|
saya rasa kita kite perlu tambah 3 mod lagi
bleh la buat shift..
sapa sokong??????? |
|
|
|
|
|
|
|
ok kawan2... atas permintaan ramai dan tolong juga hormati permintaan saya dan zaidi, kami sama2 tak ...
ctredzuan Post at 22-4-2011 12:09
bukan majoriti tak suka CT....biasala...ada org suka kita ada org tak...susah nak puaskan hati semua org...kalau sorang dua yang tak puas hati..ignore je la...
apa pun ..bertabahlah... |
|
|
|
|
|
|
|
yang noor komen seblum ni bukan untuk CT....noor maksudkan yang beriya2 nak jadi MOD.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 118# saudagarkampong
haha en saudagar ni...masing2 dok luah perasaan ala2 drama spektra, en saudagar pula mencelah menghibrkan hati... |
|
|
|
|
|
|
|
dah komfem eh kak ct ngn en zidlan.....en zidlan???? ok..... |
|
|
|
|
|
|
|
apa niyyyyyyyy???????
okay-okay relax - kalau nak mengeruhkan keadaan saya pun nak cik ct pull out my name - sebab saya memang tak mampu untuk duduk depan computer setiap masa. ni next week dah start masuk projek baru. akan sibukkkkkssss.
tapi sebab tak nak pening2... dan saya pun tak kisah siapa pun boleh jadi MOD.
saya lobi anda semua - VOTE utk ZIDLAN
save ur vote utk org yg MAMPU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
jgn vote utk mereka yg tidak mampu .... |
|
|
|
|
|
|
|
adoiiiiiii..undi lg sekali ke..pening2..mcm2 peel..
ct mmg xyah masuk list pun..ace pun dh kata..
tp dr undi sebelum ni pun..vote utk ct dh buktikn dia bkn shj pilihan admin,tp pilihan kebanyakan foremer..
so ,kira ct kekal sbgi mod automatik la kan..
skrg just cari lg sorang sama2 jln kan tugas dgn ct kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nengok dari bentuk tulisan, komen dan yg berkaitan...terserlah macam mana og tu sebenarnya. Ha! Macam2 la kome2 seme ni....
Kalau usahawan2 cha ya nun alif nengok thread usahawan kat sini...sure gelak terlungkup dorang...gaduh pasal hal kecik. macam budak kecik. Kata usahawan....
Ampun Tuanku...he..he.... |
|
|
|
|
|
|
|
SUDUT PANDANG...
cik ct dah sahut cabaran - dan terbukti MENANG atas kepercayaan ramai (33 dari 41) tu,
dan memang, cik ct TIDAK PERLU bertanding - sebab tetap akan menang.
..... takat nyamuk se ekor, tak kan kelambu nak bakar...
zaidi bagus sebagai pembangkang - so MOD tak syok sendiri - cuma perlu jadi pembangkang yg lebih rasional dalam menimbulkan apa2 isu - ... again.... takat nyamuk se ekor, tak kan kelambu nak dibakar...
p.s. kita cari lagi satuu jer lagi.... ZIDLAN ZIDLAN ZIDLAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya undi gak... lama dah tak masuk sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 132# assafdiyah
ni gambar buka puasa kat kunang2..
apsal gambar akak tak der dlm picture ni... ada calon MOD dlm tu cth N1P1.... kalau ada, maknnya calon tu aktif.
ye vote juga untuk SINAR SINAR |
|
|
|
|
|
|
|
terjumpa lak pic ni.................. kalau org marah tepek...... delete kan je CT... dalam tu ada c ...
assafdiyah Post at 22-4-2011 14:49
yang dalam mana satu, zidlan..Btw, nampaknya zidlan dah leading..dah nampak dah..
selamat maju jaya...mmg ok , ada lelaki jd mod kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
utk new mod kat sini..article ni menarik utk difahami..
Kepimpinan adalah Amanah, bukan kebanggaan
Nasrudin Hassan
ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF
Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).
Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.
Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.
Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .
Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.
Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.
Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.
Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.
Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .
Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.
Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.
Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .
salam perjuangan dari saya
Nasrudin bin Hj Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak tengok badai......hai badaiiiiiiiiiiiiiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak nk vote kak hazel n zidlan..trpangkah kak hazel terus sent...kira vote kt sini je la ek..kira aci tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|