|
ARCHIVE (cempakasari, Azrai, sLapshock, Bill )
[Copy link]
|
amat_amoi This user has been deleted
|
Originally posted by skyline at 23-12-2005 08:03 AM
hi amat_amoi,
semekom tu apa? Ke nak bagi salam? Jgn la tulis cam tu, rasa confuse la
yeleeeee salah saya tu, saya minta maap la yeeeeeeeeeeeeee
bagi salam sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
dragon90 This user has been deleted
|
dunia hiburan ni banyak melalaikan... cuba korang tengok time bile banyak citer2... slalu dalam kol 7 kol 8... waktu time maghrib time tuh ada hiburan....
lepas tu diorang yang jadi artis ngan pelakon tuh cukup ker solat ?? makeup pun dah berejam...
aku bukan nak boikot... nak tengok hiburan boleh.. tapi kene ada limit... kalo jadi artis nak cari duit.. pekerjaan lain takder ker ?? lepas tuh makin banyak duit makin lalai...
kalo pandai jaga diri takperlah.. ini gi disko.. minum arak... foya2...
lepas tuh nak cakap pasal muzik.. brape banyak lagu yang ada mesej atau pengajaran ?? setakat lagu takder motif banyaklah.. dah lagu takder motif... bahasa pun salah.. penyanyi seksi...
terus terang aku cakap.. banyak masalah sosial berasal daripada budaya barat... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
Bermain alat muzik bertali seperti gitar dan lain-lain adalah haram. Ini
merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat.
Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut,
dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari
menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang
akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.
Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang
bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan
hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan
orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di
dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar.
Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua
keadaannya.
1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau
berirama perlahan.
2. Samada dari barat atau timur.
3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan.
4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu
perang dan lain-lain.
5. Samada disertai dengan lagu atau tidak.
6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.
Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan
kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan
mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.
Alat-alat muzik ini tiada salahnya. Walaupun kita mendapati di dalam
kitab-kitab fikah ada menentukan alat begitu
dibolehkan dan begini diharamkan. Contohnya, gendang yang
tertutup sebelah itu dibolehkan dan tertutup kedua-dua itu tidak
dibolehkan. Kami tidak nampak yang benda itu menjadi haram.
Yang kami nampak ialah penggunaan alat tersebut.
Apakah penggunaan alat tersebut melalaikan kita atau ia digunankan
di waktu-waktu yang tidak semestinya. Itu hukumnya haram.
Umpamanya, dalam waktu kita mesti beribadah seperti solat,
ketika itu kita bermain muzik. Walaupun hanya gendang yang kita
main ataupun hanya belakang timba yang kita pukul tetapi oleh
kerana penggunaannya di waktu-waktu ibadah ia menjadi haram.
Jika semata-mata untuk hiburan seperti menyatakan kegembiraan
umpamanya selepas mendapat anak, hari raya dan sebagainya tidak
menjadi kesalahan. Tetapi bila kita menyanyi atau melalak 24 jam
di tengah padang, atau pentas sampai tengah malam, itu sudah
melalaikan dan menjadi pekerjaan yang tidak baik. Kerana di situ kita
kumpulkan muda-mudi sehingga timbul pergaulan bebas. Jadi kalaupun muzik tidak haram, tetapi berada di dalam tempat, waktu dan keadaan yang salah akhirnya menjadi haram, atau mendorong kepada
perbuatan haram, hukumnya tetap sama.
Yang paling penting cara menggunakan alat tersebut, bukan alat itu sendiri, sebab seni dan muzik itu merupakan fitrah yang
dianugerahkan Allah. Namun fenomena dalam masyarakat ketika ini
telah menggunakan muzik jauh dari batas yang dibolehkan oleh
syarak. Wallahu A'lam.
Menurut Imam Syafei telah berkata dalam kitab Adabul Qadhi;
sesungguhnya nyanyian adalah makruh menyerupai batil.
Barangsiapa yang banyak menyanyi maka dia itu tergolong orang
bodoh yang ditolak kesaksiannya. Kemudian mendengar nyanyian
dari perempuan yang bukan muhrim hukumnya tidak boleh dalam
keadaan apapun jua. Samada perempuan itu terdedah atau
disebalik tabir, samada perempuan merdeka atau hamba.
Menurut Imam Syafei makruh menggunakan sejenis alat atau benda yang diketuk dengan kayu (at taqtagah) dan mengatakan bahawa
alat itu dicipta oleh orang-orang zindiq yang melalaikan manusia
daripada Al Quran. Menurut Imam Syafei lagi, dimakruhkan menurut
hadis bermain muzik dengan nard lebih besar makruhnya permainan
dengan alat
yang lain.
Menurut Imam Abu Hanifah mendengar nyanyian itu termasuk
sebahagian dari dosa. Mengenai alat muzik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukahri ada disebutkan bahawa seperti gitar dan
seruling dengan tegas dilarang oleh syarak.
Seni muzik adalah harus sekiranya tidak mengandungi unsur unsur
yang bertentangan dengan syarak iaitu melalaikan dari
mengingati Allah khususnya solat, melalaikan dari menunaikan
tanggung jawab seperti muzik yang menyebabkan pelajar
mengabaikan pelajaran,muzik yang mengandungi unsur-unsur syirik
seperti pemujaan, muzik yang tidak mengandungi unsur-unsur lucah
dan musik yang tidak mendorong ke arah maksiat.
Sekiranya muzik yang bersih dari unsur-unsur di atas maka hukumnya adalah harus iaitu harus didengar dan melibatkan diri di dalamnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku, elakkan daripada meminati/memuja artis2 beragama Islam sbb bila kita minat dia, bermaksud kita support kegiatan maksiat dia (esp yg pompuan). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
sy rs diri sy blm cukup layak utk menegur sesiapa ttp eloklah jk kita sama2 renungkn ini:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebhgn drpd umatku yg akn meminum arak dn mrk menamaknnya dgn nama yg lain (bkn arak). (Mrk meminumnya) sambil dialunkn dgn bunyi muzik dn suara artis2. Allah SWT akn menenggelamkn mrk ke dlm bumi (dgn gempa bumi) dn akn menjdkn mrk spt kera dn babi (stlh mati)." (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Drpd Ali b Abi Thalib r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Apbl umatku tlh membuat 15 perkara, mk bala pasti akn turun kpd mrk, iaitu:
1. Abpl harta negara hy beredar di kalangan org tertentu shj.
2. Apbl amanah dijdkn suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijdkn hutang.
4. Suami menurut kehendak isteri (dlm perkara berttgan syariat).
5. Anak derhaka terhdp ibunya.
6.Akn ttp (anak td) sgt baik terhdp kwn2nya.
7. Ia (anak) suka menjauhkn diri drpd ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikn di dlm masjid.
9. Yg menjd ketua sesuatu kaum adalh org yg hina di antara mrk.
10. Seseorg dimuliakn krn ditakuti kejhtannya.
11. Arak sdh diminum scr berleluasa.
12. Kain sutera byk dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis2 disanjung-sanjung.
14. Muzik byk dimainkn / didendangkn.
15. Generasi akhir umat ini akn melaknat generasi pertama (para sahabat terdhl).
Mk pd ktk itu hendaklah mrk menanti angin merah @ gempa bumi @pn mrk akn dirubah menjd makhluk lain." (Hadis Riwayat At-Tarmidzi).
sy sendiri merasakn diri seolah-olah fanatik fara fauzana tp x de sampai puja2 lak..
wassalam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
dragon90 This user has been deleted
|
itulah.. zaman sekarang ni muzik memang dah bermaharajela... rancangan2 macam akademi fantasia,malaysian idol dan macam2 lagi... itu yang remaja2 sekarang minat.... lebih banyak bercerita/bergossip tentang artis/penyanyi berbanding perkara2 yang lebih penting.. ramaja suka bermain gitar.. perempuan suka menyanyi... dan kebanyakan muzik sekarang memang melalaikan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu lah pasal... sepatutnya industri muzik dan hiburan di malaysia nie dikuburkan jer. sbb aku tengok semakin ramai remaja yg lalai dgn hiburan... tambah lagi program realiti tv hiburan yg makin byk dan stesen tv yg makin berebut2 mengeluarkan rancangan hiburan terbaik. |
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
Bagi saya jika mendengar muzik sekadar untuk menghilangkan tekanan
adalah tidak salah dan mestilah jangan melampaui batas...tapi jangan sampai perkataan yang dinyanyikan itu dipaterikan di dalam hati dan
kita masih ingat Allah s.w.t tidak berkhayal dengan lagu yang
didengar...tapi jangan selalu sangat dengar muzik nanti takut masuk
dlm hati pula...cuma lebihkan amalan drp muzik tu...itu la yang saya
lakukan di mana saya buat solat malam untuk menenangkan hati dan
kadang2x saya dengar juga muzik tapi tak lah sampai pegi disko,
kelab ker, masuk karaoke ker tak pernah pun buat macam tu...saya
pun mengaku masih tak boleh nak secara total buat amalan , doa ,
zikir sahaja dan melupakan terus muzik...entahla mungkin bergantung pada diri seseorang itu...dan jiwa org muda.
tapi setelah saya uji kedua-dua perbuatan tersebut saya telah dpt
jawapan ketenangan yang abadi hanya boleh diperolehi dengan solat malam,zikir, doa sahaja jika dengar muzik hanya sekejap sahaja tapi ia
hanya untuk mengembirakan hati sahaja bukan untuk menenangkan
hati itu la dunia yang bersifat sementara...
macam dlm AF, Malaysian Idol yang mengandungi maksiat mestilah
hukumnya haram dan para penontonnya pula menangis seolah-olah
macam ader kematian sedih sangat! memang la haram sebab boleh
menyebabkan murtad apabila keagungan makhluk dah masuk dlm hati bukannya keagungan Allah s.w.t...ini semua agenda barat nak
rosakkan aqidah umat Islam...jangan mudah terpengaruh...
bukan ker Nabi Daud mempunyai suara yang merdu yang tiada
tandingan...? ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
ini pula apa yg baru sy bc..
Menurut Imam Syafei tlh berkt dlm kitab Adabul Qadhi; sesungguhnya nyanyian adlh makruh menyerupai batil. Brgsiapa yg byk menyanyi mk dia itu tergolong org bodoh yg ditolak kesaksiannya. Kemudian mendgr nyanyian dr perempuan yg bkn muhrim hukumnya x blh dlm keadaan apapn jua. Samada perempuan itu terdedah @ disebalik tabir, samada perempuan merdeka @ hamba.
Menurut Imam Syafei makruh menggunakn sejenis alat @ benda yg diketuk dgn kayu (at taqtagah) dn mengatakn bhw alat itu dicipta oleh org2 zindiq yg melalaikn manusia drpd Al Quran. Menurut Imam Syafei lg, dimakruhkn menurut hadis bermain muzik dgn nard lbh bsr makruhnya permainan dgn alat yg lain.
Menurut Imam Abu Hanifah mendgr nyanyian itu termasuk sebhgn dr dosa. Mengenai alat muzik dlm sebuah hadis yg diriwayatkn Imam Bukahri ada disebutkn bhw spt gitar dn seruling dgn tegas dilarang oleh syarak.
wassalam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.jamesclarkston.com/Shopping-Cart/Classica-%20Guitar.gif)
heheh...
menuang minyak ke api yg membara
ceng ceng...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takde maksiat dan kemungkaran dalam dunia celebriti...orang tak seronok pulak, kan dunia
hiburan itu untuk berseronok dan bukannya membebankan fikiran...alahai, diluah mati emak, ditelan mati
bapak...dunia sekarang, kena accept it! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Camel_JB This user has been deleted
|
teringat pesan arwah bapa aku...
kan baik klu umah tak de tv.... |
|
|
|
|
|
|
|
tv tu penting bagi aku
membuka minda
terpulang pada kita
kita yg kontrol tv..atau tv yg kontrol kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Camel_JB This user has been deleted
|
Originally posted by Duta lover at 29/12/2005 02:26 PM
tv tu penting bagi aku
membuka minda
terpulang pada kita
kita yg kontrol tv..atau tv yg kontrol kita
aku stuju part ni, tp ramai antare kite yg mudah terpengaruh dgn tv... |
|
|
|
|
|
|
dragon90 This user has been deleted
|
Originally posted by ifanonline at 29-12-2005 12:56 PM
kalau takde maksiat dan kemungkaran dalam dunia celebriti...orang tak seronok pulak, kan dunia
hiburan itu untuk berseronok dan bukannya membebankan fikiran...alahai, diluah mati emak, ditelan mat ...
tak kisah la ko kat dunia sekarang ker zaman purba ker... nak berhibur ada batasannya.. jangan sampai melalaikan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
BHAI-SUCI This user has been deleted
|
errr.. aku suka gak dgr lagu2 haddad alwi yg muziknya dimainkan oleh sydney symphonic orchestra... is tht wrong too? |
|
|
|
|
|
|
|
alahai macam macam ada....forum ni macam mana yer... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dengar ustaz aku cakap org yg dengar muzik sambil hentak hentak kaki pengikut dajal. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku banyak fikir pasal benda ni sebab ini melibatkan orang yg terdekat dengan diri aku. Kawan kakak aku ada yg jadi artis, padahal dia pompuan, memang berdosalah..........habis takkan tanak tegur? Kawan2 banyak yg minat benda2 pasal artis ni, hiburanlah macam2, sedangkan kita tahu ia salah, maksiat dan berdosa. Aku banyak fikir pasal ni, kita tahu, tapi kita masih buat jugak, habis apa gunanya kita tahu kalau kita tak cegah benda2 ni? Entahlah.... |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
sadaqa Rasulillah bila mengatakan melaksanakan Islam di akhir zaman ni ibarat menggenggam bara api.
kalau kita sebut semua ni kat masyarakat nescaya kita dikatakan sbg berfikiran kolot dan sempit.... walau dikemukakan hujah dan dalil yg sahih sekali pun mereka tetap mempertikaikannya dgn macam alasan.
dan yg gerammnya mereka itu mengaku beragama Islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|