Suasana sunyi sepi di dalam kereta Vios yang bewarna putih. Masing-masing sibuk melayan perasaan. Langsung tiada perbualan antara mereka. Ilham menjeling kearah Nadrisa yang sibuk melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Ilham mula teringatkan perbualan antara dia dan Nadrisa semasa kali pertama mereka berdating.
“ya Allah, Risa... saya mintak maaf.” Minta Ilham agak kalut. Terus mukanya dipalingkan bagi melihat wajah Nadrisa. Namun hatinya keliru seketika. Tak nampak sakit pon minah ni.
“eh kenapa pulak ni awak. Apa pulak nak mintak-mintak maaf ni..” Nadrisa tidak mengerti perubahan Ilham yang tiba-tiba.
“owh jadi maksudnya awak tipu sayalah yer Risa...” tambahan kata-kata dari Ilham buat Nadrisa makin tidak faham. Apa yang Ilham merepek ni.. giler ke apa.
“apa ni awak.. saya tak fahamlah.. tolong guna ayat yang penuh... jangan sekerat-sekerat je.” Bebel Nadrisa.
“bukan ke awak mabuk kereta Risa?” soal Ilham akhirnya.
“mana ad...............” belum habis lagi Nadrisa membalas tiba-tiba otaknya teringat penipuan yang telah dibuat. Ya Allah. Macam mana pulak aku boleh lupa yang aku menipu dia pasal ni. Tu lah... kuat sangat menipunya.
“err...maksud saya hari tu kalau lama sangat dalam kereta. Mabuklah.. kalau macam ni okey je.” Dalih Nadrisa. Ilham sekadar mengangguk mendengar jawapan dari Nadrisa. Menerimanya tanpa berfikir panjang. Malas mahu berfikir benar atau tidak jawapan kekasihnya. Deringan telefon Nadrisa tiba-tiba berbunyi. Di jawab panggilan itu tanpa berlengah.
“hello Assalamualaikum”. Sapa Nadrisa senang. Suasana sunyi seketika.
“eh tak payah la... aku dah balik dah.” Balas Nadrisa pula. Ilham sekadar menjeling. Hatinya terdetik cemburu. Dengan siapa Nadrisa bercakap. Bukan main mesra lagi. Tidak seperti dengan dirinya.
“dengan encik Ilham.....” sahut Nadrisa lagi.
“k..waalaikummussalam.” Nadrisa mematikan telefon dengan senyuman yang mekar dibibr. Disimpan kembali telefon tangan didalam beg tangannya.
“siapa tu? bukan main mesra lagi.” Soal Ilham kurang senang. Dijeling wajah Nadrisa disisinya.
“housemate. Dahlia.” Jawab Nadrisa ringkas.
“encik Ilham masuk simpang tu... haa.. yang ada pokok besar tu la rumah saya.” Jelas Nadrisa sambil membuka tali pinggang keledar. Ilham menghentikan keretanya betul-betul dihadapan rumah sewa Nadrisa.
“terima kasih...... esok tak payah datang ambil saya. Saya pergi dengan housemate.”Terang Nadrisa sebelum pergi meninggalkan Ilham yang tidak sempat membalas kata-katanya.
Last edited by misssakura on 11-10-2012 10:21 AM
|