SEJUTA KALI KASIHKU 10
Tangan Nafi’ aku gugah berkali-kali. Aku tampal senyuman menggoda pada bibirku. Dia tetap menggeleng. Dia asyik membetulkan tali leher yang dipakainya. Tercetus keluhan kecil dari bibirku. Wajah ku sudah cemberut. Bibirku terjuih.
“Abang, bolehlah.Yasmin bosan duduk rumah,” rayuku lembut.
“Tak boleh! Titik,”ujarnya keras. Terus dia mencapai briefcase miliknya dan bangun. Jari-jemarinya mencapai erat lenganku namun aku masih membatu.
Langsung aku tidakpandang wajah miliknya.
“Abang sayang Yasmin tak?” Dugaku.
Dia memicit dahi. Bahuku dicapainya lalu dia membawaku menghadapnya.
“Sayang, mestilah abang sayangkan sayang.”
“Kalau sayang,bagilah Yasmin pergi kerja. Ulfah ada. Dia boleh jaga Yasmin. Lagipun dia akan ambil Yasmin nanti,” tuturku ceria. Lelaki itu menyeringai.
Terus bibirnya dilekapkan di dahiku sebelum dia mengorak langkah meninggalkan aku. Nampaknya aku tidak berjaya memujuknya untuk membenarkan aku bekerja semula. Kata dia,lebih baik aku duduk di rumah.
Aku tidak boleh!Terlalu bosan. Tidak tahu harus melakukan apa.
Mataku menghantar Nafi’ keluar dari rumah. Dahiku berkerut di saat langkahnya terhenti. Dia berpaling memandang wajahku.
“Pergi kerja elok-elok. Balik nanti abang ambil.”
“Sayang abang,”laungku. Dia hanya mengangguk dan membuat bentuk love. Aku ketawa kecil.
*****
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Ulfah masih khusyuk melakukan kerja. Pekerja-pekerja lain sudah menghilangkan diri.
Dahiku aku picit perlahan. Diam tak diam, sudah tiga bulan aku menjadi isteri kepada Ungku Nafi’Jihadi. Memang semakin lama kita mengenali seseorang, semakin kita kenal dengan dirinya. Nafi’ yang aku kenal sekarang sejuta kali lebih baik berbanding Nafi’yang aku kenal enam tahun lalu.
“Min….” Namaku diseru.Ah! Sudah. Mamat kelasi ni dah balik.
Riak wajah Ulfah berubah. Pasti tidak suka dengan kehadiran Fazrin. Tahu sangat dengan perangai Ulfah. Apa-apa yang berkaitan dengan Fazrin pasti tidak disukainya.
“Lama tak jumpa Min.Min sihat? Abang rindu Min sangat-sangat,” ujarnya ceria. Dia berdiri disebelahku.
“Hang ni pasai pa? Duk rindu-rindu.”
“Ikut suka akulah.Cemburu ka? Tu lah. Sapa suruh garang sangat. Orang takut nak dekat,” tutur Fazrin lagi.
Aku menggeleng.
“Min, Min rindu abang tak? Mesti Min rindu abang. Tahu sangat.”
Kalau Nafi’ tahu,mati aku. Pasti dia tidak akan mengizinkan aku bekerja lagi.
Tapi aku tahu si Fazrin hanya bergurau. Dia memang begitu kecuali dengan Ulfah! Aku tahu adasesuatu yang tidak kena dengan Fazrin. Aku tahu dia mencintai Ulfah. Tidaksukar untuk aku menebak renungan Fazrin saat memandang Ulfah.
Mata kuyu itu pasti bersinar-sinar.
“Boleh dak jangan duk kacau dia?”
“Menyibuk ar hang ni.”
“Min sayang, Min nasihatkan sikit kawan Min ni. Bukannya dia tak tahu yang abang ni pakwe Min,”lafaznya selamba.
“Ulang balik cakap kau tadi.” Ada suara di belakang kami bertiga. Aku berpaling. Nafi’ memandangku tajam. Rahangnya turun naik. Penumbuknya sudah digenggam kemas.
Dia mendekatiku.Tangannya memaut pinggangku. Aku tersipu malu. Dahi Fazrin berkerut. Dia memandang aku dan Nafi’ bersilih ganti. Nafi’ yang berada dekat denganku hanya menunggu masa untuk melayangkan penumbuk.
Nafasnya tidak teratur. Wajahnya sudah kemerah-merahan.
“Kau ulang balik cakap kau tadi!” Suaranya naik satu oktaf.
“Err.. Sayabergurau, bang. Jangan ambik hati.”Fazrin menggaru kepalanya.
Nafi’ mendengus kasar. Mata bening itu melirik ke arahku sekilas sebelum memandang Fazrin kembali.
“Aku tak suka orangbergurau macam tu. Sekali lagi kau kacau bini aku, nahas kau!” Nafi’ memberiamaran.
Aku mengetap bibir.Sudah! Fazrin, lain kali jangan cakap bukan-bukan.
“Abang, jom balik,”ujarku cuba meleraikan segalanya.
Lelaki itu mengangguk. Aku memandang Ulfah. Memberi isyarat kepada Ulfah aku mahu pulang.Dia mengangguk sebelum mengukirkan senyuman nipis.
Aku lantas melangkah meninggalkan Fazrin yang masih terkulat-kulat di situ. Pautan di pinggangku masih tidak dilepaskan malah semakin erat.
*****
Nafi’ menghentak stereng kereta. Kelopak mataku tertutup. Dia menghentikan kereta di tepi jalan. Akutahu dia masih marah. Tali leher yang dipakainya dirungkaikan lalu dicampak ke bawah. Butang pertama baju kemeja dibuka. Menampakkan sedikit dadanya yang bidang.
“Abang, kawal amarah tu,” ujarku lembut. Jari-jemariku mengelus lembut tangannya. Dia menghela nafas.
“Macam mana abang tak marah. Dia kacau sayang!”
“Abang, dia cuma bergurau.”
“Gurau apanya kala ucakap sayang segala. Rindu semua tu. Pokoknya abang tak izinkan sayang pergi kerja lagi,” tuturnya sinis. Aku ketawa kecil.
Lelaki itu memandangku hairan.
“Abang tengah marah,sayang boleh ketawa pulak.”
“Cemburu ya?”
“Mestilah cemburu!”Lafaznya geram.
Aku menarik telapak tangannya lalu aku cantumkan telapak tangan kami berdua.
Wajah Nafi’ aku pandang sekilas.
“Abang, tak perlu cemburukan dia sebab Yasmin tak cintakan dia. Malah dia sebenarnya cintakan Ulfah. Yasmin tak buta untuk menilai segalanya. Hati Yasmin untuk abang.Percayalah. Sekali hati abang untuk Yasmin, sejuta kali kasih Yasmin buat abang.”
“Amboi! Cedok ayat abang nampak.”
Dia tersenyum. Aku ketawa kecil sebelum menggeleng. Perlu mempercayai satu sama lain dalam mendirikan rumah tangga. Tiada perkahwinan yang tidak ada halangan dan ujian.
Last edited by surianovember on 21-11-2012 05:11 PM
|