CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

<< Thread Khas Muzik-Muzik 24 >>

[Copy link]
Post time 15-4-2009 01:53 PM | Show all posts
oooh...
apsal mila tak calon lagu balada plak...
ilham dimatamu.. layan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 05:16 PM | Show all posts
Lagu2 The Lima, Farah Asyikin, 6th Sense, Hazami yg masuk balik carta tu sebenarnya tak lama pun akan duduk dalam carta sebab lagu2 tu adalah lagu2 yang nak dijadikan lagu2 yang terkeluar dari carta...

By the way, Farawahida ada 2 lagu Balada untuk dicalonkan thn ni - Hilangkan Segalanya & Jangan Kau Pergi..dua-dua best..

Confirm ke Datuk CT taknak bertanding Muzik2 thn ni? Sayang lagu2 dalam Lentera Timur best2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:52 AM | Show all posts
best betul ke 2 lagu farawahida tu???

download jap..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:51 AM | Show all posts
Ezlynn 'wajah' baru Muzik-Muzik ke-24

Oleh AU YEONG HOW



Pengacara Muzik-Muzik ke-24  dari kiri)Faizal Ismail dan Cheryl Samad bergandingan dengan penyanyi, Ezlynn sebagai pengacara bersama.

CARTA muzik paling popular siaran TV3, Muzik-Muzik kini telahpun memasuki musim ke-24. Kali ini, carta baru Muzik-Muzik menampilkan format dan segmen baru berbentuk pengetahuan seperti Trivia, Buzz dan Candid bagi memantapkan program hiburan tersebut.

Pengurus Produksi Hiburan, Primeworks Studio Sdn. Bhd., Fadzliniza Zakaria berkata, format baru musim ini yang telah disiarkan mulai 4 April lalu menyaksikan pencalonan lagu tidak memfokuskan kepada kategori.

Jelas beliau, ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu sekali gus memberi ruang kepada penggiat-penggiat seni muzik untuk bebas berkarya.
Fadzliniza Zakaria

Selain itu, katanya, hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori utama sahaja, iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.

"Oleh itu, lagu-lagu yang bakal dicipta lebih luas genrenya dan ini sekali memperkayakan hasil seni ciptaan pengkarya tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas rakaman Muzik-Muzik pada minggu ketiga Muzik-Muzik, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Mohamed Nordin.

Pada minggu ini, artis Mila mendendangkan lagu Gila; Jinbara menyanyikan lagu Patri dan Sofaz menerusi lagu Dendam Kita sementara artis jemputan, Yuna (Artis jemputan) mempersembahkan lagu Dan Sebenarnya.
Mila memberikan persembahan bertenaga.

Fadzliniza memberitahu, setiap minggu, Muzik-Muzik ke-24 akan mempertandingkan maksimum 4 calon dan minimum 2 calon untuk mendapat tempat dalam carta 20 lagu-lagu yang tersenarai.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat undian secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dan online di www.tv3.com.my (50:50).

Katanya, pada peringkat separuh akhir, lagu-lagu berkenaan akan disaring dan ditentukan kategorinya.

Dalam pada itu, program ini masih mengekalkan Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai hos.
Persembahan Yuna cukup menghiburkan para penonton.

Namun, mereka turut disertai oleh penyanyi Ezlynn yang turut menjadi pengacara bersama.

"Kami merasakan pemilihan tiga pengacara sekaligus dapat mewarnai lagi program Muzik-Muzik sebelum ini.

"Ezlynn dipilih kerana pernah mengacara program Mentor sebelum ini dan dia memang sudah ada pengalaman yang banyak sebagai pengacara," kata Fadzliniza.

Mengulas mengenai segmen baru berbentuk pengetahuan: Trivia, Buzz dan Candid, Fadzliniza berkata, Buzz memaparkan apa-apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Trivia pula, katanya, memfokuskan rentetan perjalanan hidup artis tertentu dari awal pembabitannya dalam industri muzik sehinggalah perkembangan terkini.

Menurutnya, segmen Candid mendekati peminat-peminat dan melihat mereka membuat aksi dan gelagat seperti artis-artis kesayangan mereka.

"Ketiga-tiga segmen ini dikelolakan oleh pengacara Adzri Faiz Adzlan (Faiz)," katanya.

Rakaman Muzik-Muzik adalah pada setiap Khamis, jam 8 malam sementara slot siaran pada Setiap Sabtu, jam 5 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 04:39 PM | Show all posts
3 pengacara ni best gak tak la bosan asyik FBI & Cheryl jek...

By the way, Jamal Abdillah ada mention kan dia akan wat comeback melalui album baru dia termasuk comeback ke Juara Lagu....bestnye kalau abg Jamal kembali beraksi kat Muzik-Muzik...

So, harap lagu Terpesona Dusta dicalonkan dalam katgori Pop Rock...best sgt lagu ni..

Lagu Waktu Kerinduan ada unsur etnik so bleh masuk kategori etnik tak? Lagu ni pon best....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:07 PM | Show all posts

Balas #122 Rhyno\ catat

nak jadi lagu terkeluar carta cam mane nye...
ikut undian la....
dah kalu lagu baru dicalonkan xde orang undi...
lagu tu la terkeluar..
nape lak lagu yang dapat undian banyak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2009 04:42 PM | Show all posts
Itu aku tak pasti tp ada org TV3 yang merupakan sahabat aku yang inform..lagu2 thn lepas yang masuk carta thn ni adalah bahan untuk lagu2 terkeluar...

By the way, suka sgt lagu Jangan Kau Pergi (Farawahida)..harap lagu ni dapat masuk semi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 08:30 PM | Show all posts

Balas #127 Rhyno\ catat

Owh... lagu tema citer Keliwon TV3 tu yer...


* belum penah dengar sepenuhnya lagu tu...

[ Last edited by  elbee at 18-4-2009 20:34 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 11:13 PM | Show all posts
lagu JANGAN KAU PERGI tu dari album farawahida yang pertama kan?
boleh ker dicalonkan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 12:01 AM | Show all posts
update carta plzzz........


aku cuma ada separuh kedudukan jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 12:24 AM | Show all posts
CARTA MUZIK MUZIK 24 (MINGGU KE-2)

1-BENAR BENAR
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 01:17 AM | Show all posts
Mana lagu stacy wei.... kat carta takder.... kat lagu terkeluar pun takder.... aku try undi dapat plak.... apsal lagu yang lemau tak pernah dengar, lagu the girls tu boleh naik dari no.20 ke no.4....

aku rasa carta muzik2 salah laa.... something wrong... :@
lagu stacy actually berada pada kedudukan top5...tak percaya??? tunggu pengumuman dari web muzik2 tv3 and pengumuman maaf dari fbi, cheryl samad n ezlyn..... tunggu.....

[ Last edited by  toritonz82 at 19-4-2009 00:35 ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 07:28 AM | Show all posts

Balas #132 toritonz82\ catat

itu la. ntah ke mana lagu gagap tu. :@
huhuhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 10:42 AM | Show all posts
vote 4 alyah.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 12:54 PM | Show all posts

Balas #132 toritonz82\ catat

camne lagu Gagap - Stacy cepat sgt ilang Tori?...


tak sempatlah nak masuk semi kalo camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 01:29 PM | Show all posts

Balas #135 elbee\ catat

lagu stacy tak kuar carta laa...... ada technical problem..... sepatutnya ada lagu lain yang terkeluar carta.... and lagu itu bukan lagu stacy.....buktinya aku undi hari ni tapi dapat gak....







tapi ini apa yang aku rasa jer.... naluri aku yg kata....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 03:33 PM | Show all posts
patutnye lagu terkeluar kan 3...lagi satu tu stacy kot..atau pun stacy akan dicalonkan semula supaya dia blh perform kt studio muzik2 tu.muwahahaha...hafiz hamidon,the girls????..sape yg undi depa ni.undi diri sendiri ke???heran2..lagu gagap punyalah meletup xkan satu minggu dah kluar.lagu xpernah dgr top 5 pulak..aku slalu undi stacy tau...setau aku stacyfrenz pun ramai yg undi..tv3 ni wat salah ni:@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:19 PM | Show all posts
carta sudah gagap
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 08:54 PM | Show all posts
vote Mila, ok... tahun n kasi dia masuk final... yess!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 09:23 PM | Show all posts
teruskan mengundi situasi, revolusi dan pari2 dibawah angin....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.116651 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list