|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Salam,
Mak aihhh. Ini memang betul Suratan atau Kebetulan.
Dari Kluang ke Kuala Lumpur sampai Shah Alam menjejak kasih, sedar-sedar dah dua pages.
Kejap lagi kita sambung jejak kasih. Jom sambung cerita dulu barang se bab dua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam n morning sumer org kluang!!! ooppsss silap!!! marah kang cik nicky......
rafflesia76 Post at 5-7-2012 08:15
Semua di jemput masuk...
Bukan orang Kluang-man pun di jemput memeriahkan benang ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-7-2012 10:10
Episode 5
KEPONG – 24 jamselepas penemuan janin bayi di Jinjang kelmarin, satu lagi mayat bayi lelakicukup sifat masih bertali pusat berserta uri ditemui di perangkap sampah didalam longkang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri,semalam.
Lebih menyayat hati,bahagian muka bayi tersebut kemek dipercayai akibat terhantuk dinding longkang(konkrit) semasa dihanyutkan. Bayi tersebut ditemuidalam keadaan terlangkup oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan DewanBandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas-tugas pembersihandi situ pada jam 11 pagi
Rafu’si Ahmad, 40,berkata, dia tiba di lokasi jam 10.30 pagi, sedikit lewat daripada kebia­saannyakerana hujan lebat pagi semalam. Menurutnya, ketikamahu mengaut sampah di lubang perangkap tersebut, dia melihat satu objekterapung dan menyangkanya anak patung. Saya kaut ia naik keatas dan melihat ada tali pusat, baru saya sedar ia adalah mayat bayi. Ketika itu sayaberasa amat terkejut dan berasa amat kasihan dengan nasib bayi berkenaan,”katanya kepada Sinar Harian.
Rafu’si kemudiannyabertindak memanggil seorang pemancing yang berada berhampiran untuk mendapatkanbantuan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Sementara itu, KetuaPolis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi tersebutdipercayai dibuang kurang daripada 24 jam daripada masa ditemui. Katanya, mayat bayitersebut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan kes tersebut disiasat di bawahSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
“Orang ramai yangmempunyai maklumat berhubung kes ini, diminta hubungi balai polis terdekat,”katanya.
_______________________________________________________________________________
Datuk Yusuf menggelengkan kepala membaca berita yang tersiardi Harian Metro. Sesekali mengeluh. Nampaknya, kes membuang bayi semakinmenjadi-jadi di negara ini. * Mengikut statistik, Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari 2011. Banyak yang telah dilaporkan, entah berapa banyak pula lagi yang tidak dilaporkan. Ada yang ditemui dalam bentuk tidak cukup sifat iaitu dilahirkan secara paksa dan ada yang ditemui dalam keadaan cukup sempurna dan comel. Hampir setiap hari berita mengenainya terpapar di media massa.
“Tak ingat Tuhan agaknya mereka ni?” Datuk Yusuf berkata sendiri.
“Ah…cakap anak orang, anak aku pun sama” Datuk Yusuf merengus.
Tiba-tiba telefon di atas mejanya berbunyi lalu di sambut oleh Datuk Yusuf.
“Datuk” Kedengaran suara pembantu peribadinya di talian intercom.
“Yes, Shiela”
“Encik Aidil wants to see you”
“Ask him to come in” Telefon di letakkan. Beberapa saat kemudian, terdengaran ketukan di pintu.
“Masuk”
“Assalamualaikum papa”
“Waalaikumussalam” Datuk Yusuf menjawab. Aidil menarikkerusi lalu duduk berhadapan dengan ayahnya.
“Papa, next month papa jadi tak pergi Langkawi?”
“Langkawi? Nak buat apa?”
“Official opening ceremony for our new resort....papa lupa?” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-7-2012 10:21
“Sorry, papa lupalah. Banyak sangat benda nak fikir. Nanti kamu check schedule papa dengan Shiela” Datuk Yusuf menjawab lalu menarik nafas. Aidil mengangguk.
“Dah dapat apa yang papa nak?”
“Dah pa” Aidil menyerahkan fail yang di bawanya bersama. Datuk Yusuf membuka dan membaca sekali lalu. Sesekali menganggukkan kepala.
“Nothing unusual, good. Any police record?”
“Ada dua. Tu pun sebab tak bayar saman” Datuk Yusuf tersenyum.
“Pa…”
“Ya?”
“Betul ke ni?” Datuk Yusuf mengangkat kening.
“Papa baru je kenal dia. Takkan senang-senang nak offer budak tu?"
“Kamu ada idea lain?”
“Rehab?”
“Mama kamu takkan setuju”
“Selain budaktu?” Aidil bertanya lagi.
“Kamu ada calon?”Aidil menggelengkan kepala.
Dalam fikiran Aidil, tiada lelaki waras yang dengan rela menjadi pak sanggup. Kalau ada pun, pasti mahukan upah yang lumayan. Namun, dalam hal ini, upah bukan masalahnya.‘Pak Sanggup’ itu perlu mematuhi beberapa syarat ketat yang telah di kenakan oleh papanya. Aidil juga tidak yakin bahawa pemuda yang di cadangkan oleh papanya akan bersetuju.
“Papa, Fifi macam mana? Nak ke dia?”
“Sama ada diasetuju atau tak setuju, itu papa tak kira. Yang penting sekarang, kita kena buat sesuatu sebelum kandungan adik kamu membesar” Aidil menganggukkan kepala. Biarlah papa saja yang membuat keputusan. Dia juga sudah pening memikirkan masalah adiknya. Tidak pernah terjangkau di fikiran yang Fifi akan jauh tersasar hingga berbadan dua.
“Any information about Shahrizal?” Datuk Yusuf bertanya lagi.
“Buat masa ni tak ada. It takes time. Susahlah pa. Information yang kita ada cuma nama. Macam mana nak siasat? Kalau ada gambar ke, alamat ke, at least boleh membantu” Datuk Yusuf pula yangterangguk-angguk lalu mengeluh perlahan. Kemudian, masing-masing terdiam.
"Kamu pulak, bila nak ada anak?”
“Ala pa…tunggulahdulu. Bagilah kami bercinta puas-puas dulu”
“Dah setahun kamu kahwin, tak puas-puas lagi bercinta? Orang lain yang tak kahwin dah mengandung. Kamu yang dah kahwin tak ada pulak nak fikir pasal zuriat” Datuk Yusuf membebel. Aidil hanya tersenyum mendengar kata-kata papanya. Bukan sekali dua,dah berkali-kali tetapi jawapan yang di berikan tetap sama - tunggu dulu.
“Balik rumah weekend ni. Mama kamu dah rindu dengan kamu dan Maisarah” Aidil tersenyum dan mengangguk
“Papa dah tengahari ni. Jom pergi lunch…” Aidil mengajak.
“Okay” Datuk Yusuf menjawab lalu bangun dari kerusinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 126# Nicki_Meow
Faridah Hanem and Fauziah Hani
theyols ni meme adik beradik...tu yg raff tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 129# rafflesia76
Update dah ada kat page 5
# 124 & 125
saja reserved dua page dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
lg ler nickyyyyyyy.....sket jek...... |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Nicki_Meow on 25-7-2012 08:46 AM \n\n
Episode 6
Fifi membuang pandang ke luar tingkap biliknya. Sekarang ini, dia lebih suka termenung dan berkurung di dalam bilik. Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Apabila lapar, dia akan pergi sendiri ke dapur mencari makanan tetapi selalunya Mak Ton, pembantu rumahnya ataupun mama yang akan ke biliknya menghantar makanan. Dia juga tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Sepatah di tanya, sepatah juga yang di jawab.
Fifi sendiri tidak tahu apa yang dia fikirkan. Dia buntu. Apa yang membuatkan dia menjadi bertambah murung ialah Shah. Kali terakhir dia bercakap dengan Shah adalah seminggu lepas, memaklumkan keadaan dirinya yang kini berbadan dua. Sejak itu, Shah tidak dapat di hubungi langsung. Hilang umpama bayang-bayang di malam hari.
Shah…Shah…Shah. Cuma nama itu yang ada di fikiran sekarang. Cinta yang di tabur oleh lelaki itu telah membutakan mata dan hatinya. Kerana Shah, mahkotanya tergadai. Kerana Shah, kemungkaran menjadi halal. Kerana cinta, semua pujuk rayu Shah dia turutkan dan sekarang, apabila semua manisnya hilang, sepahnya di buang begitu sahaja.
“Shah, how could you?” Air mata Fifi mengalir lagi.
Tok Tok
Fifi mengesat matanya dengan tapak tangan. Dia menoleh ke arah pintu bilik tidurnya tetapi tidak menyahut.
“Fifi” Kedengaran suara Mak Ton memanggil.
“Pintu tak kunci” Akhirnya Fifi menyahut. Kedengaran pintu bilik tidurnya di buka.
“Babe!” Fifi mengangkat muka.
“Nina!” Nina meluru ke arahnya lalu mereka berpelukan.
Setelah beberapa saat, Nina melepaskan pelukan lalu memandang Fifi dari atas ke bawah. Nina menggelengkan kepala. Hampir dua minggu tidak berjumpa, keadaan sahabat baiknya itu sungguh berbeza. Kalau dulu, pantang bagi Fifi berkeadaan tidak terurus. Itu perangai orang malas, kata Fifi. Tapi kini, keadaan sungguh berbeza sekali. Ini bukan Fifi yang di kenalinya. Fifi yang Nina kenali selalunya ceria. Tapi kini, mukanya pucat sembab dan rambutnya kusut masai.
“Teruknya aku tengok kau. Kenapa ni?” Nina bertanya.
“Nina…” Fifi mengongoi seperti budak kecil. Nina memeluknya lagi, membiarkan Fifi meluahkan tangisan di bahunya.
“Babe, sabarlah” Nina berkata. Dia pun tidak tahu apa yang perlu di katakan untuk memujuk Fifi.
“Kau ada jumpa Shah?” Fifi bertanya setelah tangisannya mula reda.
“Tak” Nina menjawab ringkas. Fifi mengeluh.
“Macam mana kau boleh terlanjur ni, babe? Kita enjoy, enjoy juga, tapi janganlah melampau. Sekarang tengok, siapa yang susah?" Fifi diam, tidak tahu apa yang perlu di jawab.
“Dulu pun kau selalu mengadu. Shah tu pelik. Ikut suka hati dia kalau nak muncul. Kalau datang angin dia, hilang macam tu je. Aku dah cakap banyak kali, do not trust him. Tapi kau degil…” Fifi masih mendiamkan diri. Kata-kata Nina memang benar tetapi sekarang, nasi sudah menjadi bubur. Seribu kata nasihat sekalipun tidak dapat mengubah hakikatyang satu itu. Hakikat yang dia mengandungkan anak Shah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Apa kau nak buat sekarang?” Nina bertanya lagi. Fifi mengangkat bahu.
“Kau taknak gugurkan?” Suara Nina seakan berbisik. Matanya memandang ke pintu, bimbang perbualan mereka di dengari.
“Aku takutlah. Lagipun, papa tak bagi. Papa cakap jangan tambah dosa” Fifi juga menjawab dengan nada perlahan.
“Babe, kau cuba makan nanas. Takpun minum air tebu. Orang kata benda-benda ni tajam. Boleh kasi gugur” Nina masih lagi merendahkan suara. Fifi terdiam lagi. Memang dia pernah dengar yang nanas boleh menyebabkan keguguran. Petua orang dulu-dulu.
Nanas mengandungi bromelain. Ianya adalah enzim yang membantu pencernaan protein dalam badan. Bromelain ini juga dikatakan boleh membuat pangkal rahim menjadi lembut. Ini akan mempercepatkan kelahiran bayi ataupun keguguran bagi wanita yang masih di awal kehamilan. Namun, sehingga kini, tiada kajian saintifik yang sahih mengatakan nanas boleh menyebabkan keguguran.
“Mana aku nak cari nanas?”
“Ala, kau mintaklah kat Mak Ton”
“Macamlah dia nak bagi” Nina menggaru-garu kepalanya.
Mereka terdiam.
“So, kau berhenti studylah sekarang” Nina bertanya lagi. Fifi mengangguk.
“Papa tak kasi aku keluar rumah langsung. Bosan”
“Kau tahu, si Raina tu sibuk tanya pasal kau. Hari-hari dia tanya mana kau”
“Iya?” Fifi mula kelihatan sedikit ceria. Dia teringatkan Raina, saingannya di kolej. Bukan dari segi pelajaran, tetapi dari segi populariti. Siapa lebih glamour? Siapa bersolek paling cantik? Baju siapa paling ‘vogue’? Kereta siapa paling berjenama? Siapa yang paling menjadi rebutan pelajar lelaki di kolej mereka? Macam-macam lagilah. Raina adalah musuh ketatnya.
“Kalau dia tahu aku pregnant, mesti dia gelak besarkan?” Wajah Fifi kembali mendung.
“Ala babe, Raina tu mana boleh tengok kau lebih dari dia? Kalau dia tahu kau pregnant, entah-entah dia pun nak pregnant jugak”
“Eh perempuan… that is not funny” Fifi mendengus.
“Isk.. sensitive pulak kau ni” Nina membuat muka.
“Si Danial pun cari kau tau…” Sambungnya lagi.
“Danial?” Fifi menarik nafas. Danial, antara jejaka ‘hot’ di kolejnya. Dengan tiba-tiba dia terasa bersalah kerana mempermainkan perasaan lelaki itu. Dari dulu lagi Danial cuba memikat tetapi Fifi sengaja bermain tarik tali, berjual mahal. Seronok di kejar lelaki kacak di kolej.
“Sorry, Dan” Fifi berkata perlahan.
“Babe, janganlah sedih” Nina memujuk lagi apabila melihat Fifi kembali mendiamkan diri.
“Nina, kau mesti tolong aku cari Shah…”
‘‘Kau ni, aku nak cari kat mana?’’
‘‘Kau kan selalu clubbing. Takkan kau tak nampak Shah kat mana-mana?’’ Nina terdiam. Sejak mengetahui Fifi mengandung, Nina sudah mengurangkan aktivitinya beriadah di kelab malam. Bimbang akan terjebak seperti Fifi. Fifi agak bernasib baik. Sekurang-kurangnya, nasib Fifi masih terbela. Papa dan mamanya masih sanggup menerima Fifi seadannya.
Kalau daddy dengan mummy aku, entah-entah dah kena pancung kepala. Isk, seram. Nina menggelengkan kepala tiba-tiba.
“Nina, please, tolong aku. Ini anak Shah…Aku mesti jumpa Shah” Fifi merayu lagi. Nina memandang wajah sahabatnya lama, lalu mengangguk perlahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-7-2012 10:41
Okay... sambung petang nanti. Nak gi jenjalan kat benang lain sat... dan sambung kerja opis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 135# Nicki_Meow
oowwhhh!!! .. byk n3 .. best best ... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 126# Nicki_Meow
hahahaha ...... sian along kau ... btw .. kirim salam dia la ye ... walau ai tak kenal pun .. hehee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 131# Nicki_Meow
meraung mak cik ... hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
nicki ... jgn merayap lelama ... gelap gulita rumah hang nih ... hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|