|
[Tempatan]
Tubuh sepasang kekasih hancur digilis treler 28 tayar
[Copy link]
|
|
innalillah..takziah. aku pun bwk motor, bila lori treler lalu tepi mmg goyang jugak la, angin dorang pun dah cukup |
|
|
|
|
|
|
|
pergh!!...salam takziah dari ambo buat keluarga mangsa.... |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri sangat2. hati2 d jalan raye ye. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 17-9-2013 07:45 PM
yup gambar ni.
kes berpunca sebab ada budak yang up motorsikal daripada belah parit jawa mengh ...
pt jawa tu kg aku..umah aku pt lapis..mst mak aku kenal family budak ni...pt bako dekat jer ngan pt jawa |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya nak membesarkan anak2 skrg. Baru tahu betapa susahnya nak jd mak dan ayah ni. Kalu dididik elok2 tp buat perangai x elok pun dikata org jgk. Sudah la pening kepala psl anak yg mungkin x dgr ckp. Pastu pening kepala pikir org sekeliling duk kata itu ini...nasib la jd mak bapak. Bertabah la kalu dpt ank yg agak nakal |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat kekasih berkecai digilis treler
Oleh Zulhisham Isahak
[email protected]
MUAR 17 Sept. - Hajat sepasang kekasih bertunang pada hujung tahun ini tidak kesampaian selepas kedua-duanya maut digilis sebuah treler sejauh kira-kira 40 meter di Kampung Parit Buah Keras 2, Jalan Temenggong Ahmad sini malam tadi.
Kejadian berlaku pukul 11.05 malam semasa pasangan itu yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5 sedang memotong treler itu tetapi malangnya bertembung dengan beberapa motosikal dinaiki sekumpulan remaja di laluan bertentangan yang sedang merempit.
Difahamkan, terdapat lima hingga tujuh buah motosikal kumpulan remaja itu yang melakukan aksi berbahaya termasuk mengangkat tayar hadapan.
Insiden itu menyebabkan kenderaan mangsa terjatuh lalu kedua-duanya, Mohd. Azamudin Ahmad, 18, dari Parit Limbung dan Wan Hs Norfatihah Wan Pauzi, 16, dari Parit Bakar digilis treler tersebut manakala beberapa remaja berkenaan terbabas dan terhumban ke dalam parit bersebelahan kebun kelapa sawit.
Difahamkan, penunggang remaja yang terbabas ke tepi jalan dilarikan rakan mereka kerana cedera ringan dan yang terhumban ke dalam parit dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini kerana patah kaki.
Lebih menyedihkan cebisan daging kedua-dua mangsa turut bertaburan di atas jalan dalam jarak lima meter selain ada beberapa anggota badan yang putus akibat digilis treler 28 tayar berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku semasa Mohd. Azamudin dalam perjalanan menghantar pulang Wan Hs Norfatihah yang bekerja sebagai jurujual di Pasar Raya Econsave.
Saksi, Faiz Ali, 20, yang berada di belakang kumpulan motosikal remaja itu berkata, semasa kejadian dia sedang dalam perjalanan untuk menjemput kakaknya pulang bekerja lalu berhenti membantu penunggang motosikal yang terjatuh dalam parit.
"Semasa dipapah remaja belasan tahun itu tidak dapat berjalan dan terdapat lima hingga tujuh motosikal dalam kumpulan itu. Walaupun tidak dengar hentaman kuat tetapi bunyi mangsa di lenyek begitu jelas," katanya.
Pemandu treler itu, Mohd. Isa Hamid, 52, berkata, semasa kejadian dia bersama kelendannya, Musa Muhamad, 45, dalam perjalanan menghantar makanan ayam dari Pelabuhan Klang ke Semerah, Batu Pahat.
"Selepas berlaku pelanggaran, saya lihat di cermin sisi motosikal mangsa terseret jauh tetapi tidak nampak penunggang serta pemboncengnya.
"Kami ingatkan tiada apa-apa yang serius dan saya memberhentikan treler pada jarak kira-kira 40 meter kerana mahu melihat apa yang berlaku.
"Apabila turun, alangkah terkejutnya ternampak dua mangsa bergelimpangan dalam keadaan putus dan hancur anggota badan di atas jalan raya," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, bapa Mohd. Azamudin, Ahmad Semi, 50, berkata, kedua-dua jenazah selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Masjid Parit Limbung.
"Anak sulung saya sudah setahun berkenalan dengan teman wanitanya dan merancang bertunang hujung tahun ini tetapi apakan daya, tidak kesampaian," katanya yang mempunyai lima orang anak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... reler#ixzz2fCtyxHEG
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
bertabah la wahai ahli keluarga arwah...
kerana kebebalan mat rempit, org lain jadi mangsa
aku harap mat rempit tu akan trauma seumur hidup!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ms tgk gambar kat pesbuk adik ipar ptg semlm mmg rasa seriau aje
muda lg psgan tu
hrp akan jd iktibar buat semua pasangan yg bercinta
juga buat mak pak serta penonggang dan pembonceng motosikal |
|
|
|
|
|
|
|
Al Fatihah.
Moga diampunkan Ilahi semua dosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Al Fatihah.. salam takziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, ngerinya tngok gambar tu..hancur abis badan mangsa.. mmg kena kaut betul2 daging yg kt atas jalan tu.. kesiannyaa lahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 17-9-2013 08:40 PM
hurm. aku ada suruh kawan aku, cuba bantu keluarga dia dari segi law. harap2 boleh claim insurans. ...
sedihnya aku baca
|
|
|
|
|
|
|
|
~boolean posted on 18-9-2013 12:58 AM
waktu aku menulis tu, perasaan kecewa tu lagi berat dari perasaan nak mengutuk.. mungkin bila da ...
kalo jenis anak xmendengar kata camne lak? da ditegah jangan tp keluar juga.. aku xmaksudkan arwah ni k
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap jadi pengajaran pada mat rempit tu |
|
|
|
|
|
|
|
babinya mat rempittttttt
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 17-9-2013 07:56 PM
pit mie tak perlu judge mereka.. mereka tu kerja part time kat econsave muar. nak cari duit bg kel ...
Okeh, maybe my bad nmpk mcm judge diorg....cuma my point is, kalau belum bernikah bolehkah naik moto bersama? Oh ya, kerana nak mencari rezeki yg halalan toyyiba rupanya...so boleh la kot. Hmm...takpelah kalau bg korang itu yg ALLAH suka, semoga mereka ditempatkan bersama org2 yg soleh aja.
al-Fatihah....
Sesape nak hadiahkan al-Baqarah pun boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
cam bangang punya mat rempittt... cam harammmmm jadahhhh.... moga keluarga mangsa tabah... dan arwah dicucuri rahmat... AL FATIHAH ~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Nak gi kejer itu mulia, nak cari rezeki itu digalakkan, nak mencari yg halal itu diwajibkan...cuma dlm nak mencari yg halal, takleh disertakan dgn perbuatan yg ditegah... Naik moto sekali laki pompuan belum bernikah dibenarkan Islam kah?
Semoga lepas ni pasangan yg baru bercadang nak bertunang atau menikah tak memilih utk naik moto bersama time pegi balik kejer....dah nikah nanti takpelah.
Don't worry, ckp bab hukum pun mesti kena hentam sbb ramai tak suka hukum hakam nih... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni dorg dah jadi arwah.. bagi aku sebagai umat Islam kita sedekahkan je la Al Fatihah.
yg baik dijadikan panduan yg tak baik dijadikan tauladan. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
ﺍﻠﻔﺎﺘﺤﻪ
|
|
|
|
|
|
|
| |
|