keluarga suami hidangan wajib sambal bali bersama nasi impit. Keluarga aku, rendang ayam, daging dan kerang bersama ketupat dan lemang. Sejak jadi rakyat Johor, keluarga aku dah pandai juga buat masak lodeh dengan nasi impit.
kaka - shin try call mama tak berangkat pulak, so shin tak tahu menu apa kami di pagi raya nanti
tapi shin dah plan nak beli lemang/ketupat/lontong kat jln kebun teh, balik kerja nanti nak kasi kat abg tu deposit tidak kalu dia jual kat orang lain
rasa mcm letih sgt nak buat sambal goreng pengantin, tapi kalau tak buat mcm rasa tak beraya
leceh yg amatt nak buat, semua daging/limpa/paru/tetelan kena rebus, then kena dadu dan goreng separately.thinking about it jer dah boleh migraine..huhu
last year, petang raya kami balik penang, sempat pekena telur sotong sedapppnyaaa Last edited by OsHiN_hOnEy on 25-7-2014 09:45 AM
* cawan ni boleh tukar dgn pot beras ke, gelas ke...
Bahan2 tumis:
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - potong bulat2
2-3 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1-2 biji buah pelaga
2 sudu besar tomato puree
garam secukup rasa
Cara-cara masak:
Dalam periuk nasi letrik, masukkan minyak sapi, bila dah panas, masukkan semua bahan2 tumis, tumis sampai naik baunya...
Bawang besar takyah tumis sampai garing.
Lepas tu, masukkan beras, gaul2 sampai sebati, masukkan air, susu, tomato puree & garam. Kalau nak masukkan tomato segar yg dah dipotong 4 boleh masukkan masa ni.
Tutup periuk, dan biarkan sampai masak.
Masa menggelegak tu, tengok2 kan airnya samada terkurang ke terlebih ke...boleh adjust masa ni.
Agak2 dah nak masak tu, boleh masukkan kacang pis kalau nak la...
Bila dah masak, gembur2kan nasi tu supaya sama rata masaknya.