apa pulak..ko ingat org mesia saja2 nak benci yahudi tanpa sebab ker? disebabkan zionist nama yahudi busuk semuanya..
lagi pun memang yahudi dibelakang semua masalah politik di duni ...
tiptiptop Post at 28-12-2009 21:23
dlm mana2 bangsa pung ada segolong cam haram........ al-Quran pung hanya mengatakan segolongan yahudi je yg terpesong, bukan semua......... macam laa org arab sendiri takde yg terpesong....... :re:
Al-Baqarah [72] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 29-12-2009 19:39
dah ada yg pemikirannya dah berubah bila baca hujah2 yahudi kat sini..huh..bahaya btoi!
nak tau sbb apa migdal sound saya kerana saya diam je dengar hujjah dia? kerana sy teringat hadis nabi:
"Kalian jangan membenarkan Ahli Kitab, dan jangan mendustakan mereka.Namun ucapkanlah, ‘Kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kamidan diturunkan kepada kalian, Tuhan kita, dan Tuhan kalian adalah satu,dan kita menyerahkan diri kepada-Nya'." (Diriwayatkan Al-Bukhari).
x sngka saya diam pun kene sound...diam pun kene sound la dey??? siap kene herdik plak tu...inikah Yahudi?
Kalau ak terang panjang lebar pun, ak rasa ko macam kurang faham sangat sebab pengetahuan ko tentang Judaism agak kabur. Ko faham Kitab Ezekiel tu? Ezekiel tu siapa? Apa intipati yang utama dalam kitab Ezekiel untukumat Yahudi? Apa ramalan Ezekiel? Ezekiel ni dalam bahagian mana dalam Torah Shebichtav?
Benda-benda asas ni kalau tak mahir lagi jadi buat apa ak nak terang panjang lebar lagi. Tak akan faham dan tak ada gunanya sebab ko hanya tau kemukakan soalan dan kemudian hilang menyusup terhadap jawapan yang ak beri tanpa apa-apa feedback sama ada faham atau tidak. Dan selepastu kemukakan beberapa soalan lain pula yang bersifat copy and paste.
abis tu nak kagum dgn HAMAS kaa? yg menggunakan budak2 sbg pengebom branie mati? nabi ajar camtu kaa?
Acong Post at 29-12-2009 19:19
errr, pengebom berani mati bukan ajaran Tamil Eelam ke? Sblom tu mn ada orang wat benda merapu ni? x kira la kalo orang tu terdesak atau papa pown, mengapa perlu korbankan nyawa sendiri sebelum Allah SWT yang tentukan? aku x suka tengok orang Islam mati n bunuh2, macam tu jugak aku x suka tengok penganut agama lain mati n bunuh2. Tuhan bukan hantar kita ke sini untuk itu.
Orang Islam ni time nikmat dah kena rampas baru la ingat nak ke masjid la nak melutut depan Tuhan dalam masjid betul2 proper. Waktu aman, dalam masjid sembahyang fardhu pon susah nak turon. Smayang Jumaat pon mungkin g dua kali sminggu pastu sekali ponteng. Aku dok sebilik dengan budak2 Melayu Islam selama tiga tahon, aku tengok perangai dorang yang berbagai2. Coursemate aku pon berbagai2 jenis negeri orang "melayu" Islam yang datang.
Ni untuk ingatan pada diri kita sniri la jugak, na'uzubillah bukan nak ngutuk sesiapa pon. Benda ni kita dh tengok pon di Bosnia,n macam2 negara yang ada penduduk Islam. Di mana lagi? Palestin? Orang tua2 kami pernah masuk wilayah Palestin sb dorang akan trus g melawat tempat suci atas sana tu lepas habis selesai manasik2 haji. Dorang rowayat balik bagi kami anak2 cucu dengar. Tak ada la negara Islam yang macam mana sangat pon wilayah Palestin di Urusalem (Jerusalem) masa sebelum diasaskan negara Israel moden. Waktu orang azan, muzik bunyi x da had n orang2 Islam yang muda2 sekeliling pon buat bodoh ja. Bila nikmat bebas ibadat ditarik baru la dengar bunyi sana bunyi sini. Hal yang sama jugak akan jadi di mana2 tempat pon :re:
Salam, ak minta maaf kat adik zaharul asriq kalau terasa dan tersentuh hati.ak tau, ko terasa/kecil hati dgn gaya bahasa ak, tp cuba berbuat baik dan membalas yang ko kononnya dah ubah fikiran,
kemudian malangnya ak pula tak reply post ko yang tu, menampakkan betapa ak ni seperti sangat sombong tehadap ko. sebab tu ko terus tulis post menghentam ak balik
ak bukan sengaja tapi ak sangat kekangan masa la dik. nanti ko masuk tahun 4 kan. PMR dapat berapa? Baca di CI haritu, keputusan sepatutnya dah keluar kan...
Genot, ak minta maaf sbb belum balas pm ko, nanti ak reply yer. harap2 hari ashoura korang tempoh hari disambut dgn baik. Ak harap ko tolong menjawab sementara waktu ni. Banyak penulisan ko adalah apa yg juga wujud dlm benak fikiran ak untuk ak jawabkan kpd mereka tp tidak kesampaian
urmmm, sejak ak tulis pasal post ak tempoh hari, ramai pula dtg menyuarakan tidak puas hati. mulalah diorang hantar pm dan kata ak cuba menghasut forumer kat sini pula.
tidak kurang juga yang kata ak ni agen utk mengelabui minda korang. ak bukanlah agen atau apa2 yang sewaktu dengannya. ak hanya orang yang biasa, ak juga punya hidup sendiri, cerita sendiri dlm kehidupan ak.
sampai hati ada yang mengkonspirasikan segala post ak sebagai dakyah utk menghasut org lain. ak akan berhenti dari sini sampai bila2 selepas ak menjawab beberapa soalan. dulu ak penah bejanji takkan masuk lagi tapi sebab ada ramai sahabat dr cari yang hantar pm dan e-mail agar ak menjawab, maka ak akan cuba menjawab,
dan ak akan ceritakan juga perihal ak, hubungan ak dgn keluarga sebelah ayah ak yg muslim dan agama islam, pandangan ak tentang agama islam, dan kenapa ak memilih yahudi dari sebelah ibu ak daripada islam.... agar korang faham, ak bukanlah agen yg sengaja untuk menyesatkan.
adik zaharul asriq, sewaktu umur ak mcm ko, hidup ak sgt sukar, ak keliru dan kabur....ak tidak punya siapa2 untuk begantung harap dan orang yang dipercayai juga hampir tiada..tapi ak cuba cari kebenaran dari kedua belah pihak dan Allah telah memimpin ak. jadi ak harap ko juga melakukan pekara yg sama, bukannya mencari persengketaan dan mencari cerita2 yang batil untuk menjatuhkan orang lain.
ingatlah dalam kitabmu, ada menyuruh korang mencari persamaan dgn kami, bukannya perbezaan.
ak takkan menjawab soalan bekenaan konspirasi kerana ak tidak mengakui akannya (walaupun ak percaya, setiap orang/golongan yg berpolitik mesti ada agenda masing2 tapi mereka saling bersengketa). ak penah tinggal di us dan keluarga di sebelah ibu ak pun penah tinggal di us, maka kami tau kerana kami pernah mencari harapan di sana.
kalau benarlah yahudi di us berkuasa dan boleh membasuh minda orang lain, maka tidak ada yahudi yg didiskriminasikan dan dibenci di sana, malah di mana2pun. Sehingga kini di Europe pun, masih ada yahudi yang dianiaya hanya kerana dia Yahudi. Ak bercakap berdasarkan pengalaman, berdasarkan ahli keluarga dan rakan2 ak, kaum kami dan juga ahli jemaah kami. Jikalau ada di antara Yahudi yg berjaya dlm banyak perkara, ianya berkat atas usaha mereka, bukan atas cubaan membawa agenda dajal atau yang sewaktu dengannya.
ingatlah, setiap dari kita ada kehidupan sendiri, perjalanan hidup sendiri, dan Allah mengetahui setiap sesuatu. orang2 yahudi yang dikatakan ada agenda itu dan agenda ini, mereka semuanya punya kehidupan sendiri. Punya cita-cita sendiri dalam kehidupan. mustahil bagi kami, hidup hanya untuk berkomplot menganiaya umat manusia sepanjang zaman.bukalah minda, fikirlah secara rasional.
bagi yg suka berkonspirasi itu dan ini, sebenarnya mereka hanya tinggal dalam mimpi saja. Mereka suka mengandaikan itu dan ini, menceritakan kesengsaraan orang lain sebagai propaganda pihak yang lain. Mereka bebas memilih pihak mana untuk disokong, golongan mana yang hendak dilawan.
Orang2 pro-konspirasi ni tak tahu erti susah orang lain. Mereka makan dan minum, berseronok dan hidup tanpa tujuan, hidup sambil lewa di atas dunia. Mereka jarang bergaul dengan orang lain, dan sangat prejudis terhadap orang lain yang berlainan latarbelakangnya.
Mereka sangat senang dalam kehidupan, gemar menyaksikan pergaduhan sesama manusia di tempat lain yang jauh, maka mereka menyebarkan khabar angin sesama mereka, seolah-olah ia satu bahan cerita drama yang menarik. Apabila ada saja berita tentang bencana, peperangan, persengekataan, wabak penyakit, mereka mula mengatakan ini komplot pihak tertentu. Seolah-olah merekalah yang paling berwaspada.
Padahal selepas itu, menjalani kehidupan sambil lewa tanpa sebarang usaha untuk menolong umat manusia.tanyalah diri sendiri, apakah sumbangan kita untuk membaik pulih keadaan dunia dan tamadun manusia yg sudah teruk ni. Kalau tak ada, usahlah mengeruhkan lagi dengan menyebarkan bahana fitnah untuk pergaduhan sesama manusia.
dan apabila ujian Allah mula datang kepada mereka yg lena ni, maka saat itu barulah mereka tersedar dari mimpi yg lama. Saat itu, agama entah ke mana, pegangan entah ke mana. Yang difikirkan hanyalah diri sendiri dan kesungguhan untuk hidup.
Saat itu, idea konspirasi hanya lenyap sebagai hobi masa lalu yang mengasyikkan saja. Dunia realiti yg pernah dihadapi oleh org2 yang diwatakkan sbg cerita2 konspirasi mereka tu dengan secara tiba2 menjadi plot kehidupan mereka pula. Maka, barulah mereka tahu itulah erti kehidupan yg sebenar. Bagaimana rasanya menghadapi natijah kejahatan orang yang bertuhankan nafsu.
Tunggulah saat itu dan ia memang akan menjadi kenyataan. Allah itu adil, dan Dia menguji kesemua orang, dan Dia memerhatikan semua orang tanpa mengira siapa. Dan Dialah yang menetapkan siapa yang beriman disisi-Nya.
Jangan lupa ayat tuhan dlm kitabmu yang mengatakan:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. - [al-Ankabut:2-3]
ps - ayat itu menyebut manusia, bukannya spesifik kepada umat Islam saja. Tetapi kepada semua orang. Kepada kita semua. Inilah kefahaman ak tentang agama tauhid, yakni keyakinan terhadap Tuhan yg Esa saja (bukan Islam saja, atau Yahudi saja, atau Kristianiti saja) dan ak memilih Yahudi kerana ramai Muslim terlebih dahulu tidak menerima kami (kerana mereka sendiri kurang faham tentang kami)
errr, pengebom berani mati bukan ajaran Tamil Eelam ke? Sblom tu mn ada orang wat benda merapu ni? x kira la kalo orang tu terdesak atau papa pown, mengapa perlu korbankan nyawa sendiri sebelum Al ...
genot Post at 29-12-2009 20:01
apakah jihad hanya bererti mengebom sana sini? memajukan ekonomi dan pendidikan org islam, ini bukan jihad kaa?
Salam, ak minta maaf kat adik zaharul asriq kalau terasa dan tersentuh hati.ak tau, ko terasa/kecil hati dgn gaya bahasa ak, tp cuba berbuat baik dan membalas yang ko kononnya dah ubah fikiran,
ke ...
migdal_bavel Post at 29-12-2009 21:28
tak kisah laa ko yahudi atau pe.......... yg penting, kita mengakui tauhid-Nya.....
harap migdal_bavel blh terus berforum di sini..... pecahkan lah tempurung kelapa yg selama ini langit mereka....... keluarkan mereka dari perigi yg menjadi dunia mereka...........
apakah jihad hanya bererti mengebom sana sini? memajukan ekonomi dan pendidikan org islam, ini bukan jihad kaa?
Acong Post at 29-12-2009 23:01
itulah dia achong..... ada plak yang pikir jihad tu dengan dengki2 kat orang lain n x boleh terima hakikat bahawa setiap yang terjadi misalnya adalah atas kesilapan kita sniri n ada dalam Pengetahuan-Nya. negeri2 dalam negara ini dijajah atau sekurang2nya dimuslihatkan oleh bangsa yang kuat iaitu British dalam awal abad ke-19. jika x mahu kena jajah, kenapa tidak menjajah? Dalam dunia ni, ada pemangsa, n ada yang jadi mangsa. kalo x jadi pemangsa, andalah pemangsa. kita x boleh nak expect pikiran orang itu sama dengan kita, tapi skurang2nya kita cuba melihat dr sudut pandangan yang berbeza untuk sejenak sebab benda2 kita dengar pon belom tentu benar kalo kita x selidik n kaji sendiri. Yang jajah tu, analogi aku je, aku bkn suruh orang wat kejahatan jajah orang atau buat benda bukan. sapa yg suka kena jajah tu mmg kepala hotak dia x betul la.
tiap2 manusia ada rezeki dia Tuhan tentukan, bagi yang percaya kat Qada' n Qadar. Benda ni asas saja dalam rukun iman yang 6, sudah diringkaskan dari kitab suci untuk kemudahan setiap umat Islam tapi masih dipandang sepi n tiada pemahaman n penghayatan untuk perkara2 yang asas yang membentuk satu pohon yang rimbun. Tapi yang lebih banyak timbul adalah konspirasi.
Tuhan ada menyebut dalam kitab suci bahawa kamu adalah sebaik2 umat, tapi adakah caranya dengan kita mendengar kisah bangsa lain atau umat lain dan berteori mengenainya? selain kita x pernah pon bergaul berbincang atau bercakap dengan bangsa tu? aku yakin orang "melayu" sini tentu x pernah jumpa pon orang yahudi di depan mata mereka dalam negara ni. tapi mcm mana pula mereka bleh berkonspirasi sana dan sini? Mereka hanya tahu, Yahudi dilaknat Allah SWT, tapi x pula menelusuri apa yang disebut secara teliti dalam kitab suci sebagai al-fitaan (ujian). skali lagi, aku dh lama baca mengenai rotschield bagai, aku x bukak blog, tapi aku baca sniri buku2 mengenainya, juga buku mengenai orientalism. teori2 membabi buta dari siapa sahaja pon (x kira la orang tu wathani, mau pon yang jadi "ahli" kepada agama kitab2 suci) berakar kan kepada kejahilan juga.
X mngapa Migdal, aku cuma rasa macam pernah dengar mengenai hal tu n aku rasa benda tu ada menyangkut tentang hal2 berkaitan dengan pengampunan dosa mengikut shariat korang, ingatan aku mcm samar2 tentang benda tu n aku tertinggal kitab Perjanjian Lama aku yang dalam bahasa Arab mahupon yang bahasa Inggeris kat tempat lain. Jadi aku x dapat nak lihatnya semula sekali dengan exeggesis dan aku x berani nak membantai aje, korang pon ade Talmud bg menerangkan sesuatu yang ada dalam Taurat. Kalo kita x reti mengenai sesuatu hal mesti tanya yang arif, bukan kita wat spekulasi sb setahu aku dalam shariat korang memang ada ulamak2 yang membantu pemahaman orang awam.
Lepas tu kita periksa semula kesahihannya, kalo nampak bertalian, maka kita benarkan, kalo x da bertalian n x pasti, kita diam diri dulu. Bak hadis nabi (saw) bersabda, kita x benarkan, kita juga x menafikan, kita mendengar sahaja.
Yahudi punca kemusnahan dunia ke? Atau punca kemusnahan dunia tu sebab sikap manusia tu sniri yang x mengikut ajaran Allah SWT?
Pd me, sikap manusia itu merupakan punca kemusnahan dunia. Kalau dulu Bani Israel sgt2 hebat dan "mendapat tempat" di sisi Allah. Byk nabi2 dr bani Israel. Namun disebabkan sikap mereka sendiri yg melakukan kezaliman dan mengengkari Allah maka mereka "dihukum". Merempat dan terbuang. Lalu Allah gantikan pula dgn kaum yg lain... Muhammad saw seorg yg bukan dr bani Israel
Suatu ketika dulu Islam begitu gemilang. 3 suku dunia berada di bawah tapak kaki para sahabat. Kegemilangan Islam makin ketara bila tertubuhnya empayar2 islamiyah yg agung. Namun, kita lihat apakah kesudahannya. Umat Islam menzalimi diri mereka sendiri dgn melanggar perintah Allah serta melakukan penindasan dan kekejaman. Lantas Allah hantar kaum yg lain utk melanyak umat Islam lumat selumatnya. Ini adalah sunnatullah! Sebagai peringatan bg yg mahu berfikir!
Secara dasarnya kita semua dr punca yg satu.. Adam dan Hawa. Jadi, apa nak diherankan dgn bangsa? Yg beza hanya warna kulit, bahasa, rupa paras dan bahasa. Sedang hakikatnya Allah langsung tidak memandang pd itu semua. Yg dinilai hanyalah iman dan amal.
Basically, i agree with zull, Migdal tlh menunjukkan sikap sebenar dirinya. Yes, if i were him, i might do the same. Sudah pastinya akan ku pertahankan bangsa dan agamaku. CUMA bezanya Islam bukanlah agama yg mengangungkan bangsa. Sebaliknya Islam adalah agama yg menyeluruh. Walau engkau hidung kembang setaman, gemuk kemetot, hitam berkilat sekiranya IMAN mu sohih dan mantap... mentaati perintah Allah dan Rasul, pasti mendpt tempat di sisiNya.
Islam bukanlah agama paksaan dan Islam bukanlah agama kezaliman. Perang adalah jln terakhir. Walaupun Quran ada mengatakan
Baqarah 120: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Namun bukanlah bermakna kita perlu memusuhi mereka. Selagi mereka tidak membuat kekacaaun maka selagi itulah kita kena berbuat baik dgn mereka. CUMA hendaklah berhati2. Berbuat baik bukan lah bermakna mengikuti cara mereka (yg bertentangan dgn syariat Islam). Dan pd migdal akak hanya bisa mengatakan..
Bagimu agama mu dan bagiku agamaku
(walaupun ak percaya, setiap orang/golongan yg berpolitik mesti ada agenda masing2 tapi mereka saling bersengketa).
Akak setuju. Ia lebih kpd politik. Masing2 mempunyai agenda. Secara jujurnya akak mempercayai teori konspirasi. Bukan shj konspirasi yahudi malah juga konspirasi politik umat islam itu sendiri spt HAMAS dan yg satu lg tu. Malah dlm negara kita sendiri pun ada konspirasinya. Masing2 mempunyai agenda utk memiliki.
Setiap org yahudi pastinya menaruh harapan utk menubuhkan negara dan kerajaan mereka sendiri... ingin kembali ke "the promised land" as they claimed. Wokeh, itu hak masing2. So dlm usaha merealisasikan impian ini x mustahil ada agenda aka konspirasi yg dimainkan oleh ahli politik. Kamu (yahudi) semua ingin menubuhkan kembali kuil suci dan sudah tentunya akan cuba melakukan apa saja utk mencapai impian tersebut.
Namun tidaklah pula akak merumuskan KESEMUA yahudi itu terlibat dlm konspirasi.
Dan di pihak Islam pula, yakinlah selagi kamu tidak taat perintah Allah dan rasul (Muhammad saw), tak bersatu hati selagi itulah kamu akan terus ditindas. Jgn salahkan org lain atas bencana yg menimpa diri tapi salahkan diri sendiri. Kamu, saya... kita semua sendiri yg lalai dan terikut2 dgn org lain, cinta dunia! Sedarlah wahai muslimin dan muslimat! Nak bersatu hati? Bab khilaf mazhab saja pun boleh mengkhinzir2kan sesama muslim. Jgn mimpi nak bersatu.
Berapa ramai dr kamu (pria2 ganteng) yg pergi bersolat secara berjemaah di masjid atau surau 5x sehari? 4x? 3? 2? or 1? Ape??? O???? ok ok mulakan hari ni ya! (errr.... terlebih sudah! ini tred negara Israel. )
Jika ko setuju dengan pembunuhan diri ke atas rakyat awam Israel dahulu, mengapakah tiada seorangpun ahli Hamas yang terlibat dalam pengeboman diri ini?Mengapakah hanya remaja sewalan 16-19 tahun yang majoriti terlibat dalam "perjuangan" ini? Sehingga ada juga kanak-kanak yang tidak tahu dalam beg mereka ada bom yang akan meletup di sekolah Israel. Tidakkah logik seorang kanak-kanak sanggup mengebom dirinya di sekolah di mana Arab dan Yahudi belajar bersama-sama dengan aman damai? Nampak sangat ada suatu yang tidak kena di sini. Ahli Hamas takutkan mati tapi mempergunakan para remaja dan kanak-kanak naif untuk melaksanakan cita-cita mereka - mewujudkan negara "Palestin".
cuba bacaan lanjut di wikipedia [url=http://en.wikipedia.org/wiki/Child_suicide_bombers_in_the_Israeli%E2%80%93Palestinian_conflict[/url]
ada citation dan references sebagai rujukan. Berapa ramai remaja bawah umur, malah seawal 12-14 tahun pun ada dan majoritinya adalah berumur 15 dan 16 tahun (kononnya sudah dikira dewasa menurut mereka).
Hamas (pengganas nasionalis berselindung di sebalik agama) dan kumpulan pengganas nasionalis lain seperti Briged Shuhada' al-Aqsa (shuhada'? shuhada' ker kalau membunuh diri atas sebab negara bangsa moden palsu bernama Palestin? mana agama Islam nya?) memang menafikan dari awal lagi mereka tidak merekrut budak2 sebagai pengebom berani mati.
Mereka sebenarnya berlindung di sebalik definisi ciptaan mereka sendiri terhadap umur dewasa, sehingga Human Rights Watch mengatakan tiada bukti mereka merekrut remaja bawah umur sebagai penentang Israel. Hujahnya, mereka sudah dewasa, sudah berumur 16 tahun.
Major Palestinian armed groups, including Al-Aqsa Martyrs Brigade, thePopular Front for the Liberation of Palestine, Islamic Jihad, andHamas, have publicly disavowed the use of children in militaryoperations, but those stated policies have not always been implemented.Some leaders, including representatives of Islamic Jihad and Hamas,have said that they consider children of 16 to be adults. Internationallaw defines a child as any person under the age of eighteen. [...]Israeli government policy in the Occupied Territories definesPalestinians under the age of 16 as minors while Israeli children inthe same territories are considered minors until they reach the age of18.
Soalnya di sini, kenapa apabila berumur 16 tahun saja, terus dihantar sebagai pengebom berani mati? Mana pejuang syuhada' yang tua bangka tu? Mana lelaki dewasa berumur 20-an dan 30-an atau 40-an yang bercakap sambil lewa di TV dan media mereka, dalam masjid2 dengan melaung-laungkan untuk menyembelih al-Yahoooud (bukan as-Sahyouun/Zionis)?
Berfikirlah secara rasional, kalaupun benarlah mereka dikira dewasa sebagai berumur 16 tahun dan itu melayakkan mereka untuk mengganas, adakah bermakna mereka baru ditrained menjadi pengebom berani mati ketika mereka berumur 16 tahun dan terus saja melaksanakan misi keganasan tu? Sudah tentu brain wash dilakukan sejak mereka kecil lagi. Dan sebaik saja mereka mencecah umur 16 tahun, terus dihantar membunuh diri. Malah, ada yang berumur lebih muda dari itu.
Fikirlah sendiri, takkanlah seorang remaja berumur 16 tahun (jikalau itulah umur dewasa), senang-senang didatangi oleh pengganas tu, kemudiannya menerima tugasan militia termasuklah meletupkan diri. Sungguh tidak masuk akal, jumpa di tepi jalan terus menerima tugasan membunuh diri. Hanya remaja yang hidup dalam penguasaan dan pendidikan yang tidak berperikemanusiaan saja sanggup melakukan demikian.
Analoginya seperti seorang remaja perempuan yang dilahirkan di sebuah rumah pelacuran. Hidupnya dikelilingi ibu ayam dan pelacur saja. Dia tidak mengenal perkara lain selain daripada pelacuran. Dia hanya menunggu masa untuk akil baligh, dan kemudiannya meneruskan tugasan sebagai seorang pelacur. Apabila sampai saja umur baligh, terus dijadikan pelacur meskipun emosi dan mentalnya masih seorang kanak-kanak. Pengganas Hamas dan sekutunya seperti tidak sabar2 lagi untuk menghantar remaja 16 tahun. Seolah-olah, sampai saja umur 16 tahun, terus saja dijadikan pejuang.
Lihatlah rancangan TV hamas sendiri. Korang boleh tengok sendiri dalam rancangan kanak-kanak mereka, di mana kebangsaan Arab dimainkan, bahasa Arab dimegahkan, penguasaan bangsa Arab ke atas dunia, dan ibu kota Baitul Maqdis diagung-agungkan tanpa sedikitpun ditunjukkan kaitan agama Islam. Tidak adapun soal Islam di sini. Ia persis versi pengganas Kahane Tzadak & Kahane Chai (Zionis militia ultra-rasis dari kaum Yahudi keturunan Serbia). Perjuangan dan ideologi mereka sama, cuma watak saja berlainan iaitu kebangsaan Arab.
Otak mereka memang tak betul sebenarnya. Hairan sungguh kenapa ramai Muslim dari negara lain berlumba-lumba mengiktiraf mereka sebagai pembela Islam dan Syiar Islam. Korang tertipu dengan mereka. Mereka hanya mempermainkan isu Baitul Maqdis saja untuk mendapatkan sokongan korang.
Korang ni tak tahu suara sebenar orang Arab "Palestin". Palestin ni satu payung saja untuk kaum Arab di Tebing Barat dan Gaza. Tetapi mereka dari kaum yang berlainan. Ada pelbagai kabilah di sini, dan mereka bukannya satu keturunan. Ada yang keturunan asal kaum Levant (Arab Tanah Sham) dan ada juga keturunan pendatang dari Mesir dan Hijaz semasa zaman Khilafah Islamiyah.
Keturunan asal kaum Levant tiada masalahpun dengan kaum Yahudi kerana mereka tahu keturunan mereka juga adalah dari Yahudi asalnya (Yahudi yang masih remain dalam zaman penjajahan Roma dan juga Yahudi yang pulang menetap semasa Khilafah Islamiyah merampas kembali Yerusalem daripada Romawi Timur).
Arab di Israel ni yang berjumlah satu juta setengah itu ramai dari keturunan yang sama dengan Yahudi. Begitu juga beberapa kabilah Arab di tanah-tanah tinggi Tebing Barat yang korang gelarkan Palestin tu. Sebab itu kami kaum Yahudi berasa marah sangat dengan perekrutan Hamas dan sekutu pejuangan keganasan mereka (keturunan pendatang semasa zaman Khilafah yakni mereka yang menetap di tanah-tanah rendah di sekitar tebing sungai Jordan) terhadap remaja "Palestin". Merekalah tiada belas kasihan terhadap keturunan "Palestin" dari suku lain yang mana dijadikan sebagai alat mereka saja untuk merealisasikan cita-cita kebangsaan Arab.
Umat Yahudi telah lama menetap di Tanah Israel (seluruh Israel Moden proper dan juga Tebing Barat) ini hatta selepas nenek moyang kami dihalau oleh Roma semasa 70 Masihi. Ada yang kekal kerana dipaksa memeluk Kristian. Tetapi mereka masih mengamalkan tradisi Yahudi dan agama Yahudi secara diam-diam. Semasa Islam muncul dan di bawah Khalifah Umar, ramai Yahudi yang kekal menetap itu menerima Islam pula sebagai agama.
Mereka digelar Arab Badwi kerana mereka dibezakan oleh kaum imigran Arab bertamadun dari wilayah lain dalam empayar Khilafah di mana kaum imigran inilah yang membangunkan kembali Tanah suci sedangkan keturunan Yahudi berdiam diri sebagai badwi saja (kerana Yahudi adalah kaum Badwi) di kawasan utara Tanah suci yang pinggiran dan bergunung ganang.
Tradisi dan kepercayaan Yahudi itu masih kekal sehingga ke hari ini dalam kalangan keturunan Yahudi Muslim itu. Mereka tinggal di kawasan pergunungan di Tanah Suci sepertimana tradisi Yahudi sejak zaman Evangelical lagi (zaman Jesus), manakala kaum imigran Arab dari Khilafah Islamiyah datang membangunkan dan memakmurkan Tanah Suci ni menetap di kawasan subur sepanjang tebing sungai Jordan (yakni Tebing Barat dan juga kini negara Jordan moden)
Dan inilah 2 keturunan kaum yang korang gelarkan Palestin itu. Satunya adalah penduduk asal manakala satu lagi keturunan imigran ketika zaman Khilafah. Yang penduduk asal itu tiada masalah dengan kaum Yahudi yang datang pada zaman kejatuhan Khilafah dan pada zaman British. Malah Arab di Israel Moden ni pernah menjadi petani-petani yang ikhlas kepada tanah-tanah bahagian utara (kini Israel Moden) yang dibeli Yahudi daripada Khilafah. Kini ramai daripada kaum "Arab" di Israel berasa bersyukur dan tidak ada yang membezakan kami dengan mereka melainkan agama saja.
Bagi keturunan Arab yang pernah menguasai Tanah Suci pada zaman Khilafah Islamiyah, mereka berasa tercabar dengan kewujudan negara moden Yahudi yang lebih maju daripada mereka. Kebangsaan Arab mereka adalah persis kebangsaan yang dimainkan Zionis militia. Ia muncul semasa zaman Khilafah Turki Uthmaniyah merudum akibat pemberontakan nasionalis Arab. Kajilah perihal ideologi parti Baath yang menjadi tunjang kepada pemimpin Arab pada zaman umat Yahudi dianiaya dan dihalau dari seluruh Tanah Arab.
Golongan inilah yang diciptakan oleh negara-negara Arab kebangsaan moden agar Yahudi diusir daripada dunia Arab. Ia hanyalah masalah kebangsaan yang penuh taksub saja, bukannya agama. Pejuang nasionalis dan keagamaan di "Palestin" ini hanyalah terhasil apabila negara Jordan (yakni negara sebenar mereka) dan negara-negara Arab lain kalah dalam perang 6 hari sehingga Tebing Barat (Cis-Jordan) jatuh ke tangan Israel.
Sejak hari itu, misi penubuhan negara "Palestin" diada-adakan. Padahal sebelum itu, ketika Tebing Barat adalah sebahagian Jordan, mengapa tidak pernah diwujudkan negara Palestin di Tebing Barat apatah lagi di Gaza (yang mana adalah sebahagian Mesir)? Mengapa mesti selepas jatuh ke tangan Israel Moden, baharulah terhegeh-hegeh meniup semboyan bernama Palestin?
Mengapa ketika British memerdekakan dulu bangsa Arab di Tanah Suci Israel ini (yakni merangkumi Israel Moden dan Jordan Moden), mereka tidak menamakan negara mereka sebagai Palestin? Padahal namanya pun British Mandate of Palestine. Kenapa Jordan pula? Yarden itu adalah nama yang wujud dalam Taurat kami, yang diberikan kepada sungai suci yang mengaliri tanah suci ini. Begitu juga Levanon, merupakan nama gunung menurut kitab. Suatu persoalan yang tidak pernah mampu dijawab oleh mereka.
Alhamdulillah keputusan PMR saya ni dpatalah jugak 8A...penat btol belajar 3 tahun...Alhmdulillah
takpelah bro..sy dh x kisah dh dngn kata2 bro tu...bro cuma nak memperbetulkan pemahaman mengenai Yahudi je kan? sempoi...
Lepas tu kita periksa semula kesahihannya, kalo nampak bertalian, makakita benarkan, kalo x da bertalian n x pasti, kita diam diri dulu. Bakhadis nabi (saw) bersabda, kita x benarkan, kita juga x menafikan, kitamendengar sahaja.
Betul tu..kalo x tau dan x pasti , kita diam je... kalau benar, kita x termasuk yg mendustakannya, kalo x benar, kita tidak termasuk yg x membenarkannya..wallahualam
pnjng lebar posting bro ni..bru saya faham sikit2 isu yg berlaku..tapi isu Hamas dgn Fatah tu saya stuju...dua2 berebut nak berkuasa..penyudahnya 'perang saudara' terus berlanjutan...dulu pemimpin HAMAS dengan Fatah ada berjanji depan Kaabah untuk x bergaduh dan bersengketa..kesudahnnya bersengketa jugak...
Aku selalu cadangkan orang "melayu" skurang2nya belajar bahasa Arab dan dapatkan berita dari dua2 belah pihak atau lihat semula sejarah tanpa kesan putus2 supaya korang leh nampak pertalian kejadian yang berlaku...
Aku bukan nak Arab-kan orang atau nak kata bangsa Arab bangsa mulia sb smua pown adalah manusia, aku snirik pon pernah menghadapi masalah dengan orang2 yang berbahasa Arab dari negara2 berbeza macam dari Arab Saudi, Syria, Jordan, Lubnan n Yemen sniri. Tapi mmg kitab suci Quran dalam bahasa Arab Ismaili. Maka, eloklah korang belajarnya demi kebaikan diri sendiri, kami snirik kena belajar bahasa Arab Ismaili mcm belajar bahasa lain.
Orang Yahudi x kira keturunan apa pown pelajari bahasa Ibrani, jadi x salahnya korang belajar bahasa Arab Ismaili. Kalo rajin, belajar le bahasa Ibrani. Aku pown dah reti eja sikit2 perkataan dalam huruf Ibrani, tapi aku masih merangkak2.