crystel posted on 11-11-2014 05:59 PM
I doakan nekmi kembali semula kepada tokjai
Cinta sampai mati.... Amin
Janganlah..Dato J dah bahagia dgn isteri baru yang kaya raya u..
Mcm2 dibeli hadiah n seleberet utk Dato J..
Nampak sgt bini barunya syg sgt dgn Dato J...
Raja Azmi dan Eddie bersetuju untuk melupakan kisah lama.
2 Mac – Penerbit filem sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada pemuzik Mohd Eddie Ghazali buat kali kedua pada 27 Februari lalu dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara sederhana.
Raja Azmi dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk bernikah semula setelah mereka setahun bercerai.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya berasa sangat gembira kerana Tuhan memberikan saya kekuatan untuk kembali mengenali Eddie."
"Nampaknya, peluang kedua tersebut tidak akan berakhir dengan sia-sia. Kami cuba untuk menerima kekurangan masing-masing seadanya dan saya berharap biarlah perkahwinan kedua ini kekal sampai bila-bila," katanya kepada Kosmo!
Menurut penerbit filem "...Dalam Botol" ini, dia mengambil keputusan untuk kembali menerima Eddie selepas melihat kesungguhan Eddie untuk memenangi hatinya semula.
Dalam perkembangan lain, Raja Azmi memberitahu bahawa dia baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri "Marhaban Kome Oi!!" di Perak.
Berikutan mengambil peluang berada di sana, Raja Azmi dan suaminya akan terus bercuti dan berbulan madu terlebih dahulu sebelum kembali ke Kuala Lumpur.