|
HM - 8/12/08
Kecewa Faizal Terubat
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]
Rap
PENYERTAAN lima penyanyi program realiti TV pada saingan separuh akhir Muzik-Muzik kategori balada yang berlangsung pada Jumaat lalu jelas memperlihatkan bakat mereka diiktiraf juri profesional.
Walaupun mentah dari segi pengalaman, tetapi bakat yang ditunjukkan turut menaruh kepercayaan peminat agar mara ke peringkat akhir Juara Lagu yang dijangka berlangsung pada 17 Januari 2009.
Melalui 12 dendangan bertanding untuk kategori balada, setiap lagu membawa kekuatan dan populariti pada peminat. Sukar untuk membuat jangkaan awal lima lagu yang layak untuk berjuang di Juara Lagu.
Namun, segalanya terjawab apabila enam juri profesional terdiri daripada komposer Johan Nawawi, Yassin Sulaiman, Amran Omar, Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh dan Pengurus Besar Pengisian dan Pembangunan Industri Primeworks Studio Sdn Bhd merangkap ketua juri, Azhar Borhan sepakat memilih dua lagu nyanyian Faizal Tahir iaitu Sampai Syurga dan Cuba diikuti Hanya Di Mercu (Ayu), Lagu Kita (Aizat) dan Bila Nak Saksi (kumpulan Spider).
Menjelaskan kedudukan pemilihan lagu layak, Azhar berkata faktor kekuatan dan keberkesanan lagu pada pendengar dititikberatkan untuk memilih lagu yang layak ke peringkat akhir.
Katanya, setiap lagu mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.
"Juri melihat setiap komposer mempunyai perbezaan terhadap lagu yang dicipta. Sama ada soal populariti sesebuah lagu mempengaruhi keputusan juri, kami sebenarnya tidak membincangkan faktor itu.
"Sebelum ini, sejak program ini diperkenalkan, lagu yang dipilih untuk bertanding pada peringkat separuh akhir adalah berdasarkan kedudukan lagu dalam carta yang secara tidak langsung merujuk pada populariti," katanya.
Pastinya kejayaan lima lagu ini amat bermakna khusus pada Faizal yang mengidam untuk beraksi di peringkat akhir sejak Anugerah Juara Lagu ke-22 tahun lalu.
Kejayaan awal ini seperti mengubat kekecewaan Faizal sebelum ini sehinggakan kali ini Faizal memberikan persembahan maksimum.
Kata Faizal, dia bersyukur dengan kejayaan dua lagu itu dan tidak menyangka juri profesional meletakkan kepercayaan pada lagunya untuk bertanding di peringkat akhir.
Mungkin dua lagunya yang terpilih untuk bertanding pada saingan separuh akhir ini memberi bonus dan peluang cerah padanya.
"Ini adalah rezeki buat saya apabila dua lagu berjaya ke peringkat akhir. Mulanya saya menjangkakan mungkin Ziana Zain atau Anuar layak, tetapi keputusan sebaliknya.
"Mungkin persembahan saya nampak seperti melepas geram, tetapi saya sebenarnya menyanyi mengikut cara saya sendiri dan memberikan yang terbaik.
"Kedua-dua lagu ini saya biasa nyanyikan sebelum ini lalu ia tidak memerlukan saya untuk terlalu banyak berlatih.
"Dalam memberikan persembahan terbaik, saya percaya persediaan mental, jaga kesihatan dan beri fokus sepenuhnya pada persembahan adalah faktor penting," katanya.
Bagi komposer Audi Mok yang bekerjasama dengan Faizal untuk lagu berkenaan, berpandangan lirik yang ditulis Faizal sendiri memberikan kekuatan pada penghayatan yang lebih mendalam.
Malah, kerjasama antara mereka berdua mewujudkan keserasian ketika bekerja.
Ayu pula berkata kejayaan Hanya Di Mercu yang pernah menjulang namanya sebagai juara program One In A Million 2, memberikan makna istimewa padanya.
Katanya, dia masih percaya lagu itu masih diminati ramai hingga juri juga mempunyai pendapat yang sama.
"Biarpun saya mengadakan latihan lagu ini dua kali, tetapi saya tetap gementar dengan persembahan kali ini. Pada saya, setiap persembahan mempunyai perbezaan.
"Apapun saya gembira dengan kejayaan lagu ini dan sokongan peminat sebelum ini memberikan semangat pada saya untuk membuat persembahan terbaik," katanya.
Kejayaan Faizal dan Ayu turut dikongsi Aizat yang mempertaruhkan Lagu Kita ciptaan sendiri. Persembahannya diiringi gitar memikat juri dengan kehebatan vokal dan keindahan lagu berkenaan.
Kata Aizat, perasaan gembira dalam diri melonjak sebaik nama disebut layak ke peringkat akhir. Turut sebak seketika di atas pentas dengan kejayaan lagu itu, Aizat mengakui lagu lain yang bertanding memberikan saingan yang kuat..
Ketua kumpulan Spider, Tam juga terkejut dengan kejayaan mereka terpilih antara lagu yang bertanding untuk kategori balada.
Pernah mengukir sejarah menjuarai Juara Lagu ke-19 menerusi lagu Relaku Pujuk, Tam tidak beranggapan penyanyi realiti lebih baik daripada penyanyi lain.
"Tidak timbul soal penyanyi realiti atau tidak kerana dalam persada muzik tempatan, semua penyanyi adalah sama. Rasanya tidak perlu diperbesarkan perkara ini kerana kita sama-sama menyokong muzik kita," katanya
credit to sue ann@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
MStar Jan 8, 2009
Faizal gementar pertama kali beraksi di AJL
Oleh WAHIDA ASRANI
PERASAAN gementar dan teruja saling berbaur di dalam diri Faizal Tahir tatkala menjelangnya Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari ini.
Kegagalan beraksi di AJL tahun lalu akibat kontroversi yang dicetusnya dulu membuatkan penyanyi berusia 30 tahun ini adakalanya tertekan apabila memikirkan tentang persediaan yang perlu dilakukannya, apatah lagi ini merupakan kali pertama dia akan berentap di pentas AJL.
Menebus kekecewaan lalu dengan turut mempertaruhkan dua buah lagu bagi kategori Balada iaitu Cuba dan Sampai Syurga yang kedua-duanya merupakan ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri, penyanyi yang cukup sinonim dengan imej 'Superman' ini mempunyai cara tersendiri untuk persiapan sempena malam AJL23 yang bertemakan Iluminasi Muzik itu.
"Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang persediaan persembahankemuncak itu.
Bagi Faizal, dia hanya ingin memastikan persediaan dari segi mental dan berharap kesihatannya tidak terjejas sebelum berlangsungnya. Bukannya tidak ambil kisah, tetapi saya tidak mahu terlalu merancang, takut kecewa jika tidak 'menjadi'.
Faizal tidak letak harapan tinggi, tetapi akan berikan persembahan terbaik pada malam AJL23 nanti - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL
"Kalau boleh, saya ingin penonton nanti memberi lebih fokus kepada sususan muzik dan lagu itu. Dan apa yang lebih penting buat saya ialah untuk bersiap-sedia dari segi mental dan perlu jaga kesihatan," kata Faizal yang ditemui pada sidang media dan cabutan nombor giliran persembahan AJL23, di Sri Pentas, baru-baru ini.
Selain dua buah lagu nyanyian Faizal, terdapat 12 buah lagu lagi yang dipertandingkan menerusi tiga buah kategori; Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.
Tiga buah lagu daripada Etnik Kreatif, enam menerusi kategori Balada dan lima buah lagu di dalam kategori Pop Rock akan berentap bagi merangkul gelaran Juara Lagu Ke-23 sekaligus bakal meraih wang tunai sebanyak RM25,000.
Bagi kategori Etnik Kreatif, tiga buah lagu yang layak ke peringkat akhir AJL23 ialah Persoalan Cinta nyanyian Farawahida, ciptaan Julfekar dan lirik oleh Ku Seman dan Izza Rosley, Dusta Berkalang nyanyian Aiman (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) dan Doa Dalam Lagu nyanyian Mawi dan Heliza (Ajai/Loloq) yang mana Zahid akan menggantikan Mawi pada malam tersebut.
Bagi kategori Balada pula, selain Sampai Syurga dan Cuba, lagu yang layak ialah Bila Nak Saksi oleh Spider (Tam/Loloq), Hanya Di Mercu nyanyian Ayu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan), Dingin oleh Ziana Zain (Azlan Abu Hassan/Azalea) dan Lagu Kita nyanyian Aizat (Aizat).
Lima buah lagu yang dipertandingkan menerusi kategori Pop Rock pula ialah Kalis Rindu dendangan Elyana (Aidit Alfian/Ad Samad), Lagu Untukmu oleh Meet Uncle Hussein (Taja, Tass, Lan/Taja, Tass), Yang Pernah nyanyian Estranged (Estranged/Estranged), Aku Stacy nyanyian Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin, Layla Ismail) dan Bukan Di Sini oleh Sofaz (Zimi, Ameer/One).
Mengulas tentang dua buah lagu nyanyiannya itu, kata bapa kepada dua orang cahayamata ini, dia akui Sampai Syurga lebih mencabar berbanding Cuba.
"Sejujurnya, saya lebih selesa dengan Cuba sebab nyanyiannya tidak sesukar Sampai Syurga. Tetapi, saya akui lirik Sampai Syurga lebih universal.
"Apapun, saya tidak letak 'bias' untuk mana-mana lagu tersebut. Kedua-duanya adalah ciptaan Audi dan lirik oleh saya, dan sudah tentu saya tetap akan membuat persembahan yang terbaik untuk kedua-dua lagu itu," katanya.
Ditanya antara dua buah lagu tersebut, yang manakah mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang, kata Faizal, dia sendiri sukar untuk meramalkan meskipun kebanyakan peminat-peminatnya mempunyai pilihan masing-masing.
"Memang ada yang cakap Cuba mempunyai potensi cerah untuk menang berbanding Sampai Syurga, tetapi ada juga yang berkata sebaliknya. Sukar untuk saya pilih, tetapi saya tidak menafikan 'feel' saya lebih kepada Sampai Syurga.
"Tetapi untuk dinobatkan sebagai juara, saya rasa semua lagu yang bertanding ada kekuatan tersendiri.
"Saya melihat Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussein adalah calon yang paling layak untuk menang sebenarnya kerana bagi saya, muzik mereka amat 'fresh'.
"Tetapi jika ditanya bagi kategori Balada sendiri, saya letak harapan yang tinggi kepada lagu Dingin nyanyian Ziana Zain dan Lagu Kita oleh Aizat. Saya melihat Aizat adalah pelapis yang cukup berbakat besar," kata Faizal lagi.
credit to sue ann@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
myMetro Rap 31/12/08
Harapan tahun baru
BAGAIKAN 慽roni |
|
|
|
|
|
|
|
manggaonline.com Jan 16, 2009
Harapan Untuk Faizal Tahir
Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 semakin terasa dan hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal. Empat belas buah lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 23. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 23? Segala-galanya bakal terjawab pada 18 Januari 2009 nanti!
Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu 23 akan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30 malam. 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan bakal berentap mempamerkan kehebatan vokal masing-masing mengalunkan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer-komposer dan penulis lirik terkenal melalui 3 kategori utama, Etnik Kreatif, Balada dan Pop/Rock. Kesemua mereka hanya mempunyai satu matlamat iaitu menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 23.
Salah seorang finalis AJL 23 yang menjadi perhatian saya dan boleh dikatakan menjadi favourite ialah Faizal Tahir. Tahun lepas dia dicalonkan dengan dua lagu dan tahun ini dua lagu turut dicalonkan iaitu Sampai Syurga dan Cuba. Kedua-dua lagu ini digubah oleh Audy Mok dan liriknya ditulis sendiri oleh Faizal.
Tahun lepas merupakan satu dugaan maha hebat buat Faizal dengan insiden membuka baju ketika bersiaran langsung. Insiden tersebut hampir-hampir membuatkan dirinya tidak boleh menyanyikan lagunya sendiri pada AJL 22. Namun semua itu kini hanya kenangan. Kini Faizal, peminatnya malah syarikat rakamannya sendiri, Monkey Bone, menaruh harapan yang tinggi untuknya pada AJL 23 kelak.
Banyak ramalan diterima meja Mangga Online mengatakan Faizal Tahir bakal menjadi Juara Lagu ke-23. Atau mampukah Estranged menggondolnya dua tahun berturut-turut? Mungkin juga ia bajal milik Sofaz. Sama-samalah kita lihat nanti.
Senarai Finalis AJL 23
1. Doa Dalam Lagu (Etnik Kreatif) - Zahid & Heliza
2. Dusta Berkalang (Etnik Kreatif) - Aiman
3. Persoalan Cinta (Etnik Kreatif) - Farawahida
4. Sampai Syurga (Balada) - Faizal Tahir
5. Bila Nak Saksi (Balada) - Spider
6. Dingin (Balada) - Ziana Zain
7. Hanya Di Mercu (Balada) - Ayu
8. Cuba (Balada) - Faizal Tahir
9. Lagu Kita (Balada) - Aizat
10. Kalis Rindu (Pop Rock) - Elyana
11. Lagu Untukmu (Pop Rock) - Meet Uncle Hussien
12. Yang Pernah (Pop Rock) - Estranged
13. Aku Stacy (Pop Rock) - Stacy
14. Bukan Disini (Pop Rock) - Sofaz
credit to CJ-Smiba@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
myMetro 15/01/09
Janji 3 finalis Ahad ini
KEJAYAAN kumpulan Estranged mengungguli kategori pop rock dan juara keseluruhan menerusi lagu ciptaan sendiri, Itu Kamu pada Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) tahun lalu adalah pencapaian membanggakan kerana melambangkan kebangkitan generasi baru dalam menghasilkan karya baik dan bermutu sekali gus memartabatkan industri muzik tanah air.
Lebih memberangsangkan, Estranged yang dianggotai Richael L Gimbang (Rich), Solihuddin Hormat (Din), Azwin Andy Abdul Malik (Andy) dan Noor Hanafi Noor Hadi (Hanafi) juga mara sekali lagi mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri, Yang Pernah ke acara kemuncak AJL23 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad ini.
Mampukah Estranged mengulangi kejayaan AJL22? Sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan pada malam kemuncak AJL23 nanti.
Selain Estranged, AJL23 juga menyaksikan kemunculan penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Aizat yang bertanding menerusi lagu ciptaannya sendiri, Lagu Kita.
Sebagai orang baru, Aizat berkata, dia bangga apabila lagu ciptaannya layak ke peringkat akhir AJL23.
"Terus terang, saya rasa takut kerana terpaksa bersaing dengan ramai komposer terkenal tanah air.
"Apapun, peluang ke peringkat akhir AJL23 sudah cukup bermakna buat saya. Apatah lagi, ia kali pertama lagu saya layak ke peringkat akhir AJL," katanya.
Kata Aizat, dia tidak menaruh harapan tinggi untuk menang kerana apa yang penting dapat menampilkan persembahan terbaik pada malam kemuncak itu nanti.
"Saya dah anggap lagu saya menang apabila tersenarai ke peringkat akhir AJL23. Misi saya pada malam kemuncak AJL nanti untuk menampilkan persembahan terbaik yang akan diingati peminat buat selama-lamanya.
"Persembahan yang hebat itu lebih bermakna buat saya kerana bukan mudah memuaskan hati penonton.
Kalau saya menang, ia satu bonus. Tapi kalau kalah pun saya tidak akan patah semangat dan terus berkarya seperti biasa," katanya.
Aizat berkata, dia juga tidak terbabit dengan mana-mana persembahan untuk memberi fokus pada persiapan persembahan nanti.
"Paling penting, saya menjaga kesihatan dan dapatkan cukup rehat untuk memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti. Apa yang saya janjikan persembahan ia memang lain dari yang lain," katanya.
Ditanya mengenai kebangkitan komposer muda mempertaruhkan lagi sendiri di AJL, Aizat berkata, ia sesuatu yang bagus untuk masa depan industri muzik.
"Inilah masanya, komposer muda menonjolkan bakat dan apabila layak ke peringkat akhir, ia membuktikan orang menghormati karya yang dihasilkan generasi muda.
"Saya berasa lebih jujur apabila menyampaikan lagu ciptaan sendiri kerana tahu maksud sebenar lagu itu. Bagaimanapun, peluang untuk menang apabila menyanyi lagu sendiri terpulang kepada penyanyi itu sendiri untuk menyampaikan mesej lagu berkenaan kepada penonton," katanya.
Debaran paling dirasai Naib Juara One In A Million, Faizal Tahir kerana dua lagu dendangannya, Cuba dan Sampai Syurga (lagu/ lirik: Audi Mok/ Faizal Tahir) berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL23.
"Kalah atau menang soal kedua kerana apa yang penting, saya dapat merealisasikan impian semua orang untuk beraksi di pentas AJL kali ke-23 ini. Dari segi persembahan, saya janjikan kelainan dan peminat pasti tidak akan kecewa dengan persembahan saya nanti. Malah, mereka pun tidak pernah terfikir saya akan buat persembahan seperti itu," katanya.
Ditanya mengenai kekuatan kedua-dua lagunya itu, Faizal berkata, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. "Apa yang penting, peminat menyukai lagu Cuba serta Sampai Syurga dan lagu itu seperti bertanding sesama sendiri dalam album saya. Apabila peminat suka lagu itu, ia sudah cukup memberi kepuasan kepada saya," katanya.
Apapun, kata Faizal, dia tidak menafikan kekuatan lagu yang ada pada Dingin dendangan Ziana Zain yang bertanding bagi kategori balada. Lagu itu mempunyai komposisi dan gubahan muzik yang cantik.
"Selain itu, Lagu Untukmu dendangan Meet Uncle Hussain yang bertanding dalam kategori pop rock memberi saingan sengit pada AJL23. Lagu ini sudah pun popular sejak 2007 lagi dan tidak dinafikan kemunculan kumpulan ini seperti memberi revolusi baru dalam industri muzik tanah air," katanya.
Seperti Aizat, ini juga kali pertama Aiman, bintang yang dicungkil menerusi program realiti TV Akademi Nasyid (AN) bertanding dalam acara berprestij seperti AJL23.
Jika Aizat menyampaikan lagu sendiri, Aiman pula menyampaikan lagu Dusta Berkalang ciptaan komposer Hafiz Hamidun/ Ahmad Fedtri Yahya, sekali gus bertanding bagi bagi kategori etnik kreatif.
"Pertandingan ini untuk mencari lagu terbaik tetapi sebagai penyanyi saya berasa debarannya kerana bakal menyampaikan lagu itu nanti. Pada peringkat awal, saya memang terkejut apabila mendapat tahu lagu Dusta Berkalang itu berjaya ke peringkat akhir AJL23 bagi kategori etnik kreatif.
"Pelbagai perasaan berbaur dalam diri saya ketika ini antara takut dan gementar. Pada masa sama, saya gigih membuat persiapan untuk peringkat akhir ini. Apa yang menarik, saya akan menari pada persembahan peringkat akhir itu nanti dan ia tidak pernah saya lakukan sebelum ini," katanya.
Aiman berkata, semua lagu yang bertanding dalam kategori etnik kreatif mempunyai peluang sama untuk menang di AJL23.
"Pada pandangan saya, kekuatan lagu Dusta Berkalang ini juga dari segi komposisi lagu dan liriknya.
Lagu lain yang memberi cabaran sengit bagi kategori ini ialah Doa Dalam Lagu dendangan Zahid dan Heliza (Lagu/Lirik: Ajai/Loloq). Lagu ini ada kelainan kerana ia seperti lagu Arab," katanya.
Dalam pada itu, AJL23 yang bertemakan Iluminasi Muzik menyaksikan 14 lagu bertanding membabitkan empat kategori iaitu etnik kreatif, balada dan pop rock untuk diangkat sebagai Lagu Terbaik AJL23.
Sekalipun lagu Cuba dendangan Faizal dan ciptaan Audi Mok disebut-sebut mengungguli dengan mudah kategori balada sekali gus lagu Terbaik AJL23, namun kekuatan lagu Sampai Syurga (ciptaan Audi Mok) dendangannya juga tidak boleh dipandang ringan. Lagu cuba mungkin lebih dramatik tapi Sampai Syurga mungkin lagu mendatar tetapi tetap mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar juara. Cuba dan Sampai Syurga juga berhadapan persaingan sengit dengan dua lagi lagu yang tidak kurang menariknya iaitu Lagu Kita-Aizat (Lagu/Lirik: Aizat) dan Dingin dendangan Ziana Zain (Lagu/Lirik Azlan Abu Hassan/ Azalea).
Lagu lain yang turut bertanding dalam kategori sama ialah Bila Nak Saksi dendangan Spider (lagu/lirik Tam (Spider)/Loloq), Hanya Di Mercu dendangan Ayu One In A Million (lagu/Lirik Aubrey Suwito/ Habsah Hassan).Tahun lalu, kategori balada berpihak kepada Izinku Pergi (Azlan Abu Hassan/ Sulu Sarawak / Sahri).
Bagi kategori Pop Rock pula, Lagu Untukmu dendangan Meet Uncle Hussain (Lagu/Lirik Taja, Tass, Lan/Taja, Tass) dijangka mengunguli kategori ini. Selain Estranged mempertaruhkan Yang Pernah (lagu/lirik Estranged), lagu lain yang turut bertanding ialah
Kalis Rindu dendangan Elyana (lagu/Lirik Aidit Alfian/Ad Samad), Aku Stacy dendangan Stacy (lagu/Lirik Intan Norul Azlin/ Inton Norul Azlin & Layla Ismail) dan Bukan Di Sini dendangan Sofaz (lagu/Lirik Zimi & Aremeer/One).
Jika tahun lalu, Juara Etnik Kreatif berpihak kepada lagu Samudera (Johan Nawawi/Ahmad Fedtri Yahya /Nora), mungkinkah tahun ini kategori ini berpihak kepada lagu Doa Dalam Lagu nyanyian Zahid dan Heliza (Lagu/Lirik: Ajai/Loloq) disebut-sebut menjuarai kategori ini. Malah, penarikan diri Mawi untuk bertanding kerana terpaksa mematuhi komitmen dengan penaja tidak menjejaskan peluang lagu ini untuk menjuarai kategori berkenanan.
Selain lagu Dusta Berkalang dendangan Aiman, lagu lain yang turut bertanding bagi kategori ini ialah Persoalan Cinta dendangan Farawahida (lagu/Lirik Julfekar/Ku Seman & Izza Rosley).
Senarai Lagu bertanding
Etnik Kreatif
# Doa Dalam Lagu nyanyian Zahid dan Heliza (Lagu & Lirik: Ajai/Loloq)
# Dusta Berkalang - Aiman (Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun/ Ahmad Fedtri Yahya)
# Persoalan Cinta - Farawahida (Lagu & Lirik: Julfekar/Ku Seman & Izza Rosley)
Balada
# Sampai Syurga - Faizal Tahir (Lagu & Lirik: Audi Mok/ Faizal Tahir)
# Bila Nak Saksi - Spider (Lagu & Lirik: Tam (Spider)/Loloq)
# Dingin - Ziana Zain (Lagu & Lirik: Azlan Abu Hassan/ Azalea)
# Hanya Di Mercu - Ayu (OIAM) (Lagu & Lirik: Aubrey Suwito/ Habsah Hassan)
# Cuba - Faizal Tahir (Lagu & Lirik: Audi Mok/ Faizal Tahir)
# Lagu Kita - Aizat (Lagu & Lirik: Aizat)
Pop Rock
# Kalis Rindu - Elyana (Lagu & Lirik: Aidit Alfian/Ad Samad)
# Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain (Lagu & Lirik: Taja, Tass, Lan/Taja, Tass)
# Yang Pernah - Estranged (Lagu & Lirik: Estranged)
# Aku Stacy - Stacy (Lagu & Lirik: Intan Norul Azlin/ Inton Norul Azlin & Layla Ismail)
# Bukan Di Sini - Sofaz (Lagu & Lirik: Zimi & Aremeer/One)
credit to CJ-Smiba@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan, 17/1/09
AJL23: Faizal, Audi lepas geram?
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
NAMA Faizal Tahir sememangnya menjadi perhatian tahun ini apabila dua buah lagu dendangannya, Cuba dan Sampai Syurga berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang akan berlangsung, Ahad ini.
Apatah lagi, khalayak melihat kejayaan Faizal itu sebagai penebus kekecewaan tahun lalu apabila dia dilarang mengadakan persembahan secara langsung atas kesilapan diri sendiri.
Tahun lalu, dua buah lagu nyanyiannya, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta berjaya ke peringkat akhir kategori Balada namun, tanggungjawab diberikan kepada Fiq dan Bob untuk membawakan lagu tersebut.
Menyedari hakikat itu dan pengharapan peminatnya yang mahu dia beraksi di gelanggang penuh prestij itu, Faizal menjelaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang kemenangan.
Ini kerana katanya, jika itu berlaku, dia bimbang tidak mampu memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.
揝aya sedar ramai yang meramalkan saya akan menang tahun ini. Semakin hampir dengan AJL, semakin itu debaran saya bertambah kencang. Namun, saya selalu mengingatkan diri saya untuk bertenang agar saya mampu memberikan persembahan yang terbaik. Apa yang penting adalah persediaan saya dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi AJL23.
揝eperti mana yang pernah saya katakan dulu, saya tidak membuat sebarang persiapan yang rapi untuk pertandingan tetapi itu tidak bermakna, saya tidak mengambil berat tentang apa yang akan saya persembahkan pada malam itu nanti.
揜ingkasnya, peminat akan dapat menyaksikan persembahan eksklusif yang belum pernah saya lakukan dalam mana-mana persembahan. Malah, saya juga tidak akan mengulangi lagi persembahan saya itu selepas AJL23, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo! 19/01/09
Meet Uncle Hussain juara AJL23
KUALA LUMPUR |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
murai Jan 19, 2009
Hebatnya Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir!
oleh Helmi Zainal
KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2009: Acara gemilang Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang berakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi menyaksikan Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai juara sekali gus mengenepikan Faizal Tahir yang menjuarai kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga.
Kemenangan Meet Uncle Hussain terus membuktikan bahawa kumpulan indie mampu mendominasi AJL selepas Estranged yang pernah meraih gelaran yang sama pada AJL tahun lalu melalui Itu Kamu.
Dengan tema Illuminasi Muzik, karya hebat Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass & Lan manakala lirik tulisan Taja & Tass turut dinobatkan sebagai Juara Kategori Pop Rock.
Secara keseluruhan, Meet Uncle Hussain berjaya membawa pulang 2 trofi serta wang tunai berjumlah RM37,000 pada malam ini.
Sementara itu, malam kemuncak AJL23 turut menyaksikan kepulangan hebat Mr Superman, Faizal Tahir yang cemerlang dengan menggondol 3 trofi selepas menghadapi kontroversi pada awal 2008. Tahun lalu, cita-cita Faizal terbantut untuk beraksi pada AJL22 tetapi semuanya ditebus dengan penuh bermaruah, malam tadi.
Faizal merangkul 3 anugerah utama iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik serta Juara Kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok & Ahmad Idzham Omar bersama lirik nukilan Faizal sendiri.
Ia sememangnya malam yang hebat buat Faizal apabila membawa pulang 3 buah trofi dan wang tunai berjumlah RM32,000.
Juara bagi kategori Etnik Kreatif pula adalah Persoalan Cinta nyanyian Farawahida hasil ciptaan Julfekar dan lirik oleh Ku Seman & Izza Rosley. Untuk kategori ini pemenang membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM 12,000.
Hadiah disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Media Prima Berhad, Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan.
AJL23 yang berlangsung secara gemilang dan dipancarkan melalui TV3, telah dihoskan oleh Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.
credit to sue ann@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MSTAR Jan 19, 2009
Faizal nekad bersara menyanyi?
Oleh WAHIDA ASRANI
TATKALA peminat-peminatnya gembira dengan kemenangan manis penyanyi popular ini di malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) malam tadi, cukup mengejutkan apabila Faizal Tahir meluahkan hasratnya di hadapan media berkemungkinan untuk mengundurkan diri dari bidang nyanyian.
Satu keputusan yang pastinya akan menimbulkan ketidakpuasan hati peminat-peminatnya selepas ini, andai kata Faizal nekad dengan keputusan itu.
Masakan tidak, karier seni penyanyi berusia berusia 30 tahun ini memang dilihat sedang memuncak naik.
Malah kegagalan beraksi pada Anugerah Juara Lagu tahun lalu nampaknya berjaya ditebus semula oleh Faizal apabila dia berjaya mengaut tiga kemenangan menerusi lagu dendangannya, Sampai Syurga iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan juara kategori Balada pada AJL23 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu merangkul hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi bagi kategori Balada manakala penyanyi itu juga turut memenangi RM10,000 bagi Vokal Terbaik dan RM10,000 lagi bagi Persembahan Terbaik.
Sambil erat memegang tiga buah trofi kemenangannya itu, Faizal akui hasratnya itu mungkin tidak dipersetujui oleh penyokong-penyokong yang tidak putus-putus memberi sokongan sepanjang kira-kira dua tahun dia menyusuri industri hiburan.
Namun, tutur penyanyi berusia 30 tahun ini, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian dan bagi memastikan keputusannya itu tidak akan disesalinya kelak, Faizal bercadang untuk 'berehat' sebentar dari bidang nyanyian dan berfikir tentang halatuju karier seninya itu.
"Bukan disebabkan merajuk. Saya tidak ada sebarang masalah dengan industri ini malah saya cukup gembira dengan arah perkembangan muzik Malaysia sekarang ini.
"Hasrat saya ini memang sudah lama saya fikirkan. Tidak ada sesiapa pun yang mempengaruhi niat saya ini. Susah untuk saya jelaskan di sini, tetapi apa yang boleh saya katakan, usia saya bukannya masih muda lagi. Saya ingin berehat.
"Banyak perkara yang ingin saya lakukan. Saya ingin beri lebih tumpuan kepada keluarga serta beberapa perkara lain. Kalau ada yang perasan, sebelum AJL pun saya agak 'diam' juga, kerana masa saya memang banyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak dan isteri.
"Tetapi, perkara ini masih belum saya bincangkan dengan pihak pengurusan lagi dan saya sendiri belum putuskan arah karier seni saya ini.
"Saya mungkin akan bercuti panjang dari bidang nyanyian terlebih dahulu...mungkin untuk beberapa bulan untuk saya pertimbangkan sama ada terus bergerak sebagai penyanyi atau tidak," kata Faizal yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiganya bulan hadapan.
Tutur Faizal lagi, meskipun kelak dia nekad untuk meninggalkan karier nyanyiannya, dia tetap akan berada di dalam industri muzik dan meneruskan kerja-kerja di belakang 'tabir'.
"Minat saya tetap dalam bidang muzik. Bukan bermaksud jika saya tidak menyanyi lagi, saya memang akan terus tinggalkan bidang ini. Banyak perkara yang ingin saya capai dalam arena ini.
"Saya rasa, banyak sudah pengalaman yang saya kutip selama dua tahun sebagai penyanyi. Kalau boleh, saya ingin teruskan dengan kerja-kerja belakang tabir seperti penciptaan lagu dan lirik," jelas Faizal sambil tersenyum.
credit to sue ann@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gua.com.my 19 Jan 2009
Faizal Tahir Nak Berehat
by Li Ee Kee
Peluang yang terlepas tahun lalu telah di tebus di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) malam tadi. Dua persembahan yang berlainan tetapi masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Tidak dinafikan Faizal Tahir 憌ent all out |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HMetro, 20/01/09
Faizal undur seketika - Tumpuan sama rata dua lagu
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
Rap
ANUGERAH Juara Lagu ke-23 (AJL23) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, kelmarin melakar sejarah yang amat bermakna buat naib juara program realiti, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir, 31, kerana lagu nyanyiannya Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri mengungguli tiga kategori sekali gus iaitu Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik AJL23.
Faizal puas dengan persembahannya, sudah jangka kemenangan lagu Meet Uncle Hussain
ANUGERAH Juara Lagu ke-23 (AJL23) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, kelmarin melakar sejarah yang amat bermakna buat naib juara program realiti, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir, 31, kerana lagu nyanyiannya Sampai Syurga ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri mengungguli tiga kategori sekali gus iaitu Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik AJL23.
Sekalipun menyapu bersih tiga kategori, Faizal nampaknya terpaksa akur dengan kekuatan Lagu Untukmu dendangan Meet Uncle Hussain (lagu Taja, Tass dan Lan) yang mengungguli kategori Pop Rock sekali gus Lagu Terbaik, AJL 23.
"Saya tidak kecewa atau tertekan apabila tewas dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain kerana saya juga peminat band itu. Sejak awal, saya sudah jangka kemenangan lagu itu pada malam ini (kelmarin).
"Malah, selepas pengacara umumkan lagu Sampai Syurga memenangi tiga kategori pun, saya tetap yakin Lagu Untukmu yang akan menjuarai AJL23. Bagi saya, kategori Persembahan dan Vokal Terbaik yang dimenangi ini adalah anugerah sampingan saja.
"Terus terang, saya gembira untuk Meet Uncle Hussain kerana mereka membawa aliran muzik baru dan segar. Pada masa sama, saya sedih kerana tidak menang Lagu Terbaik AJL23. Apapun, saya baru dua tahun dalam industri muzik dan belum bersedia untuk anugerah sebesar itu," katanya.
Bagaimanapun, Faizal mengakui dia puas dengan persembahan yang ditampilkannya pada malam itu.
"Saya tidak balas dendam kepada sesiapa pun kerana sebagai penghibur, saya perlu fokus pada persembahan saya kerana semuanya mengenai bidang muzik.
"Sebenarnya, saya sudah lama menunggu peluang untuk beraksi di pentas AJL ini iaitu sejak tahun lalu lagi. Justeru, apabila dapat peluang kali ini, sudah pasti saya berikan yang terbaik. Persembahan saya untuk lagu Sampai Syurga memang lain daripada yang lain dan ia eksklusif buat peminat pada malam AJL23. Peminat tidak akan berpeluang menonton persembahan seperti ini lagi," katanya.
Faizal juga menegaskan, dia memberi tumpuan sama rata untuk kedua-dua lagu nyanyiannya yang dicalonkan pada peringkat akhir itu.
"Mungkin orang nampak saya lebih tumpukan perhatian pada persembahan di pentas untuk lagu Sampai Syurga berbanding Cuba .
Hakikatnya, saya beri tumpuan sama rata dari segi vokal untuk kedua-dua lagu itu. Lagu Cuba, melodi dan gubahan muziknya kuat sebab itu saya hanya fokus pada aspek vokal saja.
"Saya dilahirkan dengan sedikit 'gila' dan ia memberi idea persembahan yang orang tidak pernah fikir pun seperti yang saya buat untuk lagu Sampai Syurga. Ia juga percambahan idea selepas saya berbincang dengan rakan dan Audi Mok sendiri," katanya.
Pada sidang media malam itu juga, Faizal membuat pengumuman untuk mengundurkan diri buat seketika dalam bidang nyanyian.
"Saya ingin berehat selama beberapa bulan selepas AJL23. Saya tidak merajuk atau kecewa dengan industri muzik, sebaliknya saya memerlukan masa untuk berfikir panjang sama ada untuk bersara daripada bidang nyanyian atau sebaliknya selepas ini.
"Saya gembira dengan aliran industri muzik sekarang kerana kita ada generasi baru seperti Aizat dan Meet Uncle Hussain,' katanya.
Mengikut perancangan, Faizal berkata, dia ingin fokus pada kerja belakang tabir dan pada masa sama memberi tumpuan kepada keluarga yang sangat memerlukannya.
"Maklumlah, isteri saya dijangka melahirkan anak ketiga Februari ini dan ingin meluangkan lebih masa untuknya dan anak kami," katanya.
Mengenai hadiah kemenangan sebanyak RM32,000 yang dimenanginya pada malam itu, Faizal berkata, dia bercadang untuk mendermakan sebahagian wang kemenangan itu tabung untuk membantu rakyat Palestin.
"Saya prihatin dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis di Semenanjung Gaza. Saya berharap ia boleh meringankan sedikit penderitaan mereka," katanya.
Sebagai komposer, Audi Mok turut berkongsi kejayaan dengan Faizal pada malam itu.
"Saya dan Faizal memang ada keserasian yang seimbang dalam bidang muzik. Sebenarnya, selain berkawan kami juga pasangan yang sama-sama kreatif.
"Saya juga menanti peluang untuk bekerjasama dengan Faizal dan Ahmad Izham Omar (syarikat rakaman Monkey Bone) lagi, pada masa depan," katanya.
Audi berkata, dia sudah menjangka kemenangan Lagu Untukmu dendangan Meet Uncle Hussain menjuarai AJL23.
"Saya sedar momentum yang AJL23 inginkan untuk Lagu Terbaik pada tahun ini sebab itu Meet Uncle Hussain yang menang.
"Jika lagu Sampai Syurga yang menang, AJL23 tidak ada kejutan. Apa yang penting, aliran muzik baru yang dipelopori band indie itu dalam industri muzik kita," katanya.
Sementara itu, Ahmad Izham berkata, dia tidak menghalang Faizal untuk berehat seketika dari bidang nyanyian.
"Kami akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai perkara itu selepas ini. Apapun, Faizal masih mengikat kontrak dengan Monkey Bone dan artis The 8 Unit. Dia turut terbabit dengan projek baru kami tahun ini tetapi bukan sebagai penyanyi solo," katanya.
credit to rienn@ rockensteines.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HM, 20/01/09
Saingan sebenar MUH-Faizal Tahir
Rap
KEMENANGAN Meet Uncle Hussain (MUH) untuk Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) kelmarin mencipta sejarah buat majlis anugerah itu.
KEMENANGAN Meet Uncle Hussain (MUH) untuk Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) kelmarin mencipta sejarah buat majlis anugerah itu.
Mereka adalah juara berkumpulan kelima yang menang selepas Estranged pada tahun lalu, Spider (2004), Mega (1991) dan Search (1989).
Pada AJL23 kali ini, saingan sengit untuk Lagu Terbaik lebih dirasai antara MUH dengan Faizal Tahir.
Seramai lapan juri profesional yang menilai persembahan kali ini ialah komposer Helen Yap, Hashridz Hashim (Acis), Mohariz Yaakup, penyanyi Adibah Noor, Hazami, Felow Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Wan Zawawi Ibrahim, Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa dan Ketua Juri, Azhar Abu Bakar (Azmeer).
Kata Azmeer, juri sukar membuat pilihan antara MUH dan Faizal untuk keputusan Lagu Terbaik pada AJL23. Walaupun MUH berjaya menang Lagu Terbaik dan kategori pop rock, tetapi kategori Vokal Terbaik yang dimenangi Faizal turut di saing hebat vokalis MUH, Nor Azlan Roslee atau Lan.
"Juri sepakat memilih MUH sebagai juara Lagu Terbaik kerana persembahan mereka bagus. Mereka memperjuangkan muzik yang dinilai baru dan segar di samping mempunyai vokal terbaik serta penampilan di pentas yang mantap.
"Walaupun lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal menang tiga anugerah, tetapi markah untuk Lagu Terbaik berdasarkan susunan melodi, lirik, vokal dan persembahan terbaik. Berbanding Faizal, MUH lebih menyerlah dan layak untuk diumumkan sebagai pemenang.
"Bagi pihak juri, kami sukar membuat keputusan juara keseluruhan kerana 70 peratus persembahan penyanyi pada AJL23 ini memang bagus. Bagaimanapun, untuk kategori Vokal Terbaik, saingan sengit berlaku antara Faizal dengan Lan.
"Kedua-duanya mempunyai vokal mantap. Juri berpendapat tidak ramai penyanyi yang mempunyai kebolehan menyanyi seperti Faizal dan Lan.
"Beza markah antara mereka sebenarnya tidak berapa jauh. Namun, Faizal mempunyai kelebihan kerana apa yang kita lihat, persembahannya mampu membuat bulu roma penonton meremang dan penampilannya di pentas juga menghiburkan.
"Pada kami, jika lagu itu berjaya memukau penonton, penyanyi itu layak diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik," katanya.
Mengulas persembahan Farawahida yang dipilih memenangi kategori etnik kreatif, ia disifatkan unik kerana menyelitkan instrumen muzik erhu yang dimainkan dengan baik.
Malah, Farawahida turut membuat persembahan dengan yakin di samping penari kebudayaan Cina.
"Persembahan Farawahida bersama instrumen muzik erhu menarik perhatian juri. Kami melihat aspek lain dalam etnik kreatif seperti fusion moden yang dapat menarik perhatian penonton dianggap satu kelebihan.
"Untuk memilih pemenang, kami melihat faktor instrumen yang dimainkan secara langsung mampu memberi kelainan," katanya.
credit to rienn@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
manggaonline 26 Januari 2009
Mula-mula Baju, Sekarang Kuku
Ditulis oleh Mangga Masam Isnin, 26 Januari 2009
Mula-mula Baju, Sekarang Kuku
Mangga Masam pun tak tahu hendak kata apa lagi. Walau pun AJL 23 sudah lebih seminggu meninggalkan kita, namun cerita tentang Superman ni tak habis-habis. Sudahlah ada suara-suara sumbang mengatakan Faizal Tahir langsung tidak layak memenangi satu pun anugerah pada AJL 23 yang lalu. Mengapa sampai begitu? Pendapat MM lah, kalau kita tak minat seseorang itu (dengan apa jua alasan, jealous sebagai contohnya) tak payahlah kutuk atau hina seseorang itu sebegitu. Rezekinya hanya menang tiga anugerah dan bukan anugerah Juara Lagu, hendak buat macam mana?
Bukan setakat itu sahaja, baru-baru ini pula ada yang bercerita dengan MM yang kononnya Faizal ni anak emas Media Prima lah dan sebab itu dia menang. Sebenarnya pada MM lah, cerita-cerita sebegini hanya datang dari mulut-mulut yang tak senang dengan kemenangan Faizal malam itu.
Sudahlah dengan pelbagai andaian diperkatakan apabila Faizal Tahir menyuarakan hasratnya mahu berehat seketika. Ada yang kata sebab dia kecil hati tak menanglah, dia dah bosanlah dan macam-macam lagi. Sedangkan terang-terangan Faizal akui dia mahu luangkan lebih masa dengan keluarganya sebab itulah dia mahu berehat. Cuba letakkan diri kita di tempatnya.
Pernahkah kita dengar Faizal ni takde aktiviti semenjak selepas One in a Million? Bukan sekadar menjadi penyanyi dan penghibur, Faizal juga berkebolehan menjadi pengacara dan sebab petahnya dia berkata-kata dia menjadi salah seorang pengacara Gangstarz. Jadi, berilah dia peluang berehat.
Belum pun reda cerita AJL, nah timbul pula cerita Faizal mengenakan pewarna kuku bewarna hitam di tangan kirinya sewaktu membuat persembahan final AJL 23. Dulu dia digam kerana tindakannya membuka baju, sekarang pasal dia guna pewarna kuku hitam. Akan tetapi, jika artis wanita berpakaian mendedahkan dada keterlaluan, artis wanita bertudung posing menonggeng, artis wanita dengan aksi tarian mengghairahkan, tidak pula ada yang bersuara! Adakah yang bersuara dalam kes Faizal ini orang yang dengki dengan kesenangan dan rezeki miliknya? Atau adakah kerana jika artis wanita melakukannya ianya mempunyai nilai komersil? Renung-renungkanlah! - Mangga Masam
credit to amalin@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Utusan 22 Jan 09
Kuasa baru industri muzik
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL [email protected]
FAIZAL TAHIR meninggalkan impak pada persembahannya.
MESKIPUN Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) sudah melabuhkan tirainya dengan cukup gemilang sekali, namun, ia masih lagi diperkatakan ramai.
Pasti ramai yang sudah mengetahui kejuaraan telah menjadi milik kumpulan Meet Uncle Hussain yang memberikan nuansa yang cukup segar dalam lagu mereka yang berjudul Lagu Untuk Mu.
Hakikatnya, mereka sememangnya layak menggenggam gelaran keramat itu meskipun ramai yang meramalkan lagu Sampai Syurga hasil kombinasi Ahmad Izham Omar, Audi Mok dan Faizal Tahir akan menjulang anugerah idaman ramai itu.
Lupakan sahaja tentang kisah itu kerana semuanya sudah termaktub dalam sejarah dan tiada siapa lagi yang mampu mengubahnya. Apa yang lebih menarik untuk dibicarakan adalah tentang corak persembahan oleh artis-artis yang bertanding pada malam itu yang ternyata cukup memukau dan bertenaga.
Terasa kuasa artis generasi baru ini yang ternyata mempunyai idea kreatif yang kadang-kala tidak terjangkau oleh akal dan pastinya, kehadiran mereka di dalam industri cukup dialu-alukan.
Setidak-tidaknya, dengan adanya insan-insan seni yang baru hendak berkembang bunganya, ia mampu mencabar artis yang sedia ada untuk memperbaiki diri masing-masing agar mampu bersaing secara sihat bersama mereka.
Untuk mengenang kembali persembahan hebat oleh artis yang bertanding pada malam itu, Hits menyenaraikan lima persembahan terbaik AJL23.
1) Faizal Tahir (Sampai Syurga)
Mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Cuba dan Sampai Syurga, ternyata lagu Sampai Syurga yang paling dinanti-nantikan kerana sebelum ini juga, Faizal sendiri menyatakan dia akan melakukan sesuatu yang agak berbeza untuk persembahannya malam itu.
Ternyata, Faizal mengotakan janjinya dan melihatkan dia berdiri di atas pentas mengalunkan lagu Sampai Syurga, impak yang diberikan memang cukup besar sehingga menimbulkan histeria di kalangan penonton yang memenuhi Stadium Putra.
Menyelitkan unsur drama dengan meletakkan beberapa orang pelakon yang melengkapi jalan cerita Sampai Syurga, menjadikan persembahan Faizal yang ringkas itu meninggalkan bekas yang cukup mendalam dan meremangkan bulu roma.
Semuanya dilakukan dalam tempoh masa yang cukup bersesuaian dengan lagu menjadikan persembahan Faizal begitu kemas dan tidak terlihat sebarang cacat-cela di dalam persembahannya.
Ditambah pula dengan alunan indah koir yang menjadikan lagu Sampai Syurga begitu indah sehingga ia mampu membawa kita menerawang jauh menghayati jalan cerita untuk lagu yang cukup indah ini.
Kerana itu juga, tanpa syak dan ragu, sememangnya trofi Persembahan Terbaik layak menjadi milik Faizal. Syabas dan tahniah kerana begitu berani dan kreatif dalam mewarnakan persembahan anda!
credit to arissa@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MM, 25/01/09
Siapa kata saya nak bersara?
Tirai tahun baru 2008 dibuka dengan insiden yang memalukan apabila Faizal Tahir, 31, tergamak menayang badan ketika membuat persembahan dalam program siaran langsung terbitan 8TV. Gara-gara kes itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengharamkan penyanyi itu muncul untuk program secara langsung selama tiga bulan berkuatkuasa 15 Januari 2008.
Itu kes tahun lepas tetapi tahun ini Faizal Tahir telah mencuci 搆ekotoran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NST 240109
REEL TIME: Faizal Tahir is here to stay
SUPER rocker Faizal Tahir takes a coffee break with Meor Shariman and reveals that he really needs a break from showbiz.
Q: What's all the fuss about you quitting showbiz?
A: I am not quitting, yet! I just need a long break. But my intention was misinterpreted by the media.
Q: But you do intend to retire from showbiz?
A: The past few years have been confusing for me. Too many good and bad things happened. I will use my "vacation" time to think it over. Yeah, I did think about quitting many times.
Q: How long are you planning to take time off?
A: A few months. I want to concentrate on my family. I am expecting my third child any day now.
Q: This decision has something to do with the new child?
A: Yes. My family had sacrificed a lot for me. Now it's time for me to return the favour and spend time with them.
Q: What do you miss most after becoming a star?
A: My privacy. I am a private person and I don't fancy all the attention. But I understand that it is the price of stardom.
Q: Where are you planning to go for the break?
A: At home with my wife, Siti Raihanim Noran, and help her with the new baby. I want to spend lots of quality time with my two other kids, Mikael Zidane and Siti Raudhah Nur Iman.
Q: When you decide to really retire, what will you do?
A: I will still compose songs and produce other singers' albums. I will still be in showbiz, but doing behind-the-scene stuff.
credit to ecahaishah@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BH 3/2/09
Muzik kita perlu perubahan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
M NASIR mahu peminat berseronok pada konsertnya yang akan bermula 27 Februari.
Penyanyi dan pemuzik berkumpulan tempatan mesti sentiasa buat lagu baru, segar untuk kekal bersaing
PEMBABITANNYA dalam bidang seni sudah pun berusia 30 tahun. Namun, bagi M Nasir, perjalanan itu tidak akan terhenti hanya selepas tiga dekad. Semangatnya terus membara untuk tampil bersama karya maha indah.
Pembabitan bintang ini dalam seni juga amat pelbagai. Dia bergelar penyanyi, pencipta, penulis lirik, pelakon, pengarah dan pelukis. Jika ada insan seni yang harus dihormati kerana kepelbagaian bakat dimiliki, mungkin inilah orangnya. Maka tidak hairan apabila karyanya sentiasa ditunggu, bahkan golongan penyanyi sendiri sanggup lama menanti demi mendapatkan lagu ciptaan M Nasir.
Begitupun, sifu muzik ini tidak pernah memandang rendah keupayaan artis lain. Acap kali dia memuji keupayaan bakat baru atau kumpulan muzik hari ini yang kian digilai. Pada ketika dia mengalu-alukan kehadiran mereka dalam persada seni, M Nasir tidak lupa menghulurkan sedikit nasihat untuk mereka kekal lebih lama dalam industri penuh glamour ini.
Kata pemilik sebelas album solo itu, kumpulan Meet Uncle Hussain yang baru saja dinobatkan pemenang Juara Lagu menerusi karya mereka, Lagu Untukmu, umpamanya diterima ramai kerana kelainan yang mereka tonjolkan dalam muzik.
"Jelas sekali, muzik sebegitu yang dikehendaki peminat ketika ini. Mereka pula menampilkan muzik yang sedikit berbeza. Saya mengalu-alukan kemenangan mereka pada Anugerah Juara Lagu Ke-23," kata M Nasir yang bakal muncul bersama sebuah konsert di Istana Budaya, selama tiga malam berturut-turut, bermula 27 Februari ini.
Bintang berusia 52 tahun itu turut menyebut beberapa kumpulan baru lain seperti Bunkface dan Pesawat yang mula mendapat perhatian peminat. Katanya, kumpulan terbabit menunjukkan bakat yang besar untuk terus maju dalam dunia muzik tanah air.
Apatah lagi peluang yang dimiliki oleh artis baru ketika ini cukup besar berbanding pada ketika dia dan rakan seangkatan mula-mula hendak bertapak. Pelbagai program di televisyen, puluhan rangkaian radio, kewujudan begitu banyak media massa serta peluang muncul dalam berbagai-bagai acara memberikan ruang yang baik untuk artis hari ini menonjolkan diri.
"Perbezaannya cuma pada kehendak seseorang penyanyi atau sesebuah kumpulan itu sendiri. Pada waktu dulu, sekurang-kurangnya inilah pandangan saya, kami mahukan perubahan berlaku dalam masyarakat apabila sesebuah karya dihasilkan. Kami mengkritik sesuatu keadaan pada ketika itu. Lagu yang dikeluarkan lebih bersifat topikal atau mempunyai isu yang hendak disampaikan.
"Kini, saya tidak melihat perkara yang sama wujud dalam karya artis baru. Namun, mungkin itulah kemahuan peminat atau penggiat seni hari ini. Tetapi, saya masih cuba mengekalkan elemen topikal itu dalam setiap karya yang saya hasilkan," kata M Nasir yang turut menerima lirik cinta dalam sesebuah lagu.
Gemar muzik genre Indie
NYATANYA, M Nasir menggemari muzik yang dipelopori kumpulan bebas atau indie ini. Bahkan dia amat berbangga apabila muzik di Malaysia nyata berbeza dengan muzik seberang.
"Cuba kamu lihat, bunyi muzik dan suara penyanyi kita nyata berbeza dengan apa yang datang dari sana. Kita mempunyai bunyi yang berbagai-bagai. Bunyi muzik mereka lebih kurang sama saja, walaupun sedap didengar," ujar penyanyi ini yang turut melihat Faizal Tahir sebagai artis berbakat besar yang mempunyai masa depan cukup cerah.
Cuma, katanya, sebagai seorang penyanyi, pelbagai pengalaman suka duka perlu ditempuh Faizal dalam memantapkan lagi karier seni.
Kembali bercerita mengenai kumpulan muzik, M Nasir berharap setiap kumpulan baru yang muncul serta mendapat sokongan peminat perlu menampilkan album yang sentiasa mantap bagi mengukuhkan kesinambungan kejayaan dalam karier mereka.
"Saya perhatikan, kumpulan muzik sering berdepan cabaran untuk muncul bersama album yang bagus. Katakan, mereka berjaya tampil dengan album sulung yang baik, tetapi album seterusnya pula kurang memberangsangkan.
揚erkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi turut dihadapi kumpulan muzik Indonesia. Sebab itu, kita lihat ada saja kumpulan baru Indonesia yang hadir apabila kumpulan sedia ada gagal memberikan sesuatu yang lebih baik untuk peminat.
"Kumpulan baru pula sentiasa cuba menembusi pasaran dengan menghasilkan muzik yang berbeza. Atas alasan itu Meet Uncle Hussain dan Hujan mampu memikat hati pendengar.
"Tidak lama dulu, Spider sendiri dianggap kumpulan yang cukup berbakat dan selalu muncul dengan lagu yang hebat. Kini, mereka juga perlu mengetengahkan muzik yang baru. Mereka harus mencari formula berbeza untuk menyambung kejayaan yang pernah dicipta," katanya.
Info M Nasir:
# SEJAK tiga minggu lalu, penyanyi ini dan 10 pemuzik serta empat penyanyi latar sibuk mengadakan latihan bagi menjayakan Konsert Alam Muzik M Nasir yang akan berlangsung selama tiga malam di Istana Budaya, mulai 27 Februari.
# PENYANYI ini ingin sekali menampilkan sebuah persembahan yang membolehkan peminatnya bergembira bersama kira-kira 30 lagu yang bakal dia nyanyikan. Dia juga akan menyampaikan lagu baru untuk kepuasan peminat yang datang.
# M NASIR melihat persembahannya nanti lebih berupa konsert dengan elemen irama sejagat atau world beat. Konsert itu dijangka berlarutan sehingga dua jam lamanya.
# MENYENTUH perancangannya pada tahun ini, selain konsert di Istana Budaya, M Nasir berkata dia menjangkakan 2009 muncul tahun yang sibuk bagi dirinya. Bukan saja sibuk memerah minda mencari karya terbaru untuk album seterusnya, dia juga berazam untuk mengadakan konsert dan bakal beraksi dalam filem Magika.
credit to arissa@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MStar Jan 31, 2009
Kakak Tua: Besi yang baik itu tidak akan berkarat!
Penyanyi bervokal hebat Faizal Tahir dalam satu pose istimewa ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke 23 baru-baru ini.
KATA orang anak sungai lagikan berubah, inikan pula hati orang. Tambah pula, kalau seseorang itu sudah mengecapi kemasyuran dan kekayaan.
Manisnya menjadi orang berharta hingga terlupa usul diri - siapa rakan dan taulan, siapa saudara?
Bila sudah terleka dan terbuai dengan segala kemegahan tentu saja cakap-cakap sumbang seperti yang selalu Kakak Tua titipkan di sini akan diperlekehkan.
Silap tulis diugut saman, silap cakap tanggunglah sendiri. Disisih, dipinggir dan disalahkan sudah jadi basahan orang media.
Kerana sedar, berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah, Kakak Tua tidak pernah berangan untuk bercinta dengan geliga di mulut naga.
Dan sejak berzaman, Kakak Tua sudah semakin bijak menilai untung diri. Kalau hendak berurusan dengan orang berada dan berpengaruh macam dalam filem 'Antara Dua Darjat', jati diri kena kuat.
Status quo tetap dipandang walaupun mulut saja berkata, kita Islam bersaudara.
Kalau sumbang dipandang mata, jangan cepat menegur. Kalau kuku dicat hitam atas nama persembahan, biarkan saja kerana Faizal Tahir tidak usik sesiapa.
Kalau kerudung Siti tidak melitup semua helaian rambut, itu kan urusan peribadi. Walaupun sebagai mukmin, kita perlu berpesan-pesan dan saling menasihati.
Lagipun ramai yang masih tidak menutup aurat. Sekurang-kurangnya Siti sudah hampir 'menyempurnakan' apa yang wajib.
Vokal yang sedap, persembahan yang unik, lagu pula menarik sudah cukup memartabatkan penyanyi berbakat di tempat yang istimewa.
Walaupun tersilap tulis 'Faizal akan bersara' hakikatnya dinafikan penyanyi yang berwajah 'Red Indian' ini. Semuanya atas nama kemasyuran, media terpaksa memaafkan. Memang 'silap' mediapun, tersalah tafsir apa yang tersirat di dada Faizal.
Terkhilaf di mata, tersentuh di hati, itu bukan masalah Faizal, mahupun penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza.
Tapi yang sedihnya, media sekarang seperti 'hilang harga diri' bila berhadapan dengan penyanyi yang menjadi sanjungan ribuan peminat.
Walaupun ada yang kata mata pena lebih tajam, ia ke? Mungkin itu dulu. Kini, wang ringgit dan pengaruh lebih memberi kesan.
Ramai yang buat-buat tak faham, media serba salah. Bila diundang penyanyi terkenal terpaksa cepat-cepat datang, takut nanti suratkhabar tidak laku pula kerana tiada berita tentang penyanyi kesayangan. Dek kerana sudah lali dilayan seperti 'Melukut di Tepi Gantang', Kakak Tua langsung tidak terkesan. Disuruh datang, Insya Allah tak datang. Kalau tak diundang, lapang rasa dada.
Malah, Kakak Tua rasa lega sangat kerana tersisih dari kilauan dan gemerlapan perkahwinan yang diangkat 'Wedding of the Year' Mawi-Ekin.
Walaupun terfikir apa sebenarnya alasan di sebalik keriuhan dan kemeriahan dua selebriti ini berkampung, berdendang dalam konsert dan atas pelamin anganan.
Hendak membalas jasa peminat sekalipun, adakah itu yang dituntut agama?
Pembaziran RM5juta ringgit untuk penyatuan dua jiwa dalam ikatan perkahwinan agak melampau, kata hati ini.
Tapi yang diraikan bukankah 'Raja SMS'? Jadi, semuanya dibolehkan kerana atas alasan kemasyuran.
credit to arissa@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian Feb 2, 2009
Bukti selebriti prihatin
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
Artis, personaliti ketepi glamor untuk bantu insan malang di bumi Palestin
KARNIVAL Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 untuk Gaza jelas membayangkan betapa golongan selebriti tanah air begitu prihatin pada penderitaan yang dialami mangsa kezaliman tentera Israel di Semenanjung Gaza, Palestin, apabila hampir 100 insan popular tampil memberikan sokongan kepada acara kebajikan kelolaan kumpulan New Straits Times Press Bhd (NSTP) di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Dalam keghairahan penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen dan penyampai radio berkenaan mengejar kejayaan dalam karier seni, jauh di lubuk hati, nasib malang insan lain tidak pernah dilepas pandang. Glamor bagi mereka hanyalah seketika, justeru sifat belas kasihan dan beramal itu lebih dimuliakan.
Lalu, sepanjang hari Sabtu lalu, kelihatan golongan terkenal ini basah bermandikan keringat tatkala menjual barangan peribadi, merayu pembaca, peminat atau pengunjung menghulurkan derma, serta berserak suara ketika mengajak khalayak membida pada acara lelong, semata-mata untuk sama-sama membantu penduduk Palestin yang ditimpa musibah.
Daripada sebungkus biskut sehingga gaun penuh labuci yang akhirnya mencecah RM4,000 apabila dibida, semua itu cukup bernilai kerana setiap sen yang disumbangkan, besar maknanya buat mangsa perang yang menderita.
Bagi Aznil Nawawi, pada ketika insan lain dilanda petaka, usah lagi diri mereka kini dianggap berbeza kerana hanya status artis yang dibawa.
"Menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bukan hanya tanggungjawab insan biasa, tetapi golongan artis juga. Apabila setiap hari kita dihidangkan dengan berita mengenai penderitaan rakyat Palestin, kita tidak boleh lupa wajah sengsara mereka dengan begitu saja. Ketika inilah kami golongan artis juga memikul beban yang sama, sebagaimana insan lain.
"Apatah lagi golongan seni ialah mereka yang mempunyai jiwa cukup sensitif. Justeru, apabila usaha murni sebegini dianjurkan, seharusnya kamilah golongan yang lebih terasa dengan apa yang diperjuangkan, lalu sama-sama bangkit menghulurkan bantuan," kata Aznil yang melelong sehelai jaket pernah digayakan olehnya pada Anugerah Skrin.
Memuji usaha yang dikelolakan kumpulan NSTP, Aznil berkata, agak sukar untuk artis sama-sama tampil membantu secara berkumpulan sekiranya aktiviti amal sedemikian tidak dianjurkan. Dia amat berbesar hati apabila dapat turut serta mengajak orang ramai beramal demi menyatakan rasa keinsanan serta membantu golongan dalam penderitaan.
Turut sama melelong koleksi peribadi miliknya sebagai usaha membantu mengisi tabung NSTP Untuk Gaza adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Biarpun sebelum ini Siti banyak terbabit dalam acara seperti ini, namun menurut penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini, majlis lelongan ini adalah acara amal membabitkan selebriti paling ramai yang pernah dihadirinya.
揝iti gembira melihat ramai selebriti mengambil bahagian dalam acara ini. Walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza namun atas nama kebajikan mereka sanggup mengetepikan perbezaan itu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|