CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2023 06:32 PM | Show all posts
Itali tuntut amfora purba dipulangkan



Itali menuntut pengembalian semula tujuh barang antik yang dipercayai dirompak sebelum dijual oleh peniaga ke Louvre di Paris pada 1980-an dan 90-an.- Foto REUTERS
ROM: Itali meminta Perancis memulangkan tujuh tembikar atau amfora purba yang kini menjadi sebahagian daripada koleksi muzium seni Louvre di Paris.

Menteri Kebudayaan, Gennaro Sangiuliano, semalam berkata koleksi tembikar dari abad keempat dan keenam sebelum Masihi itu dicuri di bandar pelabuhan Ostia dan kemudian dijual, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Muzium itu memperoleh tembikar berkenaan antara 1982 dan 1998, menurut akhbar Le Monde.

Pengarah Louvre, Laurence des Cars, baru-baru ini dilaporkan berkata terdapat "karya asal yang meragukan" dalam sistem inventori muziumnya.

Amfora itu merangkumi koleksi seni Yunani, Rom dan Etruska. - BERNAMA-XINHUA


https://www.bharian.com.my/dunia ... a-purba-dipulangkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 09:57 PM | Show all posts
AS nasihat Israel tangguh serangan darat
KANAK-KANAK Palestin yang berlindung di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membawa makanan untuk dijamu bersama keluarga dan penduduk. FOTO Reuters.

Washington: Amerika Syarikat (AS) menasihatkan Israel supaya menangguhkan serangan darat di Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas.

Ia turut memaklumkan Qatar yang juga perantara bagi rundingan dengan Hamas mengenai perbincangan itu, kerana mahu lebih ramai tebusan dibebaskan, selain perlu bersedia terhadap kemungkinan berlaku perang serantau yang lebih luas, menurut sumber.

Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu, yang dikatakan membunuh kira-kira 1,400 orang dan mendorong Israel membuat serangan balasyang kini meragut lebih 5,000 nyawa Palestin di Gaza.
AS secara terbuka menyokong sekutunya, Israel dan menegaskan negara mempunyai hak untuk mempertahankan diri, selain menetapkan jadualnya sendiri untuk membalas dendam terhadap Hamas.
Bagaimanapun, menurut dua sumber yang biasa dengan perbincangan antara AS dan Israel, Rumah Putih, Pentagon dan Jabatan Negara AS masing-masing kini lebih berhati-hati dalam perbualan dengan Israel kerana sekatan dibuat ke atas Gaza hanya memburukkan krisis kemanusiaan dan lebih banyak kematian.
Keutamaan AS ketika ini ialah meluangkan lebih banyak masa untuk rundingan bagi membebaskan tebusan yang diculik Hamas, khususnya selepas pembebasan tidak dijangka dua rakyat AS pada Jumaat lalu. Hamas dipercayai menahan lebih 200 tebusan.

Sementara itu, seorang pegawai AS berkata, negaranya mengambil kira peranan Doha sebagai perantara dengan Hamas, dengan sentiasa memaklumkan pegawai Qatar mengenai nasihatnya kepada Israel, supaya rundingan pembebasan berterusan.

"Buat masa ini, tiada pelan hala tuju yang jelas atau urutan langkah ke arah serangan penuh. Keutamaan ialah tindakan untuk mengeluarkan tebusan,
langkah demi langkah," kata sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan tebusan itu, semalam.


Pegawai kedua AS pula berkata, kerajaan Eropah yang rakyatnya lebih ramai dijadikan tebusan, mencadangkan Israel supaya menangguhkan serangan darat supaya rundingan untuk pembebasan tebusan dapat dijalankan.

Seiring rundingan itu, ia juga akan memberi lebih banyak masa kepada bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza.

Sejak Sabtu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 54 trak bantuan dibenar memasuki Gaza dari sempadan Mesir.

Bagaimanapun, pegawai Israel semakin terbuka memberi isyarat bahawa serangan darat terhadap Gaza mungkin dilancarkan pada bila-bila masa kerana tiada rundingan atau penangguhan dipersetujui setakat ini.

Malah, Israel sudah mempersiapkan 300,000 anggota tentera simpanan dan aset perangnya di sempadan Gaza dan hanya menunggu arahan.

"Kami akan melakukan apa saja apabila kami perlu melakukannya," kata Timbalan Duta Besar Israel ke Washington, Eliav Benjamin kepada Radio Tentera Israel semalam, sekali gus menolak pengaruh AS dalam merancang serangan.

Dalam pada itu, nasihat AS kepada Israel untuk menangguhkan serangan darat juga membolehkan Washington bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan serangan balas terhadap kepentingan AS di Asia Barat, terutama peningkatan serangan antara Israel dan kumpulan bersenjata Hizbullah yang disokong Iran.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:14 AM | Show all posts
Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam  
MASJID Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin (gambar fail). FOTO Arkib NSTP


Baitulmaqdis: Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jabatan Wakaf Islam berkata polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.

Terdahulu, pada sebelah pagi, polis Israel bertindak memperketat kemasukan dan hanya membenarkan warga emas masuk ke masjid berkenaan.

Pada masa yang sama, polis membenarkan orang Yahudi memasuki pekarangan masjid untuk menjalankan ritual, tindakan yang jelas melanggar status quo masjid itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:17 AM | Show all posts
Edited by tari at 25-10-2023 09:19 AM

Hospital di Gaza lumpuh, 5,791 orang terkorban  
PENDUDUK cedera akibat serangan Israel dibawa ke Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza untuk rawatan. FOTO AFP.


Gaza: Sistem penjagaan kesihatan di hospital di Semenanjung Gaza kini lumpuh sepenuhnya, kata Kementerian Kesihatan Palestin semalam.

"Hospital di Gaza lumpuh sepenuhnya disebabkan perang Israel," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra pada sidang media di bandar Gaza, yang dilapor Anadolu.



Katanya, seramai 65 petugas perubatan terbunuh dan 25 ambulans musnah akibat serangan Israel sejak 7 Okt lalu.

"Sebanyak 12 hospital dan 32 pusat penjagaan kesihatan terpaksa menghentikan perkhidmatan. Kita bimbang lebih banyak lagi yang tidak beroperasi dalam beberapa jam akan datang kerana kekurangan bahan api," katanya.

Menurut jurucakap itu, kadar kematian di Gaza akibat serangan udara Israel meningkat kepada 5,791 orang, dengan mangsa termasuk 2,360 kanak-kanak.

Sejumlah 1,292 mangsa korban adalah wanita dan 295 warga emas, manakala 16,297 orang lagi cedera.

"Kanak-kanak, wanita dan warga emas merangkumi 70 peratus daripada mangsa," katanya.

Tambahnya, terdapat 1,550 orang dilapor terperangkap di bawah sisa runtuhan termasuk 870 kanak-kanak.

"Israel melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap keluarga rakyat Palestin dalam beberapa jam lalu yang menyebabkan 305 kanak-kanak, 173 wanita dan 78 warga emas maut," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kerjasama Kesihatan di Kementerian Dr Marwan Abu Saad berkata, Hospital Al Shifaa yang menjadi tempat berlindung kepada 45,000 orang dan merawat lebih 600 pesakit yang cedera sudah di ambang kemusnahan kerana kehabisan bekalan perubatan dan katil.

Beliau memberitahu The National yang hospital itu penuh dan tidak mampu lagi menampung peningkatan kemasukan penduduk yang cedera, selain penggunaan tinggi elektrik dan air.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:17 AM | Show all posts
Good morning

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:21 AM | Show all posts
Penyokong Bayern, Galatasaray 'berentap' sebelum aksi UCL
PENYOKONG Bayern dan Galatasaray bergaduh di Istanbul menjelang perlawanan tengah malam ini. FOTO Agensi

Istanbul: Kira-kira seratus penyokong Bayern Munich dan Galatasaray 'bertembung' awal di salah satu bar terkenal di Istanbul menjelang perlawanan Liga Juara-Juara tengah malam ini.

Media Turki berkata, empat penyokong dari Jerman dan seorang peminat tempatan cedera ringan tetapi tiada sebarang laporan polis dibuat.

Rakaman kamera jalanan menunjukkan peminat membaling kerusi dan pelbagai objek kecil di sepanjang jalan utama daerah Beyoglu yang popular di Istanbul.

Kawasan mesra pelancong itu dipenuhi dengan bar yang sering dikunjungi oleh peminat Galatasaray.


Polis mula campur tangan apabila peminat mula mensasarkan salah satu kedai barangan di Istanbul.

Agensi berita IHA berkata, 70 peminat dari Jerman dan 30 penyokong tempatan terbabit dalam pergaduhan itu.

Konsulat Jerman di Istanbul tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Bayern mengharungi 36 perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara tanpa kalah dan berada di tangga teratas Kumpulan A menjelang perlawanan tengah malam ini

Galatasaray menduduki tempat kedua dalam kumpulan dan masih segar dengan kemenangan mengejutkan ke atas Manchester United.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 09:42 AM | Show all posts
Padang tiruan Stadium Wankdorf bimbangkan Guardiola


STADIUM Wankdorf di Bern, Switzerland yang menggunakan rumput tiruan mencetuskan kebimbangan terhadap Manchester City menjelang pertemuan Liga Juara-Juara esok. – AFP
Oleh Meja Sukan
25 Oktober 2023, 9:19 am

MANCHESTER: Manchester City terpaksa menukar persiapan Liga Juara-Juara mereka dan terbang awal ke Switzerland untuk menyesuaikan pasukan dengan keadaan padang tiruan di Stadium Wankdorf.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan menentang Young Boys di Stadium Wankdorf hari ini (3 pagi esok waktu Malaysia) dan selepas itu mereka akan berdepan Manchester United pada hujung minggu ini, sekali gus perlu mengelak episod kecederaan.

Anak-anak buah Guardiola biasanya berlatih di Akademi Bola Sepak City sebelum terbang ke destinasi lawan dan jarang berlatih di padang pasukan tuan rumah sebelum perlawanan.

Begitupun padang tiruan Young Boys di Switzerland telah meyakinkan Guardiola bahawa pasukannya perlu berlatih di permukaan berbeza sebelum perlawanan Rabu ini.

Dua tahun lalu, Young Boys pernah menewaskan Manchester United di tempat sendiri dan Luke Shaw ketika itu mengkritik hebat permukaaan padang.


PEMAIN Manchester City melakukan persiapan menjelang pertemuan menentang Young Boys. – MANCHESTER CITY

“Tiada alasan, kami kalah dalam perlawanan itu. Tetapi untuk Liga Juara-Juara, padang-padang ini, ia tidak sepatutnya dilakukan. Ia berbahaya. Sukar untuk dimainkan,” kata Shaw.

Young Boys beralih kepada rumput sintetik pada 2014 untuk mengurangkan kos selenggara dan memastikan mereka boleh menganjurkan acara lain di stadium berkenaan.

Ia bukan kritikan pertama mengenai padang itu kerana bekas bos Red Devils, Jose Mourinho juga mempunyai sesuatu untuk diperkatakan mengenai perkara tersebut pada 2018.


MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 22: Manchester City’s Rúben Dias in action during training at Manchester City Football Academy on October 22, 2023 in Manchester, England.

“Saya tidak faham bagaimana anda boleh bermain ­pertandingan kelab terbaik di padang tiruan.

“Sesetengah pemain mungkin takut kecederaan. Saya mempunyai beberapa pemain selepas latihan semalam, latihan ringan, dan mereka berasa buku lali, sakit belakang, sakit.

“Ia tidak mudah, ­terutamanya bukan untuk orang yang tidak menyesuaikan diri dengannya. Juga sedikit ketakutan dalam aksi sebenar,” kata Mourinho.

Kebimbangan Guardiola ­terhadap kecederaan bermakna City telah mengubah rancangan mereka dan kini akan mengambil penerbangan lebih awal.

Ketika ini, Guardiola ­terdesak untuk memastikan skuadnya ‘segar’ menjelang pertembungan Liga Perdana menentang pencabar United. – AGENSI

Kredit: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:48 AM | Show all posts
Tindakan Israel hanya ‘makan diri’ – Obama


KANAK-KANAK Palestin menerima makanan di sebuah sekolah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
25 Oktober 2023, 9:00 am

WASHINGTON: Sesetengah tindakan Israel dalam perang menentang Hamas, termasuk dengan memutuskan bekalan air dan makanan secara jelas memang memudaratkan penduduk di Semenanjung Gaza selama ‘beberapa generasi’.

Namun, pada masa yang sama, tindakan itu juga boleh ‘melemahkan sokongan antarabangsa’ terhadap Israel, menurut bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Obama yang jarang memberikan ulasan dalam krisis polisi antarabangsa menegaskan, apa sahaja strategi ketenteraan Israel dalam perang berkenaan yang mengabaikan nilai kemanusiaan hanya akan ‘memakan diri’ mereka sendiri.

“Keputusan kerajaan Israel menghentikan bekalan makanan, air dan elektrik di Gaza tidak hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan, malah turut menjejaskan rakyat Palestin selama beberapa generasi akan datang, menghakis sokongan global kepada Israel serta merosakkan usaha jangan panjang untuk mencapai perdamaian dan kestabilan di rantau berkenaan,” tegas Obama.

Israel melancarkan serangan udara ke Gaza tanpa henti susulan serangan dilancarkan oleh Hamas terhadap wilayah itu pada 7 Oktober lalu.

Serangan Hamas mengorbankan 1,400 rakyat Israel, manakala serangan balas Israel pula menyebabkan lebih 5,000 rakyat Palestin terkorban.

Obama dalam masa sama mengutuk serangan dibuat Hamas dan mengulangi sokongannya kepada Israel untuk mempertahankan diri, namun dalam masa masa sama menyatakan kebimbangan perang meragut nyawa orang awam.

Belum jelas sama ada Obama sudah berkoordinasi dengan Presiden Joe Biden yang pernah menjadi Naib Presiden beliau selama lapan tahun.

Semasa perkhidmatannya sebagai Presiden, Obama sering bersetuju dengan tindakan Israel mempertahankan diri mereka ketika permulaan konflik dengan pasukan Hamas dari Palestin, tetapi dengan pantas menggesa Israel meredakan serangan selepas berlaku kematian rakyat Palestin akibat serangan udara.

Kredit: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 10:34 AM | Show all posts
Mayat pendayung kayak ditemui dekat Sentosa, dua hari selepas dilapor hilang

SINGAPURA: Mayat seorang pendayung kayak wanita yang dilapor hilang pada pagi Ahad (22 Okt), sudah dijumpai di perairan dekat Sentosa.


Menurut satu kenyataan, polis menyatakan bahawa mayat tersebut dijumpai di perairan dekat dengan pulau Sentosa pada pukul 3.00 petang pada Selasa oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Ia kemudian disahkan sebagai mayat pendayung kayak, seorang wanita berusia 33 tahun, yang dilaporkan hilang sebelum ini.



Berdasarkan siasatan awal, polis mendedahkan bahawa pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Siasatan bagaimanapun masih dijalankan.



Pendayung kayak itu dilaporkan hilang dekat Sentosa pada pagi Ahad.



Seorang rakan, yang membantu dalam operasi mencari itu, memberitahu Mediacorp bahawa wanita itu sedang cuba membantu seorang lagi pendayung kayak apabila kayaknya terbalik lalu "dihanyutkan" arus.



sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:06 AM | Show all posts
Orang ramai ternanti-nanti hari 5p
Oleh KOSMO!
24 Oktober 2023, 10:00 pm


KEDAI milik Evans menjual kentang goreng pada harga 5 pence sebekas di Pontypool pada hari-hari tertentu. - Foto Google Maps/Getty Images

CARDIFF – Sebuah kedai menjual satu bekas kentang goreng pada harga hanya 5 pence (RM0.29 sen) di Wales berikutan kadar kos hidup yang tinggi, lapor portal berita Daily Express semalam.

Pemilik Iestyn’s Fish Bar, Iestyn Evans, 28, di Pontypool, Wales menawarkan jualan murah dengan mengurangkan harga asal kentang goreng itu untuk satu bekas.

Bagaimanapun, ia  hanya ditawarkan kepada pelanggan dalam tempoh dua jam pada hari-hari tertentu yang dipilih secara rawak setiap bulan, tetapi pada kebiasaannya ia dijual pada setiap Selasa.

Sejak memperkenalkan tawaran itu, Evan melihat ramai pelanggan yang lapar beratur di luar kedainya.

Dia mendakwa: “Ia sangat popular untuk kami. Kami mempunyai ramai orang yang datang sejak itu terutamanya mereka yang agak kecewa kerana terlepas peluang tersebut. Mereka seperti menyatakan bilakah hari 5p seterusnya?’” – AGENSI

Kredit: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:06 AM | Show all posts
Thomas lanjut kontrak dua tahun


THOMAS (kanan) mendapat tempat ketiga peringkat 21 Tour de France pada Julai 2024.

London: Geraint Thomas menandatangani kontrak baharu dua tahun dengan Ineos Grenadiers semalam.

Bekas juara Tour de France dan pemenang dua pingat emas Olimpik itu menghampiri tempoh lanjutan dua tahun yang ditandatanganinya pada 2021.

Jaguh Wales itu meraikan ulang tahun kelahiran ke-37 di perlumbaan Giro d'Italia tahun ini dan menduduki tempat kedua di belakang Primoz Roglic.

"Walaupun anda tidak pernah katakan tidak, dalam kepala saya ini adalah kontrak terakhir tetapi saya masih mempunyai dua tahun yang besar," kata Thomas.

"Saya tidak akan teruskan dalam pasukan berbeza. Pasukan ini memahami saya dan paling penting tahu apa perlu dilakukan untuk berjaya.

"Saya mempunyai rakan sejak kecil di sini seperti Luke [Rowe] dan Swifty [Ben Swift] sebagai pelumba dan [Ian] Stannard kini di bahagian pengurusan. Saya mengenali Rod [Ellingworth] sejak 2003 dan ini menjadikan saya seperti di rumah sendiri."

Thomas beraksi untuk Ineos sejak pasukan itu ditubuhkan pada 2010 ketika dikenali sebagai Sky Procycling.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jut-kontrak-dua-tah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:07 AM | Show all posts
Juruterbang ditahan cuba matikan enjin pesawat dalam penerbangan



Portland: Penerbangan Alaska Airlines yang dalam perjalanan ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) terpaksa dilencongkan ke Oregon selepas juruterbangnya yang tidak bertugas cuba mematikan enjin pesawat.

Joseph David Emerson yang ditahan Ahad lalu, didakwa terhadap 83 cubaan membunuh, 83 tuduhan membahayakan orang lain secara melulu dan satu pertuduhan mendatangkan bahaya terhadap pesawat, menurut pejabat pendakwa raya yang dipetik The Straits Times.

Pendakwaan rasmi ke atas Emerson, 44, dijangka difailkan pada Isnin di mahkamah daerah Multnomah di Portland, di mana kesnya yang dijadual pada petang untuk mengemuka rayuan, kata jurucakap pejabat berkenaan.

Sementara itu, Kumpulan Alaska Air, subsidiari bagi Horizon Air berkata, pesawat Alaska Airlines 2059 yang berlepas dari Everett, Washington pada Ahad, sepatutnya mendarat di San Francisco tetapi dilencongkan ke Portland kerana ancaman keselamatan.

Menurutnya, Emerson menyertai Alaska Air sebagai pegawai pertama Horizon pada Ogos 2001 dan pada 2012, beliau meninggalkan Horizon untuk menyertai Virgin America sebagai juruterbang.

Emerson kemudian menjadi pegawai pertama Alaska Airlines selepas pemerolehan Virgin America oleh Alaska Air pada 2016 dan menjadi kapten Alaska Airlines pada 2019.

"Tidak ada satu pun pensijilan beliau dinafikan, digantung atau dibatalkan," kata Alaska Air.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memberitahu syarikat penerbangan AS dalam notis yang dilihat oleh Reuters bahawa juruterbang tidak bertugas itu yang terbang sebagai 'penumpang sah' berusaha untuk melumpuhkan enjin jet berkembar Embraer 175 dengan cuba mengaktifkan sistem pencegah kebakaran enjin ketika pesawat berada pada ketinggian 'cruise'.

"Kru berjaya menggagalkan tindakan suspek dan dia dikeluarkan dari kokpit," kata notis FAA.



PESAWAT Alaska Airlines. FOTO Fail Reuters.

https://www.hmetro.com.my/global ... enjin-pesawat-dalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:09 AM | Show all posts
2 tebusan bebas kerana faktor kesihatan
Agensi

Baitulmaqdis: Dua wanita yang ditawan Hamas di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu dibebaskan, menurut kumpulan Palestin dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Jurucakap sayap bersenjata Hamas berkata, kedua-dua tawanan itu dibebaskan selepas rundingan dengan pengantara, Qatar dan Mesir.

Dalam kenyataan semalam, Abu Obeida memaklumkan menerusi saluran Telegram kumpulan itu yang tebusan berkenaan dibebaskan atas sebab kemanusiaan dan faktor kesihatan yang buruk.

ICRC mengesahkan pembebasan Yocheved Lifshitz, 85, dan Nurit Cooper, 79, yang juga warga Israel.

"Kami berharap mereka akan segera kembali bersama orang tersayang," kata ICRC di platform X yang dilapor Al-Jazeera.

Hamas dilaporkan menawan lebih 200 individu sebagai tebusan ketika melakukan serangan mengejut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggesa pembebasan tanpa syarat semua tebusan yang ditahan di Gaza.

Kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan antarabangsa dan keluarga mereka yang ditawan juga menggesa pembebasan segera.

Tebusan pertama dibebaskan pada Jumaat lalu, iaitu dua wanita Amerika Syarikat (AS) Judith Raanan dan anak perempuannya Natalie.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar berkata pembebasan itu dibuat selepas beberapa hari rundingan yang membabitkan pelbagai pihak.

Obeida sebelum ini berkata Hamas menawarkan untuk membebaskan dua tawanan tambahan bersama Judith dan Natalie, tetapi ditolak pihak berkuasa Israel.


YOCHEVED Lifshitz dan Nurit Cooper yang ditawan Hamas sejak 7 Okt dibebaskan, semalam. FOTO Briged Al-Qassam/ Reuters.

https://www.hmetro.com.my/global ... na-faktor-kesihatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:10 AM | Show all posts
Pesawat dilencong selepas juruterbang cuba matikan enjin


PESAWAT Alaska Airlines dalam perjalanan ke San Francisco terpaksa dilencongkan ke Portland. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
25 Oktober 2023, 11:00 am

SALEM: Sebuah pesawat Alaska Airlines yang dalam perjalanan ke San Francisco terpaksa dilencongkan ke Portland, Oregon selepas seorang juruterbang yang tidak bertugas cuba mengambil alih kawalan pesawat tersebut.

Juruterbang yang berada di dalam kokpit itu cuba mematikan enjin pesawat berkenaan.

Suspek dikenali sebagai Joseph David Emerson, 44, ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang sejurus selepas pesawat mendarat sebelum diserahkan kepada polis Portland.

Berdasarkan maklumat Pejabat Sherif Multnomah County, Joseph didakwa atas 83 pertuduhan cubaan membunuh orang ramai dan membahayakan pesawat.

Syarikat penerbangan mengesahkan pesawat Alaska Airlines 2059 dari Everett, Washington dilencongkan selepas melaporkan ancaman keselamatan yang boleh dipercayai.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menerusi satu notis kepada syarikat penerbangan memaklumkan juruterbang itu cuba mematikan enjin jet Embraer 175 dengan menghidupkan sistem pemadaman api.

Jelas notis itu, kru kabin berjaya menghalang dan membawa keluar suspek dari kokpit sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Suspek gagal mematikan enjin pesawat.

Berdasarkan laporan pangkalan data juruterbang FAA, Emerson disenaraikan sebagai juruterbang bertauliah yang mendapat pelepasan perubatan. – REUTERS

Kredit: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:10 AM | Show all posts
Bandar lumpuh, militan bakar 35 bas dan kereta api


Brasilia: Anggota militan separa tentera membakar 35 bas dan kereta api di Rio de Janeiro semalam, sekali gus melumpuhkan sebahagian bandar Brazil.

Menurut jurucakap, tindakan yang mencetuskan kekecohan itu susulan kematian seorang daripada pemimpin kumpulan berkenaan ketika operasi oleh pasukan polis.

Gabenor Negeri Claudio Castro berkata, dalam operasi itu, anak saudara yang juga anggota kanan ketua militan dikenali Zinho terkorban.

Castro berkata, polis menyampaikan 'amaran tegas' kepada salah satu militan terbesar di barat Rio, yang menggambarkan anak saudara digelar Fausta itu, sebagai panglima perang terkenal.

Polis kemudian menahan 12 individu kerana disyaki melakukan 'tindakan pengganas' dan dewan bandar raya mengisytiharkan bahaya tahap tiga serta memberi amaran kepada penduduk serta pelancong mengenai kemungkinan insiden berimpak tinggi.

Datuk Bandar Rio Eduardo Paes menggelar anggota militan itu sebagai 'bodoh dan juga penjenayah' dalam hantaran di aplikasi X.

"Anggota militan di sebelah barat membakar bas awam yang dibayar dengan wang awam untuk protes terhadap operasi polis," tulisnya.

Persatuan pengusaha bas awam Rio Onibus berkata, 35 bas dibakar, paling banyak untuk sehari dalam sejarah bandar ini, termasuk lima bas yang digunakan untuk laluan transit pantas khas yang dilancarkan ketika Sukan Olimpik Rio 2016.



BAS yang terbakar di tengah jalan di Rio de Janeiro, Brazil, semalam. FOTO TV Globo/ Reuters.

Pengendali kereta api Supervia berkata, sebuah kereta api turut dibakar selepas pemandu diarah keluar.

Susulan insiden, sebahagian perkhidmatan pengangkutan awam di bandar itu digantung.

Operasi polis terhadap kumpulan penjenayah bersenjata adalah perkara biasa di Rio, dengan kawasan kejiranan Favela yang mundur sering terperangkap dalam pertempuran.

Kumpulan militan separa tentera mengawal lebih separuh wilayah bandar itu, mewujudkan pemerintahan keganasan di kawasan kejiranan miskin yang menempatkan lebih dua juta penduduk, menurut kajian dilakukan konsortium universiti, platform pengawasan dan kumpulan anti-kerajaan pada 2020.

Anggota militan itu kebiasaannya adalah bekas pegawai polis dan mereka pada mulanya membentuk kumpulan pemerhati kejiranan untuk melindungi penduduk daripada geng dadah.



BAS yang dibakar militan bersenjata sebagai protes di Rio de Janeiro, Brazil. FOTO AFP.

https://www.hmetro.com.my/global ... -bas-dan-kereta-api

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:15 AM | Show all posts
Tak salah Gibran tanding naib presiden – Prabowo


PRABOWO SUBIANTO
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
25 Oktober 2023, 10:00 am

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto mengecam tanggapan negatif dilemparkan terhadap dinasti politik Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas anaknya, Gibran Rakabuming Raka diumumkan sebagai calon naib presiden.

Gibran kini menjadi pasangan calon naib presiden Prabowo pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Lapor CNN Indonesia, Prabowo berpandangan tiada salahnya Gibran diangkat sebagai calon jika matlamatnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Kami adalah dinasti merah putih dan dinasti patriotik. Kami mahu berkhidmat kepada rakyat.

“Sekiranya dinasti Pak Jokowi ingin berbakti kepada rakyat, mengapa tidak boleh dan apa salahnya untuk berbuat demikian,” kata Prabowo yang juga merupakan calon presiden Indonesia.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat parti Gerinda diadakan di Jakarta.

Prabowo bersama parti politik Gabungan Indonesia Maju (KIM) menyokong pencalonan Gibran sebagai naib presiden.

Gibran merupakan anak sulung Jokowi yang kini menjawat jawatan Datuk Bandar Solo.

Beberapa pemerhati politik menganggap Gibran mewakili dinasti politik yang dibangunkan Jokowi.

Ketika ini, KIM diketuai oleh Parti Gerinda, Golkar, Demokrat, PAN, PBB, Parti Gelora, Parti Prima dan Parti Garuda.

Prabowo dan Gibran bercadang untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia 25 Oktober ini.

Sementara itu, Prabowo menegaskan beliau tidak akan menggunakan fasiliti dan infrastruktur kerajaan pada pilihan raya presiden akan datang.

Jelas Prabowo, beliau juga tidak pernah menggunakan kemudahan kerajaan di luar tugasnya sebagai menteri pertahanan.

Kredit: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 11:16 AM | Show all posts

Lelaki dibelit ular sawa ketika swafoto



Chandran rebah ke atas tanah akibat dililit reptilia tersebut. - X/ @Ramith18

NEW DELHI, India – Seorang lelaki di negeri Kerala nyaris maut selepas dibelit seekor ular sawa ketika cuba merakam swafoto bersama reptilia itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pada 20 Oktober lalu, lelaki bernama Chandran itu membawa ular tersebut ke sebuah stesen minyak dalam keadaan mabuk untuk merakam swafoto.

Dia bagaimanapun rebah ke atas tanah apabila ular sawa itu mula membelitnya selepas meletakkan reptilia tersebut di belakang leher untuk merakam gambar.

Sejurus melihat situasi cemas yang dihadapi Chandran, seorang pekerja stesen minyak berdekatan bernama Abhishek bergegas menyelamatkannya.

Ular itu kemudian menjalar lalu hilang di bawah lori berhampiran.

“Saya tidak pernah berdepan dengan ular tetapi apabila melihat Chandran bergelut, saya terus mendapatkan guni dan berlari ke arahnya.

“Dia bergelut dengan begitu sukar. Saya terpaksa menarik ekor ular itu dan tidak lama kemudian, ia melonggarkan cengkamannya lalu menjalar pergi,” kata Abhishek.

Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mangsa akibat kejadian itu. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tika-rakam-swafoto/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:18 AM | Show all posts

Orang ramai ternanti-nanti hari 5p



KEDAI milik Evans menjual kentang goreng pada harga 5 pence sebekas di Pontypool pada hari-hari tertentu. - Foto Google Maps/Getty Images

CARDIFF – Sebuah kedai menjual satu bekas kentang goreng pada harga hanya 5 pence (RM0.29 sen) di Wales berikutan kadar kos hidup yang tinggi, lapor portal berita Daily Express semalam.

Pemilik Iestyn’s Fish Bar, Iestyn Evans, 28, di Pontypool, Wales menawarkan jualan murah dengan mengurangkan harga asal kentang goreng itu untuk satu bekas.

Bagaimanapun, ia  hanya ditawarkan kepada pelanggan dalam tempoh dua jam pada hari-hari tertentu yang dipilih secara rawak setiap bulan, tetapi pada kebiasaannya ia dijual pada setiap Selasa.

Sejak memperkenalkan tawaran itu, Evan melihat ramai pelanggan yang lapar beratur di luar kedainya.

Dia mendakwa: “Ia sangat popular untuk kami. Kami mempunyai ramai orang yang datang sejak itu terutamanya mereka yang agak kecewa kerana terlepas peluang tersebut. Mereka seperti menyatakan bilakah hari 5p seterusnya?’” – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... anti-nanti-hari-5p/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:19 AM | Show all posts

Suami ragut rantai emas demi bercuti bersama isteri



Neng ditahan selepas bercuti bersama isterinya di Pantai Bang Saen di wilayah Chon Buri. – Facebook

BANGKOK – Polis Thailand memberkas seorang lelaki yang mencuri rantai emas milik warga asing bagi membolehkan dia dan isterinya menikmati percutian romantik di sebuah pantai peranginan, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, suspek yang dikenali sebagai Neng, meragut seutas rantai emas milik warga Myanmar di pasar Sirichai, Bangkok.

Mangsa yang membuat laporan polis memaklumkan, barang kemas itu bernilai hampir 40,000 baht (RM5,287).

Selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan pasar, polis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya ketika dia mahu pulang ke rumah di wilayah Samut Prakarn, dekat Bangkok.

Suspek membuat pengakuan bahawa keadaan kewangannya yang teruk mendorong dia untuk mencuri.

Suspek juga telah menjual sebahagian daripada rantai emas yang dicuri itu kepada sebuah kedai emas di wilayah tersebut dengan harga 18,900 baht (RM2,498).

Bagaimanapun, dia telah menghabiskan wang itu semasa melancong bersama isterinya di Pantai Bang Saen,  wilayah Chon Buri.

Suspek berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan denda sekurang-kurangnya 100,000 baht (RM13,215). – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... uti-bersama-isteri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:19 AM | Show all posts

Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas



Kupoe mendakwa dia mampu menjadi halimunan ketika mencuri. – KhaoSod

BANGKOK – Seorang pencuri berusia remaja di Thailand  yang percaya dia mempunyai kebolehan untuk menjadi halimunan,  akhirnya diberkas polis selepas cuba melarikan sebuah motosikal, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian di daerah Ban Dung, wilayah Udon Thani itu, suspek, Kupoe, 19, ditangkap penduduk kampung yang mengejarnya.

Ketika menyelongkar beg yang dibawanya, penduduk menemui pelbagai barangan lain yang dicuri termasuk pokok ganja, batu pengisar traktor dan bajak papan acuan traktor.

Turut ditemui adalah bunga lily, gelang tangkal Buddha dan wang kertas nominasi 100 baht yang didakwa suspek mampu membuatkan dia tidak dapat dilihat oleh  mata kasar semasa mencuri.

Menurut suspek, dia dan rakan subahatnya, Not  telah mencuri tiga buah motosikal sebelum melihat motosikal keempat yang diletakkan  di luar sebuah rumah dengan kunci yang ditinggalkan.

Ketika cuba melarikan kenderaan itu, pemiliknya menyedari perbuatan mereka lalu menjerit, yang menyebabkan orang ramai mengejarnya.

Not bagaimanapun lolos menggunakan motosikal tersebut, manakala Kupoe berjaya ditangkap. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... al-akhirnya-tumpas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.621257 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list