Kenapa U Pusing Ayat Saya – Ramli M.S Berang Dengan Program Hlive
Seperti yang umum sedia maklum, program hiburan hlive! baru sahaja mula disiarkan beberapa hari lalu menerusi sebuah saluran televisyen swasta.
Dikendalikan oleh 4 orang pengacara baru berbakat besar, program hlive! juga diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
Bagaimanapun, sebuah status yang dimuat naik oleh komposer terkemuka tanah air, Ramli M.S, menerusi laman Twitternya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila dia dilihat seperti tidak puas hati dengan program tersebut.
Kemaskini status Twitter Ramli M.S
Menerusi temubual bersama salah seorang wartawan hlive!, Ramli M.S menganggap bahawa cerita berkenaan hal peribadinya adalah bukan hak milik umum dan dilihat turut memberi komen berkenaan gosip hubungannya dengan penyanyi, Alyah.
Di akhir temubual, Ramli M.S juga menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika timbul gosip melampau berkenaan dirinya dan Alyah.
Namun, apakah isu sebenar yang berlaku sehingga membuatkan Ramli M.S berang dan memuat naik status sedemikian rupa di laman Twitter?
Kami pun tertanya-tanya bahagian mana agaknya yang didakwa sebagai ‘pusing cerita’? Apapun, jom tengok video temubual tersebut di bawah.
mizzmimi posted on 1-6-2014 12:08 PM
ah dia tak nak share personal life dia.. Just respect that.. Better fokus kerja and karya dia je..
biasala kan org kita ni...lau artis berahsia tentang status ke apa ke nk dikorek jgk sampai lobang cacing
kalau terlalu open pon kena kutuk jugaks...tp ok pe statement tegas camtu kan...
ikut suka la pokcik ramli wei...tak menjejaskan aktiviti harian rakyat malaysia pun kalu mengaku@ x mengaku pun...jgn jd cam eja tu sudah...bukan main berahsia, alih2 bila dh peknen, gigihlah dok menayang perut and baby... i mmg x hadap la nk beli magazine cover dia pastu...
mizzmimi posted on 1-6-2014 12:08 PM
ah dia tak nak share personal life dia.. Just respect that.. Better fokus kerja and karya dia je..
masalahnya dia kawen dgn Alyah..alyah tu penyanyi...tu yg wartawan nak ambik tahu...
cuba kalau romli MS ni kawen dgn makcik senah ke makcik timah duduk belakang rumah dia, takde sapa nak ambik tahu pun, lantak pi dia laaa...