|
Saya org Tanjung Gading (Laut). Sejarah Muar ni memang lama sejarahnya yek.
Saya rasa perubahan terbaru yg paling bermakna kt Muar ialah pembukaan jambatan kedua Muar.
Kalau hari cuti, gamaknye jem tak ingat. Nak ke bandar le makan masa 1-2 jam untuk jarak 3km.
Korang perasan tak tebing sungai kt tanjung emas tu dah mula runtuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #123 jamalnsx\ catat
tebing tu dah bape kali dah runtuh n tambak balik |
|
|
|
|
|
|
|
dah dkt 2bln x blk muar...
insya'allah cuti awal bln dpn nak blk tgk n bersihkan kubur arwah orgtua ngan kubur abg aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #125 ntahler\ catat
balik jgn tak balik... jgn jadik tanggang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 23-4-2009 16:56
balik jgn tak balik... jgn jadik tanggang
keja kat seberang la. blk jb sbtu mlm br smp rumah, ahad ptg dah kena blk batam lg.. awal bln dpn cuti rotation 1week. sempat lah blk kejap jenguk kubur2 diorang. dah xde sape yg duk umah pusaka tu, adik2 pun dah xduk kpg..tinggal makcik ngan sepupu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #127 ntahler\ catat
oooo kije jauh... takper ler kalo camtu.. janji ingatan pade muor tetap kekal... |
|
|
|
|
|
|
|
The glory days of Muar State Railway Datuk Abdul Rahim Bin Ramli BACKin the late 1800s, Maharaja Abu Bakar encouraged the migration ofsettlers from Java and other districts to Muar. The choice area wasPadang, an area that extended from the town to Parit Jawa. The settlers-- a mix of Malays and Javanese -- were a hardworking agriculturalpopulation, cultivating coconuts, areca nuts, tapioca, fruits andvegetables and later rubber. Those who settled by the sea becamefishermen.
| The Muar State Railway was a transport monopoly and a profitable enterprise during its heyday. | | A Muar State Railway locomotive is preserved at Dataran Tanjung Emas to serve as a reminder of its glory days. | The primary mode of transport forcarrying their produce then was waterborne, using the many canals whichthey had dug for drainage purposes.
Small jetties wereconstructed at the coastal areas of Parit Jawa and Parit Bakar as thesettlers wanted to have a more efficient means of transport to the portof Muar.
Maharaja Abu Bakar, who desired to make Muar a showpiece of his administration, had later introduced a light railway to Padang.
The railway was a continuation of his ambition of having a wooden railway in Johor Baru that unfortunately did not take off.
In1888, he appointed the firm of Paterson and Simons of Singapore, underthe supervision of Public Works and Survey director Walter F. Garland,to construct a light railway of 76cm gauge between Bandar Maharani andPadang.
After a few months, the contract was however withdrawn due to unsatisfactory work performance.
In 1889, the government took over the project and awarded the contract to Messrs Swan and Maclaren.
Malayand Javanese labourers were hired for the rail construction. The tracksspanning a distance of 8km to Parit Bakar were completed in 1890. Therails were imported from Jones, Burton & Co, London.
The first locomotive was imported from the United States.
Originally,the railway consisted of seven goods wagon, two covered wagons and twopassenger wagons. Maximum speed was 20km per hour.
The railwaywas known as Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railway). Itssuperintendent was J.C. Campbell, a former manager of SelangorGovernment Railway.
There were two station masters, one in Bandar Maharani and the other in Parit Jawa.
Theforeman and fitter were expatriates. The other 16 workers wererecruited from among the Malays and Javanese. Notable among them wasIsmail Bachuk, the assistant superintendent and manager who went on tobecome the commissioner of police and later the state secretary.
In 1913, the railway line was extended by 5km to Parit Jawa, and a further 6km to Sungei Pulai in 1914.
Theterminal and workshop at Bandar Maharani was at Tangga Batu, with fourmain stations at Parit Bakar, Parit Jawa, Parit Pechah and SungeiPulai, and eight temporary stations along the way.
It had fiveservices daily between Bandar Maharani-Sungei Pulai-Bandar Maharani.Three locomotives were used between 1890 and 1915.
In 1912, anew locomotive from Munalet Engine Works London was acquired forpassenger coaches, which consisted of one saloon-class, two-secondclass and four third-class coaches. A notable feature of the servicewas free transport for students at the Government English School.
TheMuar State Railway was a transport monopoly and was a profitableventure. Revenue in 1911 was $42,000 and increased to $100,000 in 1916.Business was so good, there was a proposal in 1916 to acquire twoAmerican locomotives and extend the lines to Batu Pahat.
However,the plan was overambitious. The area after Parit Jawa was soft peat androck fill from nearby Bukit Mor had no effect on the soil. It provedcostly and was stopped in 1917. The drains along the tracks were notmaintained properly, causing the flooding of smallholdings. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
Timber bridges were not repaired due to the high cost of timber.Mechanical maintenance was negligible as staff had no training althoughthey had the experience. Level crossings in the town were lacking. Aproposal to shift the main terminal to Jalan Arab fell through. Welfareof workers including accommodation was not looked into. All these andthe slowness of the train which stopped at all stations did not augurwell for the railway.
Another significant factor affecting the railway was the decline in the price of rubber in the middle of 1918.
Thefinal blow was the extension of Jalan Abdul Rahman -- a coastal roadparallel to the railway from Bandar Maharani to Parit Jawa -- in 1918.Farmers preferred to use it as it saves time and was more convenient.The monopoly of Muar State Railway was finally broken and in 1921, therailway ceased operations.
The railway tracks were removed andreplaced with a road known as Jalan Temenggong Ahmad, named after thestate commissioner of Muar from 1929 to 1936.
A locomotive of the Muar State Railway now stands at Dataran Tanjung Emas as a reminder of its glory days. |
|
|
|
|
|
|
|
balik muor jom pekena mee rebus lawankan ngan sate...peh sarapan pagi orang muor berat2 beb..tempat lain takde sarapan pagi camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan Salasilah Muar
Sekadar nak share....sekian terima kasih
TERJEMAHAN SALASILAH MUAR
( Pada 3 Februari
tahun 1906 disalin ini )
“ Fasal Pada Menyatakan Keterangan Raja-Raja Temenggong Di dalam Negeri Muar ”
Makaadalah keturunannya itu mula-mulanya daripada seorang kaum Hashim yangbernama Sayyid Idrus yang turun dari Hadramaut ke negeri Achehtempatnya bernama Kampung Pasir hingga beberapa tahun tinggal di sanamaka diambil oleh Sultan Acheh dijadikan menantunya, beristerilah iadengan kebangsinya anak Sultan Acheh itu. Tidak beberapa lama antaranyahamillah isterinya itu hingga berputera akan seorang anak laki-lakidinamakan ayahandanya Sayyid Zainal Abidin. Maka apakala besarlahSayyid Zainal Abidin itu lalu bermohon kepada ayahandanya hendak pergike Tanah Johor Lama dan diperkenankan oleh ayahandanya permintaannyaitu lalu pergi ke Johor Lama. Maka sampailah ia dengan selamatnya.Tidak beberapa lama antaranya diambillah oleh Al-Marhum Kota Tinggidikahwinkan dengan kebangsinya.
Makadengan tiada berapa lamanya hamillah isterinya itu. Apakala sampainasabnya lalu berputeralah ia seorang anak laki-laki dinamakanayahandanya Maharaja Seri Diraja maka apakala besarlah Maharaja SeriDiraja itu lalu dikahwinkan oleh ayahandanya di dalam negeri Johor Lamahingga beberapa tahun lamanya tiadalah ia mengadakan putera. Maka padasatu malam bermimpilah Maharaja Seri Diraja itu datang seorang tuamenyatakan katanya jika engkau hendak beristeri pergilah engkau keNegeri Muar dan ambillah tunangnya orang hendak berkahwin di sana buatisteri supaya engkau mendapat anak.
Danapakala habis perkataan orang tua itu maka terkejutlah ia lalu bangundaripada peraduannya langsung pergi mengadap nendanya Al-Marhum KotaTinggi. Maka apakala sampai ke istana nendanya itu ditegurlah nendanya,katanya, “Ya cucuku apakah halnya maka mengadap nenda pagi-pagi ini?”Maka oleh Maharaja Seri Diraja segeralah menyahut pertanyaan nendanyalalu menyembahkan segala hal yang telah dimimpikannya itu. Setelahdidengar oleh nendanya akan hal mimpinya itu lalu ia bertitah katanya,“baiklah segeralah ya cucuku pergi ke Negeri Muar mudah-mudahandikabulkan Allah akan bagaimana mimpimu itu.”
Setelahbertitah Al-Marhum itu segala orang-orang negeri pun bersiaplah segalaalatan pelayaran itu akan membawa Maharaja Seri Diraja ke Negeri Muar.Setelah genaplah waktunya pada saat yang sempurna lalu belayarlahMaharaja Seri Diraja menuju ke Negeri Muar itu lalu kedengaranbunyi-bunyian permainan orang hendak kahwin maka ditujunyalah ke situ.Didapatinya di Kampung Orang Kaya Darma di Muar.
Apakalasampai ia berjumpa dengan seorang tua maka bertanyalah ia, katanya,“Apakah sebab bermainan segala bunyi-bunyian di sini? Siapakah yanghendak berkahwin?” Disahut oleh orang tua itu, “iaitulah anak OrangKaya Darma yang perempuan hendak kahwin.” Maka Maharaja Seri Diraja punmenuju ke pengkalan Orang Kaya itu serta didapatinya ramai orang-orangperempuan yang ada di jambatan pengkalan itu. Tetapi apakala dilihatoleh segala perempuan akan perahu datang menuju ke pengkalan itu lalularilah segala perempuan itu. Hanyalah yang tinggal seorang perempuananak Orang Kaya Darma yang hendak kahwin itu. Maka dihampirinya,katanya, “Siapa yang hendak kahwin di sini?”. Lalu dijawabnya olehbudak perempuan itu, “hambala!!"
Apakaladidengar oleh Maharaja Seri Diraja akan perkataan budak perempuan itumaka ia pun mencabut cincin daripada jarinya dimasukkannya kepada jaribudak perempuan itu. Seraya katanya, “Pergilah engkau balik kepadabapamu, tunjukkan cincinku ini dan khabarkan kepadanya aku hendakkahwin dengan engkau dan aku minta bapamu menghantarkan engkau ke Johordi dalam tempuh tujuh hari. Aku tahu ada sampai, serta bawalah sekalitunangmu itu.” Setelah habis ia berkata-kata dengan budak perempuan itu maka ia pun belayarlah balik ke Johor.
Al-kisah tersebutlah perkataan orang-orang yang meninggalkan budak perempuan itu di pengkalan, katanya, “Ada perahu perompak datang. Itulah hamba sekelian lari dan budak perempuan tinggal itu tentulah dibawa perompak lari.” Makamenangislah segala orang-orang yang ada di situ oleh sangkaannya budakperempuan itu dibawa perompak lari. Apatah lagi bapanya seakan pengsanrupanya. Tengah-tengah orang bertangis-tangisan itu budak perempuan itupun baliklah ke rumah dengan sendirinya lalulah masing-masing bertukarduka menjadi suka, lalu masing-masing bertanya siapakah yang datangtadi dan Orang Kaya Darma laki isteri pun datang mendapatkan anaknyasambil bertanya, maka budak perempuan itu menjawab pertanyaan bapanya.Katanya, “Yang datang tadi itu Maharaja Seri Diraja dari Johor,inilah cincin diberinya hamba dan ia ada berpesan kepada hamba memintaayahanda membawakan hamba ke Johor di dalam tempuh tujuh hari inikerana ia hendak kahwin dengan hamba dan disuruh membawa tunangan hambaitu sekali.”
Setelahdidengar oleh Orang Kaya Darma akan perkataan anaknya itu takjublahfikirannya lalu bertangis-tangisan semula. Setelah sudahbertangis-tangisan itu lalu berkata Orang Kaya Darma besok mulalahbersiap sekali sekoci kerana hendak belayar ke Johor membawakan anaknyakerana hendak dikahwinkan dengan Maharaja Seri Diraja. Setelah siapsegala alatan pelayaran dan perbekalan itu maka waktu yang baik lalubelayarlah Orang Kaya Darma itu menuju ke Johor. Tahap beberapa lamaantaranya sampailah ia ke Johor lalu mengadap Al-Marhum Kota Tinggimenyembahkan segala hal yang jadi itu. Setelah habis perkataan OrangKaya itu lalu bertitah Al-Marhum itu, “Baiklah segera kita kahwinkan anakmu dengan Maharaja Seri Diraja dan tunangnya itu aku beri cap bebas di dalam jajahan aku.”Tiada beberapa hari antaranya orang-orang pun mulalah meletakkan kerjakahwin, maka pada waktu yang baik dan hari yang baik dikahwinkan olehAl-Marhum dan Orang Kaya Darma akan Maharaja Seri Diraja dengan anakOrang Kaya itu.
Dengantiada beberapa bulan lamanya dengan qudrat Tuhan hamillah isterinyaitu. Setelah sampai nisabnya, zahirlah seorang anak laki-laki dinamakanayahandanya Dato’ Engku Pasir Diraja, kemudian daripada itu mendapatanak pula seorang laki-laki juga dinamakan Bendahara Padang Saujana dankemudian hamillah pula serta mendapat anak perempuan dinamakan MarhumBakal. Setelah besarlah ketiga putera itu maka Marhum Bakal itu diambiloleh Al-Marhum Kota Tinggi dijadikan isteri serta titahnya kepada Dato’Pasir Diraja serta Bendahara Padang Saujana, “Ambillah olehmu akan Negeri Muar akan jadi ianya mas kahwin bagi saudaramu dengan tiada boleh direstu oleh siapa-siapa jua.”
Shahadansetelah beberapa tahun lamanya Al-Marhum Kota Tinggi itu bersama-samaMarhum Bakal itu dapatlah seorang putera laki-laki. Ada kira-kira cepatberlalu puteranya itu maka Al-Marhum Kota Tinggi itupun mangkatlahpula. Dan kerajaannya dipangku oleh Dato’ Pasir Diraja hingga beberapatahun lamanya. Kemudian mangkatlah pula anakanda Al-Marhum itu di atasjulangan ditikam dengan oleh hulubalangnya yang bernama Megat Seri Ramamenderhaka.
SIGNATURE ........................................................................................................
RahsiaPercuma.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemudianmaka alam Negeri Johor pun gaduhlah kerana tiada siapa yang hendakdigantikan kerajaan ayahandanya. Hatta maka bermuafakatlah segalaraja,raja, menteri, hulubalang, rakyat sekeliannya merajakan Dato’Pasir Diraja di alam Johor, maka titahnya, “Tiada sekali-kali beta mahu kerana seolah-olah beta menyukakan anak beta mati,” kemudian titahnya pula, “Terlebih baik saudara beta Padang Saujana dinaikkan kerajaan dalam negeri dan di alam Johor ini.” Makasegala menteri, hulubalang, rakyat sekelian pun merajakan BendaharaPadang Saujana itu. Beberapa lamanya duduk di atas takhta kerajaan makasebab pun baginda itu digantikan menjadi raja di alam Johor keranamarhum yang mangkat dijulang itu belum mengadakan putera. Sungguhpunzahirnya tiada berputera tetapi khabar kononnya pula ada ia berputeraseorang anak laki-laki dipeliharakan oleh nendanya di NegeriMinangkabau. Hatta setelah Bendahara Padang Saujana menjadi raja didalam Johor maka kekandanya bernama Dato’ Pasir Diraja itu punberangkatlah ke Negeri Muar, duduklah ia memerintah di dalam Muardengan aman dan selamatnya.
Al-kisahtersebutlah perkataan Dato’ Engku Pasir Diraja yang telah beraja didalam Muar itu maka baginda itu ada dua orang putera laki-laki. Yangtuanya bernama Sa’Akar Diraja, yang muda bernama Engku Paduka Tuan.Maka putera yang bernama Sa’Akar Diraja itu dijadikan ayahandanyaTemenggong di dalam Muar. Maka tiada beberapa tahun lamanya baginda itumemerintah dalam Muar maka mengadakanlah baginda itu dua orang puteralaki-laki yang telah bernama Engku Sa’Amar Diraja. Yang muda bernamaEngku Perdana Menteri. Maka apakala mangkatlah Temenggong Sa’AkarDiraja itu maka Engku Sa’Amar Diraja itupun dijadikan oranglahTemenggong menggantikan ayahandanya. Maka baginda itu ada berputeratiga orang, yang tuanya laki-laki bernama Engku Burok, yang tengahlaki-laki bernama Engku Abdul Qadir, timang-timangannya Engku MudaTanjung. Dan yang bongsu bernama Engku Pandak. Apakala telah mangkatlahayahandanya yang bernama Engku Sa’Amar Diraja itu maka Engku Burokitupun menggantikan ayahandanya bergelarlah Engku Temenggong Burok.
Hinggabeberapa tahun lamanya baginda itu memerintah maka mengadakanlah ia duaorang putera, yang tuanya bernama Engku Kunit, yang mudanya bernamaEngku Ibrahim, maka setelah mangkatlah ayahandanya Engku TemenggongBurok itu maka digantikan oranglah akan putera yang tua bernama EngkuKunit menjadi Temenggong. Maka Engku Temenggong Kunit itu adamengadakan dua orang putera. Putera yang tua perempuan bernama
EngkuChomot, yang muda laki-laki bernama Engku Said. Bondanya bernama EngkuPuan. Dan adinda baginda Engku Temenggong Kunit yang bernama EngkuIbrahim itu ada mengadakan lima orang putera. Yang tua perempuanbernama Engku Mi. Yang kedua Engku Jinal, yang ketiga Engku Ismail,yang keempat bernama Engku Idris, yang kelima bernama Engku Timah.
Makaapakala mangkatlah Engku Temenggong Kunit itu maka puteranya yangbernama Engku Said itu menggantikan ayahandanya hingga beberapa tahunlamanya. Maka baginda itu tidak mengadakan putera seorang juapun hinggamangkatlah ia.
Makabermuafakatlah segala menteri, hulubalang, rakyat sekelian hendakmenggantikan Al-Marhum itu. Kemudiannya dapatlah kepada saudarasepupunya yang bernama Engku Ismail putera daripada Engku Ibrahim itumenjadi Temenggong. Maka pada masa Temenggong Ismail ini Kerajaan Muartelah beraja ke Johor kepada Engku Temenggong Abu Bakar yang memerintahJohor Baharu. Kemudiannya menjadi sultan pula ia. Bagaimana yangtersebut di dalam ‘treaty’ Muar bertarikh 16hb November1877M. Tetapi sungguhpun Kerajaan Muar itu beraja kepada EngkuTemenggong Johor itu maka segala cukai-cukai yang keluar dari jajahanMuar terserah kepada Engku Temenggong Ismail itu bagi makanannya.
Maka Engku Temenggong Ismail itu ada mengadakan
sebelasorang putera. Yang pertama bernama Engku Abdullah yang telah mangkatdan dimakamkan di Negeri Sembilan, Johol kampung bernama Maliki, yangkedua Engku Muhamad Saleh, yang ketiga bernama Engku Mahmud, yangkeempat bernama Engku Kechut perempuan, yang kelima bernama EngkuJaafar, yang keenam bernama Engku Aminah perempuan, yang ketujuhbernama Engku Maimunah perempuan, yang kedelapan bernama Engku AbdulQadir, yang kesembilan bernama Engku Daud, yang kesepuluh bernama EngkuHamidah perempuan, yang kesebelas bernama Engku Aishah. Maka Engku Mi,Engku Jinal tiada berputera. Engku Idris mengadakan tiga orang putera,yang tua perempuan bernama Engku Aminah. Yang kedua bernama EngkuIbrahim, yang ketiga bernama Engku Maimunah.
EngkuTik mengadakan dua orang putera, yang pertama bernama Engku Sulong,yang kedua Engku Nong atau Engku Amar. Dan putera Engku TemenggongIsmail yang bernama Engku Abdullah dan Engku Jaafar dan Engku Aminahdan Engku Maimunah dan Engku Abdul Qadir dan Engku Daud dan EngkuAishah sekalian tiada mengadakan putera. Maka Engku Muhamad Saleh inimenggantikan ayahandanya menjadi Temenggong dan mangkat ia pada 16Rabiul Awal 1391 Hijrah bersamaan 1902M.
MakaAl-Marhum Engku Temenggong Muhamad Saleh mengadakan sembilan orangputera. Yang pertama Engku Abdul Rahman yang menjadi Temenggong. Yangkedua Engku Daik, yang ketiga belum bernama ia telah mangkat danrupanya seperti buaya separuh sebelah kepalanya, badannya sepertimanusia. Bondanya bernama Engku Fatimah Binti Ali. Putera Al-Marhum itudengan isterinya Wan Aishah Binti Awang dua orang, yang pertama EngkuWok, yang kedua Engku Jamilah. Dan putera Al-Marhum itu denganisterinya bernama Wan Ketik Binti Ahmad enam orang puteranya. Yangpertama Engku Timah perempuan. Yang kedua Engku Halimah, yang ketigaEngku Dara, yang keempat Engku Mahadi, yang kelima Engku Sailan, yangkeenam Eangku Mariam. Engku Mahmud mengadakan seorang putera laki-lakiyang bernama Engku Abdullah. Engku Kechut perempuan mengadakan seorangputera perempuan bernama Engku Selama Binti Engku Amar. Engku Hamidahberputera dua orang, yang pertama Engku Idris Bin Hassan, yang keduaRaja Mahmod Bin Muhamad Saleh.
Telah disalin dengan taip pada 7 Ogos 1932.
Source: http://portal.temenggongmuar.com ... com_content&task=view&id=29&Itemid=56
SIGNATURE ........................................................................................................
RahsiaPercuma.com |
|
|
|
|
|
|
|
laki ku org muar ... dah lama tak pekena mee rebus kat depan bus station.
Kalu balik, hubby tak pernah lepas peluang beli mee bandung kat sebelas pos opis. feveret dia tuh. Org tua dah takde ... rumah kat kg abg hubby yg duduk. sanggup dia tinggalkan business dia kat ipoh semata2 nk mengisi rumah tinggalan.
Everytime balik, kalu lalu kat kg tengah, ada satu rumah lama, rumah tinggal. hubby kata tu rumah bekas MB mana ntah dah lupa lak saya. sayang tul rumah tu, anak2 dia tak amik kesah ke? kat laman rumah dia mcm2 ukiran ada, tapi kijang aje yg sy ingat ehhe... tp kan kadang2 mcm seram jugak bila lalu situ mlm2 ... ye lah, rumah kosong ... |
|
|
|
|
|
|
|
131# http://mforum.c
setuju!! org Muor makan berat pagi2....
dulu kapel ngn mamat dr Muor, dia pun slalu citer pasal Muor ni besh.. dia kata ti i bawak u dtg Muor k? ape daya takde jodoh.. ngat tak leh dh gi Muor.. upenye leh lg.....pasal.........my MIL from Muor..
n dia mesti makan berat2 pagi, tgh hr dh tak kesah sgt kalo tak makan.... n my grandma in law pun sama dh bongkok, bygla anak pes pun dh 60++ cicit berderet.. masih leh mencangkul n bg itik makan... hehehehe... teringin nak gi sana.. tp tak pernah ada peluang lg.... kawen dh nak masuk 2 thn... huhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
di ambil dari http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=303:mat-berani-panglima-yang-pernah-berkhidmat-dengan-sultan-mahmud-syah&catid=37:apa-cerita&Itemid=91
Mat Berani: Panglima yang pernah berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah | | | |
Ditulis oleh Nurhayati Abd. Rahim(Selipar Hijau/Jelajah Johor) | Khamis, 10 September 2009 13:12 | 57 hits | Dijagarapi...PusaraMat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisanJawi tertera“Panglima yang Gagah: Mat Berani”. Gambar oleh NorliezaKadmin.
MUAR: Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisan Jawi tertera "Panglima yang Gagah: Mat Berani".
Mat Berani. Itulah nama yang tertera pada sebuah pusara yangterletakkira-kira lima meter dari tebing Sungai Muar di KampungBrohol, Panchor,.
Mungkin tidak ramai yang mengenalinya kerananamanya tidak pernahtercatat dalam sejarah. Tetapi menurut pendudukkampung berkenaan, MatBerani adalah seorang panglima yang berkhidmatpada zaman pemerintahanSultan Mahmud Shah Ibni Almarhum SultanAlauddin Riayat Shah, sultanMelaka ke-7 yang memerintah di antara1488 - 1511.
Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-samaberjuang menentangserangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabilatidak mampu lagimenahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yangsetia melarikandiri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Menurutketua kampung, Hj Johari bin Haji Abd Hamid, 62, Sungai Muarpadaketika itu adalah laluan utama yang sibuk dengan kapal-kapal dagangdankapal perang.
"Sultan Mahmud bersama pengikut-pengikut setianyatelah mendirikansebuah istana di hulu Sungai Muar dan bersemayam disitu sehinggakemuncak peperangan dengan Portugis," katanya.
Menurutnyalagi, Mat Berani yang menjangka Portugis akan menyerangkedudukansultan dari arah sungai telah membina kubu di tebing SungaiMuar.Tetapi Portugis telah menukar strategi peperangan merekadenganmelakukan serangan dari darat.
Kesan kubu tidak dapat dilihat lagi kerana telah dimusnahkan oleh hakisan tebing dan banjir besar yang melanda kawasan itu
Menurutteks yang ditulis oleh ketua kampung Olak Sepam, Haji MohdSalleh binTahir, 64, tentangan yang diberikan oleh Mat Berani danpasukannyaterhadap Portugis sangat hebat. Dalam peperangan itu, ramaiyangterkorban, sama ada di pihak Mat Berani mahupun Portugis.Kapal-kapalperang Portugis juga dikatakan banyak yang musnah.
Namun,akhirnya Panglima Mat Berani gugur di medan pertempuran dandisemadikandi Kampung Brohol manakala Sultan Mahmud Shah dipercayaimelarikan dirike Kampar dan bersemayam di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
|
25# relaxjek
salam ada blog untuk anak jati muar...mcm cerita dalam tu pasal muar...memang best
www.anakmuar.com.my
setahu aku timbalan perdana menteri kita mmg org jati muar...bapa dia dulu seperguruan dengan kiyai salleh tu... |
|
|
|
|
|
|
|
byk tul cerita pasal muo niy |
|
|
|
|
|
|
|
byk tul cerita pasal muo niy
catstitch Post at 22-10-2009 15:57
memang banyak... banyak banyak kan ler lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku amek dari http://eforum2.cari.com.my/redirect.php?tid=212937&goto=lastpost
Bukit Treh dan Si Tanggang, anak derhaka
Sepertimana ramai orang tahu akan kewujudan Kota A Famosa di Melaka,rasanya begitu juga ramai orang Melayu pernah mendengar cerita SiTanggang, seorang anak derhaka yang disumpah oleh ibunya sehingga diadan seisi kapal miliknya bertukar menjadi batu. Cerita lagenda Melayuini sangat terkenal sehingga ada beberapa lokasi di Tanah Melayudikaitkan dengannya, termasuk Batu Caves di pinggir bandaraya KualaLumpur yang sekarang terkenal dengan kuil Hindu serta patung dewasetinggi bangunan 14 tingkat di hadapannya.
Wilayah Indonesia juga memiliki cerita yang serupa, cuma nama wataknyaberbeza iaitu Malim Kundang. Kesannya dikatakan masih ada di Sumatera,hingga kini masih kelihatan batu-batan berbentuk sauh, tali kapal,manusia dan sebagainya. Tetapi berapa ramai yang tahu cerita anakderhaka disumpah jadi batu ini juga dikatakan berlaku di Muar, lebihtepat lagi di Bukit Treh, satu-satunya bukit yang terletak dalamlingkungan 5 km daripada pusat bandar kedua terbesar di Johor itu?
Penulis sendiri sudah mendengar cerita ini sejak kecil, kerana bukittersebut terletak di dalam lingkungan Kampung Temiang, kampung kepadaibu |
|
|
|
|
|
|
|
Penyelam tiram Sungai MuarOleh KAMIL MASLIH
[email protected]
| Pelancong boleh melihat lebih dekat kehidupan para nelayan mencari tiram di Sungai Muar, Muar, Johor. - UTUSAN/Kamil Maslih
|
MUAR 14 Dis. - Daerah Muar kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan,namun antara yang paling mencuri tumpuan adalah aktiviti menyelam tiramsecara tradisional yang masih diamalkan golongan nelayan di sini.
Dengan kemampuan menahan nafas selama hampir empat minit, kelebihannelayan terbabit untuk mengutip hasil tiram adalah amat mengagumkankerana mereka langsung tidak menggunakan sebarang kelengkapan menyelammoden.
Nelayan-nelayan dari Parit Tiram dekat sini hanya menggunakanpancang kayu untuk dipacakkan ke dasar sungai sebagai panduan daripadaarus dan mengaut tiram di bawah paras lima meter sedikit demi sedikituntuk dibawa ke permukaan.
Pengerusi Pengurusan Sumber Perikanan Kumpulan Nelayan Parit Tiram,Jelani Laham berkata, aktiviti menyelam tiram tersebut telah wujudsejak 1870-an dan diteruskan dari satu generasi ke generasi lain olehpenduduk.
Menurutnya, kini seramai 20 penyelam tiram berusia antara 30 hingga68 tahun masih lagi aktif mencari rezeki di sekitar lokasi perikananyang tertua di daerah ini.
"Pangkalan Nelayan Parit Tiram ini cukup terkenal dengan pengeluaranhasil tiram bermutu tinggi sejak negara belum merdeka lagi, malah mututiram yang dikeluarkan dikatakan antara yang terbaik di dunia.
"Kegiatan menyelam tiram ini adalah bergantung kepada jadual airpasang dan setiap sehari para nelayan boleh memperoleh 40 hingga 50kilogram tiram yang dijual dengan harga RM25 sekilogram," katanya disini baru-baru ini.
Berikutan keunikan teknik tradisional menyelam tiram itu, pihaknyatelah mendapat banyak permintaan daripada sektor pelancongan untukmembawa para pengunjung menyaksikan sendiri kegiatan berkenaan.
Menerusi pakej yang ditawarkan, para pelancong yang melawatpangkalan itu berpeluang menaiki bot untuk melihat secara lebih dekatbagaimana penyelam bertarung nyawa setiap hari untuk mencari rezeki.
"Penyelam tiram yang meneroka dasar Sungai Muar itu perlu memegangbatang kayu yang dipacak pada dasar sungai untuk mengelakkan daripadadihanyutkan arus sebelum mengaut tiram berulang kali.
"Sebelum ini, para pelancong tidak pernah melihat bagaimana tiramdiperoleh kerana membelinya yang telah siap diproses. Pastinya, peluangmelihat proses menyelam tiram itu memberikan pengalaman berharga danberbeza," katanya.
Jelani memberitahu, pakej pelancongan yang ditawarkan sejak duatahun lalu kini mendapat sambutan hangat daripada pelancong dari KualaLumpur, Johor Bahru serta Singapura.
Mengenai perancangan masa depan, beliau berkata, pihaknya berhasratuntuk menaik taraf Pangkalan Nelayan Parit Tiram supaya lebih mesrapelancong dengan pelbagai produk dapat dijual untuk meningkatkanpendapatan para nelayan.
Beliau berkata, kawasan Sungai Muar masih kaya dengan hasil tiramkerana pada ketika ini hanya sebahagian kecil dari kawasan sepanjang 20kilometer pesisir sungai itu diteroka oleh penyelam tiram. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by alongfm at 24-12-2009 16:23
Aku ada tempat best mane nk makan mee bandung muar yg sedap....kat kepong...kat flat kat2 jusco kepong...tny jea org kat c2 mesti tau....mmg lain dari mee bandung yang jual kat lain2 kedai |
|
|
|
|
|
|
| |
|