CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nodiman

negara israel

[Copy link]
Post time 25-5-2008 01:27 AM | Show all posts

Reply #128 migdal_bavel's post

Migdal, aku rasa golongan cam dalam video tuh boleh berada dalam mane2 komuniti, Islam, kristian, yahudi, buddha, hindu, majusi...aku rasa ada saje golongan cam diorang kat mane-mane komuniti dalam dunia nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 02:05 AM | Show all posts
kenapa encik migdal tanak jawab soalan saya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 02:06 AM | Show all posts

Reply #130 Nazrulism's post

apa maksud ko ni?

sapa2 pun boleh jadi zionist, tak ada kene mengena dan tak semestinya untuk menjadi jahat itu mestilah seorang yg zionist

orang2 haredim dan hassidim ni memang kurang mesra dengan bukan yahudi

kehidupan mereka adalah laksana satu jemaah yg hidup dalam kehillah (komuniti) mereka sendiri...

di luar Israel (diaspora), mereka tidak ada masalah dgn orang2 lain sebab memang mereka hidup dalam komuniti sendiri yg agak asing daripada rakyat tempatan lain

mungkin ad terjadi kes2 tertentu seperti kes kehillah Crown Heights di Brooklyn,NY di mana mereka pernah ada krisis dgn orang2 kulit hitam amerika yg berdekatan di C"H selepas terjadi kemalangan antara budak yahudi hassidim akibat ketidaksengajaan seorang kulit hitam

yg penting, korang kene paham yg orang2 hassidim ni memang tak pedulikan langsung orang bukan yahudi dalam hidup mereka

mereka tidak tgk tv, tak mendengar televisyen, tidak menyertai mana2 online forum macam cari ni (kecuali forum2 yahudi), dilarang chatting dan berkomunikasi dgn dunia bukan yahudi yang mana boleh menjerumuskan mereka ke arah Chukat Akum (sunnah bukan yahudi) sebab, adalah haram mengikuti sunnah bukan yahudi menurut halachah atau syariah yahudi

dan mereka jarang membincangkan tentang bukan yahudi, agama2 lain dalam kehidupan mereka sebab bimbang akan jatuh kepada Chukat Akum.

Maksudnya, mereka agak ekstrim dalam menjauhi perkara2 yg boleh menyebabkan mereka terjerumus untuk melakukan perkara larangan...maka sebab itu mereka cuba mengasingkan diri daripada bukan yahudi sebaik mungkin yg boleh

akan tetapi, bila mereka pindah ke Israel, golongan2 haredim (di israel, yahudi hassidim dipanggil haredim) ni kebanyakannya tinggal di bandar2 atau daerah2 yg bertebaran di Tebing Barat (terutamanya Yerusalem) yg mana, adalah kawasan2 suci bagi umat Yahudi, Kristianiti dan Islam

maka, kehillah2 mereka ini (yang selalunya dipanggil oleh media tempatan malaysia sbg petempatan haram pendatang yahudi) memang berdekatan dgn kampung2 orang palestine

sebab itulah kalau kita melihat berita berkaitan konflik2 yg terjadi antara Yahudi-Arab Palestine (muslim+kristian) ini sebenarnya adalah lazim dan sering berlaku antara yahudi haredim dgn org2 arab palestin tersebut...

yahudi2 lain yg berada di wilayah2 Israel proper (bukan tebing barat dan semenanjung gaza) tak ada masalah dgn arab2 israel (muslim+kristian) sebab mereka memang saling hormat menghormati antara satu sama lain

mentaliti orang palestine ialah membenci mana2 yahudi tak kiralah yg orthodox atau tidak, mereka akan membuat serangan2 [mcm serangan ke atas bas sekolah yeshiva yg membunuh beberapa pelajar2 lelaki yeshiva (maahad yahudi) pd tahun ini ] bg menghalau org yahudi drpd tebing barat dan gaza

manakala orang2 yahudi haredim yg agak kurang mesra dgn bukan yahudi sudah tentulah bertindak balas

ariel sharon mendapat balasannya kini adalah disebabkan dosanya dalam mengeluarkan yahudi2 haredim daripada semenanjung gaza terutamanya di kehillah gush katif, netzarim, kfar darom, elei sinai dan lain2

golongan2 yahudi haredim ini telah menyumpah sharon dengan sumpahan pulsa denura (sejenis sumpahan ilmu kabbalah) yg turun temurun dikenakan terhadap musuh2 dan pengkhianat yahudi termasuklah hitler dan yitzhak rabin (sebab memeterai perjanjian utk memberikan tebing barat dan gaza kepada org2 palestine)

dan jangan terkejut sebab yahudi2 haredim yg dihalau keluar daripada semenanjung gaza itu adalah yahudi jemaah satmar, yakni yg bersekutu dgn jemaah naturei karta dalam menentang zionism

walaupun satmar menentang zionism, tak bermaksud mereka bersimpati dgn orang palestine...

mereka hanya menentang ideologi zionism (bukan menentang yahudi zionists) dan tidak bersependapat dgn golongan haredim yg lain yg menganggap zionism boleh diubah dari dalam agar konsep nasionalism-sekularism itu dikembalikan roh keagamaan yg selaras dgn halachah

hanya naturei karta yg agak bersimpati dgn orang2 palestine sbb mereka tidak tinggal di israel atau wilayah2 tebing barat dan gaza

naturei karta adalah jemaah yg kecil dan tidak patut mewakili golongan hassidim dan haredim sebagai golongan penentang zionism sebab majoriti haredim dan hassidim kini telahpun menerima israel dan zionism dengan interpretasi2 yg berbeza-beza dalam memberi status terhadap ideologi zionism ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 02:07 AM | Show all posts

Reply #132 thessailly's post

ak akan jawab tapi bukan sekarang...maafkan ak erk
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 02:15 AM | Show all posts

Reply #131 rurouni_khairul's post

betul, tapi ak rasa budak tu muda lagi...tak patut dijadikan sandaran sebagai pewakil haredim sebaga golongan yg memaki hamun orang lain

ak sendiripun tak betul lagi, malah pernah juga mencarut...

semoga Allah mengampunkan dosa kita
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 02:17 AM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 25-5-2008 02:07 AM
ak akan jawab tapi bukan sekarang...maafkan ak erk


kenapa?
  adakah sebab kamu tidak tahu bagaimana nak menjawab? konsep keadilan tuhan ini masih blurr bagi kamu?
  adakah sebab kamu tunggu masa yang sesuai? bila?
  adakah kamu risau rahsia kamu pecah?
  adakah kerana kamu perlu jaga kepentingan kamu?
  adakah kerana kamu tahu jawapan tetapi tidak mahu menjawab kerana bimbang "muka" sebenar kamu terdedah?

banyak konspirasi berlaku hari ini melibatkan golongan yahudi...jadi, ini adalah sebagai langkah berjaga2. (penting ni)

apapun, aku hanya akan rasa kamu benar2 seorang yang baik bila kamu boleh jawab soalan ini dengan jelas dan tanpa berselindung.

[ Last edited by  thessailly at 25-5-2008 02:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2008 09:34 AM | Show all posts

Reply #128 migdal_bavel's post

tapi aku tengok budak tub pegang botol arak.... memang sah lah mabuk......
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 25-5-2008 02:06 AM
apa maksud ko ni?

sapa2 pun boleh jadi zionist, tak ada kene mengena dan tak semestinya untuk menjadi jahat itu mestilah seorang yg zionist

orang2 haredim dan hassidim ni memang kurang mesr ...


heks migdal.. Kamu tanya maksud aku.. tapi panjang pulak post kamu !

Maksud aku.. kalau orthodox (pengikut asal judaism) boleh berkelakuan tidak elok.. apatah lagi golongan yang mengamalkan zionism yang terang-terang ada panduan (menyebelahi yahudi) bagaimana untuk bertindak terhadap bukan-yahudi.

err.. soalan aku terdahulu;


Originally posted by migdal_bavel at 12-5-2008 04:49 AM
yahudi orthodox tu sebenarnya pengikut Judaism yang asal, yakni sebelum kemunculan mazhab reformation,liberalization...

sebelum tu, semua Yahudi mengikut agama asal, tetapi setelah kemunculan mazhab2 yang hanya menerima sesetengah syariat dan tidak mewajibkan syariat yang lain (macam Islam liberal, Sister in Islam, Islam Hadhari), maka penganut2 yang asal, yang tidak menjadi liberal atau reformed ni digelar orthodox

...


Adakah yahudi orthodox ni sebagai majoriti atau hanya minoriti ?

[ Last edited by  Nazrulism at 25-5-2008 12:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #136 thessailly's post

beginikah orang islam? sesuka hati ingin mengandai-ngandaikan orang ini baik dan orang ini jahat hanya bila dia dpt mendapat jawapan soalan yg ditanya...

tahu tak ko bahawa prasangka (ijtanibu kathiirum minaz zonni-jauhilah kamu daripada banyak berperasangka) itu adalah dilarang dalam islam?atau orang islam memang tak ikut pun ajaran islam?

ak tak menjawab lagi soalan tu sebab itu berkaitan dgn agama, dan ak mesti beri jawapan yg sesuai...dan skrg ak agak berkekangan masa utk menjawab soalan tu

ini thread israel maka lebih baik mendahulukan permasalahan yg berkaitan dgn israel supaya tidak meleret2 lagi tentang pengklasifikasian yahudi zionist dan orthodox dan juga tidak terjadi lagi beza membeza antara golongan yahudi..

soal keadilan Allah, ko sendiri pun tak mampu menjawab sama ada org2 yahudi dan bukan muslim yg lain masuk syurga atau tidak jikalau mereka itu tidak pernah mendengar sedikitpun pasal islam

hanya tarabas yg tolong jawabkan...sebab ko sedikitpun tidak kesah dgn soalan ak tu

ko ingin membanding2kan konspirasi2 yg manusia tuduhkan dan fitnahkan yahudi sebagai batu asas utk menyatakan ketidakadilan Allah dalam agama Judaism

ko jelas membuka pekung di dada sendiri bahawa ko memang bencikan yahudi...kalau ko adalah seorang yang bencikan yahudi, nyatakanlah dgn jelas...tak perlu nk tunggu ak jawab soalan ko

sesuka hati betul ko ni nak cakap ak ni baik atau jahat...ap ko ingat ko adalah Allah yg menjadi Hakim Maha Adil di Yom Hadin kelak untuk klasifikasikan orang ini baik, orang ini jahat...

soal konspirasi2 tu, ak tak tahu menahu...ak hanya seroang remaja yahudi yg biasa, bukannya agen mossad atau ahli pertubuhan zionism

hanya korang yg sibuk2 nk cakap itu agenda yahudi, ini agenda yahudi, tiba2 nk persoalkan keadilan Allah dalam pemahaman yahudi? apa kaitannya? korang sibukkan diri dalam fitnah2 terhadap yahudi tiba2 nak orang yahudi yg jawabkan...mana kitorang tahu

org2 melayu muslim murtad pun yahudi dan kristian yg salah

ayat yg mengatakan fitnah itu lebih besar drpd membunuh buang dlm tong sampah ker?

ini ada sedikit perkaitan dgn soalan ko..pergi ke post #105 http://forum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=350406&;extra=page%3D1&page=5 yg menyatakan bahawa orang2 bukan yahudi yg menyembah dan mengesakan Allah tidak akan diseksapun di akhirat kelak sebab mereka tidak bertanggung jawab

berlainan dgn islam, yg menghukum manusia tanpa mengira kaum dan bangsa, asalkan dgn menjadi kafir, itu sudah tentu akan masuk neraka

dan yahudi sendiripun akan masuk  neraka huthomah

jawablah, di manakah keadilan Allah yg Islam letak kalau yahudi yg hanya tak menerima muhammad, tapi tetap diseksa dlm api neraka buat selama-lamanya biarpun mereka pagi, petang dan malam bersolat memuji dan berzikir Allah?

ak jelas nyatakan di sini, ak sudah muak dan jelik dgn orang yg berperasangka mcm ko...no wonder my mom who used t convert to islam has reverted back to judaism

islam itu, pada pandangan ak hanyalah agama yg penuh dgn retorik semata-mata, tapi kalau nk tgk praktikalitinya dalam kalangan muslim, semuanya bertentangan

kononlah setiap orang bergantung pada kesalahannya sendiri, tiada sesiapa yg akan bertanggung jawab terhadap dosa orang lain tapi dlm kes kaum yahudi, para leluhur kami yg menyembah berhala serta membunuh nabi2 ribuan tahun yg lalu dikatakan adalah berdosa, smp kinipun berdosa anak2 keturunan mereka

ini kan bercanggah? mana keadilan Allah di sisi Islam terhadap kaum Yahudi?

kalau ko teruskan nada ko yg sangat berperasangka tu, jangan haraplah yahudi dan kristian hatta orang lain yg membaca di forum ini akan berminat terhadap Islam

buat apa nk menganut ajaran yg umatnya sendiri pun tak pandai nak praktikkan?

[ Last edited by  migdal_bavel at 25-5-2008 01:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #138 Nazrulism's post

di israel, semua adalah pengikut kepada judaism yg penuh (tiada tolak2 halachah)

sebab itu yahudi orthodox di israel dipanggil haredim, tiada sesiapa yg dipanggil orthodox di israel sebab semuanya mengikut judaism yg asal

haredim itu menunjukkan kaum yahudi yg berjemaah

seluruh yahudi di israel terpahat pada beth din (mahkamah syariah) yg mewajibkan mereka mengikut halachah dan para rabbi

berlainan dgn amerika dan eropah, di mana mazhab liberal dan reform diwujudkan, maka sebab itulah terdapat gelaran orthodox kepada yahudi2 yg mengikut halachah yg penuh

tapi, kaum yahudi yg menerima judaism yg penuh halachanya lebih gemar jika mereka dipanggil dgn panggilan hassidim sebab itu lebih tepat...yg membezakan dgn yahudi lain ialah mereka adalah yahudi yg berjemaah yg hidup dalam komuniti tersendiri

sebab mereka tak ada beth din, maka mereka terpaksa hidup dalam pimpinan komuniti sendiri utk menjaga halachah mereka

sedangkan israel adalah negara yahudi, maka zionism telah meletakkan para rabbi dalam permasalah2 keagamaan yahudi dan setiap rakyat yahudi yg beragama yahudi adalah tertakluk kepada mereka di bawah institusi Beit Din

yahudi2 liberal dan reform adalah yahudi yg menganggap sesetengah syariat sbg susah hndk diaplikasikan, maka mereka hanya menganggap tanggung jawab2 itu sbg sunnah, iaitu digalakkan utk dibuat...jika ditinggalkan, tidak apa sebab dunia sudah berubah maka sesetengah mitzvah/suruhan boleh diamalkan mengikut kemampuan dan keadaan.

dengan kata lain mereka memberi kelonggaran atau rukhsah utk mengikut halachah dalam darjah2 yg tertentu mengikut kemampuan masing2

yahudi liberal dan reform malah memandang tinggi mana2 yahudi yg ikhlas memakai tudung, memakai kippah sepanjang masa, menghormati shabbat dgn sepenuhnya, memakan makanan kosher [bg yahudi liberal, asalkan bnd2 itu tidak berasaskan babi, makanan laut dan bnatang2 haram yg lain, maka makanan tersebut halal biarpun tidak disembelih mengikut syarat2 sah shachita (law of slaughtering) ] dan mitzvah2 yg agak sukar diamalkan pada zaman mutakhir ini

utk menjawab soalan kamu, separuh yahudi di muka bumi adalah rakyat israel manakala separuh lagi adalah di amerika dan serata dunia

hanya di amerika mazhab liberal dan reform berkembang dgn pesat...tapi jumlah yahudi orthodox di amerika adalah 30%..

oleh itu, keseluruhan yahudi adalah penganut asal judaism (kami kurang selesa dgn panggilan orthodox, dan gelaran itu hanya utk memberi penerangan kpd dunia luar dlm membezakan yahudi liberal dgn yahudi yg mengikut ajaran judaism keseluruhannya)

[ Last edited by  migdal_bavel at 25-5-2008 12:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #137 HangPC2's post

kalau dia mabuk, maka sudah tentulah dia tak bersalah sebab dia tak sedar akan  ap yg diucapkannya

judaism hanya makruhkan minum arak, malah wine adalah minuman suci dalam sesetengah perayaan

ini bukan ajaran islam yer
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:12 PM | Show all posts

Reply #140 migdal_bavel's post

Jadi majoriti di Israel adalah orthodox (heredim-jika kamu senang dengan istilah ini) yang taat pada halachah dan rabbi dan seperti post kamu dulu, halachah ini juga telah diserapi dengan pengaruh zionism dalam program Yerushalayim terutama selepas tahun 1967-1968. diantaranya:

Di mana sahaja kamu (hai sekalian Israel) datang, kamulah akan menjadi raja-raja (Sanhedrin:104)

Tanah orang bukan Yahudi adalah milik orang Yahudi yang pertama sekali patut menggunakannya (Bava Batra:54)

Harta benda umat bukan Yahudi adalah laksana padang pasir yang tidak bermilik, dan setiap Yahudi yang merampasnya, bererti dia telahpun memilikinya (Bahagian 4:3:54)

Dan sebagai seorang Manusia..aku amat tersentuh dengan petikan ini;

Setiap Yahudi berhak menggunakan kebohongan dan sumpah palsu atau apa cara sekalipun untuk membawa musuhnya (bukan Yahudi) ke lembah kejatuhan (Bava Kama:113)

[ Last edited by  Nazrulism at 25-5-2008 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:22 PM | Show all posts

Reply #139 migdal_bavel's post

Bila ada respond yang tidak kamu senangi.. Terus kamu kata "Beginikah Islam" tapi bila ditunjukkan perlakuan askar israel @ contoh dari video diatas.. cepat-cepat kamu kata itu bukan judaism, itu bukan menggambarkan keseluruhan yahudi.

KENAPA ??????????
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:26 PM | Show all posts

Reply #142 Nazrulism's post

bukan, majoriti di israel adalah penganut judaism yg sempurna, tidak kiralah mereka adalah golongan haredim atau bukan...

haredim dan hasidim itu menunjukkan yahudi yg hidup berjemaah dalam komuniti tersendiri, dan dipimpin oleh ketua2 masing menigkut dinasti2 tertentu

haredim=di israel

hassidim=di luar israel

ayat2 itu sudah wujud lebih dahulu daripada zionism

itu ayat2 dlm talmud

memang betul zionism banyak mempengaruhi judaism sebab itu kami anggap ia sebagai roh tajdid kepada judaism

ini adalah era yg baru untuk judaism sbb negara israel telah wujud semula setelah 2000 tahun dahulu

maka sudah tentulah tafsiran2 keagamaan berpandukan pada zionism

dan sumber2 ilmu yahudi keseluruhannya adalah dipegang oleh institut merkaz ruchani (markas rohani) di israel yg mana, silibus2 itu diedarkan ke seluruh komuniti yahudi sedunia..

Merkaz Ruchani (MiZRaCH"I) dipimpin oleh para rabbi yg muktabar yg arif lagi menyokong kuat pentajdidan judaism oleh zionism

sebab itulah sering ak tekankan yg zionism ini sudah tidak boleh dipisahkan lagi dgn judaism
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:32 PM | Show all posts

Reply #143 Nazrulism's post

ak wujudkan persoalan di atas supaya korang kembali tunjukkan ajaran islam sebenar

ak cepat2 terangkan keadaan sebenar supaya judaism tidak terfitnah oleh perkara2 tersebut kepada dunia luar

tapi kalau nazrulism sedar akan soalan ak( beginikah islam?) itu, ak sangat berbesar hati dan ak harap ko dapat terangkan kembali bagaimanakah islam yg sebenar..

bukannya mcm orang lain, yg tidak pedulipun maruah islam tu, asalkan mereka dpt menghina yahudi, mereka sanggup tunjukkan perkara2 yg bertentangan dgn islam

yg mana, menyebabkan mereka menjadi fitnah terhadap islam itu sendiri

bila ad org2 bukan islam yg fobia dgn islam, maka yahudi dan kristianlah sebagai dalangnya

tapi lihatlah org2 seperti thessaily...dia terang2 berperasangka buruk terhadap yahudi

minta maaflah kalau ak ckp ak  memang x berminat dgn islam..ini adalah pernyataan peribadi

ak berlindung diri daripada ia sbb ak dah serik dgn ahli keluarga ak yg tertipu dgn islam

thessaily bukanlah org2 yg seperti rurouni khairul cakapkan, iaitu golongan2 fanatik agama

rmi forumner di sini adalah golongan muslim yg biasa

tp melihatkan kebencian dan prasangka mereka (org2 muslim yg biasa dan sederhana ini) terhadap yahudi, ak kurang yakin bahawa islam itu menghormati yahudi

org2 biasa pun macam ini, apatah lagi yg fanatik?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #145 migdal_bavel's post

Keluarga kamu bukan tertipu dengan Islam.. kerana Islam bukan berasaskan penipuan ataupun kebangsaan. Mungkin keluarga kamu dah terbiasa dengan anggapan yahudi itu yang terbaik (dalam judaism) tapi dalam Islam, manusia itu sama rata, yang membezakan mereka disisi Allah adalah amalan dan taqwa mereka.
   Orang muslim ditegah berbohong apatah lagi yang berkaitan dengan Agama, kerana itu mereka kadang-kadang terpaksa bercakap perkara yang kedengaran pahit bagi umat lain. Fanatik (istilah) atau tidak bukan persoalan disini, tanpa fanatik dan keyakinan yang tinggi.. seseorang akan menganggap semua kepercayaan adalah sama (liberalism) hanya untuk tujuan kebaikan didunia. Sedangkan Islam melampaui batas itu.

Kerana Islam itu;
Menyerah kepada Tuhan yang Maha Esa.
Menerima kehendakNya.
Patuh kepada hukumNya (peraturan)
Keiklasan yang total.
Ketenangan minda, hati dan rohani.

Surah Al-imran ayat 19;

Sesungguhnya ugama disisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang yang diberikan kitab itu tidak berselisih melainkan satelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

[ Last edited by  Nazrulism at 25-5-2008 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 02:47 PM | Show all posts
migdal,sori to ask...u said dat your mum pernah convert to Islam,rite?then come back to Judaism...does she convert to Islam by marriage or on herself decision?She musthad a bad experiences as a converted muslim women kn?happen on my friend who convert to Islam by marriage then turn back to her old religion when she get divorced byher ex hubby...she tell us dat she can't live in muslim life...as her friend,we alwaystold her to keep patience.Then,after for a long time didn't saw her,kita dpt tau from my other friend that our friend is divorced and most sadly is,she return back to her previous religion...after that,kita tak penah dgr apa2 cite ttg dia lagi...

hmm....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 03:12 PM | Show all posts

Reply #146 Nazrulism's post

ak minta maaf kepada muslimin sbb kekasaran ak di atas

tp memang akanku layan dgn buruk terhadap org2 yg melayan ak dgn buruk

itu adalah menurut qisas di dlm taurat yg mana, mata dibalas mata, mulut dibalas mulut, luka dibalas luka etc

kpd saudara2 forumner muslim yg lain, ak tidak ad masalah dan ak gemar bersahabat dgn mereka...

kamu org2 muslim patutlah ikut sunnah muhammad yg kononnya melayani seorng jiran perempuan yahudi dengan baik walaupun dia dianiaya dan dihina oleh perempuan yahudi tersebut

janganlah pulak kamu sendiri yg mulakan permusuhan dgn  mana2 org yahudi yg tidak sedikitpun menunjukkan permusuhan terhadap islam pada mulanya, sebab hal ini sudahlah tidak menuruti ajaran islam, malah melakukan yg 100% bertentangan pula seperti yg disirahkan para ulama muslim

bukan semua org akan tertarik terhadap ajaran yg penuh kebaikan tp sedikitpun tidak dpt dipraktikkan kebanyakan umatnya (malah yg asas seperti menghormati org lainpun ramai yg x dapat praktikkan)

mmg ada yahudi yg tak praktikkan agama yahudi tp agama yahudi mmg bukan agama utk didakwahkan

tp bg islam yg mendakwa ia adalah agama sejahtera yg sesuai utk sejagat,syumul dan sepanjang zaman...maka patutlah menunjukkan qudwah hasanah yg baik terhadap bukan islam jika mahukan mereka berminat utk pelajari islam

ak bersimpati terhadap org2 yg memeluk islam atas dasar kemurnian islam itu sendiri, bukanlah atas dasar yg ditunjukkan oleh muslimin itu

mereka yg sudah lama memeluk pun sebegitu dahsyat akhlaknya dan kecanggahannya dalam mempraktikkan kesyumulan islam dlm segenap perkara, bagaimana yg baru menganut ajaran tersebut?yg imannya terhadap ajaran tersebut masih lemah?

sbb itulah menurut pemahaman peribadi ak, ak mmg tak bersetuju utk menilai sesuatu agama berdasarkan teori semata-mata

jika ingin tonjolkan sesuatu agama itu lengkap keseluruhannya, kesemuanya berdasarkan moral yg sepadu dan sesuai sepanjang zaman, tapi dr segi praktikaliti dan rasionalnya sifar malah peribadi kebanyakan penganutnya sendiri adalah bercanggahan dgn doktrin agama tersebut, mana-mana manusia pun boleh wujudkan agama sebegitu

bagilah apa2 nama utk agama sebegini, dan tulislah setiap nilai murni yg diterapkan sbg tunjang ajaran tersebut, tp belum pasti pengikutnya boleh mengamalkan seratus peratus

sbb agama adalah yg apa2 diturunkan dr Tuhan sebenarnya dlm menjaga kehidupan manusia ini, dan segala nilai2 itu adalah bergantung kpd definisi yg Tuhan sendiri berikan, bukannya manusia

ini berkaitan dgn iman..dan iman ini dirasai oleh org yg menganut ajaran itu sendiri

ak tak tahu sama ad kamu benar2 merasai nikmat iman kamu, ataupun kamu sendiri berasa kosong dlm jiwa kamu

tp ak secara peribadi yakin dgn kepercayaan yg kukuh bahawa keimanan ak terhadap Allah dan segala ap2 yg diturunkan-Nya itu adalah benar dan patut diamalkan sbg Orach Chayim (Marhalah atau Jalan Kehidupan)
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 03:58 PM | Show all posts

Reply #148 migdal_bavel's post

Islam juga mengajar:

BALASLAH YANG SERUPA, TETAPI MEMAFKAN ADALAH LEBIH BAIK !
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 04:53 PM | Show all posts
Jadi org bukan yahudi tidak ada jalanlah utk mengenal tuhannya?Sebab agama Judaisme hanya ekslusif utk bangsa yahudi.Jadi bagaimana pula berbillion2 manusia yg bukan yahudi ini mahu jadikan panduan utk berkehidupan,utk cara hidupnya?Adakah semata2 mengikut hukum akal atau nafsu nafsi spt haiwan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067715 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list