|
Edited by reeny at 19-11-2015 05:28 PM
Dolah Sarawak tu bapa kepada Siput Sarawak dan datuk kepada Anita Sarawak..
Dollah Sarawak Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dollah Sarawak | [url=https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail ollah_Sarawak.jpg] [/url] | Kelahiran | Mohammad bin Haji Sulaiman | Mohammad bin Haji Sulaiman atau lebih dikenali dengan nama Dollah Sarawak merupakan salah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu.
Beliau di lahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada awal abad lepas. Ayahnya seorang berbangsa Cina dari Yunnan. Ibunya pula dari Pulau Pinang mempunyai seorang adik lelaki. Awal tahun dua puluhan beliau telah berhijrah ke Bumi Kenyalang, Sarawak di situ beliau telah berbapa angkat dengan seorang yang di panggil Tengku Syed Idrus yang merubah namanya dari Mohamad Bin Haji Sulaiman ke Dollah.
Di Sarawak beliau telah berumah tangga dengan seorang gadis Sarawak hasil dari perkahwinan itu maka lahirlah Seniwati Siput Sarawak dan adiknya Kuyung. Setelah kematian isterinya seorang primadona bangsawan beliau dan anak-anaknya telah ke Singapura di sana beliau telah membuka sebuah bangsawan bergelar Seri Noran Opera dimana Allahyarhamah Seniwati Siput Sarawak menjadi primadonanya. Beliau kemudian telah berkahwin dengan seorang wanita dari Muar, Johor malangnya perkahwinan itu tidak kekal hasil perkahwinan itu beliau di kurniakan seorang anak perempuan.
Selepas beberapa tahun beliau berkahwin pula dengan seorang janda beranak dua dari Teluk Intan, Perak iaitu Syarifah Intan. Selang berberapa tahun Syarifah Intan meninggal dunia akibat pneumonia. Beliau kemudian pulang ke Singapura dan bekerja di Keris Filem di sanalah nama Dollah menjadi Dollah Sarawak kerana apabila hendak membayar gaji ada tiga orang yang bernama Dollah maka dengan itu nama Sarawak itu telah dibubuh di belakang nama Dollah menjadi Dollah Sarawak. Di Keris Filem beliau telah berkenalan dengan seorang janda beranak dua dari Bandung, Indonesia bernama Esah yang juga merupakan seorang make-up artis di Keris Filem. Hasil perkahwinan itu beliau telah dikurniakan lima orang anak iaitu Hatijah, Rahim, Rosini, Jamil dan Rohanah. Malangnya perkahwinan beliau dengan Esah juga tidak lama kerana Esah telah meninggal dunia akibat tumpah darah kerana melahirkan anak mereka yang keenam.
Sedih dengan kehilanggan isteri dan memandangkan anak-anaknya masih kecil beliau pun bernikah dengan seorang janda bernama Fatimah Dollah. Setelah Keris Filem dan Cathy Filem bergabung menjadi Cathy Keris, beliau kemudian menjadi pelakon dan dekorator. Selang beberapa tahun akibat kesihatan beliau kemudian berhenti bekerja dari Cathy Keris dan membuka sebuah warung di daerah Woo Mun Chew Road, Singapura. Gerai yang menjual lontong, mee rebus, satay dan berbagai makanan lain selalu dilanggan oleh pelakon-pelakon sendiri.
Gerai itu diusahkan untuk beberapa tahun oleh keluarga beliau tetapi kerana usia dan kesihatan beliau tidak mengizinkan beliau telah bersara. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin 21hb March 1994 bersamaan 8hb Syawal disamping isterinya Fatimah Dollah dan cucunya yang dijaga dari bayi, Hartini Inawati di Singapura.
panjang lebar kekdahnya....
|
|