CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 6-8-2008 02:10 PM | Show all posts
tawaf widaq blur?
saya rasa mama ni pickup lambat kot?
ke kurang feel hari tu?
ke saja nak control macho?

ustaz pernah lihat...
couple indonesia suami isteri...
keluar dari masjid tanpa toleh belakang sambil menangis beria...
confirm baru lepas tawaf wida'...
kita bayangkan situasi mereka..
mereka miskin, nak ke pergi haji entah berapa tahun kumpul duit, ada yg kena jual tanah utk cukupkan tambang...
jadinya, mungkin itulah satu2 peluang mereka utk lihat ka'abah...
apabila kita mencintai seseorang... lepas tu kita kena tinggalkan mereka buat selamanya, mestilah kita sedih, kan?
begitulah mereka dgn ka'abah... kali terakhir buat selamanya...
ustaz tiap kali tawaf wida'... mesti syahdu...
tapi tak nangislah... control macholah katakan...
malu kat gadis turki kalau nangis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by ibutia at 6-8-2008 01:55 PM
Asalamualikum
Saya selalu membaca benang ni ttp kekadang tak sempat nak mencelah, sebok. Spt yg saya pernah beritahu sebelum ni saya akan menunaikan fardu haji tahun ni ikut pakej memula daftar ...


ibu,

ibu pergi ikut pakej TH travel?
rm9K itu adalah deposit?
Awalnya dia tolak deposit... biasanya bila dah dapat tempat baru tolak deposit... biasanya lepas raya gitu.
Kadar yg dikenakan mengikut harga tambang semasa... ada kaitan dgn harga minyak semasa...
kemungkinan tahun ni mahal sikit kerana hotel2 kat sana letak harga tinggi.
Maklumlah banyak hotel2 yg telah dirobohkan, dan yang tinggal tu tekan harga lagi.
kalau nasib kurang baik, hotel utk pakej adalah lebih jauh dari kumpulan muasassah.
nanti ibu kenalpasti hotel mana akan ditempatkan...
semoga ibu selamat pergi dan pulang dgn haji mabrur. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-8-2008 09:21 PM
http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_500775f9-cabec5bb-1cc54610-4c78ca83/1/med-bahasa.jpg

Papan tanda Bahasa Melayu




Ini bukanlah satu pemandangan luar ...


kak azie....
orang mengambil gambo papan tanda tu...
nak ambil gambo papan tanda ke...
nak ambik gambo mamat usbekistan jual songkok?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 02:28 PM | Show all posts

Reply #1377 ustaz's post

hopefully gitu la ....
lambat pikup...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 02:56 PM | Show all posts
Ibu pergi dgn Utas Travel oleh kerana ibu pergi group dgn kawan2 mungkin kami nak tukar amik muasasah je.. tak tau lg camne masih menunggu confirmation dari diaorg. Memang harga naik sbb tiada rumah itupun yg ikut pakej utas thn ni rasanya tak spi 500 org pun banding thn sebelumnya 1000 orang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #1381 ibutia's post

ooo ok..

ibu, g w muasassah pun ok ajekr....

insya allah....

mama n ustaz pun pg ngikut muasassah ajerk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2008 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by lemons at 6-8-2008 12:03 PM

ya betul lola..ad juga pak2 arab yg gatal2 kat sana...
masa kat madinah pun nyaris2 pak arab tu nak pegang2 kita....tanya lah dah kawin ker belum....
eee..takut plak...lepas tu terus je ...


Itulah lems, kalau shopping memang kena hati-hati sangat. Ramai  yang gatal.  
kawan ibu yang model tu pernah kena raba sewaktu shopping, , terus dia tak jadi nak membeli dan terus pulang ke hotel dengan muka pucatnya cerita dengan ibu.

Kalau shopping sorang-sorang,jangan pergi kawasan  kedai yang tersorok atau tempat-tempat yang   kurang tumpuan orangramai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 04:33 PM | Show all posts

Reply #1383 Rosputih's post

heeee

mmg geramm kan....

tapi arabs mmg suke kat asia tenggara ni
specially mesia n indons...

indons lagik mereka kenan....
cos cara cakap indon
sgt lembut dan gemalai...
nada derang tuh...

wanita2 arab...mau mereka di hempuk dgn kasut atau beg
bila mereka di kacau..
wanita2 arab sgt tegas ....

da abis musim haji
mama pergi beli kasut dgn kenkwan...
hb tak ikut lar..
telupa pulak kita...
pak arab amik kankasut
and sarungkat kaki kita...
nasib baik kita w socks..

mama pun terkesima kejap...
kemudian baru teringat...
tak per..i try myself...

well he doesnt looked that cheeky either...
probably to them, i was so small
mmg kecik coet pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 6-8-2008 04:33 PM
heeee

mmg geramm kan....

tapi arabs mmg suke kat asia tenggara ni
specially mesia n indons...

indons lagik mereka kenan....
cos cara cakap indon
sgt lembut dan gemalai...
nada ...


Memang  betul tu mama,. Terutama jemaah indon ni memang ramai, muda-muda lagi pulak tu, siap dengan mekapnya  dan telekong cantik pelbagai rupa,  mana tak geram pak-pak  arab ni menengoknya
heee....hee...he..he..hee
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 04:51 PM | Show all posts

Reply #1385 Rosputih's post

hahahha ahahha, betul betul tu
paakaian pun leh tahan...
adoih...doih..

pena sekali i witness
jemaah indon
kena halau dari masuk masjid
sbb paakaai ranggi
n bajunya paras punggung...

polis llelaki tu
hushh hussh them
dgn kain sejadah....

depa one couple adoih lar....

tu lah, bila kat sana
pakaila elok2
dan sopan sopan..
ada gak jemaah kita
jalan jalan kat maktab..
.pakai baju
paras punggung ajerk...
haishhh
ketika tu, tak ckp apa pun
tengok ajerk...
istigfar ajek......
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by ibutia at 6-8-2008 02:56 PM
Ibu pergi dgn Utas Travel oleh kerana ibu pergi group dgn kawan2 mungkin kami nak tukar amik muasasah je.. tak tau lg camne masih menunggu confirmation dari diaorg. Memang harga naik sbb tiada ru ...


Tapi ibutia, boleh ke tukar dari pakej ke muasassah?

Sekarang ni dan di masa akan datang,  kos menunaikan fardhu haji akan  terus meningkat kerana kenaikan harga minyak dan sebagainya.
Bagi  mereka yang menyimpan secara potongan gaji  bulanan di TH tu,  tambah-tambahkan lagi jumlah simpanan, agar apabila tiba masa nak menunaikan fardhu haji wang simpanan sudah mencukupi.

Sekadar ingatan kepada  rakan-rakan  atau kakitangan kerajaan yang ramai membuat potongan gaji  bulanan  untuk simpanan di akaun Tabung Haji.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 05:05 PM | Show all posts

Reply #1387 Rosputih's post

ye la sis..

mama ni, my son
eldest i lar
baru umo 14...
dok ckp kat mama
maa, hw muc more
do i hv to top up
to ensure i cld go
for my umrah or haj...
ouchh

dia dari kecik, dok simpanduit dlm tabung haji n bank
satu for universiti dayz
satu for haji dayz...

my doa, may allah blessed him
with his wants....

amiiiiinnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 6-8-2008 02:59 PM
ooo ok..

ibu, g w muasassah pun ok ajekr....

insya allah....

mama n ustaz pun pg ngikut muasassah ajerk...

Yg sebenar x ada masaalah g dgn muasassah...yng penting niat dan ilimu yng cukup. itu terpulang pd rezeki ..Allah yng menentukan segala2... sya sendiri ikut muasassah x ada masaalah malah dpt tempat yng selesa lg.. dan dlm kterbang pun dpt tmpt business class lg..semuanya atas kehendak Allah... Jgn risau oh ibu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 6-8-2008 05:05 PM
ye la sis..

mama ni, my son
eldest i lar
baru umo 14...
dok ckp kat mama
maa, hw muc more
do i hv to top up
to ensure i cld go
for my umrah or haj...
ouchh

dia dari kecik, dok simp ...


sejuk hati kakak membacanya.

Itulah seelok-eloknya yang patut dibuat oleh semua ibubapa.  Menabung berdikit-dikit, lama-lama jadi gunung, bukan lagi bukit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 6-8-2008 02:20 PM


kak azie....
orang mengambil gambo papan tanda tu...
nak ambil gambo papan tanda ke...
nak ambik gambo mamat usbekistan jual songkok?


Kira in packagelah tu...
2 in 1...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:40 PM | Show all posts

Peniaga air zam-zam menunggu pelanggan

Bab salahguna air zam-zam.

Yang tak pernah datang selalulah terpaksalah meneguk segelas kecil dan ada juga
setakat secamca ketika menziarahi kawan-kawan yang baru pulang dari umrah atau Haji.

Nikmatnya di sini ia melimpah ruah.
Disetiap penjuru dalam Masjidil Haram disediakan air zam-zam untuk minuman para jemaah sepanjang masa.

Tak cukup..kita boleh beli berapa tong plastik semahunya yang dijual oleh pemuda-pemuda Afrika di sekitar Masjidil Haram.

Kerana memikirkan ia boleh memberi khasiat ‘itu ini’
Hamba Allah kita ni setiap hari order pelayan hotel angkut naik satu dua tong air zam-zam yang dibelinya.

Amalannya setiap hari mandi dengan air zam-zam berterusan selama beberapa hari
sehinggalah seorang ustaz ,rakyat Malaysia yang bersembang dengan kami memberitahu tak sepatutnya dia buat begitu.

Katanya air zam-zam hanya untuk minum sahaja dan tak begitu elok sekalipun untuk buat air sembahyang kalau sudah ada air lain.

Ini,katanya kerana air renjisan zam-zam yang dimandi itu akan mengalir masuk
ke saluran kotor di bilik mandi yang mencemarkan kesuciannya .

“Oh gitu,”katanya.Sejak itu sudah tidak kelihatan lagi tong-tong air zam-zam terpacak di sebelah bilik airnya.

Kerana amalan-amalan yang dianggap syirik oleh macam-macam ragam manusia yang datang …
kini kita tidak berpeluang lagi melihat telaga air zam-zam seperti mereka yang datang dulu-dulu.

Telaga di bawah Masjidil Haram itu sudah ditutup terus untuk menghindarkan seperti dulunya
ada jemaah yang tidor baring kat situ,mandi dan sebagainya.

[ Last edited by  aziefa at 6-8-2008 09:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 09:53 PM | Show all posts


Bangunan putih (ditengah gambar) ialah bekas tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Kita juga mungkin tak percaya bila melihat keadaan sebuah bangunan kecil dua tingkat berwarna putih
yang terletak tidak jauh dari dataran Masjidil Haram.

Bagi yang tidak tahu…
siapa sangka di bangunan itu ialah tapak bekas rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Ia seperti sebuah bangunan pejabat kecil biasa yang tiada sebarang tanda kebesaran kesan sejarah Islam di situ.

Ikut ceritanya semuanya bersebab mengapa kerajaan Arab Saudi tidak ambil berat untuk memeliharanya sebagai mercu tanda penting.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:59 PM | Show all posts
MENGAPA ? KENAPA ? KERAJAAN ARAB SAUDI TIDAK MENGEKALKAN TEMPAT YANG BERSEJARAH..

Begitu juga melihat keadaan sebuah perigi yang begitu bersejarah di zaman Rasullah
semasa dalam perjalanan untuk ziarah sebuah ladang unta di luar kota Makkah.

Perigi yang terletak di pinggir jalan itu terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha pengindahan
atau apa-apa di sekelilingnya.

Ini semua gara-gara segala macam perangai orang yang cuba mendapat ‘ keberkatan’
yang berbentuk syirik di tempat-tempat bersejarah macam itu.

Bukan setakat tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW dan perigi itu sahaja
tetapi banyak lagi tempat kesan-kesan sejarah dibiar begitu sahaja.

Ikut ceritanya dengan cara itu saja diharap dapat mengurang atau membendung perbuatan seumpama itu.

Ini belum cakap lagi pasal khurafat lain antaranya
mencuri tali-tali khemah di padang Arafah untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelaris untuk jualan
dan memperbanyakkan tangkapan ikan,....
membawa balik tanah Arafah untuk upacara memijak tanah,
buat pertama kali bagi bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.

Ada juga yang percaya tidak boleh melihat cermin semasa dalam ihram
kerana muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.

Kalau melihat ada orang yang menyapu tiang Masjidil Haram dan diusap ke muka ini pula
bagi yang percaya ia akan menambah seri wajah.
Ada juga yang percayakain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti
hendaklah dikapankan dengan kain itu bagi menghindari diri dari siksaan kubur.


[ Last edited by  aziefa at 6-8-2008 10:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 08:49 AM | Show all posts

Reply #1381 ibutia's post

masa saya pergi Umrah beberapa bulan lepas, mutawif saya beritahu bukan hotel yang cari kita tapi kita yang cari hotel...maksudnya kalau syarikat kita tak nak terima kerana sewa hotel tinggi, bila-bila masa operator hotel akan tawarkan pada syarikat lain yang begitu banyak menunggu untuk dapatkan hotel tersebut...itu-lah suasana masa Umrah....musim haji tentu-lah lebih kritikal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 01:27 PM | Show all posts

Balas #1376 ibutia\ catat

ibu... ini contoh ya.. kalau harga pakej ibu 17 ribu... pihak TH akan potong dari akaun lebih kurang 10 ribu. ini bermakna ibu cuma bayar 7 ribu saja kepada pengendali pakej ibu tu. Untuk tempahan penerbangan awal atau akhir selalunya akan diberi keutamaan kepada bakal jemaah yang "confirm" terlebih dahulu. Ibu pegi dengan pakej mana. rasanya mahal sungguh rm20k untuk 5 - 6 orang sebilik. Tapi saya lihat ada pakej 5 sebilik rm20k di makkah tinggal di hilton. ibu ikut pakej yang ini ke.

mohon kawan2 yang berpengalaman perbetulkan jika ada yang tersilap tulis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051705 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list