CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missyqaldina

penduduk kg majidee bakal jd jutawan selepas trjumpa lubuk emas!

  [Copy link]
Post time 10-1-2012 03:51 PM | Show all posts
Kena timbus dengan tertimbus tak sama bai.

Tula, kecik2 orang suruh belajar bahasa malaysia, ta ...
Babai Post at 10-1-2012 15:41



   yg ko doa dorang tertimbus pasal apa bai?
tu la kecik2 ustaz ajar kau p main basikal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 03:52 PM | Show all posts
pergghh........tgk MHI pagi kemungkinan tu cuma emas lancong saja.tapi amenda emas lancong tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 03:56 PM | Show all posts
pergghh........tgk MHI pagi kemungkinan tu cuma emas lancong saja.tapi amenda emas lancong tu?
5229 Post at 10-1-2012 15:52


emas Zhulian kot?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 03:57 PM | Show all posts
emas Zhulian kot?
penyo Post at 10-1-2012 15:56


zhulian bkn bukak parmasi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 03:58 PM | Show all posts


sian ummah malaysia..masih xcukup makan rakyat merempat kena cukai segala
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 03:59 PM | Show all posts
emas lancong tu macam korang semua le.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2012 04:00 PM | Show all posts
sian ummah malaysia..masih xcukup makan rakyat merempat kena cukai segala
cak! Post at 10-1-2012 15:58



walopon aku akui emas tu sangat berharga.tapi nmpak buruk bebenor gambar macam nih..tokey kuari xkan la sebodoh tu kalau kuari batu dia ada emas dia buat dono jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:03 PM | Show all posts
emas lancong tu macam korang semua le.......
lavapanas Post at 10-1-2012 15:59


siyesly emas lancong tu ape lavapanas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 04:03 PM | Show all posts
zhulian bkn bukak parmasi ka?
5229 Post at 10-1-2012 15:57


Nih le emas Zhulian / emas lancung ka hapa ka. Besar Gedabak pun baru beberapa ratus........
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:03 PM | Show all posts
yg ko doa dorang tertimbus pasal apa bai?
tu la kecik2 ustaz ajar kau p main basikal...
lavapanas Post at 10-1-2012 03:51 PM

Ada aku doa ke? Engko ni tak faham bahasa malaysia kenapa? Baru mendarat dari sebereng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:04 PM | Show all posts
emas lancong tu macam korang semua le.......
lavapanas Post at 10-1-2012 15:59



    xpaham..jelaskan bebetul
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:09 PM | Show all posts
xpaham..jelaskan bebetul
cak! Post at 10-1-2012 16:04



   lancung, 1 tidak tulen; tiruan (ttg barang); palsu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:15 PM | Show all posts
Ada aku doa ke? Engko ni tak faham bahasa malaysia kenapa? Baru mendarat dari sebereng ke?
Babai Post at 10-1-2012 16:03



   siap nak samakan ngan lubuk mandi.....
so bila tertimbus nanti kau dengan bangga cakap..kat aku dah kata..gitu...

maaf la..aku terlebih faham la cara melayu berbahasa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:16 PM | Show all posts
Nih le emas Zhulian / emas lancung ka hapa ka. Besar Gedabak pun baru beberapa ratus........
penyo Post at 10-1-2012 16:03



sapa tak pandai tgk mmg ingat riban2 gelang nih

kira emas gred cikai la camtu ke penyo?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:22 PM | Show all posts
habislaa kg. majidee ni..rata2nya mg org melayu, ada gak kot org asli..sedangkan selipar kalo dok parking kat masjid situ senang no hilang..ni apetah lagi batu emas..alamatnya tak tido mlm le org2 majidee ni nak jaga batu emas..nak soh ahh bapakku kat larkin sama2 'mendulang' emas kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 06:44 PM | Show all posts
From twitter

@Hazrey Hazrey
Penjelasan penuh jbtn mineral dan geosains-batu yg ditemui di kg melayu jb BUKAN emas on MHITV3 pagi esok, 6.30am onwards. Pls RT.
35 minutes ago
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 08:46 PM | Show all posts



DI MANA EMASNYA?...Warna kekuning-kuningan pada batu kelikir ini yang dipercayai emas telah ditemui oleh orang ramai di Jalan Mewah Kampung Melayu, Johor Bahru. Akibatnya ramai yang datang mendulang emas sejak seminggu lalu sehingga merosakkan jalan yang baru sahaja ditambak di situ. Batu-batu yang berkilau seperti emas itu ditemui pada batu-batu kelikir yang ditambak bagi projek membaik pulih jalan dan perparitan di sepanjang jalan tersebut. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 08:53 PM | Show all posts
Kampung Melayu Majidee lombong emas?


Sebahagian penduduk sibuk mendulang emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU 9 Jan. – Kampung Melayu Majidee di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak seminggu lalu selepas kawasan lapang di Jalam Mewah kampung berkenaan dipenuhi batu yang didakwa bersalut emas.

Batu bersalut emas itu mula disedari penduduk setempat selepas kerja-kerja menambak batu dijalankan di kawasan lapang berkenaan ketika aktiviti gotong-rotong, baru-baru ini.

Seorang penduduk, Sapiah Abd. Samad, 66, berkata, orang ramai mula menyedari terdapat batu di kawasan tersebut berkilau terutamanya pada waktu malam.

Menurutnya, sejak itu orang ramai termasuk penduduk dari luar daerah ini datang ke kawasan berkenaan untuk mendulang emas.

“Bukan sahaja waktu pagi, malah orang ramai turut mendulang pada waktu malam kerana kilauan emas itu lebih jelas ketika gelap.

“Dianggarkan lebih 100 orang datang mendulang dari awal Subuh hingga lewat malam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sapiah memberitahu, penemuan emas itu adalah yang pertama sejak mereka sekeluarga menetap di kampung tersebut sejak 21 tahun lalu.

Sementara itu, juruteknik elektrik dari Tampoi, Mohd. Fazli Ahmad, 31, berkata, dia yang turut sama mendulang emas berjaya memperoleh beberapa ketul batu yang disaluti bahan dipercayai emas itu.

“Mula-mula sukar nak percaya, namun apabila saya beritahu seorang rakan yang mahir tentang emas dia mengatakan itu mungkin emas.

“Emas jenis apa saya sendiri tidak tahu kerana emas pun banyak jenis dan kualitinya,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati orang ramai sibuk mendulang meskipun hujan pada sebelah petang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:26 PM | Show all posts
Mineral Di Kg Melayu JB Bukan Emas - Pakar

Oleh ZAZALI MUSA dan MOHD FARHAAN SHAH



Orang ramai menggali batu berkilauan yang dipercayai emas di Jalan Mewah, Kg Melayu, Johor Bahru pada Selasa. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG / The Star.

JOHOR BAHRU: Penemuan sejenis mineral berkilau seperti emas di Kg Melayu di sini sejak beberapa hari lalu yang mencetuskan kegemparan akhirnya terjawab setelah pakar mendapati bahawa ia adalah sejenis mineral yang berkilau semata-mata.

Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Profesor Madya Dr Md Radzuan Junin berkata, batu berkilau yang ditemui bukanlah emas tetapi hanyalah batu yang mengandungi kandungan mineral.

"Saya tidak dapat memastikan sepenuhnya tentang perkara ini kerana tiada sampel yang dihantar kepada kami untuk ujian makmal.

"Bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya, batu-batu bersinar ini dikenali sebagai 'emas tipu' yang bercahaya dalam gelap dan bersinar di bawah pancaran matahari disebabkan kandungan besi sulfit atau 'pyrite'," kata Md Radzuan ketika dihubungi The Star.

Beliau berkata, disebabkan batu tersebut ditemui di kuari di kawasan Gunung Pulai berhampiran Pontian, batu-batu tersebut sebenarnya merupakan batu granit yang tertanam dengan besi sulfit kerana sebenarnya tidak terdapat penemuan unsur emas di kawasan itu.

Md Radzuan menjelaskan bahawa unsur emas di Johor hanya boleh didapati bermula dari kawasan Gunong Arong di Mersing ke Desaru dengan adanya aktiviti perlombongan emas secara komersial yang berlaku di Mersing beberapa tahun lalu.

Penemuan batuan yang berkilauan di Jalan mewah di kampung tersebut beberapa hari lalu telah mendorong penduduk tempatan mencari batu-batu itu dengan harapan apa yang mereka temui adalah emas.

Batu-batu tersebut dibuang bersama tanah di kawasan itu oleh Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) untuk projek melebarkan parit dan jalan dua minggu yang lalu. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata kawasan tersebut telah dikawal bagi mengelakkan gangguan penceroboh.

Beliau berkata, kunjungan yang terlalu ramai di kawasan tersebut telah menyebabkan kesukaran untuk kontraktor meneruskan kerja mereka dan menggali batuan dari permukaan tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:28 PM | Show all posts
peYno pasti jeles...  kalau btol lah itu emas
jAck666 Post at 10-1-2012 11:36



    Jawa jumpa emas.. Mcm tikus jumpa cincin emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 295176 Replies : 7335
Kru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia.No 1 Singapore Airlines
YgBenarKru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf An
Views : 8508 Replies : 5
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 17795 Replies : 148
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10187 Replies : 83
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9315 Replies : 22
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78827 Replies : 3284
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13329 Replies : 104
Bob Marley, One Love (2024)
maklukpenggodaBob Marley, One Love (2024)
Views : 6194 Replies : 2
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106877 Replies : 2928
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 12651 Replies : 167

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.208530 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list