CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Prof.Jinggo

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

[Copy link]
Post time 10-5-2010 11:34 PM | Show all posts
600 juta gulden sogok kemerdekaan indoenesich

DEN HAAG - Tanpa banyak diketahui oleh orang awam, pemerasan Belanda terhadap Indonesia ternyata terus berlangsung. Secara diam-diam, Indonesia membayar beban ganti rugi kepada Belanda sejak negeri itu hengkang dari republik. Beban itu baru tamat dilunaskan tahun 2003 ini.

Konstruksi pihak terjajah wajib membayar ganti-rugi kepada pihak penjajah, itu terkuak setelah sertifikat dana Claimindo dan Belindo ditutup di bursa efek AEX Amsterdam per tanggal 17 Mac 2003, dalam erti kata lain Indonesia wajib membayar ganti rugi telah pun tamat pada tarikh tersebut.

Rupanya melalui pendanaan Claimindo dan Belindo itulah arus uang pembayaran dari Indonesia dikelola dan disalurkan kepada para pihak di Belanda dalam bentuk sertifikat danareksa atau efek.

Seorang diplomat senior mengungkapkan kepada detikcom bahwa beban ganti-rugi yang harus ditanggung Indonesia itu tepatnya dikaitkan dengan keputusan Presiden Soekarno menasionalisasi perusahaan-perusahaan Belanda di seluruh wilayah Indonesia pada 1956. Ketika itu semua jenis perusahaan Belanda, dari manufaktur sampai perkebunan tanpa kecuali, diambil alih menjadi milik Indonesia. Sebuah langkah politik Soekarno yang berani dan dalam sekejap memberi modal awal bagi republik yang baru lahir.

Namun masa manis mengalirnya pundi-pundi uang ke kas republik yang dihasilkan perusahaan-perusahaan Belanda yang dinasionalisasi itu hanya bertahan 13 tahun. Setelah Sukarno dijatuhkan dan rejim Order Baru Suharto naik, keadaan jadi berbalik. Pemerintah Soeharto tidak berdaya menghadapi Belanda dan bertekuk lutut memenuhi klaim negeri bekas penjajah itu agar membayar ganti-rugi.

Besarnya klaim ganti rugi yang harus dibayar Indonesia mencapai 600 juta gulden, suatu jumlah yang luar biasa besar untuk kurs masa itu. Perjanjian sanggup membayar ganti rugi atas perusahaan-perusahaan Belanda yang dinasionalisasi itu diteken pada 1969. Pihak pemerintah Indonesia diwakili Wakil Presiden Sri Sultan Hamengkubuwono IX. Karena jumlah ganti-rugi untuk ukuran saat itu sangat besar, Indonesia hanya menyanggupi membayar dalam jangka waktu 35 tahun.

Sejarawan pun tak tahu adanya perjanjian pelunasan ganti rugi tersebut. Maka itu pemerintah diminta memberikan penjelasan. Maka itu kerajaan diminta memberikan penjelasan.

Seorang diplomat senior mengungkapkan kepada detikcom bahwa beban ganti-rugi yang harus ditanggung Indonesia itu tepatnya dikaitkan dengan keputusan Presiden Sukarno menasionalisasi syarikat-syarikat Belanda di seluruh wilayah Indonesia pada tahun 1956. Ketika itu semua jenis perusahaan Belanda, dari manufaktur sampai perkebunan tanpa kecuali, diambil alih menjadi milik Indonesia. Sebuah langkah politik Soekarno yang berani dan dalam sekejap memberi modal awal bagi republik yang baru lahir.


- x reti aku nak ubah lagi dh jd BM, bahasa tunggang terbalik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 10:07 AM | Show all posts
kena baca slow-slow ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 02:45 PM | Show all posts
menengok pada taksub nyer indon2 ni dengan mindset propaganda sukarno, teringat aku pasal dokumentari north korea.. dah dekat sama la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:47 PM | Show all posts
Misteri Lubang Buaya
Ole-ole dari Jakarta
Borhan Abu Samah
[email protected]

Lubang Buaya berada di Pondok Gede di Jakarta pernah menjadi tempat pembuangan mangsa-mangsa Gerakan September 30 tahun 1965. Telaga Lubang Buaya terletak di Kelurahan Lubang Buaya, kecamatan Cipayung di Timur Jakarta, 20 km dari Jakarta Pusat.

Lubang Buaya merupakan pusat latihan Partai Komunis Indonesia (PKI), kini dijadikan Lapangan Peringatan Lubang Buaya dan Tugu Pancasila. Di kawasan berkenaan juga terdapat diorama yang menceritakan peristiwa tersebut.

Cerita rakyat mengatakan bahawa kawasan berkenaan mendapat nama berikutan satu peristiwa yang melibatkan Datuk Banjir.

Lubang Buaya bukan saja kaya dengan cerita rakyat yg penuh misteri. Kejadian di lokasi tersebut telah merubah dan mewarnai politik Indonesia sehingga ke hari ini. Pembunuhan itu telah menyebabkan kemarahan seluruh warga Indo-nesia dan menyaksikan mereka bangkit menentang ideologi Komunism yg sebelum ini mendapat sokongan golongan bawahan di Indo-nesia.

Mengimbau kembali permulaan peristiwa itu, ia bermula apabila PKI menubuhkan angkatan tenteranya pada 23 Mei 1965. Ketika sambutan ulang tahunnya, pemimpin Komunis Indo-nesia DN Aidit menyeru para pengikut meningkatkan lagi gerakan mereka.

Selepas itu, diadakan perarakan dengan membawa poster-poster berslogan pro-PKI termasuk propaganda pembentukan Angkatan V iaitu masyarakat buruh n petani yg diberikan latihan ketenteraan. Gerakan itu semakin agresif dan mula meresap masuk ke kampung-kampung membawa slogan Desa Mengepong Kota. Anggota PKI menunjukkan kebencian mereka terhadap pemimpin setempat dgn membunuh tuan-tuan tanah, lintah darat, samseng kampung, birokrat kampong, dan amil-amil zakat yg disifatkan sbg setan.

Pemimpin PKI di Jakarta yang bergabung dgn Politbiro iaitu lembaga tertinggi parti itu, kemudiannya membentuk pasukan tentera pada Julai 1965. Lubang Buaya menjadi markas latihan mereka. Anggota tentera dilatih oleh jurulatih Angkatan Bersenjata Republik Indo-nesia (ABRI) bawah pimpinan Mejar Udara Sujono, Komanden Pasukan Pertahanan Pangkalan Halim. Para pemimpin PKI turut disertai wanita-wanita iaitu bawah Gerakan Wanita Indo-nesia (GERWANI).

Tamat latihan, mereka membincangkan cara menangani sejumlah jeneral yg dikatakan suka rasuah sampai menyebabkan Indo-nesia dilanda inflasi menyebabkan barangan keperluan tidak mencukupi, rakyat jadi kebuluran. Leftenen Kolonel Untung, komandan Cokrowibowo iaitu pasukan pengawal Presiden memerintahkan Leftenen Satu Dul Arief menculik jeneral-jeneral yang nama mereka tersenarai.

Brigidier Jeneral Soetodjo Siswomihardjo, Brigidier Jeneral Donald Izaac Pandjaitan, Mejar Jeneral MT Hardjono, Mejar Jeneral Leftenen Ahmad Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, dan Leftenen Satu Piere Andres Tendean dibawa ke Lubang Buaya bagi soal siasat. Anggota PKI yang sedang naik gila memukol enam ekor jeneral serta seorang Leftenen itu dan mencampak mereka dalam perigi.

Kejadian ngeri itu mula tersebar dan Suharto yang merupakan salah seorang Jeneral yg terselamat melancarkan kempen mengeji tindakan PKI melalui dua lidah akhbar tentera iaitu Angkatan Bersenjata n Berita Yuddha.

Dalam laporan akhbar disebut, sebelum para pegawai tentera dibunoh, mereka diseksa dan dijadikan bahan pesta seks oleh anggota GERWANI. Mangsa bukan saja disiat-siat kemaluan mereka, bahkan mata mereka dicungkil. Sebelum dibunoh, mereka dikelilingi para pemimpin GERWANI yang menari n menyanyi lagu-lagu rakyat yang popular ketika itu sambil tikam tubuh mangsa, misalnya lagu-lagu Ganyang Kabir atau Ganyang Tiga Setan Kota ciptaan komposer aliran Komunis, Soebroto K. Atmodjo.

"Jelaslah bagi kita," kata Suharto, "betapa kejamnya yang dilakukan oleh mereka yang biadab yang dinamakan sebagai Gerakan September Tiga Puloh."

Suharto mendapat sokongan umum dan akhirnya memimpin angkatan tentera Indo-nesia. Beliau mengetuai upacara angkat jasad Jeneral yang diseksa dari perigi semuanya dipertonton kpd masyarakat sebagai fakta forensik yg mengerikan.

Anggota PKI lepas itu kena buru. Kata Sudomo yang merupakan bekas Menteri Kordinator Politik n Keamanan Indo-nesia, sejumlah sejuta pengikut PKI dibunoh. Angka itu jauh lebih kecil drpd kiraan penyelidik peristiwa itu yg menganggarkan sekitar 2-3 juta org PKI kena bunoh.

Suharto melalui sekeping kertas dipanggil SUPER SEMAR (Surat Perintah Sebelas Maret) tahon 1966 ditandatangani Presiden Soekarno mengetuai pasukan komando. Soekarno pulak lepas itu dikenakan tahanan rumah di Istana Bogor atas alasan keselamatan.

Suharto menandatangani surat pembubaran PKI No. 1/3/1966 dan ia diperkuat lagi dengan Ketetapan Majlis Permesyuaratan Rakyat Sementara (Tap MPRS) No. 25/1966. Perubahan politik pantas terjadi n Suharto pula tiba-tiba menjadi popular. Dia diangkat jadi penyelamat negara Indo-nesia n pd tahon 1967 dilantik jd Presiden Indo-nesia memulai era Orde Baru.

Setelah masuk zaman Kabinet Bersatu Pimpinan Bambang Susilo Yudhoyono timbul pula khabar angin bahawa pembunohan 7 ekor pegawai tentera itu didalangi leh Suharto utk menjatohkan Soekarno yg kononnya difitnah menyokong Komunis. Sejauh mana kah kebenarannya? Ia terus jadi misteri Lubang Buaya. - rencana mingguan 23 Mei 2010
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:54 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 1-9-2010 08:05

Sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia, sekumpulan anak muda pada 17 September 1963 telah pergi ke bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan menurunkan simbol Pancasila negara Indonesia lalu menggantikannya dengan bendera Malaysia.




Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Khalid Yunus menurunkan Pancasila di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur


Sources : http://ms.wikipedia.org/wiki/Konfrontasi_Indonesia-Malaysia



Tunku tak mahu pijak Pancasila


SEKALIPUN Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman menyedari perasaan marah rakyat Malaysia sedang memuncak terhadap Presiden Sukarno yang melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tetapi apabila sekumpulan pemuda yang menunjuk perasaan pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur meminta supaya beliau memijak simbol Pancasila negara Indonesia, Tunku enggan berbuat demikian.

Simbol itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Dato Onn.

Khalid Yunus pemberita Utusan Melayu yang dihantar untuk meliputi tunjuk perasaan itu telah bertukar menjadi penunjuk perasaan yang menurunkan simbol itu dari anjung bangunan kedutaan.

Menurut Khalid apabila sampai di kediaman Tunku, mereka telah memanggil Tunku keluar dan kemudian mengusung Tunku dan menyuruh Tunku, " pijak! pijak! pijak ! " simbol yang dibawa oleh mereka itu tetapi apabila Tunku enggan, mereka meletakkan Tunku di atasnya. Tunku berkata " awatlah hampa buat aku macam ni ".

Khalid nampak air mata Tunku tergenang tetapi tidak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan sikap mereka.

Sebagai Ketua Pemberita pada masa itu saya telah menugaskan Khalid untuk meliputi suatu perhimpunan yang dirancang secara kilat bagi membalas tindakan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.

Saya yang turut hadir di perhimpunan itu akhirnya terpaksa mengambil alih tugas Khalid membuat liputan dan menulis berita mengenainya kerana beliau tidak lagi menjalankan tugasnya sebaliknya berada di barisan depan pemuda-pemuda yang berarak dari suatu perhimpunan ramai yang bermula dari Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Perhimpunan itu telah mendengar ucapan-ucapan penuh bersemangat dan berapi-api mengecam konfrontasi. Di antara pemidatonya ialah Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah yang muncul sebagai Ketua Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang ditubuhkan secara kilat untuk melancarkan perang saraf ke seluruh negara bagi memerangi konfrontasi Indonesia.

Perarakan ke Jalan Ampang itu membawa sepanduk anti Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mengecam Menteri Luar Indonesia Subandrio dan Presiden Sukarno. Salah satu sepanduk itu berbunyi " Sukarno kuda tunggangan Aidit. "


perisytiharan

Tunjuk perasaan itu berlaku menjelang perisytiharan penubuhan Malaysia pada petangnya tanpa mempedulikan bantahan Indonesia yang menganggapnya sebagai gagasan penjajah. Pada hari itu juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia diputuskan.

Dalam perisytiharan penubuhan Malaysia itu Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memberitahu perhimpunan lebih 20,000 orang di Stadium Merdeka.

'' Kami bersedia untuk mengawal dan mempertahankan negara kami daripada serangan musuh dengan apa juga kuasa yang ada pada kami dan juga dengan nyawa kami " (lihat Looking Back )

Dalam perang saraf menentang Indonesia, Malaysia menumpukan serangan kepada PKI yang dipimpin oleh D.N. Aidit dan juga Subandrio. Sukarno lebih dilihat sebagai telah dipergunakan oleh PKI.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie telah mendapat maklumat dari berbagai sumber, tentang Sukarno tidak lagi dapat menolak kekuatan PKI. Antaranya ialah dari Duta Indonesia di Singapura, Sugiharto yang merupakan orang Sukarno.

Ghazali telah bertanya kepada Sugiharto kenapa Presiden Sukarno nampak bimbang dengan beberapa pihak yang dijemput untuk menyertai persidangan puncak antaranya dengan Tunku Abdul Rahman di Tokyo pada Jun 1963. Sugiharto memberitahu Ghazali bahawa PKI adalah sangat tidak senang dengan rancangan pertemuan ini. (Lihat buku Ghazali Shafie terbitan UKM : Memoir on The Formation of Malaysia)

Ini, kata Ghazali menghairankan kerana selalunya Sukarno bercakap besar mendakwa beliau dapat mengawal PKI dan juga PKI tidak boleh mempengaruhinya, malah ini dipercayai oleh Amerika. Sugiharto memberitahu itu "hanyalah gendang kosong" dan beliau meminta Malaysia tidak menjadikan ini sebagai propaganda. Ghazali segera sedar bahawa Sugiharto adalah president's man yang anti komunis.

Perkara ini lebih jelas lagi dalam buku Leftenan Jeneral Kemal Idirs "Bertarung dalam Revolusi ''. Beliau yang tidak bersetuju dengan Sukarno telah ditugaskan dalam masa konfrontasi untuk menyusun gerakan menyerang Malaysia dari Sumatera.


Mencerminkan

Di muka 191 buku ini, Kemal menulis, '' Perubahan politik Bung Karno mencerminkan suasana yang makin keruh. Semula dia beranggapan dengan karisma dan kepimpinannya dia dapat menguasai PKI. Ini meniupkan angin sejuk bagi mereka yang bergerak di tengah PKI dengan politik Nasakom (Gagasan Sukarno untuk menyatukan nasionalis, agama dan komunis).

''PKI tidak mensiasiakan kesempatan itu. Mereka duduk di pundak Bung Karno, secara cerdik mempergunakan kesempatan untuk kepentingan mereka sekali gus memupuk kekuatan di tengah masyarakat. Pada tahun 1965, pada perayaan hari ulang tahun PKI, suasana di tiap kota berubah bagaikan lautan komunis. Bendera merah bergambar pada palu arit berkibar di depan rumah anggota mahupun simpatisannya sepanjang hari baik di kota mahupun di desa.

'' Bung Karno selalu merasa mampu mengatasi PKI kerana menganggap mereka adalah Komunis Nasional. Apakah Bung Karno tidak mengetahui hubungan PKI dengan China Komunis itu sangat erat? Bahkan pola PKI adalah juga pola China Komunis yang sudah beralih dari Rusia, " kata Kemal.

Sebenarnya punca ketakutan di pihak tentera dan nasionalis Indonesia itu yang anti komunis adalah juga merupakan ketakutan yang pada Tunku Abdul Rahman. Tunku takut kepada komunis kerana komunis di Malaysia adalah sebahagian besar orang Cina.

Tunku telah pun memberitahu Sukarno ketika beliau menemuinya sebagai Ketua Menteri Malaya dalam tahun 1956 bahawa orang Melayu di negara kecil Malaya melihat Indonesia sebagai negara yang dapat memberikan pimpinan dan bantuan sekalipun telah merdeka dan berdaulat (Lihat Looking Back).

Tunku tentu mempunyai banyak sebab untuk tidak mahu memijak simbol negara Indonesia. Di antaranya ialah kerana sikap beliau yang sederhana yang selalu tergambar dalam pendekatan politiknya dan juga dalam sikap hidupnya.

Khalid Yunus yang mencatat sejarah sebagai orang yang berada di barisan depan dalam tunjuk perasaan yang pertama di negara ini terhadap Indonesia telah meninggalkan bidang kewartawanan di usia mudanya. Beliau menyertai politik.

Beliau antara lain pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian Tan Sri Samad Idris, Setiausaha Parlimen dan juga Timbalan Menteri Penerangan.

Sejak persaraannya dari politik, Khalid aktif dalam bidang kesukanan. Beliau sekarang menjadi Presiden Persatuan Kembara Malaysia. Jika dalam usia mudanya beliau memanjat dan memacakkan bendera Malaysia di bangunan Kedutaan Indonesia, di dalam usianya yang menjangkau 70-an beliau telah mendaki beberapa gunung di dalam dan di luar negara dan memacak bendera Malaysia di mana beliau sampai.

Di antara gunung yang telah didakinya ialah di gunung tertinggi di Perancis Mont Blanc, gunung tertinggi di benua Amerika Selatan Gunung Acongcagoa Argentina, gunung tertinggi di Afrika, Kilimanjaro Tanzania, Gunung Kerinci di Indonesia dan Gunung Everest. Sekalipun beliau tidak sampai ke puncaknya tetapi setakat mana beliau sampai di sana beliau memacakkan bendera negara.



Catitan :

l Memoir on the Formation Of Malaysia oleh Ghazali Shafie diterbitkan oleh Penerbit UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia).

l Kemal Idris Bertarung Dalam Revolusi disusun oleh Rosihan Anwar, Ramadhan K.H., Ray Rizal dan Din Majid diterbitkan oleh Pustaka Sinar Harapan Jakarta.

l Looking Back oleh Tunku Abdul Rahman Putra diterbitkan oleh Pustaka Antara Kuala Lumpur dan terjemahannya Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Minggu depan: Antara Tunku, wartawan, seniman dan budayawan

- Zainuddin Maidin ialah bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. e-mel: [email protected]



- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2010 03:55 AM | Show all posts
agak2 derang brani nak ganyang malaysia lagi x? hahahaha..aku takot la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:20 AM | Show all posts
indon ni menggong la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 11:33 AM | Show all posts
agak2 derang brani nak ganyang malaysia lagi x? hahahaha..aku takot la..
super_nova Post at 31-8-2010 03:55


Risau gak sebab dalam diam2 2 juta org die dah ade dlm negara nie...kalau TNI masuk dan yg sedia ada dlm negara buat kacau bilau, tak kelam kabut kite dibuatnye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 01:15 PM | Show all posts
Kecuali yang ada kat sini tanak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 05:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by Suara_Merdeka at 1-9-2010 18:52

Risau gak sebab dalam diam2 2 juta org die dah ade dlm negara nie...kalau TNI masuk dan yg sedia ada dlm negara buat kacau bilau, tak kelam kabut kite dibuatnye?
rurouni_khairul Post at 1-9-2010 11:33


Jika boleh dengan cara mudah .. mengapa harus memilih cara yang lebih sulit dan memakan cost yang lebih banyak ? ....

Indonesia bamyak belajar sejak masa case Konfrontasi dan Ambalat  dahulu .... Menghadapi kemungkinan konflik terbuka dengan Msia ...maka Indonesia telah melakukan perubahan strategi dengan cara senyap menempatkan  TKI yang sudah sangat terlatih ilmu militer di wilayah suatu negara yang berrpotensi menjadi ancaman bagi Indonesia ....

Jadi jangan kaget .. jika terjadi konflik .. TNI tidak perlu mengirimkan angotanya ke Msia (cukup menjaga agar supply logistic tetap aman) karena ATM harus bertempur terlebih dahulu dengan 6 - 8 Divisi bersenjata Sukarelawan dari unsur-unsur TKI (+/- 160k bersenajata) ... Saya yakin kerusakan yang akan terjadi di Msia akan sangat hebat ... semua infrastruktur penting akan hancur dan dengan korban manusia yang amat banyak di pihak anda .. :@

Jangan heran jika nanti akan banyak TKI yang saat ini bekerja di ladang sawit Msia .. tiba-tiba berubah menjadi anggota komando militer ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 07:50 PM | Show all posts
sblom militer komando kelapa sawit tu berubah jadi komando depa tikam sama2 depa dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 09:33 PM | Show all posts
yeah right.. komando buluh runcing..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:04 PM | Show all posts
Jika boleh dengan cara mudah .. mengapa harus memilih cara yang lebih sulit dan memakan cost yan ...
Suara_Merdeka Post at 1-9-2010 17:38



    jangan jd biawak kommodo dah la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 05:57 AM | Show all posts
dr apa yg aku sembang ngan org acheh tmpt aku nih..org acheh mmg tak ngaku yg depa nih Indon...depa lbh suka digelar sbgai acheh bkn Indon...dan masih lg mengharap kemerdekaan... tmbah lak dia kata Indon tdk ada apa2 hanya harap hasil dari acheh.... pastu psai kes sukarno ni dia kata mati pn sbb suharto yang rancang bunuh tangkap buh dalam guni.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:05 AM | Show all posts
Ahaks...komando.....Negara mana ada anggotya komando sampai berjuta.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 01:01 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:03 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:14 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:18 AM | Show all posts
konfrontasi Malaysia-Indonesia, salah satu isu perang dingin di asia

MALAYSIA (dinaungi Komanwel dan British) VS Indonesia (berkomuniskan Rusia waktu tu)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.183494 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list