|
Ditumbuk Oleh Pengarah #Ika Nabila tarik diri
[Copy link]
|
|
Ika n8 bagus kan berlakon.bkn set2 kayu. |
|
|
|
|
|
|
|
ika ni bukan yg DJ Radio tu ya? |
|
|
|
|
|
|
|
hodohnya perangai..pukul perempuan pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat polis report kan
Kesian kat ika, dia berlakon bagus
Kesian jugak kat pengarah..... That's it la, ade lagi ke prodn house nak amik dia lagi |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ke yg rumah ebrsepah hutang 6k tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Emmmmm nape sampai nak pukul giler tak jantan |
|
|
|
|
|
|
|
Ika ni walaupun product af penyanyi jadi pelakon tapi berlakon bagus |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tak caye jek...................... |
|
|
|
|
|
|
|
Pehal nk pukul2 org ..alahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
de_ikea replied at 3-11-2015 12:07 PM
Suhan movies. Rosyam noor tgh pening nk kasi setel. Butang sgt berbakat. Ika nabila pun not bad.
So betullah ni.bukan gimik drama..lahh..naper sampai pukul2..
Dia ni pon berlakon boleh tahan gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shooting sampai ditangguhkan.
Menyusahkan semua pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum kahwin dah pukul2 pompuan?
Dah kahwin nanti tak tau lah nasib hang nabila oiii....baik cari bf lain lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab die ade bipolar. pham tak bipolar tu ape? ptotla ummah ci hencap forumer gosip. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia pernah couple dengan sharifah amani? |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor replied at 3-11-2015 08:49 PM
Belum kahwin dah pukul2 pompuan?
Dah kahwin nanti tak tau lah nasib hang nabila oiii....baik cari ...
Kak puteh, nabila ni gf dia ke??? Biar betoi kak ooi |
|
|
|
|
|
|
|
drama kung fu ke hape ni |
|
|
|
|
|
|
|
Insiden Ika Nabella Ditumbuk, Rosyam Arah Penggambaran Tangguh
Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 5:30 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]
Datuk Rosyam Nor
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Insiden pukul yang kononnya melibatkan seorang pengarah terhadap pelakon Ika Nabella telah menyebabkan penggambaran drama berkenaan iaitu Dawai Asmara terbitan Suhan Movies terpaksa ditangguhkan.
Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ika Nabella terhadap pengarah drama itu, Azma Aizal Yusoof.
"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Rosyam diminta mengulas tentang isu pergaduhan yang melibatkan pengarah dan pelakon drama berjudul Dawai Asmara pada petang Isnin lalu.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.
Terdahulu, pelakon Ika Nabella, 26, mendakwa dipukul seorang pengarah drama di lokasi penggambaran di Hulu Klang, dekat sini, tengah hari Isnin.
Dalam kejadian itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki tersebut.
Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.
Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.
Sementara itu, Rosyam menambah, dia juga terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.
Dia sudah pun bertemu dengan pengarah berkenaan selain membantu siasatan pihak polis.
"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan," ujarnya.
Tambah Rosyam, drama yang turut dibintangi oleh Sherry Merlis dan Mahmud Ali Basha itu bakal disiarkan pada Januari tahun hadapan untuk TV3.
Sementara itu, Ika ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kejadian itu atas arahan pihak berkuasa dan keluarga selain atas faktor keselamatan.
"Saya masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi. Saya sudah membuat laporan polis malam tadi (Isnin) dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis.
"Buat masa ini pihak polis dan keluarga minta supaya saya tidak memberi sebarang komen atas faktor keselamatan diri saya. Saya doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Uolls TLU tu stands for what??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan mengambang kot. Sebab tu orang2 yg ada bipolar semua tengah jadi weng sekarang
Azma aizal ni bila dia stress je memang sakit dia akan datang semula. Samada dia tak makan ubat atau amik dadah semula |
|
|
|
|
|
|
| |
|