Edited by Syd at 20-5-2015 08:20 AM
Bayi dikerat 15 selepas mangsa meninggal dunia
JOHOR BAHRU – Bayi yang dikerat-kerat sebelum anggota badannya ditemui dalam loji kumbahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini pada Ahad lalu sudah me-ninggal dunia sebelum mayatnya diperlakukan demikian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, mengikut laporan bedah siasat, anggota badan bayi yang ditemui itu dikatakan membabitkan mangsa yang berusia tujuh bulan.
“Hasil bedah siasat dan siasatan pihak polis juga mendapati bayi terbabit telah meninggal dunia sebelum ia dikerat-kerat.
“Kita percaya, suspek menggunakan objek tajam untuk memotong badan bayi itu kepada beberapa bahagian,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam. Bagaimanapun, setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan.
|