau ikutkn, kita tk berpeluang pergi perang, nafkahkn harta yg banyak, berkorban mengakkan syiar islam, mengalami kesusahan seperti para sahabat, nk buat bacaaan tmbahan dlam solatpun nk berkira.
amalan kita sekadar hujung kuku para sahabat, sedarlh kawan2ku..
janganlh kita berkira untuk beramal kerana Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-2-2008 10:13 AM


Ehh..eh nak poyi mano pulak tu?? Cito ni tak abih lagi jang. Ustad kau kan kato qunut tu boleh....keluarkanlah dalil supayo ramai yang boleh tahu.
Bab qunut tak boleh ni dah lamo dah den ta ...


apo la ekau ni, din raso ekau pun tahu dalilnyo kan, bagi den perbuatan orang alim itu merupakan hujjah bagi orang awam macam eden ni ha.

dah la, kito cerito bondo lain la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:38 PM | Show all posts
salam

NAK BERDOA
SENTIASA SEMASA DALAM SOLAT!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 04:21 PM | Show all posts

Cahaya pun nak copy paste..

Sbb cahaya kurang faham mksd forumer yg dibahaskan so cahaya cari web len utk lebih memahami..
n ini yang jumpa Alhamdulillah cahaya dah paham...
SOALANSaya memeluk Islam sejak Disember 1996. Soalan saya ialah tentang solat subuh, di mana di kawasan tempat saya tinggal terdapat dua surau. Surau yang berhampiran dengan rumah saya jaraknya lebih kurang 100 meter. Imamnya bermazhab Hanafi dan surau yang lagi satu imamnya bermazhab Syafie yang jaraknya dalam 300 meter dari rumah saya. Untuk pengetahuan ustaz, saya bermazhab Syafie.
Bolehkah saya selalu berjemaah di surau yang berhampiran tanpa qunut kerana imamnya tidak membaca qunut, dan sekali -sekala saya berjemaah solat Subuh juga di surau satu lagi yang ada qunut itu pun kalau sempat kerana saya berjalan kaki untuk ke sana?
JAWAPAN
Pertamanya, tahniah kerana saudara kembali kepada agama fitrah, agama yang sah di sisi pencipta, tiada pencipta melainkan dia. Keempat-empat mazhab yang dikenali umum iaitu mazhab al-Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali adalah mazhab yang muktabar. Solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang imam yang bermazhab Hanafi adalah sah.
Solat saudara sah walaupun saudara bermazhab Syafie solat berimamkan imam mazhab Hanafi yang tidak membaca qunut. Imam itu adalah untuk diikuti, jadi bila imam bermazhab Hanafi dan tidak membaca qunut sedang orang bermazhab Syafie menjadi makmumnya maka solat itu tetap sah.
Tanggapan solat tidak sah kerana tidak membaca qunut tidak betul. Ini kerana tidak ada mazhab yang mewajibkannya. Dalam mazhab Syafie sekalipun membaca qunut tidak diwajibkan kerana membaca qunut adalah sunat yang dituntut.
Sekiranya orang yang bermazhab Syafie menunaikan solat subuh lalu dia lupa untuk membaca qunut, lalu dia sedar dalam solat maka adalah dituntut sujud sahwi, jika sujud sahwi juga tertinggal solatnya tetap sah.
Seperkara yang ustaz kongsikan ialah sikap toleransi dan keterbukaan imam al-Syafie ketika mengunjungi kota Kufah, tempat berkembangnya mazhab Hanafi. Diriwayatkan bahawa imam al-Syafie telah mengimamkan solat subuh dan beliau tidak membaca qunut.
Apabila selesai solat makmum yang bermazhab Hanafi bertanya: Bukankah tuan telah menuntut supaya dalam solat subuh dibaca qunut dan orang yang tertinggal pula tuan meminta sujud sahwi? Kami dapati tuan bukan sahaja meninggalkan qunut malahan tuan juga tidak sujud sahwi?.
Lalu imam al-Syafie sambil menunjukkan makam imam Abu Hanifah dengan ibu jarinya menjawab: Adakah patut aku menyanggahi beliau sedang beliau berada di hadapan ku?
Melalui peristiwa ini banyak perkara yang boleh kita pelajari sebagai seorang muslim di dalam menunaikan perintah Allah terutamanya ibadat solat.
Lihat sahaja betapa hormatnya imam al-Syafie kepada imam Abu Hanifah. Perkara yang kedua imam al-Syafie menghormati pandangan dan pendirian imam Abu Hanifah dalam masalah membaca qunut dalam solat Subuh.
Maksudnya apabila kita berada di tempat orang yang bermazhab Hanafi maka kita menghormati mazhab mereka dan solat di belakang imam mereka, dan begitulah seterusnya.
Ada di kalangan ulama yang berpendapat bahawa adalah lebih afdal orang bermazhab al-Syafie menjadi makmum kepada imam yang bermazhab al-Syafie dan sebaliknya bagi orang yang bermazhab yang lain.
Dr. Wahbah al-Zuhaili berpendapat, sah solat di belakang imam yang berselisih dalam masalah furuk fikah. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm:181 ).
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 10:24 AM | Show all posts
salam

saje je nak direnungkan bersama:
Lihat sahaja betapa hormatnya imam al-Syafie kepada imam Abu Hanifah. Perkara yang kedua imam al-Syafie menghormati pandangan dan pendirian imam Abu Hanifah dalam masalah membaca qunut dalam solat Subuh.
hormat saja kah????
allllaaaa org sekarang pun tunjuk rasa hormatnya kat depan sajeeeee

Maksudnya apabila kita berada di tempat orang yang bermazhab Hanafi maka kita menghormati mazhab mereka dan solat di belakang imam mereka, dan begitulah seterusnya.
Ada di kalangan ulama yang berpendapat bahawa adalah lebih afdal orang bermazhab al-Syafie menjadi makmum kepada imam yang bermazhab al-Syafie dan sebaliknya bagi orang yang bermazhab yang lain.

kalau lah IMAM MAHDI atau ISA turun
gamaknya pening kepala dia kot
yg mana dia nak kena ikut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 07:55 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 26-1-2008 11:04 PM


Terima kasih Pak kerana terus-terusan memberi peringatan pada warga Malingsia ini yang banyak melakukan bidaah sesat berqunut subuh itu. Agak-agaknya sudah ramai ya yang masuk neraka kerana m ...


Tolong jangan menghina negara dengan nama itu.

[ Last edited by  lazuardi_senja at 29-4-2008 07:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 04:51 PM | Show all posts
Di dalam mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab抋d dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 12:07 AM | Show all posts
panjang juga ye topik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 02:11 PM | Show all posts
tak sah la sembahyang kan...kalau tak baca qunut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 02:11 PM | Show all posts
kalau lupe pon kena buat sujud sahwi...betul ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by mira83 at 15-5-2008 02:11 PM
tak sah la sembahyang kan...kalau tak baca qunut?


baca dari awal kak, semua dah cerita dengan dalil dalil sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 07.03.2007 15:55


baca dari awal kak, semua dah cerita dengan dalil dalil sekali...



sowie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 06:22 PM | Show all posts
bacaan qunut adalah sunat...tetapi kalau dibaca adalah lebif afdal..terpulang pada diri sendiri dalam mencari pahala..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.071214 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list