|
Reply 3# fluffyneo
i sokong hundred and ten % .. konsep GM 1 lagik bagus berbanding GM 2... Banyakkan gadis yang masuk bertanding ni yang memakai tudung.... sopan dan ayu gitu...mcm juara GM 1 AIDA...i suke tgk muka dan penampilan dia... GM 2 mmmmmemang i benci...peserta...especially yang tak pakai tudung perangai macam bagus...patutnyerr mereka jgn masuk pertandingan ni...diorang layak terus jadik lerr pelakon ke..penyanyi ke...atau model jerrr...tu jerr kerja tahap rendah yang boleh mereka boleh buat....yang pengacara pun patut ambiljerr pangacara GM 1 dulu si FAHRIN.... lagik satu banyakkan program agama mcm GM 1 dulu....para juri pun ambil laa...yang terdiri dari golongan profesional....macam ustazah nor bakyah...tokoh2 ilmuan...baru bermakna jadinyerrr program GADIS MELAYU ni...undian SMS ...boelh di adakan juga...kera pd pendapat i... org kat luar sekarang memang sudah bijak menilai dan memilih...sape yang layak untuk jadik ikon GM... ye laaa mcm kite lihat mase GM2...konon2 peserta yang perasan bagus penuh kontroversi...ingat mereka boleh menang tapi...tgk...tup tup...GM menobatkan gadis yang memakai tudung dan bersopan santun jugak...yang jadi pemenang nyerrr...i suke sangat..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RINA
ZAKIAH |
|
|
|
|
|
|
|
dah nampak mcm Fatheen je yg bakal menang... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nampak mcm Fatheen je yg bakal menang...
wirazam Post at 1-9-2010 21:55
Ye ke? Boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke? Boleh ke?
meesyaa Post at 3-9-2010 10:51
dah yg itu je yg aku rasa ok dr segi penampilan diri dan komunikasi..tp based on video pengenalan diri...yg lelain..mcm gabra..control..pura2..
ada sorang tu yg free hair..muka mcm bintang hindustan..kareena kapoor..but komunikasi kurang lak..maybe boleh diasah lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni lar..kareena kapor malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
MASTURA
dia ni pernah masuk majalah jadi model muslimah..kdg2 dara.com,kdg2 majalah pengantin |
|
|
|
|
|
|
|
lain sgt muka rina salleh nie, still photo ngan rancangan gm |
|
|
|
|
|
|
|
baru prasan si rina tu masuk GM3 neh... |
|
|
|
|
|
|
|
aku xsedar pun citer ni....tup2 dh nk abeh dh....xfemes musim 3 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 119# meesyaa
Siapa ikon Gadis Melayu 3?
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
| SEMBILAn jelitawan bersedia berentap untuk merangkul gelaran ikon Gadis Melayu 3.
|
SEDAR tak sedar, rancangan realiti pencarian ikon yang memaparkan ciri-ciri gadis Melayu hampir tiba ke penghujungnya.
Gadis Melayu musim ketiga kali ini hadir dengan pelbagai format baru dan menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari.
Tiada kontroversi seperti yang terlihat pada musim yang lalu, Gadis Melayu 3 yang disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam ini akan menemui malam finalnya pada 29 Oktober ini.
Mengimbas kembali Gadis Melayu musim kedua, pelbagai kontroversi hadir yang sedikit sebanyak mencalarkan imej yang cuba ditonjol program ini.
Namun pada musim kali ini, peserta-peserta ditapis rapi agar dapat menonjolkan tujuan utama rancangan yang mencari seorang ikon yang dapat dicontohi.
Pelbagai kelainan yang ditonjolkan pada musim ketiga ini dan yang paling utama ialah tiada penyingkiran yang berlaku sehinggalah episod terakhir Gadis Melayu 3 yang akan menobatkan ikonnya kali ini.
Selain itu, antara kelainannya, jika Gadis Melayu musim pertama sepenuhnya menerapkan ciri keMelayuan, musim kedua hadir dengan kandungan yang lebih segar dan kontemporari, musim kali ini pula adalah gabungan kedua-duanya.
Menurut penerbit Gadis Melayu 3, Khairul Bariah Kamaruddin, pihak penerbit berpuas hati dengan pemilihan peserta kali ini kerana tiada kontroversi seperti tahun lalu.
Format baru yang tiada penyingkiran itu pula katanya, dilihat berkesan kerana semua peserta mempunyai peluang sama rata untuk menimba ilmu dan pengalaman supaya mereka lebih bersedia untuk digelar ikon.
“Tidak dinafikan semasa sembilan orang peserta ini diperkenalkan kepada umum, ada yang berpendapat mereka kelihatan gugup dan seperti tidak bersedia.
“Namun, pengalaman mereka selama berada di dalam program Gadis Melayu 3 telah memberikan mereka keyakinan dan saya juga percaya mereka lebih bersedia berbanding di awal kemunculan mereka.
“Pelbagai tugasan yang telah mereka lalui seperti menguruskan kenduri, kemahiran di dalam hutan, membuat kraftangan tradisional, menyediakan perkahwinan Melayu klasik dan banyak lagi yang menguji kebolehan dan usaha mereka.
“Setelah beberapa minggu, progres mereka dapat dilihat dan kami juga sudah nampak beberapa orang yang berpotensi besar untuk menjadi pengacara suatu hari nanti,” ujar Khairul Bariah kepada Hits baru-baru ini.
Peserta-peserta Gadis Melayu 3 ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah.
Lain-lain termasuk Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.
Tiga peserta lain terdiri daripada Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
rina salleh nie selalu jadi model utk majalh dara
tp personally aku mcm x suke dia |
|
|
|
|
|
|
|
rina salleh nie selalu jadi model utk majalh dara
tp personally aku mcm x suke dia
daai_violet Post at 20-10-2010 09:31
y?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|