Edited by crossfire at 12-2-2016 08:06 AM
Adel AF mengaku cintai suami orang
ALIF FADLI MOHD. SORI |
12 Februari 2016 1:05 AM
Adel
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Bekas finalis Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel mengakui dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang yang merupakan bapa kepada tiga anak perempuan.
Bagaimanapun, Adel atau nama sebenarnya, Adeline Joyce Masidah, 23, menjelaskan, kekasih ha tinya itu sudah melafazkan cerai secara lisan kepada isterinya sebelum mengenali penyanyi tersebut dan kini dalam proses perceraian melalui undang-undang.
“Benar, dia suami orang. Tetapi kekasih saya sudah melafazkan cerai kepada isterinya sebelum kami kenal dan rasmi sebagai pasangan kekasih.
“Saya mengenali ‘Mr. MA’ selepas dikenalkan oleh teman rapat, namun kami serius menjalinkan hubungan cinta sejak sebulan yang lalu,” akui Adel kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Anak kelahiran Sabah itu berkata demikian sebagai mengulas khabar yang bertebaran di media sosial mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang dan memaksa lelaki tersebut untuk menceraikan isterinya.
Petikan perbualan antara Adel dan kekasih hatinya itu turut tersebar secara meluas di beberapa laman sosial pada ketika ini, sekali gus menjadikan nama wanita ini secara tiba-tiba kembali hangat disebut-sebut peminat.
Malah pemenang tempat ke lima AF2014 itu juga menafikan dirinya sering keluar masuk hotel dengan lelaki berusia 29 tahun itu seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
“Perbualan yang tersebar di laman sosial itu bukan perbualan antara saya dengan ‘Mr. A’. Saya juga tidak pernah memaksa dia untuk menceraikan isterinya. Itu semua fitnah oleh pihak yang tidak berpuas hati dan berniat mahu memalukan saya.
“Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Adel tidak menolak sekiranya jodoh menyatukan mereka berdua dan bersedia untuk memeluk Islam sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi.
“Saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya dan tiada masalah untuk saya memeluk Islam,” katanya
Dalam pada itu, Adel yang bakal tampil dengan single baharu menafikan khabar yang tersebar itu sebagai gimik atau publisiti murahan bagi meraih populariti dan perhatian dari pada peminat.
“Saya bukan orang macam itu sanggup jual cerita murahan untuk popular. Saya sudah mengaku dan saya tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu kerana saya yakin berada di pihak yang benar,” katanya.
* Balik2 dari Sabah...
|