|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
Jam menunjukkan pukul 10 bila semua tetamu beransur pulang. Dahlia masuk ke dapur untuk membantu apa yang patut tapi di halang oleh Sutri.
“ Tak payah Puan, semua sudah beres. Pergilah tidur”
Dahlia baru hendak melangkah keluar bila Irhan dan Rayyan merempuh masuk. “ Auntie Lia, kalau Auntie tak busy, besok boleh tak buat chicken pie? Buat lebih sikit sebab kita nak bawa balik KTJ””
“ Boleh. Nanti Auntie buat. Tapi besok Auntie kena pergi beli mushroom dulu.” Datin Elly masuk ke dapur ketika itu.
“ Han, kalau nak chicken pie kita boleh beli. Lagi sedap”
“ No lah Mama. Chicken pie Auntie is the best” kata Rayyan. Datin Elly menipiskan bibir. Matanya mencerlung.
“ Apa yang best sangat? Dia bubuh jampi serapah kot sampai semua orang suka sangat pai dia tu.”
“ Mama , that is nonsense”
Dahlia terus angkat kaki naik ke bilik. Ini sudah lebih. Kalau aku duduk lagi lama, Datin Elly akan makan penampar sulung aku. Biar kempis muka botox dan collagen dia tu. Astaghfirullah. Baru sekejap tadi baca Yasin , sekarang dah buat dosa. Macam mana kalau kat Mekah nanti? Ustazah Munirah kata niat jahat pun dah di kira dosa.
Air matanya berjurai membasahi pipi. Tiba tiba dia rasa sayu dan keseorangan. Biarpun dah hampir dua minggu di rumah ini tapi aku tetap rasa asing. Aku rindukan Babah. Rasa terkilan bila dia tidak dapat meminta maaf dari Babah sebelum ke Mekah. Amir menjemput Babah tapi dia tak dapat datang. Dahlia tahu sebenarnya dia segan untuk bermalam di rumah Puan Sri Sabihah. Urghhh… I need someone to talk to. Semalaman Amir sibuk melayan tetamu lelaki hingga tiada langsung masa untuk menyapa aku.
Selesai mandi dia mengambil buku panduan umrah untuk menghafal doa. Baik aku buat benda yang bermanafaat daripada fikir pasal biras aku yang kerek tu. Tapi perasaannya masih tak tenteram. Apa lah salah aku padanya sampai dia benci aku? Nia Aurora pula yang baik. Hissy… jangan fikir pasal Datin Elly. Concentrate Dahlia. Dua hari lagi aku akan bertolak ke Tanah Suci tapi niat pun belum hafal.
Amir menguak pintu. Tawanya di tahan bila melihat Dahlia duduk bersila di sofa dengan mata terpejam dan mulut terkumat kamit. Macam bomoh tengah menurun.
“ Sayang buat apa?” Dahlia tersentak.
“ Tengah hafal. Takut lah, banyak lagi Lia tak tahu.” gumamnya. Amir menggosok kepala Dahlia. Mata Dahlia yang merah menyentuh hatinya. Gerak hatinya mengatakan ini semua angkara Datin Elly. Dia terdengar pertengkaran di dapur tadi walaupun tak tau apa butir bicara. Yang jelas Rayyan dan Datin Elly sama sama menaikkan suara.
“ Jangan risau. Di sana nanti ada mutawif yang ikut kita. Kalau masa tawaf , Lia tak payah baca doa yang panjang panjang tu. Baca saja surah yang dah hafal, zikir dan selawat”
Dahlia mengangguk “ Ustazah Munirah pun cakap macam tu. Lia tak sabar nak pergi. Kalau boleh sekarang juga nak keluar dari…” Dia berhenti. Amir dapat menebak apa yang tersimpan di benak hati Dahlia.
“ Sebab Kak Elly ya? What did she do to you? ” Mata Dahlia berkaca namun dia mendiamkan diri. Aku orang baru dalam keluarga ni. Kalau boleh aku tak nak mengeruhkan keadaan. Tapi aku tak tahan kena sindir dan perli hari hari.
“ Jangan ambil hati sangat. Dia tu rasa tergugat sebab Mummy sayang Lia. Dulu dia seorang saja menantu perempuan tapi sekarang dia ada pencabar. ” Amir mengusap lembut bahu Dahlia.
“ Lia tak tahan mulut dia tu. Kenapa dia mesti sindir Lia, kata macam macam kat Lia? Kita tak buat apa pun kat dia.” Ada sendu dalam suaranya.
“ Sayang, jangan nangis. Abang tahu Lia tak seronok tinggal sini. Tapi Lia sabar lah dulu. Mummy masih tak berapa sihat sangat. Abang takut kalau apa apa jadi kat dia”
“ Lia bukan tak nak jaga Mummy tapi….Lia takut lah kalau satu hari nanti ada perang dunia. Kesabaran I pun ada tahap tau. Lagipun Abang Mi ada, takkan dia tak boleh jaga Mummy” rungut Dahlia. Kenapa aku saja kena beralah? Aku tak boleh kerja, tak boleh pindah, semua tak boleh.
“ Abang Mi selalu pergi overseas. Kalau ada konvensyen kadang kadang sampai dua tiga minggu dia tak ada di rumah. Kak Elly pula selalu pergi bercuti dengan kawan kawan dia. Mummy pula suka Lia temankan dia. She is much happier now.”
“ Abang tak teringin duduk rumah sendiri? Just the two of us?” Dahlia mengurut lembut bahu Amir
“ Memang lah abang nak. Kita boleh main kejar kejar, Lia boleh pakai baju sexy, kalau tak nak pakai apa apa pun boleh…ADOII” Cubitan hinggap di lengannya.
“ Itu saja yang Abang fikir! Benci lah!” Dahlia lari ke bilik dan menyembam muka ke bantal. Amir menyusul. Badan Dahlia yang terhinggut di urut lembut.
“ Lia, janganlah merajuk. Abang faham perasaan Lia. Cuma Abang rasa masanya tak sesuai untuk kita pindah. Abang pun sibuk dengan kerja, selalu balik lambat. Kalau kita tinggal berdua, abang risau tinggal Lia seorang di rumah.”
Dahlia diam tidak berkutik. Kesedihan berselirat dengan amarah. Amir ni tak ambil serius pun perasaan aku. Aku lari dari rumah ni karang!
Amir mengeluh. Macam mana lah aku nak pujuk Cik Pai Ayam ni? Susah… susah. Matanya di pejam. Keletihan teramat melanda diri. Tak sampai seminit dia terus terlena. |
|
|
|
|
|
|
|
sian dahlia....bestnya family puan sri nak gi umrah![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Elly tu masih tak sedar diri...
Nia tu tak lah kerek sgt...
maybe akan jadi kawan baik Lia nnti...
sian Lia kena telan apa yg Elly tohmahkan...
org hati busuk memang cam tu...
tak senang tgk org lain happy...
sbb tu lah Puan Sri asyik sakit je dpt menantu cam Elly....
hari ni aku ulang alik ke ladies je...
tak leh duduk tak leh diri...
cam nak balik tido je...
food poisoning.... |
|
|
|
|
|
|
|
datin elly rasa tergugat....sebab puan sri sukakan pai ayam dahlia... |
|
|
|
|
|
|
|
lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply wwannurr
Ha ha ha ha sib baik mata haku rabun
setakat screen hp BB tu haku x blh npk
w ...
qimi08 Post at 16-3-2011 11:13 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
QIMI
jom joing kite kat dangau ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 77# cmf_blingblings
BLINGGGGGGGGGGg
jommm arrrr ikut kiteeeeeeeee![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
eh..ketinggalan ketapi la..bling da ade blog ke?aduh..xtaw pun..tolong sesapa bgi alamat blog bling..pm bling tya..takut dia xtgk..maklumla bz..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
apalah yang si datin elly dengki sangat kat dahlia tu????
jgnlah buat yg bukan2 dkt dahlia & amir nanti.....
dalam nak memujuk, boleh pula si amir nie tido...
siannya penat sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
amir ni macam tak alert je perasaan dahlia..
amik mudah jer...kang dahlia mengamuk baru kalut nak pujuk |
|
|
|
|
|
|
|
alolorr sian dahlia ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi...........akak bling bagi alamat blog akak zie x pernah msk pun blog akak |
|
|
|
|
|
|
|
sian dahlia...
amir ni buat tak kisah jer..
karang cik pai ayam merajuk payah nak pujuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Ari ni baru bc.. sambg lagi kak.. |
|
|
|
|
|
|
|
next..
next..
smbg cpat..
x saba nak taw ap yg jdi lpas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak smiley... nak lagiiii... kempunan dapat baca sikit jer![](static/image/smiley/default/3drool.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tu la....dah lama kisah syah & zura digantung tak bertali..
kisah salina & ab ...
tudung_bawal Post at 17-3-2011 09:39 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
blum sempat jelajah lagi la TB..
line tenet skrg teruk sokmo.. jd malas nk on9 |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi....
smbnglah panjang2.....
x puas baca.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|