|
so djokovic - menang masuk 4th round -
dan fedex kalahkan marat safin -- go to 4th round juga -
tough juga permainan tu -- yang last tu menang 7-6 (7-5)
congrats fedex -
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlawanan yg tak berkesempatan aku saksikan tp nk jugak bg update ialah ;-
T. Berdych def. S. Wawrinka 4-6,6-1,6-3,6-4
Aduh..
Wawrinka begitu megecewakan aku,kenapa la makin menjunam prestasi dia ni..hrp2 lebih konsisten after this..anyway good win 4 Berdych!!
Tommy Robredo def. Y-H Lu 6-1,6-3,6-2
Cayalah Robredo,berjaya membenam lwn yg telah pun memalukan Nalbandian tempoh hari..tgk match ni td seimbas lalu,ada improvement yg ketara dri Robredo!Hope leh join semula Top 10 elite player!
Marin Cilic def. D. Ferrer 7-6,6-3,6-4
Makin mencanak naik nama mamat ni..bg aku Cilic ialah future Wimbledon champion,dia muda lg..skill dia mmg dh complete bg aku,forehand,backhand,volley & servis yg bagus cuma persoalannya kematangan & pengalaman serta cara dia bawa game dia dlm sesuatu perlawanan tu yg menjd tanda tanya..predict will reach top 10 by the end of teh year! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
roddick pun menang tadi --
dia ni pun tak consistent mana pun - -- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 Mulan's post
Carla Suarez Navarro ni sape ek?
smlm tgk dia lawan Venus... pergghhh...boleh tahan gak budak nih. dia 5' 4" jer. Venus kan 6' 2". mmg nampak kerdil la kat tv. tapi dia nyer gameplay mmg sama padan dgn Venus. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #124 redsinner's post
Ni orangnya...
Asal dr Sepanyol & ramai yg kata gaya permainan ala2 Justine Henin,lebih2 lg kalau di bermain kat claycourt..
ermm, x silap aku pencapaian terbaik dia dlm kejohanan Grand Slam ialah di French Open 2008,dia mara sampai quaterfinal tp kalah straight set kpd Jelena Jankovic 6-4,6-3.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 cyclops_psycho's post
carla suarez-navarro... suarez tu katanya pronounced as suareh (ye ker aku ni)
dia muncul tahun lps masa french open ke camtu... ada reporter tu kata suka tgk masa carla ni curah air sebotol atas kepala pastu geleng2 kasi sejuk sket... entertaining katanya...
part sama mcm justine henin tu pasal carla ni backhand ni dia single-handed... cantik... katanya dia memula main tenis terus start single-handed gitu... natural.
technical analysis taktau arr |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MrFed at 21-1-2009 02:11 PM
manik labuci labuci gitu...
oh... rupanya benda yg kita ingatkan manik tu rupanya bola tennis yg kecikkkk... diletakkan dicelah benang2 kain tu... |
|
|
|
|
|
|
|
DJOKOVIC meraikan kejayaan menewaskan
pemain AS, Delic, 6-2, 4-6, 6-3, |
|
|
|
|
|
|
|
Di saat coretan ini ditaip ,aku baru saja hbs menyaksikan perlawanan antara Rafael Nadal vs Tommy Haas..
best gilerr match ni walaupun dr scoreboard nmpk mcm Nadal menang mudah (6-4,6-2,6-2) tp match ni agak fight jugak bg aku especially in 1st set & 2nd set.. Pukulan forehand Nadal nmpk menjadi2 kali ni..Tommy pun best gak cuma kali ni dia kurang karektar sikit..selalunya mesti bad temper tp this time agak kureng sikit..Lagi satu,kedua2 pemain byk bermain dgn jaring...byk volley cantik yg dihasilkan..
Match btw Elena Dementieva vs Samantha Stosur (dilangsungkan b4 match Nadal vs Haas )yg mana kemenangan berpihak kat Elena 7-6,6-4 tapi aku tak dpt saksikan mtch ni.. ni semua gara2 tgk wayang citer Underworld 3 (best filem ni, pegilah korang tgk :victory Nasib baik Elena menang,syukur giler sekurang2nya ramalan aku tak tersasar setakat ni..
Elena already made 13 winning on streak now!! :pompom:
Lain-lain match yg x dpt jugak aku saksikan ialah :-
F. Gonzalez menang ke atas Richard Gasquet..dr score nmpk mcm sengit giler..rugi lak x dpt tgk..
Gonzalez menang 3-6,3-6,7-6,6-2,12-10 whar a remarkable comeback by Gonzalez...siap sedia la Nadal lwn dia ni in the 4th rnd..
Ermm..spt yg diramalkan Andy Murray menang mudah ke atas Jurgen Melzer 7-5,6-0,6-3 ~ ramalanku x tersasar lagi..
Gilles Simon menang penuh bergaya ke atas Mario Ancic 7-6,6-4,6-2
***Secara keseluruhannya takde kejutan utk hari ke6 nie.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nadal-Murray mudah bolos pusingan ketiga
NADAL benam pemain Jerman, Tommy Haas
pada pusingan ketiga semalam.
MELBOURNE - Rafael Nadal dan Andy Murray melepasi pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2009 semalam, sekali gus membayangkan kemungkinan pertembungan kedua-dua pemain itu pada aksi separuh akhir.
Nadal yang turun selaku pemain No. 1 dunia tidak perlu bekerja keras untuk menewaskan pemain Jerman, Tommy Haas 6-4, 6-2, 6-2.
"Saya rasa telah mempamerkan satu daripada permainan terbaik saya pada Terbuka Australia," kata bintang Sepanyol itu yang membuat penampilan kelima di Melbourne Park.
Pada pusingan keempat, Nadal akan bertemu pilihan ke-13, Fernando Gonzalez dari Chile.
Gonzalez, naib juara Terbuka Australia tahun lalu memerlukan lebih empat jam untuk menundukkan pemain Perancis, Richard Gasquet dalam pertarungan lima set 3-6, 3-6, 7-6, 6-2, 12-10.
Sementara itu, pilihan keempat, Murray yang memburu gelaran sulung Grand Slam meneruskan rekod cemerlangnya selepas menyingkirkan pemain Jerman, Jurgen Melzer 7-5, 6-0, 6-3.
Murray akan membuat perhitungan dengan Fernando Verdasco pada pusingan keempat selepas pemain Sepanyol itu menewaskan Radek Stepanek dari Republik Czech 6-4, 6-0, 6-0.
"Saya harap saya akan dapat meneruskan prestasi terbaik ini. Saya perlu mempamerkan aksi terbaik setiap kali perlawanan untuk mendapatkan peluang merangkul kejuaraan," kata Murray.
Perlawanan lain semalam menyaksikan James Blake dari Amerika Syarikat menewaskan Igor Andreev (Rusia) 6-3, 6-2, 3-6, 6-1, Jo-Wilfried Tsonga (Perancis) menewaskan Dudi Sela (Israel) 6-4, 6-2, 1-6, 6-1.
Gilles Simon dari Perancis menewaskan Mario Ancic (Croatia) 7-6, 6-4, 6-2 manakala Gael Monfils (Perancis) menang 6-4, 6-3, 7-5 ke atas Nicolas Almagro (Sepanyol). - Agensi
******************************************************************************
serena pun masuk 4th round -
too bad for venus, then --
ingatkan least adik beradik ni jumpa
masa semis - tapi nampaknya tak ada la - |
|
|
|
|
|
|
|
abislah jankovic dah kalah dgn bartoli. Sakan bartoli pulun lawan. |
|
|
|
|
|
|
|
.. ramalan ku x menjadi.. JJ kalah di tangan bartoli.. tgk JJ main tadi pun.. cam x semangat je..
game dinara n cornet tadi pun berdebar2 jugak... nasib baik Dinara menang..
6-2, 2-6, 7-5.. remarkable comeback for Dinara for 3rd set.. die dah ketinggalan 2-5.. pastu jadik 7-5..
so sad for women tennis... Venus, Ana n JJ dah out.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow federer won... yahooo |
|
|
|
|
|
|
|
nebes je tgk masa set ke 3... |
|
|
|
|
|
|
|
Jankovic kempunan
JANKOVIC gagal meneruskan cabaran selepas
tewas pada pusingan keempat semalam.
MELBOURNE - Pilihan pertama, Jelena Jankovic terus kempunan untuk meraih kejuaraan Grand Slam pertamanya apabila tersingkir pada pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Australia semalam.
Pemain Serbia itu dikejutkan dengan kekalahan muda 1-6, 6-4 kepada pilihan ke-16 dari Perancis, Marion Bartoli.
Menurut Jankovic, kekalahannya kepada Bartoli semalam adalah disebabkan kegagalannya memberi tumpuan kepada permainan.
"Saya bermula agak perlahan dan saya tidak banyak menggerakkan kaki," kata Jankovic.
"Atas sebab tertentu, saya hilang tumpuan. Saya tidak tahu mengapa. Saya telah cuba untuk fokus dalam permainan tetapi semuanya tidak menjadi."
Kekalahan itu bakal memberi kesan kepada kedudukan Jankovic selaku pemain No. 1 dunia andai pesaing utamanya, Serena Williams mahupun Dinara Safina mencatat keputusan lebih cemerlang di Melbourne.
Malah, pemain berusia 23 tahun itu turut menjadi sasaran pengkritik kerana gagal memenangi sebarang kejuaraan major meskipun berada pada kedudukan terbaik dunia.
Begitupun, Jankovic menegaskan dia sama sekali tidak berasa tertekan dan mengakui masih mampu menewaskan sesiapa sahaja jika berada pada prestasi sebenar.
"Apabila saya berada pada prestasi sebenar, pasti sukar untuk mana-mana pemain menewaskan saya," kata Jankovic.
"Mereka harus bekerja keras untuk mengatasi saya. Namun pada ketika ini, saya masih belum mendapat rentak sebenar.
"Saya kena lebih berusaha untuk memperbaiki lagi permainan jika ingin meraih kejayaan."
Jankovic juga mengakui, jika dia kehilangan kedudukan selaku pemain No. 1 dunia selepas Terbuka Australia, dia pasti akan merampasnya kembali.
"Musim 2009 baru bermula dan masih banyak kejohanan yang akan saya sertai. Saya harap masih mempunyai peluang untuk melakukannya," katanya. - AFP
****************************************************************************
tak ada siapa pun terperanjat dgn kekalahan jankovic tu -
dah sokmo pun women's tennis macam ni -- tak ada yang
consistent pun -
|
|
|
|
|
|
|
|
gael monfils retired pulak dah. Senang keja gilles simon. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #139 Mulan's post
yyyEEehaaaa Azarenka....menonggekkan Serenea 1st set yeeEEehhaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|